Asasi Matrik Diploma Form 6 Yang Mana Pilihan Hati


Asasi Matrik Diploma Form 6 - Yang Maan Pilihan Hati?   Debaran menunggu keputusan SPM dah pun berakhir.  Sekarang ni anak-anak semua sibuk memilih haluan seterusnya.  Ketika  ni bukan lagi memilih kepada minat tapi lebih kepada layak atau tidak. Perjuangan perlu diteruskan.
Alhamdulillah result Amira bukanlah paling cemerlang, tapi sangat cemerlang pada kami.  Secemerlang abang dan kakaknya.  Walaupun selepas exam, tuan badan pun awal-awal dah macam menyerah , redha dengan apapun keputusannya. Tapi hati ibu, yakin akan beroleh keputusan baik yang pastinya membolehkan beliau terus berjuang menuntut ilmu.


Masa ni berdebar nak tengok keputusan penuh. Alhamdulillah 8A 1B jauh lebih baik daripada keputusan trial dan memang luar jangkaan kami sekeluarga. Yalah, anak-anak ini adalah batch setahun belajar secara online di rumah dek kerana penularan covid19.  Anak-anak yang tidak melalui peperiksaan PT3.  Anak-anak yang terpaksa pulun sendiri semasa di tingkatan empat. Sebagai ibubapa, memang kami dah bersedia dengan apa juga keputusan yang diperolehi. Alhamdulillah berkat usaha dan doa
Anak perempuan ni lain daripada anak lelaki.  Anak lelaki awal-awal dah bagitau arah tujunya.  Yang perempuan ni, lebih kepada berserah.  Sama macam maknya juga. Jadi tak bolehlah nak salahkan sesiapa. Memang kena bantu untuk buat pilihan.  Apatah lagi bila berbelah bagi untuk pilih yang A ataupun yang B.  Perlu beri kefahaman setiap bidang -  kelebihan dan kekurangan serta cabaran yang akan dan perlu diharungi.  Bukan mudah untuk berjaya tapi kalau tahu hala tuju, in syaAllah akan lebih fokus.


Asasi, Matrikulasi, Diploma dan STPM - Mana satu pilihan hati?Masa akak belajar dulu, lepas SPM memang target nak dapat degree.  Antara diploma dan STPM, akak pilih STPM.  Tak perlu fikir panjang, tetapkan hati dan terus berjuang lagi dua tahun untuk pastikan ada tempat di universiti.  Masa tu tiada siapa pun yang guide. Cikgu-cikgu beri pandangan, mak ayah ikut sahaja apa yang kita pilih.  So pilihan memang betul-betul terletak atas tangan sendiri.
Anak-anak sekarang ada ramai yang boleh bantu beri pandangan. Info-info berkaitan juga banyak boleh diperolehi dalam laman sosial.  Apakah bezanya antara asasi, matrikulasi, diploma dan STPM.  Kesemuanya menjurus kepada peringkat yang lebih tinggi. Akak kongsikan serba sedikit info yang akak dapat sepanjang anak-anak menyambung pengajian mereka.
Abang dan kakak, keduanya memilih asasi. Dari segi masa belajar, asasi kebiasaan boleh dihabiskan dalam masa setahun, selepasa itu boleh terus sambung degree.  Asasi ada yang ditawarkan secara tertutup dan ada yang ditawarkan secara terbuka di universiti.  Apa yang dimaksudkan terbuka dan tertutup? 
Asasi tertutup ditawarkan antaranya di di UPM dan UIAM.  Di mana selepas anak-anak tamat asasi, mereka hanya boleh pilih kursus ijazah pertama yang ditawarkan di universiti yang sama. Tidak perlu lagi memohon melalui UPU, anak-anak akan diminta membuat pilihan kursus pada semester kedua asasi.  Ada yang perlukan sesi temuduga dan ada yang tidak.  Asasi tertutup ni, pelajar-pelajar biasanya adalah feeder kepada universiti berkenaan. Ada kuota yang disediakan untuk pengambilan.
Manakala asasi terbuka pula, anak-anak boleh pilih mana-mana universiti yang dalam dalam senarai UPU untuk sambung belajar.  Maknanya peluang lebih luas dan persaingan juga lebih ramai. Tempoh masa asasi adalah setahun.  Bila banyak pilihan ni boleh jadi rambang mata.  Tapi biasanya anak-anak dah tahu dah hala tujuan mereka.
Selain asasi, matrikulasi juga menjadi pilihan lepasan SPM.   Pulun habis baik, in syaAllah boleb dapat pilihan kursus dan universiti pilihan hati.  Lepasan matrikulasi mempunyai lebih banyak pilihan. Pembelajaran dijalankan di pusat-pusat matrikulasi yang disediakan. Kebanyakan jurusan matrikulasi dijalankan dalam tempoh setahun. Tapi ada jugak dijalankan dalam tempoh 2 tahun.
Ada juga yang memilih untuk meneruskan belajar di tingkatan enam dan mengambil STPM.  Jangkamasa belajar adalah 2 tahun.  Walaupun dijalankan di sekolah, pelajar ini tidak terikat denga.n uniform sekolah. Sama seperti yang lain, Form 6 sekarang ni pun dijalankan secara semester.  Peluang sambung belajar sama sahaja.
Diploma juga adalah antara pilihan yang boleh difikirkan.  Ramai juga kawan-kawan anak akak yang memilih untuk sambung diploma.  Tapi lepas diploma, korang kena bersemangat untuk teruskna pengajian ke peringkat ijazah, jangan berhenti setakat itu sahaja.  Tempoh masa pengajian diploma, ada yang tiga tahun, ada yang dua tahun setengah, bergantung kepada institusi dan kursus yang dipilih.
Pada pandangan akak, kalau anak-anak layak untuk memohon asasi, teruskan memohon.  Mohonlah mana-mana pun yang sesuai dengan keputusan yang diperolehi. Paling penting sekali adalah keinginan untuk terus belajar.
Berdebar-debar juga sekarang ni menunggu keputusan yang mana satu pilihan yang diterima.   Pada anak-anak semua, teruskan perjuangan yer !






