Mcdonald S Malaysia Dan Menara Kl Meraikan International French Fry Day




Pada 13 JULAI 2023, AlongMurni (AM) berkesempatan untuk turut sama meraikan INTERNATIONAL FRENCH FRY DAY. McDonald’s Malaysia dan Menara KL telah berganding bahu menonjolkan paparan indah yang menerangi langit malam Kuala Lumpur dengan ‘The Tallest French Fry in Malaysia’.
MCDONALD’S MALAYSIA DAN MENARA KL MERAIKAN INTERNATIONAL FRENCH FRY DAY Sepanjang detik 8.00 malam hingga 11.59 malam, MENARA KL yang ikonik menjadi kanvas yang cukup sempurna, yang ditransformasi menjadi MCDONALD’S FRENCH FRY yang luar biasa besarnya, sekaligus menyatukan dua ikon yang cukup dekat di hati rakyat Malaysia.
Acara ini merupakan penghargaan kepada rakyat Malaysia tanpa mengira usia, dengan kecintaan mereka terhadap MCDONALD’S FRENCH FRIES yang cukup digemari. Sambutan yang luar biasa ini secara langsung mengetengahkan bagaimana MCDONALD’S FRENCH FRIES mampu mengumpulkan ramai orang, mengajak mereka berbual bersama dan menjadi antara hidangan yang sangat dicintai dan popular di restoran McDonald’s.
KERJASAMA ANTARA MCDONALD’S MALAYSIA DAN MENARA KL Kerjasama antara McDonald’s Malaysia dan Menara KL menjadi lebih istimewa dengan KEHADIRAN IKON MUZIK MALAYSIA, DATO’ SHEILA MAJID, yang cukup dikenali sebagai ‘Ratu Jazz’, untuk memeriahkan sambutan ini. 
Sebagai wajah untuk acara ini, Sheila Majid yang telah mencipta nama di rantau ini dan membawa pengiktirafan kepada Malaysia, membantu meraikan dua ikon kesayangan rakyat Malaysia ini melalui bakat dan daya tarikan muzik beliau yang tiada tandingan, sekaligus mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

“Kami teruja dapat bekerjasama dengan MENARA KL untuk sambutan yang cukup istimewa ini. Sambutan ini memberi kami peluang untuk meraikan kasih sayang yang berkekalan rakyat Malaysia terhadap MCDONALD’S FRENCH FRIES, kebanggaan mereka terhadap Menara KL yang tidak tergoyahkan, dan daya tarikan Sheila Majid sebagai ikon muzik tanah air.
Acara pada malam itu merupakan penghormatan dan tanda terima kasih yang tidak terhingga kepada pelanggan setia kami. Ini juga merupakan usaha kami mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan, melalui kegembiraan yang dibawa oleh ikon-ikon ini dalam kehidupan rakyat Malaysia,” kata Melati Abdul Hai, Naib Pengerusi dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia.


PENGIKTIRAFAN MALAYSIAN BOOK OF RECORDS
Sebagai pengiktirafan terhadap pendekatan kreatif dan unik untuk sambutan INTERNATIONAL FRENCH FRY DAY, MCDONALD’S MALAYSIA juga direkodkan dalam Malaysian Book of Records untuk 'The Tallest French Fry in Malaysia.' Sijil Pencapaian telah disampaikan oleh Jwan Heah Yeow Hooi, Ketua Pegawai Pemasaran, Malaysian Book of Records kepada Melati semasa acara ini berlangsung.

