Tolak Mn Pilih Pn Bukti Pas Tak Mahu Berkongsi Kerusi Dengan Umno Di Kelantan Terengganu Dan Kedah




 Rasa tidak puas hati UMNO terhadap Pas kerana akhirnya memilih bersama Perikatan Nasional atau PN dan tidak bersama Muafakat Nasional (MN) dalam PRN Melaka masih lagi berlanjutan, walaupun hari penamaan calon sudah berlangsung semalam.
Seharusnya, selepas saja penamaan calon diadakan, semua parti mesti fokus kepada hari pengundian dan melupakan perkara lalu yang mungkin menyakitkan.
Mengenang cerita semalam yang melukakan tentu saja merupakan gangguan yang menghalang kelancaran untuk terus melangkah ke hadapan.
Tetapi hari ini melalui laporan media, Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan dan Naib Presidennya, Khaled Nordin masih lagi memperkatakan mengenai pendirian Pas itu.
Kedua-duanya, secara langsung dan tidak tidak langsung, tampak kekal menyalahkan Pas kerana menolak kerusi yang ingin diberi UMNO di PRN Melaka serta keinginan parti itu pada waktu yang sama mahu mendamaikannya dengan Bersatu.
Bagi UMNO, sikap Pas itu tidak boleh diterima, sama seperti UMNO juga tidak pernah cuba mahu mendamaikan Pas dengan Amanah.
Realitinya, walaupun semua orang boleh menjangka masa depan Pas akan lebih cerah jika bersama UMNO, tetapi mengapakah parti itu lebih memilih Bersatu melalui PN berbanding MN?
Tidak cukup dengan itu, Pas juga sanggup melupakan lambangnya sendiri dan setuju menggunakan logo PN dalam pertaruhan di Melaka ini.
Apakah Pas tidak lagi mementingkan penyatuan ummah?
Sesungguhnya apa yang dilakukan Pas ini adalah suatu pengorbanannya yang besar kepada Bersatu dan PN.
Di waktu yang sama, sementara masih kedengaran suara-suara dalam Pas sendiri yang mengatakan MN masih belum mati, namun Presiden Pas, Hadi Awang telah memberi isyarat yang jelas agar ahli dan penyokong parti itu memberi undi mereka kepada PN pada 20 November depan ini.
Dengan itu, pertempuran di Melaka ini bukan saja melibatkan PN dan BN, selain PH, tetapi juga khusus antara UMNO dan Pas.
Tambahan itu, UMNO dan Pas akan berlawan sesama sendiri di tujuh daripada 28 kerusi DUN yang dipertandingkan.
Dengan itu, bukan saja pertempuran, cerca-mencerca dan menuruh sesama sendiri tidak lagi dapat dielakkan, bahkan luka serta calar-balar akibat daripadanya juga pasti akan berpanjangan.
Sekaligus, berbanding untuk memulihkan MN selepas PRN Melaka, lebih mungkin yang berlaku ialah putus hubungan terus antara Pas dan UMNO.
Sebagaimana BN ingin solo di PRN Melaka kerana berasakan mereka boleh memenanginya tanpa bekerjasama dengan sesiapa, Pas juga sebenarnya ada perkiraan tersendiri dalam hal ini.
Pas lebih memilih bersama Bersatu melalui PN di Melaka adalah semata-mata kerana tidak mahu terhutang budi dengan UMNO dalam berkongsi kerusi di negeri-negeri yang sedang dikuasainya iaitu di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Jika Pas setuju bekerjasama dengan UMNO di Melaka dan terhutang budi menerima kerusi yang diperuntukkan parti itu, mahu tidak mahu, Pas juga harus membalasnya dengan memberi sebahagian kerusi mereka di Kelantan, Terengganu dan Kedah kepada UMNO.
Di ketiga-tiga negeri itu, Pas bukan saja sukar berkongsi kerusi, malah secara sendirian pun mereka mampu untuk mengekalkan kuasa serta memenangi beberapa kerusi Parlimen.
Secara mudahnya, bersama Bersatu sudah lebih daripada cukup untuk Pas bertahan menguasai Kelantan, Terengganu dan Kedah dalam PRU15 akan datang.
Dengan menolak bekerjasama dengan UMNO di Melaka, maka UMNO selepas ini jangan haraplah untuk mendapat belas ihsan Pas mendapat sebarang perkongsian kerusi di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Dalam hal ini, Pas sebenarnya tidak peduli pun siapa jadi kerajaan pusat selepas PRU15 akan datang kerana mereka bila-bila masa boleh menyesuaikan diri dan mencipta dalil untuk menghalalkan laluan ke arah bekerjasama dengan sesiapa saja yang menjadi kerajaan.
Begitu juga dengan lain-lain negeri, ia tidaklah sepenting mengekalkan kuasa di Kelantan, Terengganu dan Kedah yang memang merupakan tapak kukuh bagi Pas.
Yang penting bagi Pas, mereka mesti ada sejumlah kerusi Parlimen dalam genggaman agar boleh menyesuaikan diri dengan mana-mana parti dan tidak hilang cengkaman di tiga negeri ia bertapak kukuh itu.
Semua cita-cita itu sudah boleh mereka dicapai melalui hubungan dengan Bersatu melalui PN dan tidak memerlukan pun kekuatan MN atau pertolongan daripada UMNO. – ShahbudinHusin 09/11/2021.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/11/tolak-mn-pilih-pn-bukti-pas-tak-mahu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
No Way Cukup Sampai Di Sini Sayang Kata Umno Kepada Pas Di Terengganu

No Way Cukup Sampai Di Sini Sayang Kata Umno Kepada Pas Di Terengganu

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 238 hits
BORHAN AHMADUmno Terengganu bertegas kerjasama antara parti itu dengan Pas di Terengganu melalui Muafakat Nasional sudah tamat No way cukup sampai di sini sayang kata Datuk Seri Ahmad Said Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu kepada media ...
Pas Harap Langkah Tak Langgar Kerusi Umno Akan Cetus Kesedaran

Pas Harap Langkah Tak Langgar Kerusi Umno Akan Cetus Kesedaran

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 289 hits
November 3 2021 6 30 PMKeputusan tidak bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri yang disandang Umno dapat membangkitkan kesedaran dalam kalangan kepemimpinan parti itu mengenai hala tuju politik PAS kata Mursyidul Am PAS Hashim Jasin PETA...
90 Umno Tolak Bersatu Beri Kata Dua Kepada Pas Mahu Mn Atau Pn

90 Umno Tolak Bersatu Beri Kata Dua Kepada Pas Mahu Mn Atau Pn

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 343 hits
MALAYSIA DATELINETimbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hassan berkata 90 peratus akar umbi Umno tidak mahu parti itu mengadakan kerjasama dengan parti Bersatu pada Pilihan Raya Negeri Melaka bulan depan Kepada Pas pula Umno memberikan k...
Zahid Masih Tak Puas Hati Pas Pilih Bersatu Bukan Umno

Zahid Masih Tak Puas Hati Pas Pilih Bersatu Bukan Umno

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 373 hits
agendaily com7 11 2021Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kelihatan masih tidak puas hati kerana PAS memilih bekerjasama dengan Bersatu berbanding UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Melaka Sudah lima hari PAS menyatakan parti ...
Ph Menang 16 Kerusi Dun Melaka Umno Melaka Tolak Ppbm Tapi Is

Ph Menang 16 Kerusi Dun Melaka Umno Melaka Tolak Ppbm Tapi Is

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 240 hits
PH MENANG 16 KERUSI DUN MELAKA UMNO MELAKA TOLAK PPBM TAPI ISMAIL SABRI TERIMA PPBM SILA SUPPORT SUBSCRIBE MABA CHANNEL SILA SUBSCRIBE LINK DIBAWAH KREDIT TO FB AMIR HIJAZ FANS
Umno Koyak Bila Pas Pilih Pn

Umno Koyak Bila Pas Pilih Pn

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 178 hits
UMNO patut salahkan diri sendiri apabila Pas mengambil keputusan untuk bersama Perikatan Nasional berbanding Muafakat Nasional yang ditubuhkan bersama sama Sejak awal lagi Pas telah mengajak kesepakatan diperluas dengan masuk ke dalam PN be...
Pn Letak 28 Calon Pas Bakal Mencabar Umno Di 7 Kerusi

Pn Letak 28 Calon Pas Bakal Mencabar Umno Di 7 Kerusi

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 257 hits
malaysiakini comDiterbitkan Nov 6 2021 6 29 PMPRN MELAKA Pertembungan sekurang kurangnya tiga penjuru hampir menjadi pasti dalam pilihan raya yang akan berlangsung pada 20 Nov ini apabila Perikatan Nasional pula meletakkan calon di semua 28...
Ph Harap Pengundi Umno Pas Beri Peluang Kerajaan Bersih Rasuah

Ph Harap Pengundi Umno Pas Beri Peluang Kerajaan Bersih Rasuah

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 371 hits
Pakatan Harapan tidak mengambil pendekatan memusuhi ahli ahli Pas dan Umno dalam Pilihan Raya Negeri Melaka Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata gabungan itu hanya menolak para pemimpin Umno yang rakus kuasa dan rasuah Sebaliknya a...
Tentera Jihad Pas Bersedia Bertempur Dengan Umno Dan Mca

Tentera Jihad Pas Bersedia Bertempur Dengan Umno Dan Mca

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 216 hits
PRN Melaka parti Pas telah diberikan peruntukan 8 kerusi untuk bertanding mewakili Perikatan Nasional Ini satu jumlah yang teramat besar buat Pas daripada jumlah 28 kerusi kesemuanya Jelas dengan 8 kerusi tersebut Pas adalah dominan dalam P...
Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Zahid Hamidi Yakin Sprm Jalankan Siasatan Adil Kes 4 Pegawai Bekas Pm 9

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Modul Kaedah Strategi Pengajaran Pembelajaran Bahan Sokongan Pdp Siri Bsbpk 2022

Rumpai Laut Potensi Dan Aplikasi

13 Lagu Raya Evergreen Yang Wajib Didengar Setiap Kali Aidilfitri

Cara Mudah Menjaga Mata Agar Sentiasa Cerah Dan Sihat

The 11 Best Pet Fish To Start Your Freshwater Aquarium Purewow

Verandas Outdoor Living Creating A Relaxing Space In Your Garden