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.azirahman.com/2023/06/asasi-matrik-diploma-form-6-yang-mana-pilihan-hati.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Bakal Tentukan Parti Mana Jadi Pilihan Melayu Di Semenanjung

Prn Bakal Tentukan Parti Mana Jadi Pilihan Melayu Di Semenanjung

papar berkaitan - pada 1/7/2023 - jumlah : 232 hits
ismaweb netPN menang enam kerusi Parlimen di Selangor pada PRU15 PH perlu kerja keras pertahan negeriBANGI 11 Zulhijjah 1444H Jumaat Pilihan Raya Negeri di enam negeri sangat penting kerana bakal menentukan parti pilihan ramai masyarakat Me...
Kongsi Matlamat Sama Cari Redha Allah Mizz Nina Sah Nikah Dengan Lelaki Pilihan Hati

Kongsi Matlamat Sama Cari Redha Allah Mizz Nina Sah Nikah Dengan Lelaki Pilihan Hati

papar berkaitan - pada 16/6/2023 - jumlah : 208 hits
Siapa sangka bekas penyanyi Mizz Nina sudah menamatkan zaman ibu tunggal setelah dirinya umum sudah sah bernikah dengan lelaki pilihan hati Essam Muhammad Melalui hantaran Instagram Mizz Nina tidak memberitahu secara jelas mengenai tarikh n...
Hiburan Puas Hati Dapat Tengok Suami Orang Asyik Tanya Mana Fattah Amin Fazura Penuhi Permintaan Peminat

Hiburan Puas Hati Dapat Tengok Suami Orang Asyik Tanya Mana Fattah Amin Fazura Penuhi Permintaan Peminat

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 195 hits
Pasangan suami isteri selebriti Fattah Amin dan Nur Fazura sememangnya dikenali dengan sikap ramah dan tidak jemu melayan permintaan peminat Baru baru ini pelakon filem Pisau Cukur itu ada mencuri perhatian apabila dia memenuhi kemahuan net...
Fitnah Suami Heliza Helmi Akui Terasa Hati Nafi Diri Seorang Scammer

Fitnah Suami Heliza Helmi Akui Terasa Hati Nafi Diri Seorang Scammer

papar berkaitan - pada 30/6/2023 - jumlah : 273 hits
Suami kepada penyanyi Heliza Helmi iaitu Datuk Seri Mahadi akui kesal dan terkilan dengan fitnah dilemparkan oleh segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang menuduhkan seorang scammer atau penipu Jelas pemilik nama sebenar Mahadi Badrul Z...
Video Cekcok Sapi Kurban Dewi Perssik Ungkap Alasan Ketua Rt Tak Punya Hati

Video Cekcok Sapi Kurban Dewi Perssik Ungkap Alasan Ketua Rt Tak Punya Hati

papar berkaitan - pada 30/6/2023 - jumlah : 134 hits
Pedangdut Dewi Perssik ngamuk kepada ketua RT akibat cekcok masalah sapi kurban Dewi Perssik bahkan telah menemui Sang Ketua RT Malkan guna bermediasi terkait masalah penolakan sapi yang dialaminya Mediasi sendiri digelar di Masjid dekat ke...
Hiburan Last Last Suka Yang Bertatu Iman Troye Bergambar Mesra Dengan Lelaki Indonesia Ramai Peminat Patah Hati

Hiburan Last Last Suka Yang Bertatu Iman Troye Bergambar Mesra Dengan Lelaki Indonesia Ramai Peminat Patah Hati

papar berkaitan - pada 30/6/2023 - jumlah : 337 hits
Penyanyi Iman Troye mencuri tumpuan peminat apabila dia memuat naik foto bersama seorang lelaki dipercayai berasal dari Indonesia mesra tersebut nampaknya telah membuatkan peminat terutamanya kaum lelaki berasa patah hati dan kecewa Adverti...
Terserempak Di Masjidil Haram Gelagat Tunku Azizah Berlari Lari Anak Ke Arah Jemaah Malaysia Cuit Hati

Terserempak Di Masjidil Haram Gelagat Tunku Azizah Berlari Lari Anak Ke Arah Jemaah Malaysia Cuit Hati

papar berkaitan - pada 29/6/2023 - jumlah : 209 hits
Gelagat Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sering meraih perhatian kerana dilihat mesra serta peramah dengan rakyat jelata tidak kira di mana Kerana sikapnya itu ramai rakyat tidak berasa takut untuk mendekati da...
15 Resepi Masakan Perut Muda Dan Hati Limpa Lembu Kambing Yang Menyelerakan

15 Resepi Masakan Perut Muda Dan Hati Limpa Lembu Kambing Yang Menyelerakan

papar berkaitan - pada 27/6/2023 - jumlah : 584 hits
Saya boleh membantu anda mencari 10 jenis resepi masakan sedap dan menyelerakan bagi perut lembu dan hati lembu Berikut adalah resepi resepi yang saya dapati dari hasil carian web saya Resepi ini menggunakan perut muda lembu yang direbus da...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation