Pulau Pinang Boleh Guna Air Selut Kata Sanusi





Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor membayangkan kemungkinan Pulau Pinang terpaksa menggunakan “air selut” jika kerajaan negeri itu berkeras enggan membayar caj air mentah kepada Kedah.

Ini kerana kata beliau, kerajaan Kedah sedang merancang beberapa projek yang dijangka memberi impak terhadap aliran air Sungai Muda yang pada masa ini menjadi sumber air mentah Pulau Pinang.

“Projek-projek ini apabila dilaksanakan akan beri masalah kepada mereka (Pulau Pinang) jika tidak bayar (caj air mentah), tak apa dia gunalah (secara percuma), sampai hari keluar air selut, dia gunalah air (selut) tu,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Pejabat Daerah dan Tanah Yan, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow baru-baru ini yang dilaporkan enggan memanjangkan isu penggunaan sumber air dari Sungai Muda, sebaliknya memilih untuk mempertahankan hak riparian negeri itu di mahkamah.

Muhammad Sanusi yang pernah menyatakan kesediaan untuk bersemuka di mahkamah berhubung isu itu bagaimanapun berkata pihaknya masih membuka ruang kepada Pulau Pinang untuk menyelesaikan perkara tersebut secara timbang tara.

“Proses (perbincangan isu air) mungkin sampai ke peringkat mahkamah, tapi saya akan mohon kerjasama kerajaan persekutuan khususnya Kementerian Alam Sekitar dan Air untuk adakan proses timbang tara bagi mengatasi hal ini.

“Kalau timbang tara itu tidak dapat dijayakan mungkin proses ini akan ke mahkamah... Saya akan pergilah ke hujung dunia pun untuk lawan perkara ini,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Sanusi berkata sebuah badan bertindak khas akan ditubuhkan untuk mengutip tunggakan hasil atau cukai yang kini mencecah lebih RM257 juta.

Katanya antara tunggakan cukai tertinggi melibatkan hasil tanah, kediaman dan pendidikan.

“Tunggakan ini ada yang sejak belasan tahun, jadi untuk pastikan hasil kerajaan ini dapat dikutip, badan bertindak ini akan mulakan operasi kutip cukai tertunggak ini dengan segera,” katanya.

- Bernama



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2021/03/pulau-pinang-boleh-guna-air-selut-kata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mb Kedah Suruh Orang Pulau Pinang Guna Air Selut

Mb Kedah Suruh Orang Pulau Pinang Guna Air Selut

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 376 hits
Pulau Pinang boleh guna air selut kata SanusiMenteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor membayangkan kemungkinan Pulau Pinang terpaksa menggunakan air selut jika kerajaan negeri itu berkeras enggan membayar caj air mentah kepada Kedah Ini k...
Amaran Mb Kedah Pulau Pinang Mungkin Akan Pam Air Selut Dari Sungai Muda

Amaran Mb Kedah Pulau Pinang Mungkin Akan Pam Air Selut Dari Sungai Muda

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 280 hits
Kerajaan Negeri Pulau Pinang berkemungkinan akan mengepam air selut dari Sungai Muda pada masa akan datang sekiranya masih bertegas enggan membayar pampasan caj bekalan air kepada negeri Kedah Itu amaran keras Menteri Besar Kedah Muhammad S...
Tidak Mahu Bayar Pulau Pinang Tunggu Air Selut Mb Kedah

Tidak Mahu Bayar Pulau Pinang Tunggu Air Selut Mb Kedah

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 305 hits
Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor membayangkan kemungkinan Pulau Pinang terpaksa menggunakan air selut jika kerajaan negeri itu berkeras enggan membayar caj air mentah kepada Kedah Ini kerana kata beliau kerajaan Kedah sedang meran...
Boleh Guna Perkataan Allah Tapi Tetap Ada Sempadan Kata Hadi

Boleh Guna Perkataan Allah Tapi Tetap Ada Sempadan Kata Hadi

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 335 hits
Sesiapapun tidak harus dilarang daripada menggunakan perkataan Allah kata Presiden PAS Abdul Hadi Awang Menurutnya sama ada seseorang itu Muslim penganut agama lain termasuk yang melantik banyak Tuhan tidak beragama atau ateis yang tidak pe...
P Pinang Cuma Layak Guna 5 Peratus Saja Air Sungai Muda Mb Kedah

P Pinang Cuma Layak Guna 5 Peratus Saja Air Sungai Muda Mb Kedah

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 372 hits
Pulau Pinang hanya layak menggunakan lima peratus air daripada sumber Sungai Muda mengikut peruntukan dalam hak riparian yang mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa kata Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor Katanya Pulau Pin...
Jumlah Mendaftar Untuk Vaksinasi Covid 19 Di Pulau Pinang Masih Rendah Kata Km

Jumlah Mendaftar Untuk Vaksinasi Covid 19 Di Pulau Pinang Masih Rendah Kata Km

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 283 hits
Jumlah mendaftar untuk vaksinasi Covid 19 di Pulau Pinang masih rendah kata KM Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada
Sekat Air Kerajaan Negeri Pulau Pinang Harus Utamakan Rakyat Negeri Sendiri Dalam Semua Sektor

Sekat Air Kerajaan Negeri Pulau Pinang Harus Utamakan Rakyat Negeri Sendiri Dalam Semua Sektor

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 318 hits
Sedut air selut bukan ugutan cuma amaran awal kata MB Kedah kepada Pulau PinangAbd Hadi Che AwangMac 24 2021 02 09 MYTMuhammad Sanusi berkata kerajaan negeri Kedah tidak pernah sesekali menutup pintu rundingan dengan Pulau Pinang dalam isu ...
Rancangan Kedah Kawal Bekalan Air P Pinang Ibarat Isytihar Perang Kata Pemimpin

Rancangan Kedah Kawal Bekalan Air P Pinang Ibarat Isytihar Perang Kata Pemimpin

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 308 hits
Lim Guan Eng marah dengan rancangan takungan air Muhammad Sanusi Md Nor sementara Charles Santiago menyifatkannya sebagai pengisytiharan perang terhadap Pulau Pinang GEORGE TOWN Rancangan kerajaan Kedah mengurangkan bekalan air ke Pulau Pin...
Susah Senang Bersama Kereta Bocor Masuk Air Hujan Anak Tomok Tutup Guna Lampin

Susah Senang Bersama Kereta Bocor Masuk Air Hujan Anak Tomok Tutup Guna Lampin

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 516 hits
Kagum dengan cara didikan Tomok pada isteri dan anak anaknya yang tidak membiasakan hidup dalam keadaan mewah walaupun berkemampuan untuk beri yang lebih baik pada keluarga View this post on Instagram Malah anak anaknya juga diajar untuk hi...
Masa Dia Buat Rawatan Serangan Jantung Datang Ameng Kongsi Keadaan A Aida Darah Beku Di Jantung Amp Paru Paru

Ph Free To Choose Allies Says Saifuddin On Sabah Polls

Monolog Jiwa Menunggu Antara Bertahan Dan Menyerah

Lirik Lagu Sesaat Aina Abdul

Dinner Di Kayu Manis Perth Dan Hadiah Sayur

Hutang Oh Hutang Peningnya Aku

Bayi Kembar Isteri Arwah Masdeh Rosmin Debaran Saat Kelahiran Cucu

Federal Sabah Ties Must Stay Strong Says Anwar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Wellness Across Ages An Intergenerational Community Program Ppim 27 09 2025

Lirik Lagu La Tahzan Heliza Helmi

Solat Itu Penghapus Dosa

Record Setter How To Build The World S Fastest Indian Bagger

Monolog Jiwa Di Balik Wajah Yang Sama

Wan Rosdy Sejumlah Rm291 76 Juta Sumbangan Diterima Daripada S Glc Pahang Akan Dimanfaatkan Untuk Rakyat