Solat Sunat Istikharah Doa Memohon Pilihan Yang Baik Jakim


SOLAT SUNAT ISTIKHARAH
Pernah tak kita berada dalam dilema untuk memilih antara beberapa pilihan – walaupun sudah bertanyakan pendapat orang lain, membuat perbandingan dan mengkaji latarbelakang kesemua pilhan itu, namun kita masih berbolak-balik dan keliru.
Kita risau, takut, sangsi dan asyik terfikir yang mana satukah pilihan yang terbaik untuk kita.
Antara tanda kebergantungan kita kepada Allah adalah dengan memohon petunjuk daripadaNya dalam melakukan apa-apa perkara, terutamanya apabila melibatkan keputusan yang berat dan besar untuk diputuskan.
Jika anda berada dalam situasi ini, lakukanlah solat istikharah – walaupun ia melibatkan perkara yang kecil. Solat sunat 2 rakaat ini amat mudah dikerjakan.
Menurut laman web Mufti WP, tidak harus bagi seseorang memperkecilkan apa-apa perkara walaupun ianya nampak remeh. Lalu dia meninggalkan istikharah. Berkemungkinan, perkara yang diremehkannya itu nanti pada masa akan datang menjadi mudarat baginya.
Ayuh, kami kongsikan lebih lanjut tentang ibadah ini.
Pengenalan Istikharah ialah solat sunat yang dilakukan untuk memohon petunjuk Allah SWT dalam memilih atau melakukan sesuatu perkara atau urusan.
Ia adalah di antara sunnah yang diajarkan oleh Nabi saw. Ini berdasarkan satu riwayat daripada Jabir Bin Abdullah :
كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعَلِّمُنَا الاِسْتِخَارَةَ فِي الأُمُورِ كُلِّهَا كَمَا يُعَلِّمُنَا السُّورَةَ مِنَ القُرْآنِ ، يَقُولُ : إِذَا هَمَّ أَحَدُكُمْ بِالأَمْرِ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ مِنْ غَيْرِ الفَرِيضَةِ ، ثُمَّ لِيَقُلْ : اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ ، وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ ، وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ العَظِيمِ ، فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ ، وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ ، وَأَنْتَ عَلاَّمُ الغُيُوبِ ، اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعِيشَتِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي ، أَوْ قَالَ : فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ ، فَيَسِّرْهُ لِي ، ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ ، وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعِيشَتِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي ، أَوْ قَالَ : فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ ، فَاصْرِفْهُ عَنِّي ، وَاصْرِفْنِي عَنْهُ ، وَاقْدُرْ لِي الخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ، ثُمَّ أَرْضِنِي بِهِ ، قَالَ : وَيُسَمِّي حَاجَتَهُ.
Maksudnya :” Rasulullah saw pernah mengajarkan kami tentang memohon pilihan bagi semua perkara (istikharah) sepertimana Baginda mengajarakan kami surah daripada al-Quran. Baginda bersabda : Jika salah seorang dari kalian gusar tentang satu perkara maka rukuklah dua rakaat selain dari yang fardu. Kemudian katakanlah : Ya Allah, aku memohon pilihan dengan ilmu-Mu, aku memohon kekuatan dengan kekuatan-Mu, Aku juga memohon daripada limpahan-Mu yang Agung. Engkau mampu sedangkan aku tidak. Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak tahu. Engkau Maha Tahu tentang perkara yang ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untuk untuk agamaku, kehidupanku dan penghujungku. Ataupun Nabi bersabda : sama ada perkara yang segera atau yang lambat. Maka permudahkanlah urusanku dan berkatilah aku dalam urusan tersebut. Jika Engkau tahu bahawa perkara ini buruk bagiku pada agamaku, kehidupanku dan penghujung hidupku. Ataupun Baginda bersabda : sama ada yang segera atau yang lambat. Maka, jauhkanlah ia dariku dan jauhkan aku darinya. Dan tentukan bagiku yang terbaik kemudian redhailah aku dengannnya. Kemudian Baginda bersabda : Orang itu (boleh) menyatakan hajatnya.”
Riwayat al-Tirmizi (480),Ibnu Majah (1383) .Imam al-Tirmizi menyatakan bahawa hadis ini bertaraf hasan sohih ghorib
Hukum Hukum solat isktikharah adalah sunat.
Solat sunat Istikharah sebaik-baiknya dikerjakan pada waktu malam (qiamullail) bersama-sama solat tahajjud dan solat taubat.
Cara Solat Istikharah Cara melakukan solat ini amat mudah iaitu:
Niat : Usolli sunnatal istikharati rak’ataini lillahi taala (أصلي سنة الإستخارة ركعتين لله تعالى) Rakaat yang pertama selepas membaca al-Fatihah seperti biasa, anda boleh membaca surah al-Kafirun atau mana-mana surah pilihan Rakaat yang kedua selepas membaca al-Fatihah, anda boleh membaca surah al-Ikhlas atau mana-mana surah pilihan Setelah selesai solat, berdoalah dengan doa yang telah diajarkan oleh Nabi ataupun doa-doa yang sesuai seperti doa di bawah : Doa Istikharah Ya Allah, aku memohon petunjuk kepadaMu dengan ilmuMu, memohon ketetap dengan kekuasaanMu, dan aku memohon kurniaanMu yang sangat agung keranan sesungguhnya Engkau berkuasa sedang aku tidak berkuasa sama sekali, Engkau mengetahui sedangkan aku tidak, dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib.
Ya Allah! Jika jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini (SEBUTKAN SECARA LANGSUNG URUSAN YANG DIMAKSUDKAN) adalah sesuatu yang baik untukku dalam agamaku, kehidupanku dan akibat perbuatanku ini, atau ia baik untukku dalam masa terdekat atau masa hadapan, maka tetapkan ia bagiku dan mudahkanlah ia untukku.
Berkatilah ditiku padanya kerana Engkau Maha Mengetahui (SEBUT SEPERTI SEBELUM INI).
Jika ia tidak baik untukku, jauhkanlah urusan itu dariku dan jauhkanlah aku darinya, serta tetapkanlah yang baik itu bagiku di mana pun kebaikan itu berada.
Kemudian, jadilah aku orang yang redha dengan ketetapan tersebut.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM
Baca juga:
Niat Puasa Sunat Arafah & Kelebihannya Kelebihan 10 Hari Pertama Zulhijjah & Amalan Sunnah Dianjurkan

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/solat-istikharah-doa/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=solat-istikharah-doa

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Khusnul Khatimah Memperoleh Pengakhiran Yang Baik Doa

Khusnul Khatimah Memperoleh Pengakhiran Yang Baik Doa

papar berkaitan - pada 7/6/2023 - jumlah : 369 hits
Apakah maksud sebenar Husnul Khatimah dan bagaimana kita boleh meraihnya Bagaimana pula Nabi Muhammad mendefinisikan husnul khatimah Dalam artikel ini kita akan membincangkan tentang makna sebenar pengakhiran yang baik dalam konteks Islam d...
Niat Dan Doa Solat Witir

Niat Dan Doa Solat Witir

papar berkaitan - pada 13/6/2023 - jumlah : 281 hits
Bila sebut pasal solat witir selalunya Juju akan kaitkan dengan solat terawih Yelah selalu kita dengar lepas solat terawih kena buat solat witir 3 rakaat atau 1 rakaat Juju pun sebelum ni kurang ambil maklum mengenai solat witir ni Tapi set...
Hiburan Nak Tengok Bekas Isteri Bahagia Syamsul Doakan Sarah Kahwin Dengan Lelaki Baik

Hiburan Nak Tengok Bekas Isteri Bahagia Syamsul Doakan Sarah Kahwin Dengan Lelaki Baik

papar berkaitan - pada 15/6/2023 - jumlah : 188 hits
Walaupun telah sah bercerai pengarah tetap mendoakan jodoh untuk bekas isterinya Puteri Sarah Liyana Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof berkata Sarah juga layak untuk merasa bahagia Advertisement Bukan itu sahaja pengarah ...
Usah Biarkan Umno Cemar Nama Baik Badan Kehakiman Negara Kj Puji Pm

Usah Biarkan Umno Cemar Nama Baik Badan Kehakiman Negara Kj Puji Pm

papar berkaitan - pada 20/6/2023 - jumlah : 332 hits
Langkah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar menjelaskan status sisatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah terhadap Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Seri Mohd Nazlan Mohd Ghazali adalah satu tindakan tepat Bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Ba...
Jika Anak2 Ada Bapa Baru Saya Terima Syamsul Doakan Sarah Temui Lelaki Baik

Jika Anak2 Ada Bapa Baru Saya Terima Syamsul Doakan Sarah Temui Lelaki Baik

papar berkaitan - pada 15/6/2023 - jumlah : 161 hits
Pengarah tersohor Syamsul Yusof telah mengakui bahawa hubungannya dengan bekas isteri Puteri Sarah Liyana akan kekal sebagai sahabat baik dan sentiasa mendoakan supaya selebriti berkenaan bertemu jodoh dengan lelaki yang boleh membahagiakan...
Hiburan Ismail Izzani Akui Lagi Bahaya Jika Ada Nafsu Songsang Nasib Baik Kaki Perempuan Kalau Kaki Lelaki

Hiburan Ismail Izzani Akui Lagi Bahaya Jika Ada Nafsu Songsang Nasib Baik Kaki Perempuan Kalau Kaki Lelaki

papar berkaitan - pada 20/6/2023 - jumlah : 192 hits
Penyanyi yang sering saja terpalit dengan kontroversi melibatkan wanita Ismail Izzani memaklumkan bahawa dia enggan lagi peduli dengan sebarang gelaran mahupun tanggapan orang sekeliling terhadapnya Malah bagi Ismail lebih baik dia mempunya...
Baik Buruk Emergency Leave

Baik Buruk Emergency Leave

papar berkaitan - pada 19/6/2023 - jumlah : 222 hits
Assalamualaikum Sana sini banyak yang membincangkan tentang baik atau buruk EL Heboh di media sosial kan semua orang ada pendapat masing masing Bagi pendapat SA plak SA jarang amik EL Kecuali betul betul emergency EL bukan bermakna cuti kha...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik