Kao Malaysia Meraikan Ulang Tahun Ke 50 Dan Melancarkan Inisiatif Kao Kirei Lifestyle Plan


KAO MALAYSIA MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 DAN MELANCARKAN INISIATIF KAO KIREI LIFESTYLE PLAN | Assalammualaikum semua! Tahun 2023 merupakan ulang tahun ke-50 KAO di Malaysia. Tahniah KAO! Semoga terus memudahkan kehidupan masyarakat Malaysia. Kesemua poduk-produk KAO banyak membantu keluarga di Malaysia. 
Diantara produk yang wajib ada di rumah Ruby adalah sabun pakaian Attack, produk penjagaan rumah Magiclean, produk penjagaan wanita ketika haid iaitu Laurier pads, produk penjagaan wajah Bioré dan lampin pakai buang bayi Merries. Merries ni terakhir Ruby guna semasa anak bongsu berusia 4 tahun. 
Sebab kami memang jenis tambah stok diaper ni banyak di rumah. Bila dia dah selesai potty training. Kami buat giveaway. Supaya ramai bayi dapat pakai Merries.

KAO MALAYSIA MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 DAN MELANCARKAN INISIATIF KAO KIREI LIFESTYLE PLAN

Pada 7 Julai 2023, Kao mengesahkan komitmen kepada Malaysia sempena ulang tahun 50 syarikat beroperasi di tanah air. Kempen Together for Tomorrow anjuran Kao Malaysia menitik tanda permulaan pelbagai inisiatif bertujuan mendekatkan Kao Kirei Lifestyle kepada pelanggannya

"Keselesaan. Keprihatinan. Kecantikan" Ternyata Kao Corporation telah kian lama menawar kesemua kebaikan ini dan banyak lagi sejak penubuhannya di Malaysia dengan rangkaian luas produk kecantikan, rumahtangga dan penjagaan kebersihan. 
Bersempena sambutan ulang tahunnya yang ke-50 di Malaysia, Kao hari ini telah mengesahkan komitmennya kepada rakyat Malaysia dengan pelbagai inisiatif menarik untuk mendekatkan Pelan Gaya Hidup Kirei kepada pelanggannya. 
Kesemua inisiatif ini akan bermula menerusi Kempen ‘Together for Tomorrow’ di IPC dari 4 hingga 9 Julai


“Dalam menghadapi cabaran global seperti perubahan iklim, masyarakat yang semakin uzur, kekurangan sumber dan pengurusan bahan seperti plastik, pengguna di seluruh dunia - termasuk di Malaysia – telah menunjukkan keinginan untuk menikmati gaya hidup yang lebih lestari lagi mampan. 
Di Kao, kami namakan keinginan ini sebagai Kao Kirei Lifestyle, yang merupakan akar umbi strategi ESG kami,” kata Encik Toru Nishiguchi, Pengarah, Presiden Pegawai Eksekutif Urusan Kanan, Produk Pengguna Global Kao Corporation. 
“Melalui inovasi dan imaginasi yang berterusan, kami komited membantu pengguna di Malaysia dan di seluruh dunia untuk menikmati kehidupan yang lengkap dengan keindahan dalaman dan luaran.”
Keindahan Kehidupan MenyeluruhEtos perniagaan Kao telah kian lama berpandukan falsafah korporatnya The Kao Way yang merangkumi prinsip seperti 'Kami bertindak dengan berani.' 
Pelan Kirei Lifestyle menyegarkan falsafah ini menghadapi cabaran masa depan dan peranan yang perlu dimainkan oleh Kao Corporation untuk pelanggan, komuniti dan dunia secara keseluruhannya. 
Daripada memperkenalkan inovasi produk sehinggalah kepada impak alam sekitar syarikat dan produknya, matlamat ini disokong dengan inisiatif selaras dengan pelbagai matlamat kemampanan seperti penyahkarbonan, mencapai sisa sifar, memulihara air dan mencegah pencemaran udara dan air. 
Setakat ini, Kao berjaya mengekalkan pengiktirafannya sebagai salah satu Syarikat Paling Beretika di Dunia (dan satu-satunya syarikat Asia yang disenaraikan setiap tahun) selama 17 tahun berturut-turut oleh Institut Ethisphere, sebuah badan pemikir terkemuka AS. Lebih-lebih lagi, visi Kirei Lifestyle KAO turut menangani keperluan kesihatan awam serta keperluan social yang pelbagai


Inisiatif kesihatan awam baru-baru ini melibatkan pelancaran Bioré Guard Mos Block Serum di Thailand bersama projek #Guard Our Future, suatu kempen yang menggabungkan aktiviti kesedaran demam denggi dengan kajian lapangan dan penyelidikan untuk menyokong komitmen syarikat kepada prinsip 'Melindungi Kehidupan Masa Depan'. 
Dengan melindungi kulit orang ramai, Kao berhasrat menyelamatkan nyawa dan memberi sumbangan positif kepada komuniti yang paling berisiko terhadap penyakit bawaan nyamuk. #Guard Our Future dijangka berkembang di kebanyakan bahagian Asia Tenggara termasuk Malaysia dalam masa yang terdekat

KAO MEMPERKASA WANITA
Mengenai isu sosial, Kao juga telah lama diiktiraf atas usahanya dalam memperjuangkan kepelbagaian, ekuiti dan keterangkuman – terutamanya peranan wanita bukan sahaja dalam syarikat, anak syarikat dan sekutunya tetapi juga wanita di mana-mana sahaja


“Berdasarkan nilai teras kami dalam menempuh jalan dengan integriti, dan juga menghormati hak asasi manusia, Kao telah mewujudkan dasar kepelbagaian, ekuiti dan keterangkuman dengan tujuan membenarkan nilai dan bakat individu terserlah,” tambah Encik Nishiguchi. 
“Khususnya, Kao percaya bahawa pemerkasaan wanita adalah penting untuk syarikat berkembang, memandangkan kepelbagaian adalah salah satu aspek yang paling penting dalam modal insan. 
Berdasarkan idea ini, kami komited menerajui bidang ini dengan inisiatif yang termasuk pembangunan pemimpin masa depan dan menyediakan sokongan untuk mengimbangi tanggungjawab pekerjaan dengan keperluan menjaga rumahtangga.”
YAKINLAH MENJADI REMAJA
Usaha Kao dalam memperkasa dan menyokong wanita juga telah lama bertapak dalam usaha komunitinya di Malaysia. Sebagai contoh, Kao menerajui bengkel Yakinlah Menjadi Remaja sejak 1994 untuk menyokong dan mendidik gadis muda mengenai kepentingan penjagaan haid

Baru-baru ini, program tersebut telah diperluaskan dengan kerjasama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai rakan penyampai utama selaras dengan komitmen Kao juga untuk memperjuangkan keyakinan sebagai faktor utama pembangunan dan kejayaan seorang wanita. 

Kempen yang dimaksudkan adalah ‘Laurier School of Confidence’, inisiatif ini bertujuan bukan sahaja menyemai keyakinan di kalangan wanita muda tetapi juga memberi ganjaran kepada pelajar yang berkelayakan dengan RM1,500 dalam bentuk akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN)

50 TAHUN KAO MENJAGA RAKYAT MALAYSIA
Di ketika Kao Malaysia meraikan ulang tahun ke-50, ia telah merancang pelbagai aktiviti menarik yang direka khusus untuk mendekatkan pelan ‘Kirei Lifestyle’nya kepada pengguna


“Kami teruja untuk memulakan sambutan ulang tahun ke-50 kami dengan kempen Together for Tomorrow di IPC dari 4 hingga 9 Julai. Kempen ini bukan sahaja menampakkan segala-galanya yang diwakili Gaya Hidup Kirei tetapi juga akan berfungsi sebagai sumber pendidikan dan juga suatu jemputan kepada pelanggan Kao untuk menyertai kami dalam perjalanan mengindahkan kehidupan secara menyeluruh," kata Encik Nishimaki Akira, Presiden of Kao Malaysia.
Selain kempen tersebut, Kao Malaysia juga akan bekerjasama dengan beberapa NGO termasuk Biji-Biji Initiative dan Impactlution, selaras dengan komitmennya untuk mencapai Kirei Lifestyle. Kerjasama ini termasuk aktiviti pembersihan bandar yang telah berlangsung dengan julung kalinya pada 9 hb Jun. Aktiviti ini melibatkan pembabitan 110 pekerja Kao Malaysia yang berjaya mengumpul sebanyak 275kg sampah sarap dari jalanan Kuala Lumpur



Kao juga komited meneruskan kerjasama dengan Impaclution untuk mengurangkan impak produk keluarannya di sepanjang keseluruhan kitaran hayat menerusi proses yang dikenali sebagai Penilaian Kitaran Hayat (LCA). Proses ini mengukur secara objektif impak sesuatu produk terhadap alam sekitar, daripada pilihan bahan buatan sehingga kepada pelupusan sisa


