Cukai Jalan Zahid Hamidi Lebih Rm35 000 Setahun Saksi


FAKHRULL HALIM 

Bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi membayar RM35,726.80 setahun untuk cukai jalan kenderaan-kenderaan yang hampir semua didaftarkan atas namanya

Perkara itu dimaklumkan Penolong Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Putrajaya, Zaharudin Zainuddin dalam pernyataan bertulisnya semasa perbicaraan kes pecah amanah dana milik Yayasan Akal Budi hari ini, yang masuk hari keenam.

Zaharudin mengesahkan jumlah cukai jalan yang tertera pada dokumen maklumat kenderaan apabila dokumen itu dirujuk kepadanya oleh timbalan pendakwa raya Lee Keng Fatt, di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.

Selain itu, dia turut dirujuk dengan dokumen maklumat terperinci kenderaan dan insurans kenderaan dan diminta mengesahkan nama pemilik kenderaan seperti yang didaftarkan pada dokumen tersebut.

Kenderaan itu yang kebanyakannya kenderaan mewah, melibatkan 11 kereta, kenderaan pelbagai guna (MPV) dan kenderaan utiliti sukan (SUV), serta sembilan motosikal mewah dan kapcai.
Hampir semua kenderaan itu didaftarkan dengan nombor pendaftaran 38.

Kenderaan yang didaftarkan atas nama Ahmad Zahid termasuklah Toyota Vellfire (dua unit), dua unit Lexus termasuk satu model LX 460 , BMW 320i, Chrysler Jeep Wrangler, Audi Q7 dan Honda Odyssey.

Motosikal mewah dan kapcai yang didaftarkan atas nama Ahmad Zahid pula ialah Harley Davidson (dua unit), BMW (tiga unit- model R 1200 GS, R 1200 RT dan C 600), Ducati Diavel Carbon, dan Honda C100.

Kenderaan yang didaftar atas isteri Ahmad Zahid, Hamidah Khamis ialah kereta Mercedez Benz CLS 350 dan MPV Toyota Vellfire, serta dua motosikal Ducati Hypermotard dan Kawasaki KLX250 V.

Satu SUV mewah Toyota Land Cruiser pula didaftarkan atas nama Juhari Janan, yang pernah berkhidmat sebagai pegawai khas Ahmad Zahid beliau menjawat jawatan timbalan perdana menteri dan menteri dalam negeri.

Lee: Bagi kenderaan-kenderaan yang dirujuk tadi, ia milik persendirian?
Zaharudin: Ya

Lee: Bagi dokumen maklumat terperinci kenderaan dan insurans yang kamu rujuk tadi, dan dokumen maklumat kenderaan LKN (lesen kenderaan motor) tadi, adakah ia maklumat yang dah dikemaskini sehingga tarikh cetakan?
Zaharudin: Ya betul

Lee: Encik tahu tak berapakah nilai cukai kenderaan berkapasiti enjin petrol 1598 CC?
Zaharudin: RM180

Lee: Adakah encik tahu berapa nilai cukai jalan cukai kenderaan berkapasiti enjin petrol 2979 CC?
Zaharudin: RM1606.40

Zaharudin yang merupakan saksi ke-12 pendakwaan, kemudiannya dibebaskan setelah pihak pembelaan tidak berminat untuk melakukan pemeriksaan balas ke atas Zaharudin.

Ahmad Zahid berhadapan dengan 47 pertuduhan, 12 daripadanya membabitkan pecah amanah (CBT), lapan tuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana yayasan itu.

Pasukan pendakwaan memulakan perbicaraan dengan cuba membuktikan Ahmad Zahid, selaku pemegang amanah, menyeleweng kira-kira RM31 juta dana milik Yayasan Akalbudi.

Sebaliknya, melalui jejak aliran tunai, pihak pendakwaan akan membuktikan satu amaun besar daripada dana itu digunakan untuk, antara lain, membayar bil kredit kad peribadi, membeli polisi insurans kenderaan-bermotor dan membeli cukai jalan untuk kenderaan milik peribadi.

Terdahulu pagi tadi, saksi ke-10, Yeoh Eng Leong dimaklumkan bahawa 25 cek yang digunakan untuk membuat pembayaran terhadap empat kad kredit Ambank milik Ahmad Zahid dan Hamidah ditandatangani menggunakan cap tandatangan.

Untuk rekod, Ahmad Zahid ialah pemilik utama keempat-empat kad kredit berkenaan.

Hal itu didedahkan peguam bela Ahmad Zahid, Hisyam Teh Poh Teik dalam sesi pemeriksaan balas ke atas keterangan yang diberikan Yeoh semalam berhubung perbelanjaan dan pembayaran kad kredit berkenaan.

Yeoh ialah naib presiden kanan (pengurusan pengesahan kad kredit dan kawalan penipuan) Ambank Berhad.

Semalam, Hisham mendedahkan hal sama kepada saksi kesembilan, GS Anoop Singh yang merupakan naib presiden (ketua pengurusan penipuan dan pertikaian), Malayan Banking Berhad (Maybank) berhubung sebahagian cek yang digunakan untuk membayar kad kredit dan kad caj Maybank milik Ahmad Zahid.

