Mee Hoon Goreng Dan 2 Pilihan Sukar
Saya kongsikan sedikit petikan dari kuliah Zoom oleh Al Fadhil Ustaz Dr. Ashraff Suarin berkenaan 2 pilihan yang sukar. Islam menganjurkan umatnya untuk sentiasa jalani hidup tegak lurus istiqomah atas nilai iman dan Islam dan istiqomah menerapkan nilai tauhid, menjalankan ketaatan dan menunaikan kewajipan yang ditetap dan dihiasi dengan keikhlasan dalam ibadah dan muamallah.
Firman Allah dalam surah Al Ahkaf ayat 13-14, sesungguhnya orang yang mengatakan Rabb kami ialah Allah dan kemudian mereka istiqomah dan tetap teguh di atas jalan yang betul, maka tidak ada kekuatiran dan tiada dukacita terhadap mereka. Mereka itulah Penghuni syurga dan mereka kekal di dalamnya sebagai balasan bagi amal amal soleh yang mereka telah kerjakan. Bila kita sebut, aku beriman pada Allah, maka istiqomahlah dengan perkataan dan ucapan kita.
Istiqomah adalah satu benda yang berat. Yang ringan adalah istirehat. Bukan mudah untuk tetap istiqomah menerapkan syariat Islam. Ada banyak rintangan yang menghalang umat Islam untuk teguh menjalankan syariat agama. Dalam membuat ketaatan, akan ada ujian. Bagaimana Nabi yang disebut kekasih Allah, yang dijanji syurga juga diberi ujian sangat besar. Ujian tanda Allah kasih dan sayang. Hidup ini adalah lapangan ujian Allah. Ujian ini samada menjadikan kita makin dekat atau makin jauh dari Allah.
Ingatan Nabi yang dah berlaku hari ini. Kita bawa bersama sama kita. Muhasabah sama sama batas pemisah antara had dan batil, benar dan salah, jujur dan dusta semua kelihatan samar. Hari ini bila kita sebut fitnah, yang baik nampak samar, yang buruk pun nampak samar. Perlu kejernihan hati dan fikiran untuk memisah misahkannya. Orang taat beribadah dan teguh pegang prinsip Islam, akan dilabel sebagai kuno. Sedangkan ahli maksiat dijadikan idola. Atas alasan untuk ikut trend.
Umat islam diceraiberai atas nama suku golongan kelompok parti politik. Kekuatan orang bukan Islam sangat dominan menjajah dan melemahkan kaum Islam dari pelbagai sudut. Orang yang berpegang teguh pada Al Quran dan sunnah bakal dikalahkan dan yang melakukan maksiat dan kemungkaran disokong penuh dan dianggap idola.
2 pilihan sukar di antara yang lemah yang istiqomah dengan ibadah atau yang kuat tapi melakukan maksiat dan meninggalkan ibadah. Pilihan sangat sukar. Bagaimana nak jumpa kawan baik, bagaimana nak duit yang halal, bagaimana nak istiqomah dengan sunnah adalah sukar.
Umat Islam dihadap pilihan sukar. Ingatan Nabi telah bersabda riwayat Al Hakim akan datang satu masa umat ku dihadap dua pilihan antara maksiat dan kelemahan. Pendosa dan orang jahat dianggap hebat iaitu kuat. Yang taat beragama dicemuh sebagai orang yang lemah. Jadi orang yang hidup pada zaman itu hendaklah pilih yang lemah dan menolak kemaksiatan. Majlis ilmu secara online seperti ini sangat penting. Terpulang pada kita nak dekat dan nak peduli. Bila keliru, atas sebab apa? Ianya kerana kita jauh dari Al Quran. Kita jauh dari Allah, jauh dari ingatan Rasulullah.
Zaman fitnah samada kita terpengaruh atau dipengaruhi kerana kita jauh dari ingatan ini. Tak ada yang memandu. Nabi dah tak ada tapi peninggalan dia ada dengan kita. Ini realiti kehidupan yang tak dapat disangkal di mana Islam sengaja dijadikan lemah oleh musuh Islam. Mereka akan dilabel sebagai radikal dan pengganas. Simpan janggut dianggap taliban dan pengganas.
Orang berani dan berpegang sunnah walaupun dalam keadaan dicemuh, Allah akan bersama kita. Sunnah indah bila walaupun kita ada musibah tapi bila ikut nabi kita akan jadi dekat dengan Allah. Istiqomah akan dianggap anti kemajuan. Sungguh beruntung orang yang Istiqomah di jalan Allah seperti menghadiri majlis llmu.
Sahabat minta Nabi ajar perkataan dalam Islam yang baik dan diajar supaya menyebut aku beriman pada Allah dan istiqomah lah dalam ucapan itu. Jadi kita muhasabah balik bagaimana perjuangan kita. Tentang ibadah korban, kita mampu tapi tak buat. Apa mujahadah kita pada Allah.
Saya suka mee hoon goreng yang digoreng cara ini juga kerana ianya memberikan kelainan rasa dengan cara saya menggoreng sebelum ini. Jadi kalau ada yang nak cuba, boleh tengok resipi di bawah tau.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba…..
Mee Hoon Goreng Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:2 keping mee hoon - ½ pekSayur kangkung - atau yang disukai1-2 genggam taugeh1 keping fish cake4-5 ekor udang1 biji telur1-2 sudu besar cili kering kisar1-2 sudu besar sos tiram1 sudu besar sos cili½ sudu besar sos tomato½ sudu kecil garam½ sudu besar gula¾ sudu besar serbuk pati ayam
Bahan tumbuk:7-8 biji bawang merah6 ulas bawang putih2-3 sudu besar ikan bilis
Bahan hiasan:Daun bawangCili merahBawang goreng
Cara cara:Rendam mee hoon dalam air sejuk seketika sahaja. Tos dan ketepikan. Nota: tak perlu lembut.
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dengan cili kering kisar sehingga terbit minyak dan garing.
Masukkan udang dan fish cake. Kacau rata.
Masukkan semua sos, gula, garam dan serbuk perasa. Masukkan telur. Kacau rata.
Masukkan 1 mug air panas dan biarkan mendidih. Masukkan sayur kangkung.
Masukkan mee hoon dan kacau rata sehingga mee hoon lembut dan air kering. Kacau rata sehingga sebati.
Akhir sekali, masukkan taugeh. Kacau rata dan terus tutup api.
Sebelum dihidangkan, taburkan bawang goreng, cili merah dan daun bawang.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziekitchen.com/2023/06/mee-hoon-goreng-dan-2-pilihan-sukar.html