“Kao Malaysia juga melanjutkan usaha kami dalam menerap strategi ESG Kirei Lifestyle dalam operasi kami secara menyeluruh. Sasaran utama antaranya termasuk mencapai Sisa Sifar dan memperjuangkan pemerkasaan wanita dan wanita khususnya menerusi siri KAO School of Confidence yang diperkasakan oleh jenama BIORE, LIESE & LAURIER,” tambah Encik Nishimaki. 
“Dengan bimbingan Pelan Gaya Hidup Kirei kami, kami bercita-cita memperkembangkan lagi perniagaan kami, menawar produk dan perkhidmatan yang lebih baik untuk pengguna dan masyarakat supaya kami boleh bersama-sama mengindahkan kehidupan secara menyeluruh untuk hari ini dan seterusnya.”
KAO KIREI LIFESTYLE
Sepanjang 130 tahun yang lalu, Kao telah berusaha memperbaiki kehidupan orang ramai dan membantu mereka merealisasikan gaya hidup yang lebih mampan — merangkumi Kirei Lifestyle. Perkataan Jepun 'kirei' menggambarkan sesuatu yang bersih, teratur dan cantik dengan serentak. Kumpulan Kao menubuhkan strategi ESGnya, Pelan Kirei Lifestyle pada April 2019, yang direka untuk menyampaikan visi gaya hidup yang lestari lagi mampan. 
Menjelang 2030, Kao menyasar untuk memperkasakan sekurang-kurangnya 1 bilion orang, untuk menikmati kehidupan yang lebih indah dan 100% daripada produknya meninggalkan impak alam sekitar yang menurut sains dapat ditampung oleh dunia kita dengan selamat. Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini

Untuk maklumat lanjut tentang KAO Kirei Lifestyle, sila layari: https://www.kao.com/global/en/sustainability/klp/
MENGENAI KAO MALAYSIA
Kao (Malaysia) Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 1973 sebagai anak syarikat luar negara Kao Corporation, pengeluar produk kebersihan rumahtangga No. 1 di Jepun. 
Di Malaysia, jenama Kao telah berkembang dalam industri penjagaan kecantikan, penjagaan rumah dan kebersihan Malaysia dan memasarkan pelbagai produk dan jenama seperti Bioré, Liese, Curel, MegRhythm, Attack, Magiclean, Laurier dan Merries

Kao Malaysia menerapkan misi Kao di seluruh dunia, iaitu untuk mencapai kepuasan menyeluruh dan memperkaya kehidupan rakyat Malaysia melalui bidang teras Syarikat iaitu kebersihan, kecantikan dan kesihatan. 
Kao berpegang teguh pada visinya menjiwai suatu syarikat yang jalin berhubung dengan pelanggannya, meraih penghormatan dan kepercayaan daripada semua pihak berkepentingan dan menyumbang kepada pembangunan mampan masyarakat. 
Kao juga komited meningkatkan sumbangan syarikat kepada masyarakat melalui tumpuan ESG yang diperbaharui. Strategi ESGnya diperlihatkan menerusi perkhidmatannya kepada keperluan dan keinginan pengguna untuk menikmati gaya hidup mampan. Kao memanggil ini Kirei Lifestyle. 
Kao turut giat meningkatkan inovasi di setiap peringkat perniagaan syarikat untuk menyokong pengguna dalam membina kehidupan yang indah secara menyeluruh

KAO | FACEBOOK | INSTAGRAM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2023/07/kao-malaysia-meraikan-ulang-tahun-ke-50.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Komitmen Ulang Tahun 50 Kao Malaysia Beroperasi Di Tanah Air

Komitmen Ulang Tahun 50 Kao Malaysia Beroperasi Di Tanah Air

papar berkaitan - pada 13/7/2023 - jumlah : 205 hits
Komitmen Ulang Tahun 50 Kao Malaysia Beroperasi di Tanah Air Keselesaan Keprihatinan Kecantikan Ternyata Kao Corporation telah kian lama menawar kesemua kebaikan ini dan banyak lagi sejak penubuhannya di Malaysia dengan rangkaian luas produ...
Mcdonald S Malaysia Dan Menara Kl Meraikan International French Fry Day

Mcdonald S Malaysia Dan Menara Kl Meraikan International French Fry Day

papar berkaitan - pada 15/7/2023 - jumlah : 366 hits
Pada 13 JULAI 2023 AlongMurni berkesempatan untuk turut sama meraikan INTERNATIONAL FRENCH FRY DAY McDonald s Malaysia dan Menara KL telah berganding bahu menonjolkan paparan indah yang menerangi langit malam Kuala Lumpur dengan The Tallest...
Kfc Malaysia Sambutan 50 Tahun Di Kentucky Town Yang Menarik

Kfc Malaysia Sambutan 50 Tahun Di Kentucky Town Yang Menarik

papar berkaitan - pada 5/7/2023 - jumlah : 585 hits
KFC dengan bangganya mengumumkan pembukaan besar Kentucky Town di Malaysia menandakan jubli emasnya di negara ini Pengalaman yang mengasyikkan ini menjanjikan peminat dan pengikut peluang yang luar biasa untuk terlibat dengan jenama ikonik ...
Pesanan Kue Ulang Tahun

Pesanan Kue Ulang Tahun

papar berkaitan - pada 13/7/2023 - jumlah : 148 hits
Pertanyaan Saya pengusaha kue dan roti Bolehkah saya menerima pesanan kue untuk acara ulang tahun kelahiran atau ulang tahun pernikahan Saya tahu bahwa ulang tahun tidak diperbolehkan Namun bolehkah saya menerima pesanan kue untuk acara ula...
Selama 23 Tahun Jadi Pm Mahathir Sendiri Tak Pernah Pertikai Status Berbilang Bangsa Malaysia

Selama 23 Tahun Jadi Pm Mahathir Sendiri Tak Pernah Pertikai Status Berbilang Bangsa Malaysia

papar berkaitan - pada 6/7/2023 - jumlah : 155 hits
Kenyataan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa mempromosikan negara berbilang bangsa bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan adalah tidak berasas dari segi undang undang kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Mente...
Rupa Izara Aishah Berusia 18 Tahun Alyssa Idola K Pop Wanita Pertama Dari Malaysia Tular

Rupa Izara Aishah Berusia 18 Tahun Alyssa Idola K Pop Wanita Pertama Dari Malaysia Tular

papar berkaitan - pada 14/7/2023 - jumlah : 443 hits
Selain Isaac Voo sepertinya kita akan ada idola K Pop baru yang berasal dari Malaysia ARTIKEL BERKAITAN Kelmarin telah mendedahkan barisan peserta untuk pertandingan survival idola Universe Ticket Bukan sahaja dari Korea malah dari 41 peser...
Produk Paling Popular Kao Malaysia Berbaloi Beli

Produk Paling Popular Kao Malaysia Berbaloi Beli

papar berkaitan - pada 13/7/2023 - jumlah : 299 hits
Kalau di Malaysia kita ada banyak produk dari Jepun yang terbaik untuk kita guna dalam kehidupan seharian Untuk kami sudah bertahun kami ingat kami gunakan sabun Attack dari Kao Malaysia Dulu dulu Tapi kini perkembangan semasa ada lagi bebe...
Bantuan Carseat Kepada Rakyat Malaysia Tahun 2023 Mohon Segera

Bantuan Carseat Kepada Rakyat Malaysia Tahun 2023 Mohon Segera

papar berkaitan - pada 16/7/2023 - jumlah : 371 hits
Bantuan Carseat Kepada Rakyat Malaysia Tahun 2023 MYCRS 2023 Subsidi Pembelian Carseat Kanak Kanak Pengenalan Subsidi Pembelian Kerusi Keselamatan Kanak Kanak Melalui Program MYCRS 2023 kini telah dibuka Kerajaan telah melancarkan Program M...
2 Tahun Aku Kerja Di Australia Baru Sebulan Balik Malaysia Sekali Wife Mengandung 7 Bulan Rupanya Ini Kerja Dia

2 Tahun Aku Kerja Di Australia Baru Sebulan Balik Malaysia Sekali Wife Mengandung 7 Bulan Rupanya Ini Kerja Dia

papar berkaitan - pada 16/7/2023 - jumlah : 491 hits
8220 2 tahun aku kerja di Australia baru sebulan balik Malaysia sekali wife mengandung 7 bulan rupanya ini kerja dia 8221 Saya kerja kt Australia Musim PKP nie dok tersekat kat Australia lagi Selama 2 tahun tak balik Malaysia Berkawin dah 5
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner