Matrikulasi Atau Diploma Mana Satu Pilihan Anda
Alhamdulillah. Anak sulung Abam Kie, Anis, mendapat tawaran masuk buat Diploma Sains Komputer di UiTM. Kursus yg sama spt ibu saudara dan mummy dia dulu. X apalah belajar mana2 pun janji dapat score good marks... Ingatkan dia boleh ikut pelajaran di matrik tapi dia tertekan dan menarik diri setelah belajar selama 2 minggu je. Nak paksa2 pun x guna sbb dia yg nak belajar. Kita sbg bapa ni ikut je la asalkan dia belajar bersungguh2 spt masa SPM dulu. In Shaa Allah, pasti berjaya di Akademi Fantasia.... Oppss! Salah tu..., di UiTM la
Rupa2nya ODL (Online Distance Learning) di Kolej Matrikulasi sangat membebankan. Memang kita sedia maklum silibus Matrik memang banyak dan perlu dihabiskan dalam masa yg singkat. Iyolah, sukatan matapelajaran untuk 2 tahun perlu dipelajari dan dihadam dlm masa setahun. Kalau secara bersemuka pun dah tension, apatah lagi jika secara ODL. Not for the faint-hearted, I guess! Macam anak abam kie ni yg dapat 8A masa SPM apatah lagi bagi mereka yg dapat 4A. Sebab tu la dulu abam kie ambik Pre-ESL di Pusat Asasi UM biarpun mampu nak bawa Asasi Sains Hayat. Tengok kawan2 yang ambik Asasi Sains pun busy memanjang. Sabtu pagi ada kelas. Tp abam kie off dua hari. X mcm kami budak TESL yg selalu yak yak yey semasa 2 thn di PASUM!
Tanggapan ibubapa dan guru sekarang bahawa pelajar2 yg top SPM perlu masuk Asasi dan Matrik perlu diubah. Abam Kie pun sama - berfikiran mcm tu. Apa kelas dpt 8A pi masuk diploma? Diploma ni utk mereka yg cukup2 5 kredit aje. Itu dulu! Tapi skrg abam kie dah berfikiran terbuka.
Mungkin anak abam kie fikir dia mungkin tak akan dpt kursus Sains Komputer bila masuk degree nanti sebab tu la dia ambik keputusan nak sambung buat diploma di UiTM je. Lagipun dia dpt kursus yg dia nak. Kalau kursus lain mungkin dia bertahan dgn matrik ni biarpun sukar. Kawan abam kie yg jadi pensyarah BI di UiTM tu kata jika dpt 'score' masa diploma senang2 je boleh masuk degree di UiTM tu. CGPA 3.0 pun dah layak, katanya. Bila masuk degree kursus yg sama dpt plak 'credit transfer'. Jadi jimat la paling tidak 6 bln. Nanti bila grad pun hampir sama dgn pelajar2 yg buat matrik
Jadi apa pendapat kwn2 tentang anak abam kie yg buat diploma UiTM dan bukannya belajar di matrik mcm kwn2 dia? Segala komen yg diberikan abam kie ucapkan terima kasih. Oh! Ya. Kelas semester 1 di UiTM ni bermula pada 10 Okt 2021. Lambat lagi. Sedangkan matrik dah mula pd akhir Julai lps....
www.zukidin.com {Estd 2012}
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.zukidin.com/2021/08/mana-satu-pilihan-anda.html