Pelitup Muka Satu Lapis Atau Dua Lapis


GABUNGAN pelitup muka fabrik dan perubatan boleh mengemaskan lagi pemakaian selain meningkatkan kadar penapisan zarah. FOTO Arkib NSTP
Pilih pelitup muka yang tepat untuk prlindungan lebih baik semasa pandemik

Menjadikan pelitup muka sebagai aksesori terkini yang dapat menyelamatkan nyawa anda dan orang tersayang.

Namun, daripada memilih pelitup muka yang mempunyai corak, logo atau slogan menarik, sebaiknya pilih yang menawarkan perlindungan terbaik agar kita terhindar daripada dijangkiti virus maut Covid-19 walau dalam apa juga persekitaran.

Menurut pakar perubatan, pemilihan pelitup muka yang tepat amat penting memandangkan lebih banyak varian mudah berjangkit sedang menular, termasuk varian Delta yang boleh menjangkiti seseorang dalam tempoh 15 saat sahaja.

Dekan Fakulti Sains Farmasi USCI University Prof Madya Dr Mogana Sundari Rajagopal berkata pelbagai jenis pelitup muka dijual di pasaran termasuk yang diperbuat daripada fabrik dan boleh diguna semula serta pelitup muka perubatan atau pembedahan.

"Setiap negara ada piawaian pensijilan tersendiri bagi setiap pelitup muka. Contohnya, Eropah menggunakan piawaian EN 14683 atau ASTM F2100 bagi pelitup muka perubatan manakala China pula menggunakan piawaian YY 0469.

"Sekalipun piawaian sedikit berbeza, pelitup muka terbabit amnya sama sahaja. Untuk pelitup muka respirator, China menggunakan piawaian KN (contohnya KN95), sementara Amerika Syarikat menggunakan N (contohnya N95)," katanya.

Bagi mengelakkan terbeli pelitup muka tiruan, Dr Mogana berkata, ada beberapa cara untuk mengenal pasti kualiti pelitup muka.

Pelitup muka dengan penarafan ASTM (Persatuan Amerika untuk Pengujian dan Bahan) atau EN (Piawaian Eropah) memenuhi standard dan keperluan antarabangsa, jelasnya.

Penarafan ASTM merupakan piawaian untuk semakan semula kualiti pelitup muka perubatan. Terdapat tiga pengkelasan untuk piawaian ini dengan Tahap 1 merupakan peringkat minimum yang diperlukan untuk memenuhi piawaian ASTM dan Tahap 3 bagi pengilang yang mahu mengeluarkan pelitup muka.

"Jika piawaian pelitup muka perubatan, pelitup N95 dan lain-lain peralatan perlindungan diri (PPE) gred perubatan sudah lama diwujudkan, piawaian baharu bagi pelitup muka kegunaan harian ini adalah yang pertama dan bertujuan menyediakan penanda aras bagi pengilang dan juga masyarakat umum.

"Pengilang digalakkan mematuhi piawaian ini dan pengguna pula akan berkeyakinan terhadap produk apabila mengetahui pelitup muka tersebut diperakukan.

"Bagaimanapun, sesetengah pengilang pelitup muka mematuhi Piawaian Eropah iaitu EN14683 dan mengkategorikan pelitup muka mereka sebagai Jenis I, II dan Type IIR," katanya.

Beliau berkata pengguna boleh membaca pada bungkusan untuk mengetahui penarafan produk tersebut sama ada ASTM Tahap 1, 2 atau 3 sebelum membelinya. Bagaimanapun tidak semua pelitup muka bertaraf ASTM.

"Memang berbaloi membeli pelitup muka dengan penarafan ASTM selain memastikan anda menerima perlindungan pada tahap yang mencukupi," katanya.

Menurutnya, orang ramai sering kali keliru tentang N95 dan pelitup muka bergred perubatan seperti pelitup muka pembedahan. Pelitup muka N95 atau KN95 dikategorikan sebagai respirator.

