Drama Kau Sundaeku Mcdonalds Sebagai Majikan Pilihan Belia
Hi korang,
Siapa pernah kerja McDonalds lepas habis sekolah? Selalunya
sementara menunggu panggilan belajar dan untuk dapatkan kerja yang lebih
stabil,tapi korang tahu tak ,dengan McDonalds juga korang boleh membina kerjaya
yang stabil dan tetap dan industry makanan dan minuman.
Suasana kerja di McDonalds kini mampu melahirkan pekerja
mahir dalam bidang mereka di mana mereka menyediakan latihan untuk pekerja
,kemudahan penginapan serta suasana kerja yang kondusif ,jadi memang sesuai
untuk pekerja yang ingin berusaha serta berjaya dalam bidang ini.
Drama “Kau Sundaeku”
di Media Sosial untuk menarik generasi muda.
Terbaru McDonalds mengeluarkan siri drama pendek di
Instagram Reels bertajuk “Kau Sundaeku” untuk menarik generasi muda menyertai
mereka dalam kerjaya.Drama yang memberi info tentang peluang pekerjaan yang di
sediakan oleh pihak McDonalds dan mampu membantu para golongan muda membina
kehidupan mereka.
Memandangkan social media kini
popular sebagai cabang dalam memberi info,McDonalds mengambil keputusan syarikat ini ingin menyemai minat dan
menggalakkan permohonan pekerjaan dengan pengeluaran siri drama mini sembilan
episod bertajuk “Kau Sundaeku”.
Drama ini tentang seorang pengurus dan
tiga kru restoran yang datang daripada latarbelakang berbeza, yang menemui
‘rumah’ mereka dan mempunyai rasa kekitaan semasa bekerja di McDonald’s.Mula di
tayangkan di Instagram Reels McDonalds bermula 21 Disember 2022 dan setiap
episod berdurasi 1 minit.Ia memaparkan keseronokan bekerja dan laluan kerjaya
di McDonalds. Siri ini menampilkan Rasyiqah Johan dan Zafira Natasya Yong yang
merupakan finalis Dewi Remaja, dan Adam Aliff Tay serta Subhasree Uiaramuthu.
Best juga lakonan dan info yang di sampaikan dalam drama ni
Cik Sue dah tengok,korang boleh tengok di SINI ye .
Program Perantis
Vokasional McDonalds - Mempersiapkan pekerja mahir
Dalam menyediakan peluang kerjaya yang cemerlang bersama
McDonalds ,syarikat ini telah menyediakan Program Perantis Vokasional McDonald’s yang merupakan
program latihan berasaskan industri selama 18 bulan yang menggabungkan 70
peratus latihan praktikal di restoran dan 30 peratus pembelajaran teori di
dalam kelas. Kejayaan program ini merupakan hasil kerjasama antara McDonald’s
Malaysia dan Kementerian Sumber Manusia di bawah Sistem Latihan Dual Nasional
(SLDN) yang diperkenalkan oleh Kementerian.Baguskan,bukan senang tau nak dapat
latihan macam ni,berbaloi la menyertai syarikat besar yang memberi peluang
peningkatan dalam kerjaya. Dari 2018 sudah lebih 3500 anak muda dari pelbagai
latar belakang telah mendapatkan latihan untuk pengalaman pekrjaan dalam industri makanan dan minuman dari program
ini.
“Program latihan kami disasarkan kepada golongan belia untuk memacu mereka
kearah laluan kerjaya yang positif dan membantu mereka meningkatkan potensi
diri sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab. Golongan belia di
Malaysia adalah masa depan negara dan peningkatan pekerjaan yang diisi oleh
golongan belia pastinya memberi manfaat besar kepada ekonomi kita dalam jangka
masa panjang,” Kata
Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s
Malaysia.
McDonalds konsisten
sebagai Majikan terbaik pilihan rakyat Malaysia.
Sebagai bukti segala usaha pihak syarikat dalam memberi
peluang pekerjaan dan mengubah nasib anak muda ,McDonalds telah banyak
merangkul anugerah.
Anugerah Majikan
Terbaik Antara Yang Terbaik 2021 (Best of the Best Employer Award 2021)
Anugerah Majikan
Terbaik 2021 (Best Employer Award 2021) oleh Kincentric, yang merupakan
penyedia perkhidmatan penasihat sumber manusia global.
Anugerah Majikan
Terbaik (Best Employer Award) daripada Aon lima tahun berturut-turut dari
tahun 2014 hingga 2018.
Majikan Terbaik
untuk Wanita (Best Employer for Women) pada tahun 2015
Majikan Terbaik
untuk Generasi Y (Best Employer for Generation Y) pada 2013.
Wahhhh,kalau Cik
Sue pun nak bekerja di syarikat macam ni,di iktiraf,peluang meningkatkan
kerjaya pun tinggi.Suasana dan sokongan syarikat yang positif,nak kerja pun
seronok,hati senang,latihan ada,kemudahan pun bagus.
Jadi kalau korang ada adik-adik,kawan-kawan atau
saudara-mara yang berminat dan mencari peluang pekerjaan bolehlah mencuba
dengan McDonalds Malaysia.Hubungi je mereka.
Jangan lupa tonton siri drama “ Kau Sundaeku” ini di reels
intagram McDonalds Malaysia okey.
Boleh layari :
Website : https://www.mcdonalds.com.my
Instagram : https://www.instagram.com/mcdonaldsmalaysia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.sueizza.my/2023/02/drama-kau-sundaeku-mcdonalds-sebagai.html