Hisyam merujuk satu laporan oleh Jabatan Kimia Malaysia yang menyatakan bahawa daripada semua cek yang dihantar ke jabatan tersebut untuk dinilai, sebanyak 32 cek didapati bukan dihasilkan menggunakan tulisan tangan, sebaliknya menggunakan cap tandatangan.

Ketika disoal Hiyam adakah dia tahu cek-cek tersebut dicap bukan oleh Ahmad Zahid tetapi oleh bekas pembantu peribadinya, Mejar Mazlia, Yeoh menjawab “tidak tahu”.

Selepas Yeoh, saksi kesebelas, Royasmin Mohd Roddy yang merupakan kerani Affin Bank, turut memberi keterangan dan mengesahkan beberapa dokumen.

Perbicaraan bersambung esok.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/12/cukai-jalan-zahid-hamidi-lebih-rm35000.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Hamidi Dipenjarakan Lebih Lama Dari Azmin Kerana Ds Anwar

Zahid Hamidi Dipenjarakan Lebih Lama Dari Azmin Kerana Ds Anwar

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 380 hits
Oleh arina RianaZahid Hamidi dipenjarakan Lebih Lama dari Azmin kerana Ds Anwar Aku baca tajuk akhbar hari ini agak menggelikan hati bila Azmin dakwa dia terlebih dulu dipenjarakan berbanding Ds Anwar Apakah begitu Jahil Azmin untuk membeza...
Saksi Dakwa Zahid Hamidi Terima Rm2 Juta

Saksi Dakwa Zahid Hamidi Terima Rm2 Juta

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 393 hits
Seorang saksi mengaku bahawa Ahmad Zahid Hamidi menerima rasuah darinya Dipetik laporan Sinar Pengarah syarikat pemprosesan visa Profound Radiance Sdn Bhd memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa bekas Menteri Dalam Negeri itu menerima RM2 juta d...
Zahid Spent Rm40 000 In Ukraine And South Korea Court Told

Zahid Spent Rm40 000 In Ukraine And South Korea Court Told

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 451 hits
Ahmad Zahid Hamidi is facing 47 charges involving criminal breach of trust bribery and money laundering KUALA LUMPUR The High Court was today told that former deputy prime minister Ahmad Zahid Hamidi spent a total of RM40 051 36 using two c...
Mangsa Banjir Di Kelantan Dan Terengganu Meningkat Lebih 15 000 Orang

Mangsa Banjir Di Kelantan Dan Terengganu Meningkat Lebih 15 000 Orang

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 566 hits
KUALA LUMPUR 3 Dis Mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu terus mencatatkan peningkatan dengan jumlah terkini adalah 15 126 orang melibatkan 4 901 keluarga pagi ini Di KELANTAN jumlah mangsa banjir meningkat kepada 10 207 orang melibatkan...
Saksi Sahkan Zahid Keluarkan Cek Bayar Kad Kredit

Saksi Sahkan Zahid Keluarkan Cek Bayar Kad Kredit

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 316 hits
Lapan cek tempatan bernilai RM65 321 83 telah dikeluarkan Ahmad Zahid Hamidi bagi tujuan pembayaran hutang kad kredit Anoop Singh Gulzara Singh 46 membuat pendedahan itu di Mahkamah Tinggi ketika menjadi saksi dalam perbicaraan kes jenayah ...
Apa Motif Cek Yayasan Dikeluarkan Tanpa Kebenaran Zahid Hamidi

Apa Motif Cek Yayasan Dikeluarkan Tanpa Kebenaran Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 811 hits
Apa Motif Cek Yayasan Dikeluarkan Tanpa Kebenaran Ahmad ZahidMahkamah semalam mendengar keterangan saksi dari Jabatan Kimia Malaysia yang mengakui cek cek Yayasan Akal Budi yang digunakan untuk membayar kad kredit Datuk Seri Ahmad Zahid Ham...
Mcdonald S Dekati Masyarakat Di Utara Tanahair Dengan Sumbangan Lebih Rm500 000

Mcdonald S Dekati Masyarakat Di Utara Tanahair Dengan Sumbangan Lebih Rm500 000

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 368 hits
Peris Indera Kayangan wah inilah negeri Un dilahirkan Syukur McDonald s tidak lupa dekati masyarakat di utara tanahair dengan sumbangan lebih RM500 000 Merasa orang jauh nun di Perlis sumbangan yang disampaikan oleh McDonald s Program Komun...
Antara Abu Cina Mati Dengan Rasuah Rm2 Juta Diterima Zahid Hamidi

Antara Abu Cina Mati Dengan Rasuah Rm2 Juta Diterima Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 463 hits
SELAIN bercakap mengenai ABU seorang Cina yang telah mati kita harap Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi boleh menjelaskan sedikit mengenai dakwaan seorang pengarah syarikat bahawa dia MERASUAHKAN Zahid RM2 juta Itu saja hendak tanya pada Zahi...
Firm Received Rm360 000 From Zahid S Charity Body For Voter Registration Court Told

Firm Received Rm360 000 From Zahid S Charity Body For Voter Registration Court Told

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 363 hits
Ahmad Zahid Hamidi faces 47 charges of CBT and money laundering involving Yayasan Akalbudi funds and accepting bribes for various projects during his tenure as home minister KUALA LUMPUR A witness told former deputy prime minister Ahmad Zah...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation