Adrenaline Rush Track Day 2023 Himpun Supercars Dan Superbikes Dapat Pengiktirafan Malaysia Book Of Records


Sebuah acara sukan automotif, ‘Adrenaline Rush Track Day 2023’ (ART Day 2023) telah berlangsung dengan penuh meriah pada hari Sabtu yang lalu di Paddock Utara, Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Acara yang dianjurkan buat julung kalinya oleh Kelab U-Supercars, menampilkan Utama Motors sebagai penaja utama, telah dihadiri lebih 5 ribu pengunjung yang memenuhi kawasan pit bagi menyaksikan dengan dekat himpunan pelbagai kereta dan motor berkuasa tinggi.
\



ART Day 2023 telah dibuka dengan majlis pelancaran Kelab U-Supercars dan Kelab PEKEMA Auto, yang disaksikan para jemputan khas, barisan media elektronik dan media cetak, pempengaruh (influencer), blogger dan peserta-peserta perarakan kereta dan motor berkuasa tinggi di Kelab Paddock Selatan, Litar Antarabangsa Sepang.


Majlis pelancaran telah menyaksikan Pengarah Urusan Utama Motors, yang juga merupakan penaung Kelab U-Supercars, Dato Marof Khan Mohamed Idris dan Dato’ Haji Mohamed Nazari Noordin, selaku Pemangku Presiden, Persatuan Pengimport & Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA), memotong reben sebagai simbolik rasminya penubuhan kedua-dua kelab automotif tersebut.


Dalam ucapannya, Dato’ Marof Khan memberitahu tujuan utama penubuhan Kelab U-Supercars adalah untuk berkongsi minat, pengalaman dan kepakaran yang mereka miliki dalam industri automotif, melalui program sosial dan riadah yang berfaedah kepada masyarakat, selain menyemarakkan semangat setia kawan dalam kalangan ahli Kelab U-Supercars melalui aktiviti seperti konvoi, pameran kereta dan sebagainya.


Dato’ Marof Khan menzahirkan penghargaan kerana penubuhan Kelab U-Supercars milik Utama Motors itu telah mendapat sokongan daripada Persatuan Pengimport & Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA), sekaligus diberi penghormatan untuk merasmikan kelab tersebut dengan PEKEMA Auto Club.


Menurut Datuk Haji Mohamed Nazari Noordin, pelancaran PEKEMA Auto Club adalah penjenamaan semula daripada kelab yang dahulunya dikenali sebagai PEKEMA Riders Club, dengan tujuan untuk memperluaskan keahlian kelab bukan sahaja kepada motosikal malah kepada kereta. Dalam usaha untuk menggalakan penggunaan kenderaan elektrik di kalangan masyarakat, Datuk Haji Mohamed Nazari berharap dengan penubuhan PEKEMA Auto Club, dapat memberi pendedahan dan berkongsi kepakaran dengan ahli-ahli kelab tentang teknologi kenderaan elektrik.





“Perhimpunan seperti ART Day 2023 ini menjadi landasan untuk mengukuhkan ukhwah, perpaduan dan keharmonian di kalangan ahli-ahli komuniti kelab automotif. Semoga lebih banyak program sebegini dapat diadakan setiap tahun bagi memberi peluang kepada peminat-peminat kereta berkongsi minat dan bertukar pendapat di samping merasai pengalaman memandu dalam suasana trak bertaraf antarabangsa yang lebih selamat berbanding di jalan raya,” ujar Datuk Haji Mohamed Nazari.



ART Day 2023 telah diiktiraf Malaysia Book of Records kerana telah berjaya menganjurkan perarakan secara serentak yang terdiri daripada 650 buah kereta berkuasa tinggi dan kereta sport serta 312 motor Harley Davidson yang hadir daripada seluruh negara termasuklah negara jiran, Singapura. Sokongan daripada kelab-kelab automotif seperti Malaysia Singapore Supercar Club, Mustang Club Malaysia, Northern Speedo, TerMeetup Club dan Majlis Belia Malaysia telah menyumbang kepada kejayaan acara tersebut menjadi sebuah perhimpunan automotif kebangsaan yang terbesar. Turut sama berkongsi pengalaman menyertai perarakan terbesar itu adalah beberapa orang selebriti tanah air, antaranya Dato AC Mizal, Roy Azman dan Shamsul Ghau-Ghau.


ART Day 2023 telah berjaya mendapat sokongan pemain-pemain industri automotif tempatan antaranya SMI Cars, FS Bikes, Carlist.my, KOPETRO Retail dan SUKE TV yang bertindak sebagai rakan media rasmi. Selain Utama Motors, turut tampil sebagai penaja adalah Aeon Big, Liberty Insurance, EZCare Warranty, Smart Warranty, APEG Warranty, Elrah Exclusive, Kacey Legacy, Optimum Premium Motors (OPM) dan Drex Precision Services.


Selain berpeluang melihat sendiri secara dekat keunikkan kereta dan motor berkuasa tinggi serta kereta sport, pengunjung-pengunjung telah dihiburkan dengan persembahan tanpa henti selama 4 jam oleh Ayu Damit, Baby Shima, Fareed K Clique dan DJ Fuzz yang dihoskan oleh penghibur Hilmi Gimik dan Acad Raja Lawak.


Untuk melihat gambar-gambar dan video-video sekitar kemeriahan ART Day 2023, ikuti akaun media sosial Utama Motors di Facebook, Instagram dan Tiktok @utamamotors_


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2023/07/adrenaline-rush-track-day-2023-himpun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adrenaline Rush Track Day 2023 Himpun Kereta Motor Berkuasa Tinggi Terbesar

Adrenaline Rush Track Day 2023 Himpun Kereta Motor Berkuasa Tinggi Terbesar

papar berkaitan - pada 18/7/2023 - jumlah : 247 hits
Hi Korang Weekend lepas memang best betol hah Sebab kak lily berkesempatan ke ART Day 2023 di Sepang International CircuitSebuah acara sukan automotif Adrenaline Rush Track Day 2023 telah berlangsung dengan penuh meriah pada hari Sabtu yang...
Pengambilan Kementerian Kesihatan Malaysia Besar Besaran 2023

Pengambilan Kementerian Kesihatan Malaysia Besar Besaran 2023

papar berkaitan - pada 18/7/2023 - jumlah : 256 hits
Pengambilan Kementerian Kesihatan Malaysia Besar besaran 2023 Bagi mereka yang tengah mencari peluang pekerjaan yang menarik dan mempunyai potensi untuk berjaya dengan rasa gembira dan kepuasan yang tinggi kami dengan segala hormat ingin me...
Senarai Smartphone 5g Yang Murah Tapi Padu Di Malaysia Tahun 2023

Senarai Smartphone 5g Yang Murah Tapi Padu Di Malaysia Tahun 2023

papar berkaitan - pada 17/7/2023 - jumlah : 222 hits
Teknologi 5G semakin berkembang di Malaysia dan ramai pengguna yang ingin menikmati kelajuan internet yang tinggi dan lancar Namun tidak semua smartphone menyokong rangkaian 5G dan kebanyakan daripadanya mempunyai harga yang tinggi Jadi ada...
Kfc Malaysia Meraikan 50 Tahun Detik Terindah Hingga Menjilat Jari Di Festival Muzik Kepci 2023

Kfc Malaysia Meraikan 50 Tahun Detik Terindah Hingga Menjilat Jari Di Festival Muzik Kepci 2023

papar berkaitan - pada 18/7/2023 - jumlah : 256 hits
Hi Korang Sempena ulang tahun ke 50 rangkaian restoran makanan segera terkemuka negara KFC Malaysia pada hari ini mengumumkan penganjuran festival muzik dengan kemuncak sambutannya adalah konsert yang akan menampilkan lebih 40 pemuzik tempa...
Top Youtuber Malaysia Lebih Dari Satu Juta Subscribers Julai 22 2023

Top Youtuber Malaysia Lebih Dari Satu Juta Subscribers Julai 22 2023

papar berkaitan - pada 22/7/2023 - jumlah : 174 hits
Top YouTuber Malaysia Lebih Dari Satu Juta Subscribers Julai 22 2023 4 95m Aug 6 2016 4 6m Nov 5 2012 4m Oct 17 2013 3 88m Jun 22 2015 3 53m Sep 29 2006 2 87m Jun 19 2011 2 74m May 13 2013 2 52m Feb 6 2014 1 85m Jul 1 2015 1 76m Sep 13 2015...
Bantuan Carseat Kepada Rakyat Malaysia Tahun 2023 Mohon Segera

Bantuan Carseat Kepada Rakyat Malaysia Tahun 2023 Mohon Segera

papar berkaitan - pada 16/7/2023 - jumlah : 242 hits
Bantuan Carseat Kepada Rakyat Malaysia Tahun 2023 MYCRS 2023 Subsidi Pembelian Carseat Kanak Kanak Pengenalan Subsidi Pembelian Kerusi Keselamatan Kanak Kanak Melalui Program MYCRS 2023 kini telah dibuka Kerajaan telah melancarkan Program M...
Keputusan Liga Super Malaysia 14 Julai 2023

Keputusan Liga Super Malaysia 14 Julai 2023

papar berkaitan - pada 15/7/2023 - jumlah : 207 hits
Perlawanan bola sepak Liga Super yang ke 17 melibatkan Kedah Kelantan United serta Kelantan FC JDT Semua perlawanan bermula pada pukul 9 00 malam Keputusan perlawananKedah 3 1 Kelantan United55 Ifedayo Olusegun 75 Ifedayo Olusegun 86 Amirbe...
10 Universiti Terbaik Di Malaysia Ranking Terkini 2023 2024 Qs World University Ranking

10 Universiti Terbaik Di Malaysia Ranking Terkini 2023 2024 Qs World University Ranking

papar berkaitan - pada 10/7/2023 - jumlah : 292 hits
Universiti Malaya Universiti Sains Malaysia Universiti Putra Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia Universiti Teknologi Malaysia Taylor s University UCSI University Universiti Teknologi Petronas Universiti Utara Malaysia Universiti Teknol...
Azmin Pledges To Tell All On May 11

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Utilizing Crowdfunding For Business

Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


The Cultural Impact Of Online Casino Gaming On Filipino Society

Kerana Wanita Melintas Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

Polis Tahan Pemandu Peribadi Kerana Melakukan Khianat Dan Memukul

Pn Talks Of Gov T Change After Kkb Azmin Holds Back On Revelations Against Ph

We Are Not Subject Of Macc Investigation Say Two Of Mahathir S Sons

Apam Lenggang Rangup Manis Berlemak