Mcdonald S Dekati Masyarakat Di Utara Tanahair Dengan Sumbangan Lebih Rm500 000


Peris Indera Kayangan…wah inilah negeri Un dilahirkan. Syukur, McDonald’s tidak lupa dekati masyarakat di utara tanahair dengan sumbangan lebih RM500,000. Merasa orang jauh nun di Perlis sumbangan yang disampaikan oleh McDonald’s. Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Perlis menyaksikan McDonald’s Malaysia menyampaikan sumbangan berjumlah RM507,500 bagi meringankan beban golongan kurang bernasib baik di negeri ini. Pelbagai inisiatif diumumkan di bawah Program Komuniti yang dianjurkan, termasuklah pembayaran zakat perniagaan McDonald’s, pelantikan belia-belia untuk menyertai SLDN McDonald’s dan penyerahan pek “Kembali ke Sekolah”. Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia berkata : “Kami berhasrat mewujudkan impak positif kepada masyarakat di sekitar lokasi restoran kami. Komitmen kearah kesejahteraan masyarakat merupakan sesuatu yang cukup dekat di hati warga kerja McDonald’s malah ia juga merupakan nilai teras syarikat. Besar harapan kami agar sumbangan yang disampaikan mampu mengukir senyuman kegembiraan kepada golongan yang memerlukan di negeri Perlis ini,” Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan mencemar duli menjadi tetamu kehormat majlis tersebut, yang diadakan sempena Program Kayuhan “MAIPs Peduli” kali ke-93. Baginda hadir menyempurnakan Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Perlis selepas mengadakan lawatan berbasikal di sekitar kawasan kampung di negeri ini untuk penyerahan zakat kepada golongan masyarakat yang memerlukan. Baginda yang juga merupakan Yang Dipertua MAIPs komited melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan memandangkan ia juga sebahagian daripada usaha berterusan MAIPs, bagi memastikan nasib golongan masyarakat yang memerlukan di negeri ini terus terpelihara. “Kami gembira melihat syarikat korporat seperti McDonald’s tampil kehadapan membantu golongan kurang berkemampuan di Perlis. Apa yang dilaksanakan oleh syarikat khidmat segera tersebut wajar dipuji dan dijadikan contoh. Program Komuniti McDonald’s yang dilaksanakan ini amat bertepatan dengan visi kami untuk memacu pembangunan ummah cemerlang menjelang 2020 menerusi nilai-nilai kemanusiaan dan sikap prihatin terhadap keperluan masyarakat,” kata Tuan Haji Mohd Nazim Mohd Noor, Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Perlis (MAIPs). Agihan zakat perniagaan McDonald’s Malaysia McDonald’s Malaysia memenuhi kewajipan zakatnya kepada negeri Perlis untuk tahun 2019 dengan bayaran zakat berjumlah RM101,000. McDonald’s Malaysia baru-baru ini turut menerima Sijil Pembayar Zakat Korporat daripada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), dan merupakan entiti perniagaan pertama yang menerima sijil pengiktirafan tersebut di Malaysia. “Sebagai sebuah entiti perniagaan 100 peratus milik umat Islam, ianya merupakan tuntutan agama untuk kami mengeluarkan zakat apabila cukup haul untuk diagihkan kepada golongan masyarakat yang memerlukan. Kami telah membayar zakat sejak tahun 2017 setelah diambil alih oleh Lionhorn Pte. Ltd. iaitu sebuah anak syarikat Reza Group dari Arab Saudi,” kata Azmir. Program “Kembali ke Sekolah” McDonald’s dekati masyarakat, lebih 1,000 kanak-kanak dari 36 sekolah di seluruh negeri Perlis menerima pek “Kembali ke Sekolah” tahun ini. Program “Kembali ke Sekolah” adalah inisiatif tahunan yang diterajui oleh McDonald’s Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia. Program “Kembali ke Sekolah” 2019 yang dilancarkan di Kuala Lumpur pada pertengahan Oktober lalu, merupakan yang terbesar setakat ini – dengan jumlah sumbangan mencecah RM3 juta bagi membolehkan seramai 30,000 kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah dan miskin bandar di seluruh negara menerima pek “Kembali ke Sekolah” menjelang tahun persekolahan 2020. Ia bakal disampaikan secara berperingkat di negeri-negeri seluruh Malaysia sehingga penghujung tahun ini. Pek “Kembali ke Sekolah” yang diagihkan mengandungi satu set pakaian seragam sekolah, sepasang kasut, sepasang stoking dan beg sekolah bernilai RM100. Pada tahun 2018, McDonald’s Malaysia dan RMHC Malaysia telah menyampaikan pek “Kembali ke Sekolah” bernilai RM1.7 juta kepada 17,000 kanak-kanak sekolah rendah. Tahun sebelum itu pula menyaksikan McDonald’s dan RMHC membantu 6,000 pelajar menerusi jumlah sumbangan sebanyak RM1.2 juta. RMHC Malaysia merupakan badan kebajikan pilihan McDonald’s Malaysia yang bermatlamat membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Malaysia. Hubungi ibu pejabat RMHC Malaysia di talian 03-7843 3388 atau layari https://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation/ jika anda berminat menyumbang wang tunai atau menjadi sukarelawan untuk RMHC Malaysia.
The post McDonald’s dekati masyarakat di utara tanahair dengan sumbangan lebih RM500,000 appeared first on Ummi Nani.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://umminani.com/2019/12/mcdonalds-dekati-masyarakat-di-utara-tanahair/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mcdonald S Malaysia Mengumumkan Sumbangan Sebanyak Rm545 000 Di Kelantan