"Sebahagian besar pelitup muka KN95 atau N95 yang dikhususkan untuk petugas kesihatan yang ada di pasaran adalah tiruan," katanya.

Menurut beliau, bagi memastikan perlindungan secukupnya daripada virus Covid-19 yang bersaiz kira-kira 0.1 mikron, individu amat disaran menggunakan pelitup muka perubatan atau pembedahan yang mematuhi EN Jenis IIR atau ASTM Tahap 3 dengan penapisan yang baik.

Dr Mogana berkata, respirator yang diluluskan oleh NIOSH AS sepatutnya mempunyai label kelulusan bermula dengan TC - XXX- XXXX yang boleh disemak melalui http://www.cdc.gov.

"Orang ramai juga boleh mengenal pasti pelitup muka tiruan melalui ketiadaan logo NIOSH bagi respirator, maklumat peruncit yang samar-samar serta harganya terlalu murah.

"Malah, NIOSH tidak meluluskan mana-mana pelitup muka untuk kanak-kanak, justeru sebarang kenyataan mendakwa respirator itu diluluskan untuk kanak-kanak adalah palsu," katanya.

Beliau berkata, pengeluar pelitup muka perubatan atau pembedahan di Malaysia disyaratkan mempunyai pensijilan ISO 13485 dan berdaftar dengan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA).

"MDA membantu memantau peranan pengeluar peranti perubatan dan kesemua pengilang terbabit perlu mendaftarkan kilang serta produk mereka.

"Orang awam perlu pastikan pelitup muka dikawal selia menurut piawaian antarabangsa seperti EN atau ASTM oleh badan berwajib seperti Sirim Berhad, SGS Malaysia dan lain-lain.

"Malangnya, ramai pengeluar dan pengedar tidak berdaftar dan menjual pelitup muka yang tidak dikawal selia dengan baik," katanya.

Dr Mogana berkata sekalipun sesetengah pengilang mengeluarkan pelitup muka dalam pelbagai warna dan corak, tidak ada pengkodan warna bagi pelitup muka pembedahan. "Warna atau tulisan atau cetakan pada pelitup muka harus dielakkan sepertimana yang disyorkan oleh kajian. Pewarna harus dipilih berdasarkan piawaian industri yang diterima antarabangsa bagi melindungi kesihatan kita dan persekitaran," katanya.

Bagi memilih pelitup muka yang dapat menyediakan perlindungan secukupnya daripada Covid-19, Dr Mogana mengesyorkan pelitup muka yang dikeluarkan oleh syarikat yang mempunyai sijil Sistem Pengurusan Kualiti Peranti Perubatan ISO 13485:2016.

Satu daripadanya ialah Careline Manufacturing Sdn Bhd yang mengkhususkan dalam pembuatan pelitup muka pembedahan dan perubatan untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Semua produknya diuji dalam makmal oleh Sirim selain turut berdaftar di bawah Pensijilan Produk Sirim.

"Satu daripada kriteria pada Careline Face Mask ialah bahan lapisan dalamnya tidak menyebabkan alahan kulit. Bahannya juga mempunyai ciri antikabus," katanya.

Kebelakangan ini, pakar kesihatan mengesyorkan pemakaian dua lapis pelitup muka, iaitu memakai dua helai pelitup muka pada satu-satu masa bagi melindungi orang ramai daripada varian Covid-19 yang lebih agresif serta sangat mudah berjangkit.

Pemakaian dua lapis pelitup muka bermakna memakai pelitup fabrik di atas pelitup muka perubatan yang mana menurut pakar dapat menapis lebih banyak zarah berbanding pemakaian selapis.

Prof Madya Dr Kyu Kyu Win, pensyarah mikrobiologi di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UCSI University berkata, gabungan pelitup muka fabrik dan perubatan boleh mengemaskan lagi pemakaian selain meningkatkan kadar penapisan zarah.

