Mb Kedah Guna Polemik Bangsa Agama Sembunyi Kegagalan Pas Kata Guan Eng


 

Predeep Nambiar -March 19, 2021Bekas menteri kewangan Lim Guan Eng telah meminta Muhammad Sanusi Md Nor untuk menjelaskan ke mana perginya RM200 juta yang diberikan oleh PH pada Januari tahun lalu.ALOR STAR: DAP menuduh menteri besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menggunakan retorik memecah belah dan menghina bangsa dan agama untuk mengalihkan perhatian dan menutup kegagalan PAS untuk menunaikan janji menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat Kedah.
Ketika merasmikan konvensyen parti di negeri asal pemimpin PAS itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pendekatan ‘menghasut’ ini telah melukai perasaan bukan sahaja rakyat Kedah tetapi seluruh rakyat Malaysia.
“Di antara kegagalan paling jelas yang cuba disembunyikan kerajaan negeri adalah masalah bekalan air, peluang pekerjaan dan perniagaan,” katanya, sambil menambahkan bahawa kerajaan “pintu belakang” Perikatan Nasional (PN) telah gagal menyalurkan sebarang dana khas untuk mengatasi masalah ini .
“Tidak seperti kerajaan PN, Pakatan Harapan (PH) berlaku adil kepada Kedah dengan meluluskan dana khas RM200 juta kepada kerajaan negeri pada Januari tahun lalu. Saya ingin bertanya bagaimana wang ini digunakan oleh kerajaan pimpinan PAS untuk menolong rakyat? ”
Ahli Parlimen Bagan itu berkata PH ingin menjadi kerajaan yang mewakili semua kaum dan agama, berjanji berjuang untuk seluruh rakyat Malaysia berdasarkan prinsip keadilan sosio-ekonomi, kebebasan demokratik, kedaulatan undang-undang dan kemakmuran untuk semua.
Menyentuh perkara lain, Lim menyalahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana gagal menyiasat menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, Rina Harun, yang berjaya menyelesaikan hutang RM1.3 juta bagi membebaskan dirinya daripada diisytiharkan muflis.
“Rina melunaskan hutangnya walaupun pernah mengisytiharkan aset miliknya hanya RM72,000, dengan pendapatan bulanan RM34,000 pada 20 Nov 2019.
“Ia bertentangan dengan tindakan yang dilaporkan terhadap anggota parlimen yang menentang kerajaan PN ketika ini, yang cukup pantas,” katanya.
Rina melunaskan hutangnya kepada sebuah syarikat produksi program filem dan televisyen yang berpangkalan di Paris, kata seorang peguam yang mewakili firma Perancis itu kepada FMT pada 16 Februari lalu.
“Ketika kita mendengar SPRM merancang untuk bertindak terhadap mereka yang mengumpan wakil rakyat untuk melompat parti, ada menteri yang memiliki kekayaan luar biasa yang tidak dapat dijelaskan,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Lim meminta anggota DAP untuk tidak bertindak bersendirian tetapi bersatu dengan semua parti pembangkang, dan melawan “musuh” mereka, PN.
Katanya, walaupun PN menggunakan jentera dan kuasa kerajaan sebagai satu kelebihan, kekuatan perpaduan pembangkang akan menjadi kunci utama melawan mereka .
“Walaupun DAP boleh memenangi kerusi yang ditandingi, apa gunanya jika rakan kita PKR dan Amanah tidak menang? Kita tidak akan cukup kerusi untuk membentuk kerajaan,” katanya.














Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/03/mb-kedah-guna-polemik-bangsa-agama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kedah Mb Using Race To Hide Pas Failures Says Guan Eng

Kedah Mb Using Race To Hide Pas Failures Says Guan Eng

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 354 hits
Former finance minister Lim Guan Eng has asked Muhammad Sanusi Md Nor to account for the RM200 million given by PH in January last year ALOR STAR DAP has accused Kedah menteri besar Muhammad Sanusi Md Nor of using divisive and derogatory rh...
Pn Mesti Dihentikan Daripada Merampas Kerajaan Kata Guan Eng

Pn Mesti Dihentikan Daripada Merampas Kerajaan Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 340 hits
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng membidas dua menteri yang mendakwa lebih ramai Ahli Parlimen akan keluar parti masing masing untuk menyokong kerajaan Perikatan Nasional Beliau berkata kenyataan pemimpin PPBM Mohamed Azmin Ali dan Annuar M...
Undang Undang Berita Palsu Baharu Buat Kita Tak Ubah Seperti Myanmar Kata Guan Eng