Mcdonald S Malaysia Mengumumkan Sumbangan Sebanyak Rm545 000 Di Kelantan

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 1022 hits
Program Komuniti McDonald memperkenalkan perlbagai inisiatif dengan matlamat memberi impak positif kepada masyarakat di sekitar lokasi operasinya dan McDonald s Malaysia juga mengumumkan sumbangan sebanyak RM545 000 bagi manfaat golongan ku...
Mcdonald S Sumbang Lebih Rm600 000 Untuk Rakyat Sabah

Mcdonald S Sumbang Lebih Rm600 000 Untuk Rakyat Sabah

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 550 hits
SEMPORNA 10 Disember 2019 McDonald s Malaysia mengukuhkan pelaksanaan aktiviti tanggungjawab sosial korporatnya melalui penganjuran Program Komuniti McDonald s Peringkat Negeri Sabah hari ini Sumbangan sebanyak RM622 800 diumumkan oleh rest...
Program Komuniti Mcdonald S Sumbang Lebih Rm540 Ribu Buat Golongan Kurang Berkemampuan Di Kelantan

Program Komuniti Mcdonald S Sumbang Lebih Rm540 Ribu Buat Golongan Kurang Berkemampuan Di Kelantan

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 376 hits
Assalamualaikum Program Komuniti McDonald s santuni rakyat Kelantan Pelbagai inisiatif kemasyarakatan diumumkan demi manfaat golongan kurang berkemampuan di Kelantan melibatkan sumbangan lebih RM540 ribu Dengan matlamat memberi impak positi...
Mangsa Banjir Di Kelantan Dan Terengganu Meningkat Lebih 15 000 Orang

Mangsa Banjir Di Kelantan Dan Terengganu Meningkat Lebih 15 000 Orang

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 566 hits
KUALA LUMPUR 3 Dis Mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu terus mencatatkan peningkatan dengan jumlah terkini adalah 15 126 orang melibatkan 4 901 keluarga pagi ini Di KELANTAN jumlah mangsa banjir meningkat kepada 10 207 orang melibatkan...
Guardian Serahkan Sumbangan Rm10 000 Hasil Daripada Kempen Respond To Reverse

Guardian Serahkan Sumbangan Rm10 000 Hasil Daripada Kempen Respond To Reverse

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 295 hits
Sekarang ni bila sebut pasal kanser dah tak asing lagi Sebab kalau nak kirakan mesti kita ada terdengar khabar yang kawan kita atau kenalan rapat kita atau ahli keluarga kita sendiri ada yang menghidap kanser Ada yang survive and sadly ada ...
Cukai Jalan Zahid Hamidi Lebih Rm35 000 Setahun Saksi

Cukai Jalan Zahid Hamidi Lebih Rm35 000 Setahun Saksi

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 336 hits
FAKHRULL HALIM Bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi membayar RM35 726 80 setahun untuk cukai jalan kenderaan kenderaan yang hampir semua didaftarkan atas namanya Perkara itu dimaklumkan Penolong Pengarah Jabatan Pengangkutan Ja...
Travel Berdua Lebih Baik

Travel Berdua Lebih Baik

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 363 hits
Setiap orang punya pengalaman travel yang berbeza dan tak boleh nafikan setiap pengalaman tu amat berguna untuk kita ambil dan cuba untuk praktikkan Sebab daripada pengalaman orang kita boleh jadikan panduan untuk kita pula Dan setiap orang...
Mulai Dari Manusia Bionic Hingga Robot Canggih Disrupto 2019 Bawa Masa Depan Selangkah Lebih Cepat

Mulai Dari Manusia Bionic Hingga Robot Canggih Disrupto 2019 Bawa Masa Depan Selangkah Lebih Cepat

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 281 hits
Perkembangan teknologi yang sangat cepat harus diimbangi dengan sikap adaptif masyarakat Transformasi digital akan maksimal terlaksana jika berbagai sektor adaptif dengan perubahan
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation