Prn Melaka Muafakat Nasional Umno Yakin Akan Dapat Sokongan Penyokong Pas



MASJID TANAH - Penyokong PAS yang selesa dengan kerjasama Muafakat Nasional (MN) dijangka memberikan undi kepada calon UMNO menerusi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November ini.
Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata keyakinan itu berdasarkan sentimen akar umbi dalam kalangan ahli UMNO dan PAS di Melaka yang dilihat lebih selesa dengan kerjasama antara kedua-dua parti itu menerusi MN.
Beliau berkata faktor itu akan membantu BN menumpaskan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN), sekali gus menang dalam PRN Melaka.
"Dalam pemikiran akar umbi di Melaka, sama ada PAS atau BN, kita sudah bersetuju dengan MN dalam apa jua perkara sekali pun.
"Itulah sentimen pengundi (kedua-dua parti). Pengikut PAS yang totok memang akan walak (taat) dengan (arahan Presiden PAS) Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Tetapi, yang sudah melalui hubungan antara UMNO dengan PAS sudah boleh pergi masjid dan kenduri bersama, hidup bersama tanpa prejudis, mereka akan pergi (undi) pada UMNO," katanya ketika ditemui di kediamannya di sini, hari ini.
Ab Rauf yang disifatkan calon 'heavyweight' BN di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara, percaya rata-rata penyokong PAS di Melaka turut berkongsi sentimen mengatakan PN sukar menang di Melaka, bersandarkan prestasi PAS dan BERSATU di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Sehubungan itu, katanya, penyokong PAS yang berkongsi sentimen berkenaan akan lebih rela memberi undi kepada UMNO yang lebih berpeluang, berbanding membiarkan PH menang dalam PRN Melaka.
"Hampir mustahil PN menang. Dua kerusi BERSATU yang dimenangi pada PRU-14 dulu bukan atas faktor parti itu, sebaliknya kerana disokong pengundi DAP.
"Undi PAS pula tidak pernah berubah sejak dulu di Melaka. Pola undi kepada PAS menunjukkan mereka hanya mampu mendapat sekitar 10 peratus daripada jumlah pengundi di setiap DUN.
"Berbanding mengundi PN yang berkemungkinan tewas, lebih baik undi diberi pada UMNO atau berdepan kemungkinan tunduk kepada PH," katanya.
PRN Melaka menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara parti politik utama negara iaitu BN, PN dan PH, di samping penyertaan dua parti kecil iaitu Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN) serta calon Bebas.
Pertembungan itu menimbulkan persoalan terhadap kerjasama antara BN dan PN yang kini membentuk Kerajaan Persekutuan.
Walaupun ada kerjasama dalam MN, UMNO dan PAS bertembung di tujuh kerusi DUN pada PRN Melaka.
Kelmarin, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, menyifatkan pertembungan itu sebagai persaingan antara sahabat yang tidak akan melunturkan semangat penyatuan ummah.
Namun, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pula melihat tindakan PAS memilih PN di Melaka bererti MN hanya wujud pada nama dan tidak pada semangatnya, dan laungan perpaduan ummah hanyalah halwa telinga. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2021/11/prn-melaka-muafakat-nasional-mn-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Guna Logo Pn Sukarkan Penyokong Umno Undi Pas Dalam Prn Melaka

Guna Logo Pn Sukarkan Penyokong Umno Undi Pas Dalam Prn Melaka

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 310 hits
MALAYSIA DATELINETindakan Pas menggunakan logo Perikatan Nasional dalam pilihan raya negeri Melaka akan menyukarkan penyokong Umno untuk mengundi Pas ketika Umno sudah bertegas tidak akan bekerjasama dengan Bersatu Jurucakap utama pimpinan ...
Prn Melaka Pemimpin Umno Yakin Tetap Boleh Menang Walaupun Pas Lari Dari Perjuangan

Prn Melaka Pemimpin Umno Yakin Tetap Boleh Menang Walaupun Pas Lari Dari Perjuangan

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 342 hits
November 4 2021 Biarpun mungkin berdepan persaingan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Negeri Melaka yang akan diadakan pada 20 November nanti UMNO yakin akan menang dan membentuk kerajaan negeri Keyakinan itu disuarakan oleh Timbalan Pengerus...
Prn Melaka Semua Ahli Penyokong Pas Undi Calon Pn Abdul Hadi

Prn Melaka Semua Ahli Penyokong Pas Undi Calon Pn Abdul Hadi

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 304 hits
Kita pegang amanat yang telah diberikan kepada akar umbi dan jentera KUALA TERENGGANU 1 Rabiulakhir 1443H Sabtu PAS akan mengarahkan semua ahli dan penyokongnya mengundi calon Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri Melaka pada 20 Nov ...
Muafakat Exists Only In Name Says Umno Veep Khaled After Pas Sides With Perikatan In Melaka Poll

Muafakat Exists Only In Name Says Umno Veep Khaled After Pas Sides With Perikatan In Melaka Poll

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 326 hits
The Umno vice president said while MN s constant claim of championing unity of the Muslim community is music to one s ears the fact remains that other interests take precedence in politics PAS decision to stick with Perikatan Nasional and d...
Prn Melaka Pas Bersama Pn Tanpa Membelakangkan Umno

Prn Melaka Pas Bersama Pn Tanpa Membelakangkan Umno

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 303 hits
By November 3 2021KEPUTUSAN PAS untuk bersama Perikatan Nasional termasuk menggunakan lambangnya pada Pilihan Raya Negeri Melaka tidak bermakna parti itu membelakangkan UMNO dalam kerjasama politik Mursyidul Amnya Datuk Hashim Jasin berkata...
Pas Hilang Kepercayaan Pada Umno Kekal Bersama Bersatu Di Prn Melaka

Pas Hilang Kepercayaan Pada Umno Kekal Bersama Bersatu Di Prn Melaka

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 381 hits
puteradaily comKeputusan Pas untuk menggunakan lambang Perikatan Nasional di Pilihan Raya Negeri Melaka membuktikan Pas tidak percaya sepenuhnya kepada Umno sebaliknya memilih kekal dengan Bersatu Penganalisis politik dari UTM Dr Mazlan Ali...
Prn Melaka Pas Kembali Kepada Umno Setelah Kalah 8 0

Prn Melaka Pas Kembali Kepada Umno Setelah Kalah 8 0

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 313 hits
Pengundi Melaka dilihat menolak politik PAS yang cuba memenangi undi Melayu dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri pimpinan parti itu di Kelantan Terengganu dan baru baru ini di Kedah AYER KEROH PAS tewas di semua lapan kerusi tujuh...
Prn Melaka Jika Berlaku Pertembungan Pn Bn Pas Akan Menyokong Perikatan Nasional

Prn Melaka Jika Berlaku Pertembungan Pn Bn Pas Akan Menyokong Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 309 hits
KUALA TERENGGANU PAS akan menyokong calon Perikatan Nasional pada Pilihan Raya Negeri Melaka dalam pertembungan dengan Barisan Nasional kata Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang Ketetapan ini menyusuli keputusan PAS untuk menggunakan ...
Kotak Pizza Custom Solusi Ideal Untuk Bisnes Makanan Anda

7 Cara Mudah Meningkatkan Pendapatan Dari Rumah Secara Online

Senarai Universiti Yang Menawarkan Bidang Sains Komputer Di Malaysia

Adakah Emas Dikenakan Cukai Di Malaysia Ini Jawapannya

Asal Boleh Buat Duit Tular Jual Baju Bertemakan Insiden Anak Gajah Mati Netizen Kecam Tindakan Tunggang Isu

Cikbunga Menunaikan Umrah

Your Next Airbnb May Include Room Service And Tamale Making

Pasu Kosong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tragedi Fru Coretan Isteri Koperal Syed Isfan Kongsi Keadaan Terkini Suami Undang Sebak

Cerita Tahun Lepas Ulang Menginap Ke 1o1 Hotel Ulu Tiram

Sap Process Automation Malaysia Boosting Business Efficiency With Abeam Consulting

Ets Generasi Ketiga Kelas 94

Cendol Jam Besar

Masjid Al Alami Mitc