Mata Bayi Berair Seperti Menangis Doktor Terangkan Punca Cara Rawatan Sesuai Tak Perlu Bimbang Tapi Kena Ambil Tahu


Bayi yang sedang membesar memang mudah dijangkiti penyakit. Namun ada antara penyakit yang dialami tidaklah terlalu merbahaya. Walaubagaimanapun sebagai ibu bapa adalah penting untuk sentiasa menjaga kesihatan si kecil yang mana imunitinya masih lagi sedang berkembang.
Dr Zubaidi Hj Ahmad dalam satu perkongsiannya di Facebook menjawab persoalan dari seorang ibu tentang masalah mata bayi berumur yang sering berair seperti menangis.
Menurut Dr Zubaidi selalunya perkara ini bukanlan sesuatu yang membimbangkan kerana kebanyakan bayi yang mengalami masalah ini akan sembuh selepas berumur setahun. Ikuti penjelasan lanjut mengenai masalah ini yang diterangkan secara jelas untuk makluman para ibu dan ayah.

MASALAH MATA ANAK BERAIR SEPERTI MENANGIS
“Assalamu’alaikum. Dr. Pertamanya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menjawab pertanyaan ini. Saya merupakan seorang ibu pada seorang anak perempuan. Alhamdulillah sekarang umur anak saya hampir mencecah 8 bulan.
Saya ada satu soalan yang ingin ditanya kepada doktor. Sudilah sekiranya doktor berkongsi pengetahuan bagi soalan saya. Untuk pengetahuan doktor, mata anak saya sering mengeluarkan cecair seperti (menangis). Ia berlaku sejak dari kecil iaitu selepas kelahiran. Pada mulanya saya fikir ia hanya perkara biasa dek kerana cuaca sejuk di Jordan ketika itu. Sehingga kini ia masih lagi berair walaupun umurnya sudah hampir 8 bulan.
Sebagai seorang ibu, sudah pasti ia menjadi satu kebimbangan buat saya. Saya sudah berkali tanya kepada beberapa orang doktor berkaitan perkara ini. Jawapan yang saya terima adalah kerana saluran air mata anak saya kecil menyebabkan air mata tidak dapat mengalir dengan baik lalu keluar menjadi titisan air mata.
Saya juga ada terbaca artikel doktor berkaitan perkara ini. Alhamdulillah saya berasa tenang. Cuma saya ingin tahu. Adakah saluran mata anak saya akan kembali normal seperti biasa seiring pertambahan umurnya? Bagaimana dengan penyakit retinoblastoma? Adakah ia boleh dikesan dari awal? Terima kasih doktor.
WA ALAIKUM MUS SALAM
Terima kasih kerana puan menulis kepada saya. Saya memahami kerisauan puan. Semoga dengan penerangan saya dapat membantu meredakan kerisauan puan.
Sebagai seorang ibu sudah tentu masalah pada anak menyebabkan hati menjadi risau. Apatah lagi mungkin masalah ini mungkin disebabkan oleh sesuatu yang lebih bahaya, seperti kanser yang selalunya boleh meragut nyawa.
Sumbatan pada saluran air mata Namun walau bagaimanapun, saya ingin memaklumkan bahawa mata anak puan yang sering mengeluarkan cecair seperti menangis itu, berkemungkinan besar hanya disebabkan oleh sumbatan pada saluran air mata beliau. Ia bukanlah sesuatu masalah yang serius. Ia berlaku pada sebilangan kecil bayi dan keadaannya akan bertambah baik apabila mereka semakin membesar.
Untuk pengetahuan puan, mata kita sentiasa dibasahi oleh cecair bagi mengelakkan ia menjadi kering. Cecair yang banyak dan melimpah, terutama apabila kita bersedih atau kesakitan, disebut sebagai airmata.