“Pengiktirafan daripada Malaysian Book of Records secara langsung mengukuhkan lagi komitmen kami dalam mencari cara baharu dan kreatif untuk mendekati rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang. Ia juga menonjolkan dedikasi McDonald’s, bukan sahaja dalam menyediakan makanan yang lazat, tetapi juga kenangan terindah atau ‘feel-good moments’ untuk pelanggan kami. Ini tidak akan mampu tercapai tanpa sokongan berterusan daripada rakyat Malaysia,” tambah Melati.
Selain paparan indah yang ditampilkan, MCDONALD’S juga memperkenalkan aktiviti menarik untuk para pelanggan mereka sempena sambutan ini. Sepanjang jam 8.00 malam hingga 11.59 malam pada 13 Julai 2023, sesiapa yang mengambil swafoto dengan ‘The Tallest French Fry in Malaysia’ layak menebus McDonald's French Fries bersaiz kecil secara percuma dengan setiap pembelian McValue Meal di mana-mana restoran McDonald’s di seluruh negara.
Bagi memeriahkan lagi sambutan ini, mulai 14 hingga 16 Julai 2023, pelanggan yang membeli mana-mana set McValue Meal bersaiz medium atau besar layak untuk pembelian McDonald's French Fries bersaiz kecil dengan harga hanya RM2.*
Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran menarik McDonald’s sempena International French Fry Day, layari www.mcdonalds.com.my
*Penafian: Sila ambil maklum bahawa promosi yang dinyatakan boleh didapati di semua restoran McDonald’s di seluruh negara kecuali restoran McDonald’s Genting Highlands, Langkawi dan di lapangan-lapangan terbang. Tawaran ini juga tidak sah untuk perkhidmatan penghantaran.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.alongmurni.com/2023/07/mcdonalds-malaysia-dan-menara-kl-meraikan-international-french-fry-day.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mcdonald S Cipta Rekod Menara Kl Jadi Kentang Goreng Tertinggi Di Malaysia

Mcdonald S Cipta Rekod Menara Kl Jadi Kentang Goreng Tertinggi Di Malaysia

papar berkaitan - pada 15/7/2023 - jumlah : 255 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah baru baru ini berlangsungnya sebuah majlis yang begitu menarik dan luar biasa dianjurkan oleh McDonald s Malaysia dan juga Menara Kuala Lumpur Past...
Kfc Malaysia Meraikan 50 Tahun Detik Terindah Hingga Menjilat Jari Di Festival Muzik Kepci 2023

Kfc Malaysia Meraikan 50 Tahun Detik Terindah Hingga Menjilat Jari Di Festival Muzik Kepci 2023

papar berkaitan - pada 18/7/2023 - jumlah : 292 hits
Hi Korang Sempena ulang tahun ke 50 rangkaian restoran makanan segera terkemuka negara KFC Malaysia pada hari ini mengumumkan penganjuran festival muzik dengan kemuncak sambutannya adalah konsert yang akan menampilkan lebih 40 pemuzik tempa...
Adrenaline Rush Track Day 2023 Himpun Supercars Dan Superbikes Dapat Pengiktirafan Malaysia Book Of Records

Adrenaline Rush Track Day 2023 Himpun Supercars Dan Superbikes Dapat Pengiktirafan Malaysia Book Of Records

papar berkaitan - pada 18/7/2023 - jumlah : 160 hits
Sebuah acara sukan automotif Adrenaline Rush Track Day 2023 telah berlangsung dengan penuh meriah pada hari Sabtu yang lalu di Paddock Utara Litar Antarabangsa Sepang Acara yang dianjurkan buat julung kalinya oleh Kelab U Supercars menampil...
Kao Malaysia Meraikan Ulang Tahun Ke 50 Dan Melancarkan Inisiatif Kao Kirei Lifestyle Plan

Kao Malaysia Meraikan Ulang Tahun Ke 50 Dan Melancarkan Inisiatif Kao Kirei Lifestyle Plan

papar berkaitan - pada 9/7/2023 - jumlah : 446 hits
KAO MALAYSIA MERAIKAN ULANG TAHUN KE 50 DAN MELANCARKAN INISIATIF KAO KIREI LIFESTYLE PLAN Assalammualaikum semua Tahun 2023 merupakan ulang tahun ke 50 KAO di Malaysia Tahniah KAO Semoga terus memudahkan kehidupan masyarakat Malaysia Kesem...
Sudah Tiba Masa Sistem Pilihan Raya Di Malaysia Perlu Berubah Ke Arah E Voting

Sudah Tiba Masa Sistem Pilihan Raya Di Malaysia Perlu Berubah Ke Arah E Voting

papar berkaitan - pada 6/7/2023 - jumlah : 152 hits
KUANTAN Sudah sampai masanya negara melakukan pembaharuan segera dalam sistem pilihan raya dengan melaksanakan proses mengundi secara elektronik atau secara dalam talian Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin ber...
Selama 23 Tahun Jadi Pm Mahathir Sendiri Tak Pernah Pertikai Status Berbilang Bangsa Malaysia

Selama 23 Tahun Jadi Pm Mahathir Sendiri Tak Pernah Pertikai Status Berbilang Bangsa Malaysia

papar berkaitan - pada 6/7/2023 - jumlah : 142 hits
Kenyataan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa mempromosikan negara berbilang bangsa bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan adalah tidak berasas dari segi undang undang kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Mente...
Sap Training In Malaysia Unlocking The Advantages And Importance

Sap Training In Malaysia Unlocking The Advantages And Importance

papar berkaitan - pada 6/7/2023 - jumlah : 213 hits
In today s highly competitive business landscape organizations in Malaysia are increasingly turning to enterprise resource planning systems to streamline their operations SAP stands as a leading provider of ERP and having the right skills i...
Corruption Is General All Over Malaysia

Corruption Is General All Over Malaysia

papar berkaitan - pada 7/7/2023 - jumlah : 230 hits
In the ending passage of his short story The Dead James Joyce writes with delicious detail that the newspapers were right The snow was general all over Ireland falling everywhere on the bogs the hills the Shannon the church steeples the gra...
Tentang Blogger Malaysia Bicara Mummy Azlindaalin Com

Tentang Blogger Malaysia Bicara Mummy Azlindaalin Com

papar berkaitan - pada 6/7/2023 - jumlah : 307 hits
Rakan blogger kali ini yang ingin diperkenalkan ialah Blogger Malaysia Bicara Mummy azlindaalin comDi Bloglah detik perkenalan kami selain bertukar pendapat perkongsian cerita dan komen kami aktif di media sosial lain disitulah tempat kami ...
What Is Driving The Ringgit Rally

Vaksin Arexvy Untuk Melindungi Warga Emas Dari Penyakit Rsv Telah Diluluskan

Nikmati Keenakan Lovns Coffee Dengan Keunikan Signature Cup

Nikmati Kopi Lovns Dengan Cawan Berinsulasi Ais Pertama Dunia

Western Food Murah Portion Besar Wajib Pergi

Guangzhou Metro Dan Makan Di Restoran Halal Depan Masjid Huaisheng Guangzhou

Khutbah Jumat Keutamaan Memberi Nafkah Dan Tuntunannya

Sempat Presiden Pas Menulis Catatan Kenagan Al Hamdulillah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Mr Hiiragi s Homeroom Yang Diadaptasi Ke Siri Malaysia Kelas Tahanan Cikgu Hiragi

5 Bukti Jelas Bagaimana Teknologi Moden Buat Kita Tak Reti Berfikir

10 Fakta Drama Berepisod Kelas Tahanan Cikgu Hiragi Adaptasi Mr Hiiragi s Homeroom Astro Ria Sooka Fakta Yang Ramai Tak Tahu

5 Isu Utama Pelajar Genius Usia Muda Masuk Universiti Awal

Resepi Sup Ayam Thai Paling Menarik dan Senang Dibuat Rasa Sekali Pasti Terpikat


Lirik Lagu Lumangad Oku Dika Reynald Guntabid

Drama Sebelum Titik Noktah

Didi Kempot Cidro Chord

Nurain Syakirah Bila Cinta Menangis Chord

Tutorial Cara Ikat Tie Sekolah Rendah Dan Menengah

5 Cara Menurunkan Kolesterol Tinggi Dalam Badan