Selama 23 Tahun Jadi Pm Mahathir Sendiri Tak Pernah Pertikai Status Berbilang Bangsa Malaysia


 


Kenyataan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa mempromosikan negara berbilang bangsa bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan adalah tidak berasas dari segi undang-undang, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ramkarpal Singh.
Timbalan menteri yang bertanggungjawab terhadap Undang-undang dan Reformasi Institusi itu berkata, Dr Mahathir yang menjadi perdana menteri selama 23 tahun tidak pernah mempertikaikan status Malaysia sebagai sebuah negara berbilang bangsa dan kaum dalam tempoh tersebut, malah telah mengiktiraf perkara berkenaan.
“Tambahan pula, sebagai seorang bekas perdana menteri selama lebih dua dekad, sudah tentunya Dr Mahathir Mohamad telah mempunyai akses kepada nasihat guaman melalui peguam negara, dan oleh yang demikian sedar akan kedudukan undang-undang berkenaan perkara ini.
“Sebagai seorang negarawan yang berpengalaman, Dr Mahathir Mohamad sepatutnya sedar akan betapa pentingnya frasa ‘unity in diversity should be our strength and not our shame’ (perpaduan dalam kepelbagaian harus menjadi kekuatan kita dan bukan keaiban kita) di Malaysia seperti mana dinyatakan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Zainun Ali di dalam kes Indira Gandhi dan mengambil iktibar daripada frasa tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengenai dakwaan Dr Mahathir terdapat desakan Malaysia tidak lagi dikenali sebagai negara Islam, Ramkarpal berkata kedudukan agama Islam di Malaysia sebagai agama rasmi Persekutuan tidak pernah dipertikaikan seperti yang termaktub di dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.
Malah katanya Mahkamah Persekutuan dalam kes Dhinesh Tanaphll lawan Lembaga Pencegahan Jenayah & Ors pada 2022 telah menyatakan bahawa Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan berhubung agama merupakan sebahagian daripada struktur asas Perlembagaan Persekutuan yang tidak boleh dipinda oleh Parlimen melalui pindaan Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berkata sebarang pindaan sedemikian yang mempunyai kesan mengubah struktur asas perlembagaan negara adalah tidak berperlembagaan.
“Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan turut memperuntukkan bahawa agama selain agama Islam juga boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Ini bermakna, kewujudan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan membuktikan bahawa Malaysia adalah merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum, budaya dan agama,” katanya.
Selain itu, Ramkarpal berkata Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan melarang sebarang diskriminasi terhadap mana-mana warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina; dan Perkara 11 turut memberikan seorang hak untuk menganuti dan mengamalkan agamanya.
“Kesemua peruntukan Perlembagaan Persekutuan di atas, setelah dibaca bersama, mencerminkan pengiktirafan bahawa Malaysia merupakan satu negara yang berbilang kaum, budaya dan agama,” katanya.
Sumber – Bernama, 5 Julai 2023.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/07/selama-23-tahun-jadi-pm-mahathir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dap Mahu Jadikan Malaysia Negara Sekular Berbagai Kaum Mahathir

Dap Mahu Jadikan Malaysia Negara Sekular Berbagai Kaum Mahathir

papar berkaitan - pada 4/7/2023 - jumlah : 288 hits
agendaily com03 07 2023Mahathir beliau mempersoalkan sama ada tindakannya mempertahankan peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia telah menyalahi undang undang DAP mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berbagai kaum dan sekular dakwa...
Sekutu Kerajaan Perpaduan Sabah Jangan Pertikai Sesama Sendiri

Sekutu Kerajaan Perpaduan Sabah Jangan Pertikai Sesama Sendiri

papar berkaitan - pada 8/7/2023 - jumlah : 302 hits
Sekutu Kerajaan Perpaduan di Sabah ahli politik dari parti Warisan seharusnya menjadi agen menyebar maklumat Kerajaan kepada rakyat Sebaliknya kata Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia Razeef Rakimin tindakan Ketua Penerangan Warisan...
Dap Tak Pernah Tak Akan Persoal Islam Sebagai Agama Rasmi Anthony Loke Jawab Dr Mahathir

Dap Tak Pernah Tak Akan Persoal Islam Sebagai Agama Rasmi Anthony Loke Jawab Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 4/7/2023 - jumlah : 224 hits
MalaysiakiniMenteri Pengangkutan Anthony Loke membidas Dr Mahathir Mohamad susulan kenyataan bekas perdana menteri itu bahawa tindakan mempromosi negara berbilang bangsa adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan Mahathir turut men...
Peguam Pertahan Komen Dr M Berkait Negara Berbilang Bangsa

Peguam Pertahan Komen Dr M Berkait Negara Berbilang Bangsa

papar berkaitan - pada 5/7/2023 - jumlah : 182 hits
freemalaysiatoday com 04 Jul 2023 8 41pmRafique Rashid berkata kenyataan bekas perdana menteri itu disokong oleh peristiwa sejarah dan berdasarkan peruntukan Perlembagaan Peguam kepada Dr Mahathir Mohamad Rafique Rashid berkata komen bekas ...
Kao Malaysia Meraikan Ulang Tahun Ke 50 Dan Melancarkan Inisiatif Kao Kirei Lifestyle Plan

Kao Malaysia Meraikan Ulang Tahun Ke 50 Dan Melancarkan Inisiatif Kao Kirei Lifestyle Plan

papar berkaitan - pada 9/7/2023 - jumlah : 546 hits
KAO MALAYSIA MERAIKAN ULANG TAHUN KE 50 DAN MELANCARKAN INISIATIF KAO KIREI LIFESTYLE PLAN Assalammualaikum semua Tahun 2023 merupakan ulang tahun ke 50 KAO di Malaysia Tahniah KAO Semoga terus memudahkan kehidupan masyarakat Malaysia Kesem...
Banyak Detik Sukar Dah 27 Tahun Berlakon Song Hyekyo Akui Pernah Terfikir Untuk Give Up

Banyak Detik Sukar Dah 27 Tahun Berlakon Song Hyekyo Akui Pernah Terfikir Untuk Give Up

papar berkaitan - pada 27/6/2023 - jumlah : 339 hits
Makin berusia makin cantik pula Song Hye kyo ni kan ARTIKEL BERKAITAN Baru baru ini Song Hye kyo telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual bersama majalah Harper s Bazaar Hong Kong Ketika sesi temu bual pelakon wanita itu berkongsi s...
Ini 5 Jenis Duit Syiling Paling Mahal Pernah Dijual Di Malaysia Yang No 3 Tu Ada Dalam Poket Semua Orang

Ini 5 Jenis Duit Syiling Paling Mahal Pernah Dijual Di Malaysia Yang No 3 Tu Ada Dalam Poket Semua Orang

papar berkaitan - pada 9/7/2023 - jumlah : 340 hits
Ini 5 jenis duit syiling paling mahal pernah dijual di Malaysia yang no 3 tu ada dalam poket semua orang Siapa sangka rupa rupanya duit syiling Malaysia sebenarnya mahal Selalu kita dengar dari kecil hingga besar pasal kehebatan duit 10 sen...
Hati Hati Dalam Harta Pusaka Dalam Tak Sedar Termakan Harta Orang Lain Selama 43 Tahun

Hati Hati Dalam Harta Pusaka Dalam Tak Sedar Termakan Harta Orang Lain Selama 43 Tahun

papar berkaitan - pada 3/7/2023 - jumlah : 235 hits
8220 Hati hati dalam harta pusaka dalam tak sedar termakan harta orang lain selama 43 tahun 8221 Dalam Islam terdapat satu kaedah pembahagian harta pusaka yang dinamakan faraid sebagaimana yang telah diputuskan di dalam Al Quran Kareem Sete...
Doa 5 September 2025 12 Rabiulawal 1447h Salam Maulidur Rasul

Cuti Umum Salam Maulidur Rasul

25 Ucapan Maulid Nabi Muhammad Saw Yang Menyentuh Hati Pembaca

Pm Urges Muslims To Emulate Prophet Muhammad In Nation Building

Rindunya Kita Pada Rasulullah Saw

Jadikan Rasulullah Teladan Dalam Hadapi Cabaran Bina Bangsa Negara Pm Anwar

Tabung Haji Chairman Abdul Rashid Named Tokoh Perdana Maulidur Rasul Award Recipient

British Teen David Balisong Found Safe In Kl Hotel


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hukum Membeli Barang Kemas Secara Ansuran

Inflasi Makan Nilai Duit Tukar Kepada Emas

Sap User Experience Management Malaysia Enhancing Digital Adoption

Majlis Resepsi Perkahwinan Juita Dan Faiq Di Hotel Concorde Shah Alam

Ibu Penat Tapi Ibu Sayang Buku Parenting Santai Yang Dekat Dengan Hati Ibu

Jual Daging Kucing Rm26 Sekilogram Kerana Terdesak Perlu Wang