Pada kebiasaannya air mata akan mengalir masuk ke dalam saluran airmata (lacrimal duct atau tear duct), selepas ia dikeluarkan dari kelenjar airmata (tear gland). Ia akan masuk melalui dua bukaan (puncta) yang berada di kelopak mata sebelah atas dan kelopak mata sebelah bawah, berhampiran dengan hidung.
Bukaan ini menghubungkan dengan saluran airmata melalui saluran yang kecil, dinamakan canaliculi. Jika berlaku sumbatan sama ada pada puncta, atau canaliculi atau tear duct, air mata tidak dapat disalurkan keluar ke dalam hidung, menyebabkan ia melimpah sebagai airmata.
Selain dari sumbatan pada saluran airmata, limpahan tersebut mungkin disebabkan oleh:
1. Kecacatan pada sistem saliran air mata, sama bukaan (puncta), canaliculi, atau saluran airmata. Kebiasaannya kecacatan berlaku apabila tiada bukaan, sama ada pada kelopak mata yang atas atau kelopak mata yang bawah atau kedua-duannya.
2. Jangkitan kuman pada saluran airmata.
3. Lebihan tulang yang menghalang saluran air mata akibat kecederaan trauma
Sembuh selepas bayi berumur setahun Selalunya ia bukanlan sesuatu yang membimbangkan kerana kebanyakan bayi yang mengalami masalah ini akan sembuh selepas berumur setahun. Tiada lagi limpahan air mata kerana apabila mereka membesar, saluran air mata tersebut itu juga akan membesar, memudahkan air mata mengalir masuk ke dalam saluran tersebut.
Bagi sesetengah kanak-kanak, limphan air mata adalah minima, tetapi ada juga limpahan airmata terlalu banyak sehingga membasahi bulu mata, dan pipi. Ia dapat dilihat terutamanya apabila bayi itu baru dilahirkan sehingga umurnya berusia sebulan.

Oleh itu saya mencadangkan agar puan membawa anak puan untuk pemeriksaan doctor pakar mata jika masalah ini berlangsung selepas berumur setahun. Ini bagi memastikan masalah ini bukan disebabkan oleh masalah yang lebih serius seperti masalah penyakit glaucoma yang lebih berbahaya.
Kadang-kala ia boleh menyebabkan jangkitan kuman, sehingga kelopak airmata menjadi merah dan melekat antara satu sama lain, sehingga terdapat lendiran berwarna kuning kehijauan. Keadaan ini dnamakan “dacryocystitis” apabila jangkitan kuman berlaku pada keseluruhan saluaran airmata.
Faktor penyebab Limpahan airmata ini boleh berlaku sesekali. Oleh itu ibubapa mengadu keadaan ini kadang-kala telah sembuh tetapi berulang-ulang. Selalunya ia disebabkan oleh jangkitan kuman saluran pernafsan seperti jangkitan kuman pada hidung dan tekak, yang menyebabkan lebih banyak lendiran yang keluar di dalam hidung, menghalangkan cecair dari mata masuk ke dalam hidung.
Banyak cara rawatan yang boleh membantu mengurangkan masalah ini, antaranya rawatan ‘mengurut saluran air mata’. Caranya ialah dengan menekan perlahan-lahan bahagian hidung bagi membantu saluran ini lebih membuka dan memudahkan aliran airmata.
Jika ia tidak berkesan, mungkin rawatan yang lebih agresif boleh dilakukan oleh doctor mata bagi membuka bukaan dan saluran airmata.
Selain dari masalah sistem saluran airmata, limpahan air mata boleh disebabkan oleh lagi masalah penyakit yang lebih serius iaitu penyakit glaucoma di kalangan kanak-kanak dan kanser mata (retinoblastoma).
Glaucoma Glaucoma adalah penyakit yang menyebabkan kerosakan saraf mata (optic nerve) apabila terdapat tekanan yang tinggi di dalam mata, menekan saraf mata sehingga menyebabkan tisu pada saraf mata menjadi rosak dan akhirnya menyebabkan kebutaan. Masalah glaucoma ini selalunya berlaku pada orang dewasa, namun ia boleh berlaku pada bayi dan kanak-kanak juga.
Glaucoma juga menyebabkan bayi atau kanak-kanak mengalami ‘limpahan air mata’ sehingga kelihatan seperti menangis, tetapi jika tiada limphan air mata ini, tidak bermakna kanak-kanak itu tidak mengalami penyakit glaucoma. Maknanya ‘limpahan air mata’ bukanlah suatu ciri utama bagi penyakit ini. Selain dari itu kanak-kanak ini sangat sensitif terhadap pancaran cahaya dan mereka cuba mengelakkan diri dari melihat cahaya yang terang. Pada bahagian permukaan mata (cornea) juga kelihatan berwarna kelabu dan tidak seperti permukaan mata yang normal.
Selalunya doctor mata akan memeriksa tekanan pada dalam mata (intraocular pressure) dan tekanan ini sangat tinggi. Doktor juga akan memeriksa bahagian dalam mata untuk melihat masalah pada saraf mata (optic nerve). Selalunya dilakukan setelah bayi atau kanak-kanak ini diberikan bius pengsan (general anesthesia) agar mereka tidak berasa takut dan bergerak ketika pemeriksaan dlakukan.
Retinoblastoma pula adalah kanser mata yang berlaku pada permukaan retina. Ia bermula semasa dalam rahem lagi apabila berlaku proses mutasi pada DNA di sel-sel retina. Tanda-tanda awal bagi penyakit kanser ini ialah terdapat warna putih pada anak mata (seperti mata kucing) apabila disuluh dengan lampu suluh. Mata juga akan kelihatan seperti juling dan bila kanser semakin membesar, mata akan menjadi merah.

Jika retinoblastoma tidak dirawat, ia akan membesar dan memenuhi ruang dalam mata. Apabila ia menyumbat saluran cecair dalam mata, ia menyebabkan tekanan dalam mata (intraocular pressure) akan meningkat sehingga menyebabkan rasa sakit dan kebutaan.
Retinolastoma boleh merebak ke bahagian lain seperti kelopak mata, dan tulang mata. Malah ia boleh merebak jauh pada organ lain seperti paru-paru, hati dan tulang belakang. Namun retinoblastoma adalah penyakit kanser mata yang jarang berlaku pada bayi dan kanak-kanak.
Oleh itu saya mencadangkan puan membawa anak puan untuk pemeriksaan mata oleh doctor pakar mata setelah beliau berumur setahun, jika puan masih berasa risau dengan keadaan mata anak puan. Puan boleh terus membawa anak puan tanpa menunggu umurnya setahun jika puan mendapati keadaan mata anak puan bertambah teruk atau ada tanda-tanda seperti mana yang saya sebutkan tadi.
#HealthDrZubaidi
Seperti yang disarankan oleh Dr Zubaidi, jika ini yang berlaku kepada bayi anda, sebaiknya membawa mereka untuk melakukan pemeriksaan mata jika bayi sudahpun berumur setahun. Namun jika keadaan mata anak semakin teruk, dapatkan segera rawatan daripada doktor pakar.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
The post Mata Bayi Berair Seperti Menangis, Doktor Terangkan Punca & Cara Rawatan Sesuai. Tak Perlu Bimbang Tapi Kena Ambil Tahu appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/mata-bayi-berair-seperti-menangis-doktor-terangkan-punca-cara-rawatan-sesuai-tak-perlu-bimbang-tapi-kena-ambil-tahu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kanta Mata Keputihan Dan Boleh Jadi Buta Ini Boleh Jadi Punca Katarak Mata Cara Nak Elak Ia Terjadi

Kanta Mata Keputihan Dan Boleh Jadi Buta Ini Boleh Jadi Punca Katarak Mata Cara Nak Elak Ia Terjadi

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 507 hits
Persatuan Prevent Blindness America telah mengisytiharkan Jun sebagai Bersempena dengan itu pihak kami ingin memanfaatkan ruang dan peluang ini untuk berkongsi maklumat kepada seluruh masyarakat tentang penyakit yang boleh jadi punca utama ...
Terima Kasih Sayang Untuk Cahaya Mata Kedua Kita Ungkap Jep Buat Sari Yanti Sempena Kelahiran Bayi Kedua Mereka Tahniah

Terima Kasih Sayang Untuk Cahaya Mata Kedua Kita Ungkap Jep Buat Sari Yanti Sempena Kelahiran Bayi Kedua Mereka Tahniah

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 341 hits
Tiada yang lebih menggembirakan hati setiap pasangan melainkan menerima berita kehadiran bayi baru dalam keluarga Tahniah diucapkan kepada pasangan selebriti Sari Yanti dan Jep Sepahtu yang baru sahaja menimang cahaya mata lelaki pada tangg...
Apa Punca Stres Dan Bagaimana Cara Mengatasinya

Apa Punca Stres Dan Bagaimana Cara Mengatasinya

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 1864 hits
Stres atau tekanan adalah tindak balas fizikal emosi dan mental seseorang terhadap sebarang perubahan atau tuntutan dikategorikan sebagai tekanan bebanan keletihan panik kebimbangan tidak bermaya dan hilang semangat Apa yang perlu di buat a...
Keracunan Puding Buih Doktor Terangkan Tentang Kuman Salmonella

Keracunan Puding Buih Doktor Terangkan Tentang Kuman Salmonella

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 493 hits
Baru baru ini kita dikejutkan dengan berita kematian yang berpunca daripada puding buih yang dibeli secara dalam talian Telur tamat tempoh dikatakan punca berlakunya keracunan yang melibatkan 99 orang itu Puding buih sebenarnya tidak bahaya...
Penawar Bayi Menangis Tengah Malam Kembung Perut Susah Tidur Ibu Hamil Pun Elok Amalkan

Penawar Bayi Menangis Tengah Malam Kembung Perut Susah Tidur Ibu Hamil Pun Elok Amalkan

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 836 hits
Bayi menangis tengah malam tanpa tahu apa sebabnya sangat sukar difahami lagi lagi untuk ibu bapa baru yang masih tiada pengalaman Bukan itu sahaja tidur malam pun akan terganggu sehingga ibu bapa pula yang rasa risau dan stres menghadapi s...
Kkm Siasat Punca Bayi Lapan Bulan Dijangkiti Covid 19

Kkm Siasat Punca Bayi Lapan Bulan Dijangkiti Covid 19

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 236 hits
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan sedang menyiasat kes seorang bayi berusia lapan bulan yang disahkan menghidap wabak Covid 19 di Hospital Wanita dan Kanak Kanak Sabah di Likas Sabah Ketua Pengarah Kesihatan Datu...
Anak Menyusu Ibu Tapi Masih Sembelit Rupanya Ini Punca Mama Kena Cepat Rawat Ya

Anak Menyusu Ibu Tapi Masih Sembelit Rupanya Ini Punca Mama Kena Cepat Rawat Ya

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 327 hits
Bila anak anak sembelit ibulah yang paling susah hati Apa yang lebih membimbangkan walaupun diberi susu ibu namun masalah sembelit masih lagi dihadapi Kadang sampai menangis tiap kali nak membuang air besar Seperti yang kita semua tahu susu...
Anak Kalau Dengan Mak Mulalah Dia Buat Perangai Jangan Label Tapi Betulkan Cara Didikan Kita

Anak Kalau Dengan Mak Mulalah Dia Buat Perangai Jangan Label Tapi Betulkan Cara Didikan Kita

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 396 hits
Tak senang duduk jadinya bila anak mula buat perangai berkepit 24 dengan ibu sampai ibu langsung tak boleh uruskan hal lain Belum lagi dikira ibu hal hal lain Anak kita sebenarnya memerlukan masa dalam segala hal Mereka harus memahami menga...
Nak Guna Sikit Je Tapi Terpaksa Buka Sekotak Simpan Lebihan Santan Cara Bijak Tak Basi

Nak Guna Sikit Je Tapi Terpaksa Buka Sekotak Simpan Lebihan Santan Cara Bijak Tak Basi

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 349 hits
Waktu memasak kadang kadang kita perlukan santan sebagai bahan masakan tapi mahu guna sedikit sahaja Bila dah dibuka santa kotak yang dibeli tak digunakan semua Bila simpan dalam peti sejuk ia menjadi rosak dan basi Santan yang sudah dibuka...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba