Kerajaan Negeri Akur Titah Agong Mahu Usaha Bendung Covid 19 Diteruskan


Bernama
Kerajaan negeri menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong. - Bernama KUALA LUMPUR: Pucuk pimpinan kerajaan negeri akur dan menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mahukan kerajaan meneruskan dasar dan tindakan penguatkuasaan bagi membendung penularan wabak COVID-19
 Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menerusi ciapan di akaun Twitter rasminya @AmirudinShari berkata kerajaan negeri akan memberi tumpuan sepenuhnya untuk menggempur wabak COVID-19 yang melanda negeri dan isu-isu lain di negeri itu
 "Menjunjung kasih atas keputusan Seri Paduka dan Raja-Raja Melayu hari ini. Sekarang saya serta jentera Selangor dapat beri fokus sepenuhnya kepada Belanjawan 2021, menggempur COVID-19, (meningkatkan) kualiti dan perkhidmatan air," katanya
 Amirudin berkata jenteranya juga akan bekerjasama dengan semua pihak demi memastikan kesejahteraan negeri dan rakyat
 Sementara itu, Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata titah Yang di-Pertuan Agong itu memberi semangat kepada kerajaan negeri untuk terus berusaha menghadapi cabaran khususnya dalam menangani COVID-19
 Muhammad Sanusi berkata sebagai pemimpin di peringkat negeri, pihaknya akan memberi sepenuh usaha dan sentiasa bersedia untuk berunding dengan semua agensi terlibat bagi memastikan pandemik COVID-19 itu dapat ditangani dengan baik
 Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man pula berkata kerajaan hari ini telah melakukan yang terbaik dalam menangani wabak COVID-19
 "Apa yang lebih penting bagi saya dalam mengurus tadbir Perlis adalah kepada tiga perkara utama iaitu pembangunan negeri, kebajikan rakyat dan kecekapan pentadbiran," katanya kepada Bernama
 Sementara itu, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar meminta semua pihak saling bekerjasama memerangi penularan wabak COVID-19, katanya ringkas menerusi laman sosial rasmi Facebook miliknya
 Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pula meminta semua pihak menghormati titah Yang di-Pertuan Agong serta memahami maksud yang tersurat dan tersirat dalam titah Seri Paduka
 "Saya percaya apa yang dimahukan oleh Seri Paduka adalah supaya kita terutamanya ahli politik memberikan tumpuan lebih kepada rakyat dan negara melebihi kepentingan peribadi," katanya
 Al-Sultan Abdullah hari ini bertitah tiada keperluan untuk darurat diisytiharkan di negara ini dan amat mempercayai keupayaan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan penguatkuasaan bagi membendung gejala wabak COVID-19 ini daripada merebak
 Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan Al-Sultan Abdullah bertitah perkara itu diputuskan setelah memperhalusi permohonan yang dipersembahkan Perdana Menteri dan berbincang dengan Raja-Raja Melayu selain melihat situasi sedang dihadapi negara ketika ini
 Pada masa yang sama Ahmad Fadil berkata Seri Paduka Baginda turut mengingatkan ahli-ahli politik untuk memberhentikan segera segala 'politicking' (mainan politik) yang boleh mengganggu kestabilan pemerintahan negara.--BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/10/kerajaan-negeri-akur-titah-agong-mahu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penolakan Vaksin Sukarkan Usaha Bendung Covid 19

Penolakan Vaksin Sukarkan Usaha Bendung Covid 19

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 258 hits
Paris Saintis menggesa tindakan lebih berkesan untuk meningkatkan kepercayaan awam terhadap imunisasi memandangkan terdapat kumpulan minoriti di beberapa negara yang enggan mengambil vaksin Covid 19 Dengan hanya beberapa rawatan berkesan da...
Tiada Darurat Covid 19 Ditangani Cara Berkesan Titah Agong

Tiada Darurat Covid 19 Ditangani Cara Berkesan Titah Agong

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 282 hits
Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menegaskan Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan amat penting kepada rakyat Foto oleh Hari AnggaraKUALA LUMPUR 25 Okt Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri yatuddin Al Mustafa Billa...
Titah Agong Disambut Baik Seru Kerjasama Kerajaan Pembangkang

