Mangsa Banjir Di Kelantan Dan Terengganu Meningkat Lebih 15 000 Orang


KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) — Mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu terus mencatatkan peningkatan dengan jumlah terkini adalah 15,126 orang melibatkan 4,901 keluarga pagi ini.
Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 10,207 orang melibatkan 3,480 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 10,078 mangsa (3,437 keluarga) malam tadi.
Aplikasi InfoBencanaJKM menunjukkan Pasir Mas kekal sebagai jajahan paling ramai mangsa dipindahkan iaitu seramai 5,751 (2,268 keluarga) melibatkan 28 pusat pemindahan sementara (PPS).
Ia diikuti Kuala Krai seramai 1,075 mangsa (265 keluarga) di 16 PPS, Pasir Puteh 826 mangsa (219 keluarga) di lapan PPS dan Kota Bharu 733 mangsa (209 keluarga) ditempatkan di lima PPS, manakala di Tanah Merah 642 mangsa (179 keluarga) di 13 PPS, 619 mangsa (190 keluarga) di tiga PPS di Tumpat dan 203 mangsa (61 keluarga) di enam PPS di Machang.
Dua PPS di Jeli menempatkan 179 mangsa (45 keluarga) dan 179 mangsa (44 keluarga) di dua PPS Bachok.
Sementara itu, laman sesawang ebanjir.kelantan.gov.my menunjukkan paras Sungai Golok di Rantau Panjang menurun sebanyak 0.3 meter kepada 10.58 meter berbanding 10.61 meter malam tadi namun masih melepasi paras bahaya 9.0 meter.
Sungai Golok di Kuala Jambu juga masih melepasi paras bahaya iaitu pada bacaan 3.21 meter (bahaya 2.5 meter).
Tiga sungai melepasi paras amaran iaitu Sungai Golok di Jenob pada bacaan 22.74 meter (amaran 22.5 meter), Sungai Kelantan di Jambatan Guilemard 15.5 meter (amaran 14 meter) dan Sungai Kelantan di Kuala Krai 23.38 meter (amaran 22.5 meter).
Tiga sungai pula melepasi paras berjaga-jaga iaitu Sungai Lebir di Tualang 29.94 meter (berjaga-jaga 27 meter), Sungai Galas di Dabong 33.40 meter (berjaga-jaga 32 meter) dan Sungai Kelantan di Tambatan Diraja 3.86 (berjaga-jaga 3.0 meter).
Tiada sebarang jalan utama ditutup. Dua individu dilaporkan telah terkorban setakat ini.
Di TERENGGANU  jumlah mangsa setakat pagi ini meningkat sedikit kepada 4,919 orang daripada 1,421 keluarga berbanding 4,908 orang (1,425 keluarga) malam tadi. Mereka di tempatkan di 120 PPS di lapan daerah.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Leftenan Kolonel Che Adam A Rahman berkata Kuala Terengganu adalah daerah terbaharu dilanda banjir malam tadi yang kini menempatkan 22 mangsa (empat keluarga) di satu PPS dekat Manir.
“Di Besut, yang merupakan daerah paling teruk terjejas, jumlah PPS kekal di 51 lokasi dengan jumlah mangsa tidak berubah iaitu 1,879 mangsa daripada 503 keluarga. Setiu pula merekodkan penurunan iaitu 1,406 orang (398 keluarga) di 26 PPS berbanding 1,435 mangsa (408 keluarga) malam tadi. Situasi banjir di Hulu Terengganu juga tidak berubah, masih dengan 889 mangsa daripada 331 keluarga di 16 PPS,” katanya.
Di Dungun pula berlaku sedikit peningkatan iaitu seramai 410 mangsa (106 keluarga) di 15 PPS berbanding 403 mangsa daripada 108 keluarga malam tadi.
Begitu juga di Marang, jumlah mangsa meningkat sedikit kepada 129 orang daripada 27 keluarga di lima PPS berbanding 121 mangsa daripada 26 keluarga malam tadi. Di Kuala Nerus, jumlah mangsa meningkat sedikit kepada 160 orang (46 keluarga)  di empat PPS berbanding 157 mangsa daripada 43 keluarga malam tadi.
Dalam pada itu, Jabatan Pengairan dan Saliran melalui portal http://publicinfobanjir.water.gov.my/  melaporkan hanya Sungai Nerus di Kampung Langkap melepasi paras bahaya pagi ini iaitu bacaan setinggi 21.23 meter berbanding paras bahaya 21 meter.
Di JOHOR, jumlah mangsa yang terjejas akibat banjir di Batu Pahat, kekal 52 orang mangsa setakat pukul 8 pagi ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Johor, Tan Chen Choon berkata semua mangsa merupakan 13 keluarga yang masing-masing dari Kampung Parit Betong, Kampung Parit Abdul Hadi dan Kampung Parit Ju.
Kesemua mereka kini ditempatkan di pusat pemindahan, Sekolah Agama Seri Comel yang dibuka sejak Ahad petang.
Menurut beliau, keadaan paras air di kediaman yang terlibat memperlihatkan penurunan.
 
Sumber: Bernama
The post Mangsa Banjir Di Kelantan Dan Terengganu Meningkat Lebih 15,000 Orang appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/12/03/mangsa-banjir-di-kelantan-dan-terengganu-meningkat-lebih-15000-orang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mangsa Banjir Di Terengganu Kelantan Semakin Menurun

Mangsa Banjir Di Terengganu Kelantan Semakin Menurun

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 660 hits
KUALA LUMPUR 5 Dis Keadaan banjir di dua negeri di Pantai Timur semakin pulih dengan beberapa Pusat Pemindahan Sementara mula ditutup dan penduduk dibenarkan pulang ke rumah masing masing Di TERENGGANU sehingga 8 malam ini jumlah mangsa ban...
Lebih 200 Agensi Ngo Bantu Bersih Rumah Mangsa Banjir

Lebih 200 Agensi Ngo Bantu Bersih Rumah Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 306 hits
KUALA KRAI Lebih 200 wakil agensi dan badan bukan kerajaan terlibat dalam kerja kerja pembersihan pasca banjir di Kampung Chuchoh Puteri Adan Sungai Sok di sini hari ini Kerja kerja pembersihan itu melibatkan 75 buah rumah di Kampung Chucho...
Mangsa Banjir Meningkat Di Dun Buluh Gading

Mangsa Banjir Meningkat Di Dun Buluh Gading

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 270 hits
Oleh Mohd Haniff AbasKUALA NERUS 4 Disember Pusat Pemindahan Sementara Sekolah Kebangsaan Banggol Peradong kini dibuka berikutan peningkatan mangsa banjir dalam Dewan Undangan Negeri Buluh Gading Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan ...
Lawatan Kak Wan Ke Kelantan Ziarah Mangsa Banjir

Lawatan Kak Wan Ke Kelantan Ziarah Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 422 hits
Oleh Nizam AkaMesyuarat AJK Keadilan Cabang Pasir Puteh Fokus perbincangan ialah menyambut kehadiran TPM Kak Wan utk melawat Pusat Pemindahan Sementara di SK Kamil 1 Pasir Puteh esok Dijangka TPM akn sampai di Pasir Puteh pd pkl 12 30 tenga...
Jumlah Mangsa Banjir Di Kelantan Sedikit Menurun Tengah Hari Ini

Jumlah Mangsa Banjir Di Kelantan Sedikit Menurun Tengah Hari Ini

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 387 hits
Kota Bharu Jumlah mangsa banjir di Kelantan sedikit menurun kepada 261 mangsa pada 1 00 tengah hari ini berbanding 315 orang yang direkodkan pukul 8 00 pagi ini Aplikasi InfoBencanaJKM menunjukkan jumlah itu membabitkan 70 keluarga di sembi...
Jkm Peruntuk Rm1 Juta Untuk Mangsa Banjir Di Kelantan

Jkm Peruntuk Rm1 Juta Untuk Mangsa Banjir Di Kelantan

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 440 hits
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi menyediakan keperluan kepada mangsa banjir di Kelantan tahun ini Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Malaysia Zulkifli Ismail berkata peruntukan itu bagi menyediakan selimut tilam susu bayi kit ke...
445 Mangsa Dipindahkan Di Terengganu Akibat Banjir

445 Mangsa Dipindahkan Di Terengganu Akibat Banjir

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 337 hits
Pemandu memperlahankan kenderaan mereka ketika melalui Jalan Keruak di Hulu Besut ke Jertih selepas air dari Sungai Besut melimpah ke jalan raya di Kampung Gertak Jerubun Pasir Akar hari ini BESUT Hujan lebat yang berterusan di daerah Setiu...
Sudah Berapa Kali Pas Buat Laporan Polis Banjir Di Kelantan Dan Terengganu

Sudah Berapa Kali Pas Buat Laporan Polis Banjir Di Kelantan Dan Terengganu

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 666 hits
Oleh Hamsina Hamzah BILA P Pinang dilanda banjir parti tunggang agama PAS buat laporan polis Tapi bila Kelantan dilanda banjir tiap tahun kenapa PAS tak report polis Malah pimpinan lebai PAS Kelantan bercuti ke luar negara main salji BILA K...
10 Tempat Makan Menarik Di Kuala Terengganu Jadikan Percutian Lebih Bermakna

10 Tempat Makan Menarik Di Kuala Terengganu Jadikan Percutian Lebih Bermakna

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 932 hits
10 TEMPAT MAKAN MENARIK DI SEKITAR KUALA TERENGGANU PERCUTIAN LEBIH BERMAKNA DAN WAJIB CUBABila sebut mengenai bercuti atau berjalan ke suatu tempat menarik pastinya kita inginkan tempat tinggal yang selesa makanan yang sedap dan permandang...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Pemilik Kereta Tertekan Hon Kerana Panik Polis



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Data Drives Dollars How Competitive Intelligence Optimizes Sales Marketing Roi

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Cabaran Getir Menanti Ph Di Kkb

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools

Zus Ice Watermelon Latte