Mb Selangor Mengaku 427 Hektar Tanah Kerajaan Negeri Diceroboh Untuk Pertanian

SHAH ALAM, 6 Nov — Sebanyak 427 hektar tanah Kerajaan Selangor telah  diceroboh pihak tidak bertanggungjawab setakat ini, kata Menteri Besar  Datuk Seri Amirudin Shari.
                                                                                                                                                                                                                                                                   Beliau berkata daripada  jumlah itu, 40 hektar tanah diceroboh di daerah Petaling, Klang (86  hektar), Gombak (32 hektar), Hulu Langat (33 hektar), Sepang (29  hektar), Kuala Langat (142 hektar), Kuala Selangor (40 hektar), Hulu  Selangor (20 hektar) dan Sabak Bernam (satu hektar).
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        “Kesemua kegiatan pencerobohan yang dilakukan pihak tidak  bertanggungjawab itu telah dikeluarkan notis mengikut Seksyen 425 Kanun  Tanah Negara 1965 untuk tindakan selanjutnya,” katanya semasa menjawab  pertanyaan Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar (PH-Meru), mengenai keluasan  tanah kerajaan negeri yang telah diceroboh dan jenis aktiviti yang  dilakukan di atas tanah berkenaan pada sidang Dewan Undangan Negeri  (DUN) Selangor di sini, hari ini.
                                                                                                                                                                                              Amirudin berkata majoriti  aktiviti pencerobohan di atas tanah kerajaan negeri itu adalah  berkaitan pertanian, namun lama-kelamaan ia melibatkan  mendirikan struktur binaan seperti stor dan perumahan malah terdapat  juga kegiatan pembuangan sampah haram.
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                              Bagi  pembinaan rumah tanpa kebenaran di tanah yang diceroboh, beliau berkata  kerajaan Selangor telah melakukan usaha pemutihan sejak  2008 dan memberi ruang pemilikan tanah-tanah kosong lain di negeri itu  dengan harga pasaran semasa.
                                                                                                                                                                                                                                                                                   Sementara itu, Exco  Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli  negeri Hee Loy Sian berkata projek pembinaan Loji Rawatan Air (LRA)  Langat 2 termasuk pembinaan kolam perkhidmatan dan sistem agihan  dijadualkan siap sepenuhnya pada 31 Dis, 2023 dengan kos keseluruhan  berjumlah RM2.38 bilion.
“(Sebahagian) LRA Langat 2  telah mula beroperasi pada 21 Dis, 2019 dengan kapasiti 565 juta liter  sehari (JLH) melalui ‘Stream B’. Air bersih berkenaan dibekalkan ke  wilayah Hulu Langat, Petaling dan Kuala Lumpur dengan purata pengeluaran  semasa sebanyak 430 JLH.
                                                                                                                                                                                              “Manakala ‘Stream A’ yang  juga berkapasiti 565 JLH telah selesai pentauliahan dan diserahkan  kepada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd pada 30 Okt lepas. Namun,  disebabkan jaringan paip agihan air bersih belum siap,  kapasiti sepenuhnya LRA ini masih belum dapat digunakan,” katanya.
                                                                                                                                                                                              Hee berkata sebanyak 12  tindakan penguatkuasaan berkaitan isu pencemaran air di LRA Semenyih  telah dilakukan Lembaga Urus Air Selangor dan Jabatan Alam Sekitar  Negeri Selangor sejak 2017 hingga kini.
                                                                                                                                                                                              Beliau berkata demikian  bagi menjawab pertanyaan Zakaria Hanafi (BN-Semenyih) mengenai tarikh  operasi LRA Langat 2 dan kos projek berkenaan selain jumlah tindakan  yang telah diambil bagi isu pencemaran air melibatkan LRA Semenyih. —  Bernama
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
 ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
  
  
  


 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://www.mindarakyat.net/2020/11/mb-selangor-mengaku-427-hektar-tanah.html