"Pakai satu pelitup muka perubatan pakai buang dan di atasnya pelitup muka fabrik bagi memastikan pelitup muka terletak dengan kemas selain memberikan lebih perlindungan. Pelitup fabrik itu juga boleh digabungkan dengan pendakap.

"Simpul dan selitkan gelung telinga pelitup muka tiga lapis di bahagian tepi serta lipat dan selitkan lebihan yang tidak diperlukan di bawah bahagian tepinya.

"Bagaimanapun, pelitup muka perubatan atau pembedahan tidak harus dilapisi oleh pelitup muka jenis sama kerana gabungan ini tidak menambah baik kekemasan pemakaian, manakala N95 pula perlu dipakai begitu sahaja tanpa dilapisi oleh pelitup lain," katanya.

Beliau berkata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan jangka hayat empat jam bagi pelitup muka pembedahan iaitu perlu diganti selepas dipakai selama empat jam.

Naib Pengarah Pusat Antarabangsa Hospital Universiti Perubatan China Dr Hean Ooi pula berkata pemakaian pelindung muka semata-mata bukan sahaja bertentangan dengan prosedur operasi standard tetapi juga tidak menawarkan perlindungan yang mencukupi.

Dr Ooi berkata prestasi pelitup muka diuji dengan menilai kecekapan penapisan bakteria (bagi bakteria bersaiz lebih besar daripada tiga mikron), kecekapan penapisan zarah (bagi zarah bersaiz kurang daripada 0.1 mikron) dan sebagainya.

"Covid-19 lazimnya merebak melalui titisan dan saiz virus SARS-CoV-2 (penyebab Covid-19) ialah kira-kira 0.1 mikron," katanya.

Katanya, piawaian pelitup muka pembedahan mempunyai keperluan lebih tinggi bagi memerangkap zarah bersaiz virus (0.1 mikron) pada kadar 98 peratus.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/08/pelitup-muka-satu-lapis-atau-dua-lapis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Matrikulasi Atau Diploma Mana Satu Pilihan Anda

Matrikulasi Atau Diploma Mana Satu Pilihan Anda

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 501 hits
Alhamdulillah Anak sulung Abam Kie Anis mendapat tawaran masuk buat Diploma Sains Komputer di UiTM Kursus yg sama spt ibu saudara dan mummy dia dulu X apalah belajar mana2 pun janji dapat score good marks Ingatkan dia boleh ikut pelajaran d...
Tunjuk Muka Masam Senyap Anak Dah Takut Belle Akui Tak Pernah Marah Atau Pukul

Tunjuk Muka Masam Senyap Anak Dah Takut Belle Akui Tak Pernah Marah Atau Pukul

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 286 hits
Nampak orangnya lemah lembut tapi ibu kepada Ammara dan Umar bukanlah calang calang orang Pengasas jenama busana Muslimah Bella Ammara Sharifah Nabilla Al Yahya Syed Shah atau mesra dipanggil Belle Al Yahya akui anak adalah pembawa rezekiny...
Mana Satu Cantik Galaxy Z Fold3 Atau Galaxy Z Flip3

Mana Satu Cantik Galaxy Z Fold3 Atau Galaxy Z Flip3

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 359 hits
Peminat Samsung pasti akan tertanya tanya mana satu lagi cantik Galaxy Z Fold3 atau Galaxy Z Flip3 Penantian akhirnya berakhir kerana Samsung baru baru ini telah melancarkan dua inovasi telefon pintar lipat terbaru di Galaxy Unpacked 2021 b...
Hiburan Rugi Rm70k Andi Bernadee Buat Laporan Polis Didakwa Kena Aniaya Dengan Rakan Baik

Hiburan Rugi Rm70k Andi Bernadee Buat Laporan Polis Didakwa Kena Aniaya Dengan Rakan Baik

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 878 hits
Penyanyi dan juga penyanyi Andi Bernadee telah membuat laporan polis setelah ditipu rakan baik yang juga merangkap pembantu peribadinya pada pagi rabu lalu ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementKata Andi dia telah mengalami kerugian sebanyak RM70 ...
Mp Parlimen Positif Covid 19 Dengan Yakin Turunkan Pelitup Muka Ketika Hadir Perhimpunan

Mp Parlimen Positif Covid 19 Dengan Yakin Turunkan Pelitup Muka Ketika Hadir Perhimpunan

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 149 hits
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menurunkan pelitup muka pada perhimpunan pembangkang baru baru ini Gambar FB Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menjalani kuarantin kendiri sejak 4 Ogos lalu setelah mengesahkan dirinya positif Covid 1...
Kardio Atau Resistence Training Mana Satu Nak Cuba Dulu Bagi Beginner Aku Kisah Berat Badan

Kardio Atau Resistence Training Mana Satu Nak Cuba Dulu Bagi Beginner Aku Kisah Berat Badan

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 285 hits
5 bulan juju jinakkan muscle buat senaman kardio Nak bagi badan selesa dan turun perlahan tanpa terkejut Jangan terburu buru nak buat resistance training terus untuk bakar cepat kalori tamak progress cepat yoyo sabar percaya progress itu ad...
45000 Pelitup Muka Neutrovis Disumbangkan Kepada Atlit Dan Petugas Sukan Paralimpik Tokyo 2020

45000 Pelitup Muka Neutrovis Disumbangkan Kepada Atlit Dan Petugas Sukan Paralimpik Tokyo 2020

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 379 hits
45000 Pelitup Muka NEUTROVIS Disumbangkan Kepada Atlit Dan Petugas Sukan Paralimpik Tokyo 2020 Assalammualaikum semua Setelah berakhir Sukan Olimpik Tokyo 2020 kini giliran atlit Sukan Paralimpik Tokyo 2020 mengharumkan nama Malaysia Barisa...
2 Pelitup Muka Lindung 96 Jangkitan Varian Delta

2 Pelitup Muka Lindung 96 Jangkitan Varian Delta

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 174 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah Kuala Lumpur Penggunaan pelindung muka dan dua lapisan pelitup muka boleh memberi 96 peratus perlindungan daripada jangkitan Covid 19 varian Delta Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr ...
Pelitup Muka Tajuddin Berharga Rm1 699

Pelitup Muka Tajuddin Berharga Rm1 699

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 210 hits
Pelitup muka Tajuddin berharga RM1 699 PELITUP muka ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sekali lagi menjadi perhatian Bukan sahaja dalam kalangan pengamal media yang berhimpun di lobi Menara Dato Onn Pusat Dagangan Du...
Transit Aliran Automatik Di Putrajaya Percuma Selama Tiga Bulan

Rumah Terbuka Wld Raya 2024

Pramugari Malaysia Airlines Meninggal Dunia Tak Sempat Pulang Ke Tanah Air

Biodata Shalin Zulkifli Ratu Boling Tenpin Negara

Tutorial Cara Daftar Asb Online Dan Cara Semak Asb Guna Ic

Apa Itu Wang What Is Money

Doubletree By Hilton Presents Signatures Across The State A Makan Kitchen Showcase

Beyond Lettuce Wraps Unleash The Power Of Low Carb Bread



10 Fakta Biodata MK K Clique Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Gandingan Erysha Emyra Yang Beristerikan Siti Hajaar Syeikh Nordin

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bunga Salju Slot Tiara Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria


Duit Dalam Akaun Bank Arwah Hilang Sebelum Tuntutan Pusaka Selesai

Makanan Kucing Terbaik Kenapa Kucing Perlukannya

Al Ikhsan Sports Spend And Win

Cuci Karpet

Lambstongues The Benefits Of Plastic Downspouts Over Metal Alternatives

Beyond The High Exploring The Therapeutic Uses Of Thca Flower In Houston