Titah Agong Disambut Baik Seru Kerjasama Kerajaan Pembangkang

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 262 hits
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil menyambut baik keputusan Raja Raja Melayu bahawa tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di Malaysia buat masa ini Menurut NGO itu keputusan tersebut juga senada dengan pendapat kebanyakan rakyat ...
Demi Memuliakan Titah Agong Usul Undi Tidak Percaya Sepatutnya Didahulukan Sebelum Belanjawan Dibentangkan

Demi Memuliakan Titah Agong Usul Undi Tidak Percaya Sepatutnya Didahulukan Sebelum Belanjawan Dibentangkan

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 286 hits
Sebagaimana dilaporkan media terdapat 25 usul undi tidak percaya dan 2 usul undi percaya telah dikemukakan oleh Ahli Ahli Parlimen untuk Sidang Dewan Rakyat bermula 2 November depan 25 usul undi tidak percaya itu dikemukakan oleh wakil raky...
Sidang Dewan Rakyat Bingung Atau Taat Titah Agong

Sidang Dewan Rakyat Bingung Atau Taat Titah Agong

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 406 hits
Hari ini sidang dewan bermula apakah ada rasional di kalangan Ahli Parlimen dalam menjunjung titah YDPA Apakah berjaya urusan yang dirangka dari langkah Sheraton ke langkah Hilton semalam Kita tunggu Menarik untuk berkongsi pandangan Mutakh...
Umno Junjung Titah Agong Pru Perlu Lepas Covid19 Zahid Hamidi

Umno Junjung Titah Agong Pru Perlu Lepas Covid19 Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 254 hits
Umno memutuskan agar mandat rakyat dikembalikan dengan mengadakan pilihan raya umum bagi mewujudkan kerajaan yang stabil setelah pandemik Covid 19 dapat dikawal dan berada di tahap minimum Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata...
Kes Covid Di Sabah Luar Biasa Kerajaan Perlu Telus

Kes Covid Di Sabah Luar Biasa Kerajaan Perlu Telus

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 275 hits
Hari ini kes baru Postif Covid 19 sebanyak 1228 kita sudah beralih ke fasa baru dari 3 kepada 4 angka Maksudnya PN dan PM tebuk atap terbukti gagal Agaknya bagaimana Nasib Frontliner doktor dan jururawat di Sabah Pasti menakutkan Apakah sep...
Kerajaan Negeri Tidak Berhasrat Ambil Alih Perkhidmatan Feri Pp

Kerajaan Negeri Tidak Berhasrat Ambil Alih Perkhidmatan Feri Pp

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 324 hits
SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI 19 Oktober 2020Kerajaan Pulau Pinang tidak merancang untuk menguruskan perkhidmatan feri Pulau Pinang yang kini diuruskan Rapid Ferry Sdn Bhd Gambar kecil Chow Kon YeowGEORGETOWN Kerajaan Pulau Pinang tidak meranca...
Laksana Rundingan Belanjawan Jika Pm Muhyiddin Junjung Titah Agong

Laksana Rundingan Belanjawan Jika Pm Muhyiddin Junjung Titah Agong

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 262 hits
Pakatan Harapan sedia menjunjung titah Yang di Pertuan Agong untuk menyokong Belanjawan 2021 yang akan dibentang oleh kerajaan Perikatan Nasional sekiranya diwujudkan rundingan bersama sebelum sesi Parlimen 6 November ini Majlis Presiden PH...
Pondok Abuya

Boost Your Seo With Ahrefs Dr Links 50 Off Today

50 Member Relief Team To Myanmar To Remain For Up To 2 Weeks

Muslims In Malaysia To Celebrate Hari Raya On March 31

Tiga Maut Manakala Tiga Lagi Cedera Dalam Kemalangan Di Kilometer 50 7 Lpt1 Arah Kuantan Petang Tadi

Amalan Sunnah Hari Raya Aidilfitri

Hiburan Netizen Berang Lihat Lelaki Kasari Wanita Gara Gara Terlanggar Ahli Keluarga

5 Pulau Terbaik Untuk Percutian Keluarga Di Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


33 Lagi Maut Gaza Bermandikan Darah Pada Aidilfitri

Beyond Adolescence Parental Involvement In Bridging The Digital Divide

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Saya Dan Pelajar Smka Naim Lil

The Great Emu War Australia S Unconventional Battle

How The World Can Keep Trump 2 0 In Check

Let Syawal Symbolise Unity Gratitude To The Divine