Jenama Kitsui Menjadi Pilihan Kaum Wanita Untuk Kelihatan Awet Muda
KITSUI : Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. Ia telah menjadi sifat semulajadi para wanita yang inginkan kulit yang bersih, cerah juga badan yang ideal. Kebanyakkan wanita Asia terlampau obses inginkan kulit yang bersih cerah juga badan yang ideal sehingga menyebabkan ramai yang mengambil jalan mudah seperti mengambil pelbagai makanan tambahan tanpa kelulusan dari pihak berkuasa, malah ada yang lebih ekstrem sehingga sanggup membuat suntikan putih dan sedut lemak tanpa pengawasan Kementerian Kesihatan Malaysia. Namun begitu, bila bercakap soal kesihatan kulit dan badan yang sebenar, ianya bermula daripada usus yang sihat.
Sebut sahaja jenama KITSUI, mesti ramai sudah mengenali dan pernah lihat jenama ini di pasaran Malaysia. Jenama KITSUI ini sangat di percayai oleh majoriti rakyat Malaysia dengan keberkesannya sehingga menjadi salah satu jenama terbaik di seluruh farmasi di negara ini. Bukan itu sahaja, jenama KITSUI juga telah menerima pelbagai anugerah sepanjang di pasaran.
KITSUI adalah produk jenama tempatan yang telah bertapak di pasaran Malaysia lebih dari 20 tahun. Dengan berbekalkan pengalaman selama 20 tahun, memang tidak perlu disangkalkan lagi kebaikan dan keberkesanan semua produk dibawah jenama KITSUI yang mana semuanya telah melalui dan lulus ujian keselamatan dan makmal, malah ia juga telah mendapat sijil halal dari kilang bertaraf GMP sebelum di pasarkan.
Kesemua produk dibawah jenama KITSUI ini diformulasikan secara unik untuk pengguna dengan ramuan halal semulajadi yang dipilih khas dari yang terbaik untuk keperluan pemakanan gaya hidup moden harian. Harini Faiq ingin kongsikan beberapa makanan tambahan untuk kesihatan kulit dan badan keluaran KITSUI yang para wanita perlu amalkan untuk kelihatan cantik sekaligus sihat tubuh badan
KITSUI COLLAGEN WHITE (600MG) + L - GLUTAMINE
Baru-baru ini KITSUI telah mengeluarkan bungkusan terbaru untuk Kitsui Collagen White (600mg) + L - Glutamine yang membantu mengembalikan keanjalan kulit dan mengembalikan kecergasan badan yang diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi dan Halal seperti Korea Kolagen Peptida, L-Glutamine, Mix Berries, Omega 3, Vitamin C dan Beet Root
Siapa Yang Perlu Ambil Kitsui Collagen White (600mg) + L - Glutamine?
Kolagen sangat penting untuk badan bagi mengelakkan penyakit yang timbul akibat kekurangan kolagen dalam badan. Antaranya muncul kedutan dan garis halus pada kulit, sakit dan kekakuan sendi, kuku menjadi lemah dan rapuh, keguguran rambut dan osteoporosis. Kesemua penyakit yang saya senaraikan ini dapat dicegah dengan mengambil Kitsui Collagen White (600mg) + L - Glutamine sebagai makanan tambahan untuk badan & kulit
Kelebihan Kitsui Collagen White (600mg) + L - Glutamine
1. Mengandungi kepekatan yang tinggi sehingga 600mg Collagen untuk kembalikan keanjalan & ketegasan kulit
2. Memberi khasiat dan perlindungan kulit yang komprehensif melalui campran L-Glutamine, Omega 3, 18 Vitamin Premix dan Mineral, Mix Berries Serbuk campuran dan Akar Bit
3. Diyakini HALAL dan mempunyai sijil ISO 22000:2018, HACCP, GMP dan HALAL
4. Membantu meningkatkan sintesis kolagen dan membaiki serat kolagen yang rosak
5. Mengurangkan kesan gelap, cela dan ketidaksempurnaan pada kulit. Ia juga menghasilkan kulit yang lebih cerah dan sekata
Maklumat Tambahan : Kitsui Review : Perbezaan Antara Product Whitenin BB & Vitamin C+ Shine
KITSUI MEAL REPLACEMENT PLUS
Pengambilan sarapan pagi sangat penting untuk permulaan hari sebagai sumber tenaga dan membantu mengawal pengambilan makanan secara berlebihan ketika waktu tengahari atau waktu malam. Jika pengambilan makanan telah terkawal maka tiada masalah berat berlebihan yang akan terjadi dalam hidup kita. Satu cara paling mujarab turunkan berat badan adalah dengan mengawal pemakanan dan mengambil produk makanan tambahan dari KITSUI
Kitsui Meal Replacement Plus adalah salah satu cara yang sesuai untuk diet rendah kalori sekaligus membantu mengawal berat badan. Ia telah terbukti dapat mengurangkan pengambilan tenaga sehingga 800 kalori sehari, bermakna badan akan menarik tenaga daripada simoanan lemaknya sendiri. Ianya sangat mudah disediakan dan dirumus secara saintifik untuk memenuhi keperluan pemakanan individu pada program diet kalori yang sangat rendah. Ia juga telah terbukti sangat berkesan dalam pengurusan masalah obesiti
Siapa Yang Perlu Ambil Kitsui Meal Replacement Plus?
Untuk pengetahuan umum, Kitsui Meal Replacement Plus tidak sesuai diambil untuk ibu mengandung, tetapi bagi ibu menyusukan bayi berumur 18 tahun keatas di bolehkan untuk ambil
Kelebihan Kitsui Meal Replacement Plus
1. Membantu pengurusan berat badan yang seimbang2. Penggantian makanan semulajadi yang lengkap3. Berkualiti tinggi dan kaya dengan nutrisi4. Rendah kalori hanya 124 kalori setiap sachet5. Mengandungi Vitamin & Mineral penting untuk badan6. Sumber serat yang baik
KITSUI BELLOSS FIBER
Kitsui Belloss Fiber pula merupakan minuman detox bagi mereka yang mengalami masalah pencernaan khususnya pada mereka yang mempunyai masalah sembelit yang teruk. Ia juga membantu menyahtoksin dan melancarkan sistem pencernaan secara semula jadi dan membantu menyingkirkan air berlebihan didalam badan
Kelebihan Kitsui Belloss Fiber
1. Menghalang penyerapan lemak berlebihan dan karbohidrat2. Mencuci toksin dan sisa buangan dan lemak yang tidak diperlukan3. Seimbangkan fungsi badan dan untuk sistem imuniti yang lebih kuat4. Sebagai pengganti kepada buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan mineral dan nutrisi5. Meningkatkan metabolisma badan6. Menghentikan sembelit dan melancarkan sistem pencernaan
Pengalaman Menggunakan Kitsui Belloss Fiber
Diantara 3 produk KITSUI yang Faiq sarankan diatas, Kitsui Belloss Fiber adalah produk yang Faiq sedang gunakan sehingga kini. Faiq akan consume seperti yang telah disarankan oleh KITSUI sendiri iaitu mengambil satu sacher bersama 150ml air suam/biasa sebelum tidur. Pada awalnya, Faiq tidak pasti samaada kebetulan atau memang itu kesannya, setiap pagi Faiq akan merasa badan lebih cergas dan bertenaga. Bukan itu sahaja, setiap pagi Faiq memang akan membuang dahulu tidak seperti sebelum ini. Mungkin ini adalah salah satu kesan penggunaannya iaitu membuang dan mencuci toksik di dalam badan. Jika seharian itu Faiq makan berlebihan, Kitsui Belloss Fiber ini membantu membuang terus segala lemak yang tidak diperlukan oleh badan sekaligus membantu mengurangkan berat badan Faiq sendiri.
Jadi bagi siapa yang ingin menguragkan berat badan sekaligus membantu menyihatkan usus, Faiq sangat menyarankan untuk dapatkan Kitsui Belloss Fiber ini. Kitsui Belloss Fiber ini telah terbukti keberkesanannya dan menjadi salah satu produk yang diperlukan oleh pengguna sehingga menerima anugerah "Most Wanted Slimming Fiber Drink" di Watsons HWB Awards pada tahun 2015, 2016 dan 2022
DIMANA BOLEH DAPATKAN PRODUK KITSUI?
Kesemua produk dibawah jenama KITSUI boleh didapati di Watsons dan Guardian seluruh Malaysia. Jenama KITSUI juga telah menerima anugerah "Watsons Top Brand" dan "Superhealth Brand". Harganya tidaklah terlalu mahal seperti produk lain yang perlu mengeluarkan wang beratus ringgit dengan tidak pasti keberkesanannya. Harga produk ini bermula RM30 sahaja dengan kesan yang selamat dan efektif. Produk KITSUI ini juga boleh didapati secara atas talian di laman web rasmi KITSUI dan Shopee
Laman Web Rasmi Kitsui
https://kitsui.com.my/
Shopee
https://shopee.com.my/kitsui.my.hq
Untuk maklumat lanjut mengenai produk ini dan produk lain daripada Kitsui, sila layari:
Instagram
https://www.instagram.com/kitsuimalaysia/
Facebook
https://www.facebook.com/kitsuimalaysia/
Tiktok
https://vt.tiktok.com/ZSJUoshPn/
Website
https://kitsui.com.my/
Youtube
https://www.youtube.com/c/KitsuiBeauty
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://najmi-faiq.blogspot.com/2023/06/jenama-kitsui-menjadi-pilihan-kaum.html