Pn Mesti Dihentikan Daripada Merampas Kerajaan Kata Guan Eng



(FMT) – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membidas dua menteri yang mendakwa lebih ramai Ahli Parlimen akan keluar parti masing-masing untuk menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Beliau berkata, kenyataan pemimpin PPBM, Mohamed Azmin Ali dan Annuar Musa daripada Umno semalam menggambarkan seolah-olah “jual beli” Ahli Parlimen sedang berlaku.
“Ia adalah politik kotor dan tidak jujur. Ia memualkan. Ini bukan politik yang kita mahu,” katanya dalam ucapan perasmian Konvensyen DAP Perak ke-19 sempena ulang tahun ke-55 parti itu.
Lim berkata, insiden serupa itu adalah sebab kenapa PN mesti dihentikan daripada “merampas” kerajaan, sekali gus menegaskan partinya tidak akan bekerjasama dengan “kleptokrat” sedemikian dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Sebaliknya kata beliau, mereka harus fokus kepada usaha mengulangi kemenangan dalam PRU lepas dan merampas semula Putrajaya bagi memulihkan Parlimen dan demokrasi di negara ini.
Berikutan keputusan Ahli Parlimen Kuala Langat, Xavier Jayakumar meletak jawatan sebagai naib presiden dan ahli PKR semalam, Azmin dan Annuar membayangkan lebih ramai Ahli Parlimen akan berubah arah untuk menyokong Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.
Lim, yang merupakan setiausaha agung DAP untuk penggal ketiga dan terakhir, mengingatkan ahli supaya berpegang teguh kepada prinsip parti yang mengutamakan kebajikan orang ramai dengan berkata, “kita tidak akan menggadaikan maruah negara kerana wang”.
Beliau juga berkata, DAP sedia bekerjasama dengan parti yang sedia berkhidmat untuk manfaat rakyat, seperti yang boleh dilihat dalam penyingkiran bekas menteri besar Perak, Ahmad Faizal Azumu.
“Jawatankuasa Eksekutif Pusat dan DAP Perak sebulat suara menyokong langkah menyingkirkan menteri besar daripada PPBM itu dan digantikan menteri besar daripada Umno.
“Langkah itu memberi manfaat kepada rakyat dan mengembalikan reformasi institusi,” katanya.
Dalam pada itu, penyandang Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming mengkritik denda RM10,000 terhadap individu yang melanggar SOP Covid-19.
Beliau menggesa pihak yang berdepan masalah membayar kompaun supaya ke ibu pejabat negeri DAP bagi mendapatkan bantuan pakar undang-undangnya.
Kira-kira 2,000 perwakilan dari lebih 300 cawangan DAP Perak menghadiri konvensyen hari ini, sekali gus mengundi dalam pemilihan tiga tahun sekali parti itu untuk 15 ahli jawatankuasa negeri yang baharu.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/03/14/pn-mesti-dihentikan-daripada-merampas-kerajaan-kata-guan-eng/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Undang Undang Berita Palsu Baharu Buat Kita Tak Ubah Seperti Myanmar Kata Guan Eng

Undang Undang Berita Palsu Baharu Buat Kita Tak Ubah Seperti Myanmar Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 200 hits
March 11 2021 Lim Guan Eng berkata undang undang baharu itu menimbulkan kebimbangan mengenai kebebasan media dan hak bersuara masyarakat PETALING JAYA Dua orang kuat DAP menyelar undang undang baharu berita palsu dengan seorang menyifatkann...
Mb Kedah Guna Polemik Bangsa Agama Sembunyi Kegagalan Pas Kata Guan Eng

Mb Kedah Guna Polemik Bangsa Agama Sembunyi Kegagalan Pas Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 268 hits
March 19 2021Bekas menteri kewangan Lim Guan Eng telah meminta Muhammad Sanusi Md Nor untuk menjelaskan ke mana perginya RM200 juta yang diberikan oleh PH pada Januari tahun lalu ALOR STAR DAP menuduh menteri besar Kedah Muhammad Sanusi Md ...
Businessman Said To Be Guan Eng S Proxy Nabbed By Macc

Businessman Said To Be Guan Eng S Proxy Nabbed By Macc

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 381 hits
A businessman with the Datuk Seri title has been hauled up by the Malaysian Anti Corruption Commission in connection to a probe on his alleged links to money laundering and Macau scams Graft busters grilled the prominent businessman who use...
Kedah Mb Using Race To Hide Pas Failures Says Guan Eng

Kedah Mb Using Race To Hide Pas Failures Says Guan Eng

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 318 hits
Former finance minister Lim Guan Eng has asked Muhammad Sanusi Md Nor to account for the RM200 million given by PH in January last year ALOR STAR DAP has accused Kedah menteri besar Muhammad Sanusi Md Nor of using divisive and derogatory rh...
Dap Will Not Be Intimidated Or Enticed To Support Pn Stresses Guan Eng

Dap Will Not Be Intimidated Or Enticed To Support Pn Stresses Guan Eng

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 299 hits
DAP leaders will not cow down to intimidation tactics nor be lured by enticement into supporting the Perikatan Nasional government said party secretary general Lim Guan Eng Addressing delegates at the Perak DAP Convention this morning the B...
Kerajaan Tidak Boleh Terlalu Terbuka Benar Ambil Pekerja Asing Kata Menteri

Kerajaan Tidak Boleh Terlalu Terbuka Benar Ambil Pekerja Asing Kata Menteri

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 416 hits
Menteri Sumber Manusia M Saravanan bercakap kepada pemberita sewaktu menyertai operasi penguatkuasaan bersepadu pematuhan peraturan di bawah Akta Pekerja 1995 dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 di Bangsar malam tadi...
Guan Eng Anwar Quizzed Over Ph Statement On Emergency

Guan Eng Anwar Quizzed Over Ph Statement On Emergency

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 296 hits
DAP secretary general Lim Guan Eng was questioned for an hour today by police over a media statement issued by the Pakatan Harapan presidential council on the emergency proclamation Lim s lawyer RSN Rayer told reporters that PKR president A...
Panas Guan Eng Berang Dengan Ahli Parlimen Pkr

Panas Guan Eng Berang Dengan Ahli Parlimen Pkr

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 229 hits
March 21 2021 Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menegur Ahli Parlimen PKR yang berkata mereka tidak sekuat beliau dalam berdepan ancaman terhadap diri dan keluarga selepas dakwaan dipancing untuk beralih sokongan kepada Perikatan Nasional A...
Kerajaan Akan Manfaat Lebih Banyak Data Untuk Salur Bantuan Kata Tengku Zafrul

Kerajaan Akan Manfaat Lebih Banyak Data Untuk Salur Bantuan Kata Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 346 hits
BMenteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata syarikat dalam sektor pelancongan merupakan antara sasaran bantuan kerana mereka masih belum dapat meneruskan operasi KUALA LUMPUR Kerajaan akan memanfaatkan lebih banyak data yang dikumpul...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Makin Bersemut Netizen Dakwa Dengar Bella Astillah Panggil Syed Saddiq Baby Tolonglah Kahwin

Ibu Neelofa Dedah Hidap Kanser Anak Anak Amp Suami Menangis Dapat Tahu