Mcdonald S Sumbang Lebih Rm600 000 Untuk Rakyat Sabah


SEMPORNA, 10 Disember 2019 – McDonald’s Malaysia mengukuhkan pelaksanaan aktiviti tanggungjawab sosial korporatnya melalui penganjuran Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Sabah, hari ini. Sumbangan sebanyak RM622,800 diumumkan oleh restoran khidmat segera tersebut bagi meringankan beban golongan masyarakat yang memerlukan di negeri ini melalui pelbagai inisiatif kemasyarakatan.
Program Komuniti McDonald’s bantu golongan memerlukan di Sabah melalui pelbagai inisiatif kemasyarakatan Penyampaian sumbangan bagi Program Komuniti ini diadakan di restoran terbaharu McDonald’s di Sabah, iaitu McDonald’s Pandu-Lalu Semporna. Antara inisiatif-inisiatif kemasyarakatan yang diumumkan termasuklah, pembayaran zakat perniagaan McDonald’s, pelantikan belia-belia dari keluarga kurang berkemampuan untuk menyertai SLDN McDonald’s dan penyerahan pek “Kembali ke Sekolah” kepada kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah.

“Mewujudkan impak positif kepada masyarakat merupakan nilai teras McDonald’s Malaysia. Sebagai sebuah syarikat korporat yang mempunyai reputasi kukuh di negara ini, kami amat berharap dapat memainkan peranan kearah kesejahteraan masyarakat, lebih-lebih lagi melibatkan golongan masyarakat memerlukan di sekitar lokasi operasi kami,” kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia.

“Semoga pembukaan restoran terbaharu kami di Sabah ini membuka peluang pekerjaan dan ruang kearah pembangunan bakat, khususnya mereka yang tinggal di Semporna. Di samping merancakkan lagi ekonomi negeri, besar harapan kami agar pengembangan perniagaan kami di Sabah membolehkan kami meringankan beban lebih ramai golongan masyarakat kurang bernasib baik di negeri ini,” tambah Azmir lagi, yang juga merupakan Presiden Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia. RMHC Malaysia merupakan badan kebajikan pilihan McDonald’s Malaysia.

YAB Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Ketua Menteri Sabah merupakan tetamu kehormat yang hadir di majlis ini.



“Sumbangan McDonald’s Malaysia menerusi Program Komuniti mereka adalah sesuatu yang wajar dipuji. Kerajaan negeri amat mengalu-alukan pengembangan perniagaan McDonald’s di Sabah dan usaha mereka kearah kesejahteraan rakyat merupakan nilai tambah yang cukup bertepatan dengan aspirasi kerajaan negeri. Semoga lebih banyak program-program untuk masyarakat melibatkan syarikat-syarikat korporat seperti McDonald’s dapat dilaksanakan pada masa hadapan,” kata YAB Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie.

Agihan zakat perniagaan McDonald’s Malaysia
McDonald’s Malaysia memenuhi kewajipan zakatnya kepada negeri Sabah untuk tahun 2019 dengan bayaran zakat berjumlah RM101,000.

McDonald's Malaysia baru-baru ini turut menerima Sijil Pembayar Zakat Korporat daripada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), dan merupakan entiti perniagaan pertama yang menerima sijil pengiktirafan tersebut di Malaysia. 
"Sebagai sebuah entiti perniagaan 100 peratus milik umat Islam, ianya merupakan tuntutan agama untuk kami mengeluarkan zakat apabila cukup haul untuk diagihkan kepada golongan masyarakat yang memerlukan. Kami telah membayar zakat sejak tahun 2017 setelah diambil alih oleh Lionhorn Pte. Ltd. iaitu sebuah anak syarikat Reza Group dari Arab Saudi," kata Azmir.

Inisiatif pekerjaan untuk belia melalui SLDN McDonald’s Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s merupakan program latihan berteraskan industri selama 18 bulan menggabungkan 70 peratus latihan praktikal di restoran McDonald’s dan 30 peratus kelas teori di bilik darjah. Program yang ditaja sepenuhnya ini diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia – salah satu usaha restoran khidmat segera itu untuk meningkatkan piawaian pembangunan modal insan syarikat dan memupuk bakat baharu, sejajar dengan agenda negara. 
"Kami teruja untuk mengalu-alukan para belia dari negeri Sabah untuk menyertai program latihan kami ini. Diharap melalui program ini, belia yang terpilih akan mempelajari kemahiran yang diperlukan untuk memajukan diri dan memulakan karier yang menjamin masa depan seterusnya meningkatkan status ekonomi keluarga masing-masing," kata Azmir.


Program ini adalah sebahagian daripada Program Komuniti McDonald’s yang dianjurkan untuk belia daripada golongan kurang berkemampuan. Sebaik sahaja para pelatih lulus penilaian dan ujian akhir program ini, mereka layak bekerja di restoran McDonald's. Setakat ini, terdapat 650 pelatih sedang menjalani SLDN McDonald’s.

Setiap pelatih menerima elaun sara hidup bulanan sebanyak RM1,200, faedah perubatan dan insurans, serta makanan percuma.
Program “Kembali ke Sekolah” Lebih 1,900 kanak-kanak dari 63 sekolah di seluruh negeri Sabah menerima pek “Kembali ke Sekolah” tahun ini. Program “Kembali ke Sekolah” adalah inisiatif tahunan yang diterajui oleh McDonald's Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.

Program “Kembali ke Sekolah” 2019 yang dilancarkan di Kuala Lumpur pada pertengahan Oktober lalu, merupakan yang terbesar setakat ini – dengan jumlah sumbangan mencecah RM3 juta bagi membolehkan seramai 30,000 kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah dan miskin bandar di seluruh negara menerima pek "Kembali ke Sekolah" menjelang tahun persekolahan 2020. Ia bakal disampaikan secara berperingkat di negeri-negeri seluruh Malaysia sehingga penghujung tahun ini.

Pek "Kembali ke Sekolah" yang diagihkan mengandungi satu set pakaian seragam sekolah, sepasang kasut, sepasang stoking dan beg sekolah bernilai RM100. 
Pada tahun 2018, McDonald's Malaysia dan RMHC Malaysia telah menyampaikan pek "Kembali ke Sekolah" bernilai RM1.7 juta kepada 17,000 kanak-kanak sekolah rendah. Tahun sebelum itu pula menyaksikan McDonald's dan RMHC membantu 6,000 pelajar menerusi jumlah sumbangan sebanyak RM1.2 juta.

RMHC Malaysia merupakan badan kebajikan pilihan McDonald’s Malaysia yang bermatlamat membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Malaysia. Hubungi ibu pejabat RMHC Malaysia di talian 03-7843 3388 atau layari https://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation/ jika anda berminat menyumbang wang tunai atau menjadi sukarelawan untuk RMHC Malaysia. Apa itu McDonald’s ?

McDonald’s adalah rangkaian global perkhidmatan makanan melibatkan kira-kira 36,000 cawangan restoran di seluruh dunia dengan pelanggan lebih 70 juta sehari di lebih 100 buah negara. Sepanjang 37 tahun McDonald’s di Malaysia, McDonald’s memberi perkhidmatan kepada lebih 13.5 juta pelanggan sebulan di lebih daripada 290 restoran di seluruh negara. McDonald’s Malaysia mempunyai lebih 14,000 kakitangan di semua rangkaian restorannya di seluruh negara dengan mewujudkan pelbagai peluang perkembangan karier, latihan dan pembangunan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mcdonalds.com.my.

Apa itu RMHC ?
RMHC Malaysia telah ditubuhkan pada Februari 1990 sebagai organisasi bukan berasaskan keuntungan dengan misi untuk mewujudkan, mencari dan menyokong program-program yang mampu meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia. RMHC menjalankan empat program utama untuk menyokong teras Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan.


Program-program ini ialah Rumah Ronald McDonald, Bilik Sensori Ronald McDonald, ‘Gift of Smile’ dan Program Pek Kembali ke Sekolah. Sejak 29 tahun lalu, RMHC telah memberi impak dalam kehidupan lebih 40,000 kanak-kanak melibatkan kesihatan, pendidikan dan kebajikan dengan pembiayaan lebih RM27 juta. Dana untuk program-program yang dijalankan diperoleh daripada sumbangan ikhlas individu menerusi tabung yang terdapat di sestoran-restoran McDonald’s dan juga tajaan serta sumbangan dari rakan korporat. Untuk maklumat lanjut mengenai RMHC, sila layari https://rmhc-malaysia.my/ 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.miminadam.com/2019/12/mcdonalds-sumbang-lebih-rm600000-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Program Komuniti Mcdonald S Sumbang Lebih Rm540 Ribu Buat Golongan Kurang Berkemampuan Di Kelantan

Program Komuniti Mcdonald S Sumbang Lebih Rm540 Ribu Buat Golongan Kurang Berkemampuan Di Kelantan

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 372 hits
Assalamualaikum Program Komuniti McDonald s santuni rakyat Kelantan Pelbagai inisiatif kemasyarakatan diumumkan demi manfaat golongan kurang berkemampuan di Kelantan melibatkan sumbangan lebih RM540 ribu Dengan matlamat memberi impak positi...
Mcdonald S Dekati Masyarakat Di Utara Tanahair Dengan Sumbangan Lebih Rm500 000

Mcdonald S Dekati Masyarakat Di Utara Tanahair Dengan Sumbangan Lebih Rm500 000

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 361 hits
Peris Indera Kayangan wah inilah negeri Un dilahirkan Syukur McDonald s tidak lupa dekati masyarakat di utara tanahair dengan sumbangan lebih RM500 000 Merasa orang jauh nun di Perlis sumbangan yang disampaikan oleh McDonald s Program Komun...
Mangsa Banjir Di Kelantan Dan Terengganu Meningkat Lebih 15 000 Orang

Mangsa Banjir Di Kelantan Dan Terengganu Meningkat Lebih 15 000 Orang

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 563 hits
KUALA LUMPUR 3 Dis Mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu terus mencatatkan peningkatan dengan jumlah terkini adalah 15 126 orang melibatkan 4 901 keluarga pagi ini Di KELANTAN jumlah mangsa banjir meningkat kepada 10 207 orang melibatkan...
Mrkokom Raih Pendapatan Lebih Rm50 000 Sebulan Sebagai Youtuber Kami Tak Peduli Tentang Trending Atau Tidak

Mrkokom Raih Pendapatan Lebih Rm50 000 Sebulan Sebagai Youtuber Kami Tak Peduli Tentang Trending Atau Tidak

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 1258 hits
Mr Kokom tak bersaing dengan mana mana Youtuber BERGIAT aktif sebagai Youtuber sejak 2017 personaliti media sosial MrKokom memberitahu dia mampu menjana pendapatan lumayan menerusi video yang dimuat naik di laman tersebut Hasil daripada pen...
Cukai Jalan Zahid Hamidi Lebih Rm35 000 Setahun Saksi

Cukai Jalan Zahid Hamidi Lebih Rm35 000 Setahun Saksi

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 331 hits
FAKHRULL HALIM Bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi membayar RM35 726 80 setahun untuk cukai jalan kenderaan kenderaan yang hampir semua didaftarkan atas namanya Perkara itu dimaklumkan Penolong Pengarah Jabatan Pengangkutan Ja...
Geramm Bimbang Lebih 1 000 Kakitangan Media Prima Dijangka Hilang Kerja

Geramm Bimbang Lebih 1 000 Kakitangan Media Prima Dijangka Hilang Kerja

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 305 hits
MALAYSIAKINI Gerakan Media Merdeka memandang serius perkembangan pengecilan operasi syarikat Media Prima Berhad sekali gus menuntut pampasan setimpal bagi kakitangan yang akan kehilangan pekerjaan Kumpulan prokebebasan media itu berkata pih...
Mcdonald S Malaysia Mengumumkan Sumbangan Sebanyak Rm545 000 Di Kelantan

Mcdonald S Malaysia Mengumumkan Sumbangan Sebanyak Rm545 000 Di Kelantan

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 1014 hits
Program Komuniti McDonald memperkenalkan perlbagai inisiatif dengan matlamat memberi impak positif kepada masyarakat di sekitar lokasi operasinya dan McDonald s Malaysia juga mengumumkan sumbangan sebanyak RM545 000 bagi manfaat golongan ku...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi