Hussein Ahmad Namanya Terpahat Di Kanvas Politik Kelantan


 BELASUNGKAWA

Ketika saya menziarahinya
dirumahnya tahun 2011.HUSSEIN AHMAD (Tan Sri), antara tokoh politik Kelantan yang hebat dikenali sebagai "gedebe." Dalam konteks politik Kelantan namanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Dengan nama jolokan Hussein Serama, beliau gah bukan saja di Kelantan bahkan di seantero negara juga. 
Hussein dikenali sebagai seorang yang gedebe kerana keberaniannya dan Serama kerana ketampanan wajahnya.
Gedebe bahasa darat orang Pattani yang dikaitkan dengan samseng atau berani, orang yang tidak hairankan kepada orang.
Beliau dianggap gadebe kerana keberanian dan kelantangan, baik semasa berhadapan dengan Pas atau dalam menyokong dan berpihak kepada mana-mana puak atau individu dalam partinya sendiri Umno, yang menurutnya sebagai benar. Beliau seorang berprinsip dan tegas.
Lantaran keberaniannya juga menyebabkan anugerah gelaran membawa Dato' dikurniakan oleh Sultan Kelantan ditarik balik dan beliau menyembah untuk mengembalikan sendiri darjah kebesaran tersebut.
Sewaktu Tengku Razaleigh berlawan dengan Dr Mahathir Mohamad merebut jawatan presiden Umno, Hussein menyokong Mahathir walaupun beliau senegeri dengan Tengku Razaleigh.
Aura kegedebelan Hussein sewaktu wujudnya skuad Pemuda Tahan lasak Pemuda Umno, di tahun 1969. Hussein salah seorang pemuka dalam skuad ini yang menjalankan kegiatan kempen dan propaganda untuk meraih sokongan kepada Umno. 
Dalam masa sama skuad ini menjadi pasukan menggempur Pas untuk membendung pengaruh Pas. Pemuda Umno bertindak sebagai skuad penggempur dan juga menjalankan kegiatan provokasi, ugut dan serang Pas. Ketika itu beliau adalah timbalan ketua pemuda Umno Kelantan.
Nama Hussein setanding dengan nama-nama tokoh lain daripada parti lawannya di Kelantan Pas, seperti Mohd Asri Muda, Zahari Awang, Nik Abdul Rahman, Nik Abdul Aziz Nik Mat dan lain-lain. 
Rona politik Hussein dilihat gasan dan gedebe tetapi dari sudut lain Hussein mempunyai wajah politik tersendiri serta seorang ahli politik disenangi kerana prihatin kepada rakyat. Beliau seorang yang cukup diplomasi dan bijak dalam mempengaruhi masyarakat dengan gayanya tersendiri. PRnya sangat baik menyebabkan beliau disenangi semua lapisan dan peringkat umur. Orang lebih muda daripadanya memanggilnya abang Sin manakala yang muda memanggilnya ayah Sin.
Sepanjang penglibatanya dalam parti Umno beliau memegang berbagai jawatan. Di peringkat bahagian sebagai Ketua Umno Rantau Panjang, di peringkat negeri sebagai timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan. Manakala di peringkat pusat sebagai ketua penerangan Umno Malaysia.

Jenazah Ayah Sin sebelum 
disembahyangkan di masjid Lemal.Menyentuh jasa besar beliau dalam Umno ialah, membantu Dr Mahathir Mohamad untuk menghidupkan semula Umno selepas diharamkan tahun 1988. Menurut Mohd Sobre Shafii yang merupakan anak didiknya dalam politik dan pernah berkhidmat sebagai pegawai dibawah kendalian Hussein, beliaulah memberi semangat dan keyakinan kepada Mahathir agar menghidupkan semula Umno.
Dalam kerajaan pula beliau pernah menjadi Exco kerajaan Kelantan, Timbalan Menteri Besar Kelantan dan diperingkat pusat menjadi Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, serta pernah dilantik memegang Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada), selain pernah menjadi Ketua I Persatuan Penulis Kelantan (PKK) dan juga presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa). 
Sepanjang lebih 70 tahun penglibatanya dalam parti, Hussein banyak meninggalkan jasa dan bakti baik kepada parti Umno dan juga kerajaan. Beliau kembali ke Rahmatullah awal pagi ini dalam usia 90 tahun sesudah beberapa tahun ke belakangan ini keuzuran kerana parkinson. 
Sewaktu kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kelantan baru-baru ini dalam rangka berjumpa dengan PM Thailand saya cuba usahakan agar Anwar bertemu dengan Allahyarham, tetapi malangnya tidak kesempatan.
Saya ke rumah Allahyarham dan didapati rumah itu sunyi sepi seperti tidak berpenghuni. Beberapa kali loceng ditekan dan salam diberi namun tanpa terjawab. Bagi mereka ingin mengetahui lebih lanjut penglibatan dan sukaduka Allahyarham dalam dunia politik, boleh ikuti catatan saya tentang beliau dalam memoir saya yang sedang dalam proses pererbitan kini. Allahyarham antara sosok yang menjadi tokoh yang dikisahkan dalam memoir itu secara mendalam dari sejak awal saya mengenalinya hingga ke saat-saat akhir.  [wm.kl. 1:18 pm 13/09/2024]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2024/09/hussein-ahmad-namanya-terpahat-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Persamaan Politik Israel Dan Politik Melayu

Persamaan Politik Israel Dan Politik Melayu

papar berkaitan - pada 4/9/2024 - jumlah : 123 hits
Perubahan masyarakat Malaysia ke ekstremis nasional dan ekstremis agama masih di tahap rendah dan harapnya hala tuju ini dapat dibendung 28 Aug 2024 Terengganu Pas youth members marching with what appear to be replica weapons at the Himpit ...
Rasuah Rm700 000 Apa Pihak Bekas Setiausaha Politik Hamzah Zainudin Akan Lakukan

Rasuah Rm700 000 Apa Pihak Bekas Setiausaha Politik Hamzah Zainudin Akan Lakukan

papar berkaitan - pada 3/9/2024 - jumlah : 97 hits
HarapandailyPihak bekas Setiausaha Politik kepada mantan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin memberitahu Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini bahawa pembelaan akan mengemukakan representasi bagi mengkaji semula tiga pertuduhan ...
Puad Saran Hadi Merdekakan Rakyat Daripada Penjajahan Politik Agama Pas

Puad Saran Hadi Merdekakan Rakyat Daripada Penjajahan Politik Agama Pas

papar berkaitan - pada 2/9/2024 - jumlah : 113 hits
malaysiakini comDiterbitkan Sep 2 2024 9 48 AMAhli Majlis Kerja Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi mencadangkan kepada PAS supaya memerdekakan rakyat daripada penjajahan politik agama yang menyesatkan parti itu Mengulas kenyataan Presiden PA...
Hiburan Mana Ahli Politik Kaya Raya Semua Budak Lelaki Pakai Besen Ulang Alik Ke Sekolah Undang Kemarahan Netizen

Hiburan Mana Ahli Politik Kaya Raya Semua Budak Lelaki Pakai Besen Ulang Alik Ke Sekolah Undang Kemarahan Netizen

papar berkaitan - pada 4/9/2024 - jumlah : 184 hits
Satu perkongsian di media sosial ternyata telah menjentik hati sanubari netizen gara gara kesusahan seorang budak lelaki yang terpaksa bergadai nyawa untuk ke sekolah Dalam yang menjadi tular itu seorang murid dilihat menggunakan besen seba...
Euro Sudah Penat Dengan Politik

Euro Sudah Penat Dengan Politik

papar berkaitan - pada 4/9/2024 - jumlah : 135 hits
Masalah tidak pernah datang sendirian Selepas drama politik di Perancis penurunan dalam aktiviti perniagaan di Eropah dan penurunan inflasi di zon euro kepada 2 2 yang meningkatkan kemungkinan pemotongan kadar faedah oleh Bank Pusat Eropah ...
Fitnah Sabronzo Nafi Ada Hubungan Sulit Dengan Mana2 Ahli Politik

Fitnah Sabronzo Nafi Ada Hubungan Sulit Dengan Mana2 Ahli Politik

papar berkaitan - pada 8/9/2024 - jumlah : 249 hits
Anggota kumpulan Dolla Sabronzo nafi ada hubungan sulit dengan mana mana ahli politik di Malaysia ketika diminta mengulas dakwaan klip video mirip dirinya yang tular ketika ini Sabronzo atau nama sebenarnya Wan Sabrina Wan Rusli berkata dia...
Ini Tanda Ph Bn Cepat Merudum Pas Kerjasama Politik

Ini Tanda Ph Bn Cepat Merudum Pas Kerjasama Politik

papar berkaitan - pada 8/9/2024 - jumlah : 231 hits
1 Langgar janji manifesto petanda PH BN lebih cepat jatuh KUALA LUMPUR Kelemahan yang diperlihatkan oleh kerajaan campuran Pakatan Harapan dan Barisan Nasional dalam menunaikan janji dan dalam bersikap adil terhadap semua rakyat tanpa mengi...
Antara Politik Haramj D H Dan Realiti Sebenarnya

Antara Politik Haramj D H Dan Realiti Sebenarnya

papar berkaitan - pada 6/9/2024 - jumlah : 97 hits
Ketenteraman dan keharmonian negara boleh senantiasa terancam oleh ahli politik perasuah penipu dan yang bodoh tidak faham cara yang baik untuk majukan penduduk negara Lazimnya ahli politik kita termasuk tiga jenis i bodoh ii jenis bodoh so...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

Technology For Startup Growth

Husna Mira Tinggalkan Geng Makan

Kerepek Pisang Tanduk Kegemaranku

Masjid Seksyen 7 Shah Alam

Muslimah Physiotherapy Puchong