Undang Undang Berita Palsu Baharu Buat Kita Tak Ubah Seperti Myanmar Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 228 hits
March 11 2021 Lim Guan Eng berkata undang undang baharu itu menimbulkan kebimbangan mengenai kebebasan media dan hak bersuara masyarakat PETALING JAYA Dua orang kuat DAP menyelar undang undang baharu berita palsu dengan seorang menyifatkann...
Guan Eng Blasts Extremist Pas Plan To Redraw Seats In Malay Muslim Favour

Guan Eng Blasts Extremist Pas Plan To Redraw Seats In Malay Muslim Favour

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 344 hits
DAP secretary general Lim Guan Eng has condemned Minister of Plantation Industries and Commodities Khairuddin Aman Razali for declaring its objective to win a two thirds majority in the next general election Khairuddin who is from PAS said ...
Umno Pas Akan Guna Isu Kalimah Allah Raih Populariti Pru15 Kata Baru Bian

Umno Pas Akan Guna Isu Kalimah Allah Raih Populariti Pru15 Kata Baru Bian

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 388 hits
Umno PAS akan guna isu kalimah Allah raih populariti PRU15 kata Baru Bian Dikemas kini 57 minit yang lalu Diterbitkan pada
Label Pas Pelacur Mb Kedah Kata Strategi Ku Li Nak Jadi Presiden Umno

Label Pas Pelacur Mb Kedah Kata Strategi Ku Li Nak Jadi Presiden Umno

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 313 hits
March 16 2021 Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO Tengku Razaleigh Hamzah di dakwa berkemungkinan mempunyai agenda peribadi apabila melabel Pas sebagai pelacur Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat Muhammad Sanusi Md Nor berkata tidak mustahil Tengku...
Jangan Guna Bahasa Lindung Diskriminasi Kaum Dalam Pengambilan Pekerja Kata Kumpulan Majikan

Jangan Guna Bahasa Lindung Diskriminasi Kaum Dalam Pengambilan Pekerja Kata Kumpulan Majikan

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 344 hits
Pengarah Eksekutif MEF Shamsuddin Bardan berkata keperluan bahasa tertentu mungkin diperlukan untuk berurusan dengan pelanggan tertentu PETALING JAYA Kriteria bahasa boleh diterima ketika mengambil pekerja tetapi perlu dipantau untuk memast...
Pas Boleh Kerjasama Dengan Ppbm Tapi Jangan Susahkan Umno Kata Tajuddin

Pas Boleh Kerjasama Dengan Ppbm Tapi Jangan Susahkan Umno Kata Tajuddin

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 339 hits
Faiz ZainudinKUALA LUMPUR Umno tidak ada halangan untuk PAS bekerjasama dengan PPBM selagi PAS tidak membantu parti itu menyerang calon Umno pada pilihan raya umum ke 15 kata Tajuddin Abdul Rahman Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno itu menega...
Pulau Pinang Boleh Guna Air Selut Kata Sanusi

Pulau Pinang Boleh Guna Air Selut Kata Sanusi

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 330 hits
Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor membayangkan kemungkinan Pulau Pinang terpaksa menggunakan air selut jika kerajaan negeri itu berkeras enggan membayar caj air mentah kepada Kedah Ini kerana kata beliau kerajaan Kedah sedang meran...
Filem Martabat Misi Berdarah

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Bas Bawa Pelajar Upsi Dipercayai Hilang Kawalan Dan Terlanggar Belakang Alza Jadi Punca Kemalangan

Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land

Chronology Of Tragic Gerik Bus Crash That Claimed 15 Lives

Saya Hargai Dikritik Muat Naik Spoiler Squid Game 3 Ini Respon Park Gyuyoung


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


7 Kerja Sampingan Guna Alat Ai Paling Menguntungkan Di Tahun 2025

Raya Aidiladha Di Bukit Tinggi

Raya Kedua Tapi Masih On Duty

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Maiwp Mohon Maaf Atas Kesilapan Pemberian Pampers Tape Ppim Mohon Hentikan Kecaman

Pelajar Umpsa Berdepan Detik Cemas Bas Ekspres Rempuh Belakang Treler Di Lpt