Anak Menyusu Ibu Tapi Masih Sembelit Rupanya Ini Punca Mama Kena Cepat Rawat Ya


Bila anak-anak sembelit, ibulah yang paling susah hati. Apa yang lebih membimbangkan walaupun diberi susu ibu namun masalah sembelit masih lagi dihadapi. Kadang sampai menangis tiap kali nak membuang air besar.
Seperti yang kita semua tahu susu ibu adalah makanan yang sangat mudah untuk melalui saluran pencernaan bayi. Malahan ada yang menganggapnya sebagai bahan julap semula jadi.
Oleh itu, bayi menyusu badan lebih mudah dan kerap melakukan pembuangan najis berbanding bayi yang diberikan susu formula.
Ia biasanya berlanjutan dalam tempoh beberapa hari pertama selepas kelahiran.

Walau bagaimanapun selepas 3 hingga 6 minggu, bayi menyusu badan mungkin akan kurang mengalami pengerakan usus, antara 1 hingga 2 kali seminggu, berbanding bayi yang menyusu susu formula.
Sekiranya bayi menyusu badan dilihat kurang membuang najis, itu tidak semestinya petanda dia mengalami sembelit.
Tetapi jika najis yang sedikit keras dan si manja tampak berdepan kesukaran ketika membuang najis, mungkin terdapat punca bayi sembelit perlu anda siasat.
Adakah cara untuk mengatasi bayi sembelit jika ibu dapat mengenal pasti punca si manja mengalami kesukaran membuang najis?
Kenal pasti punca bayi sembelit Selalunya, bayi yang diberikan penyusuan eksklusif sangat jarang mengalami sembelit.
Namun, terdapat beberapa perkara yang boleh menjadi penyebab sembelit dalam kalangan bayi:
Kekurangan serat dalam makanan Masalah sembelit yang biasanya berlaku kepada bayi menyusu adalah apabila si manja mula diberikan makanan pejal seperti bijirin, lobak merah, gandum atau kekacang tanpa kandungan serat.
Keadaan tersebut mungkin akan menyebabkan najis menjadi sukar untuk melalui usus.
Dehidrasi Antara masalah kesihatan yang boleh dialami bayi adalah seperti selesema, batuk, jangkitan tekak atau masalah gigi.
Jika ia berlaku, kandungan air dalam badan si manja akan berkurang dan mengakibatkan dehidrasi. Sekali gus boleh menjadi punca bayi sembelit.

Penyusuan susu formula Walaupun menyusu badan, ada sesetengah ibu yang turut memberikan susu formula kepada bayi mereka. Keadaan tersebut boleh mendorong kepada masalah sembelit.
Umumnya, susu formula lebih sukar dicerna oleh bayi berbanding susu ibu, oleh sebab itu najis mungkin menjadi lebih keras dan berketul.
Untuk bayi yang mempunyai masalah alahan protein susu juga akan mengalami sembelit apabila diberikan susu formula.
Keadaan cuaca Perubahan cuaca yang panas dan lembap boleh menyebabkan bayi berpeluh dengan banyak dan mendorong kepada dehidrasi.
Kandungan air dalam badan bayi yang kurang boleh mengakibatkan sembelit.
Tabiat dan diet pemakanan ibu Pergerakan usus bayi adakalanya turut bergantung kepada tabiat pemakanan ibunya. Ini bermakna apa yang dimakan ibu menentukan tahap kesihatan bayi.
Kalau diet ibu kekurangan serat dan mengandungi zat besi berlebihan, ia boleh menjadi punca bayi sembelit.
Oleh itu, sangat mustahak untuk ibu menyusu badan menjaga pemakanan dan lebih mengambil makanan yang rendah kandungan zat besi.
Keadaan kesihatan Kadang-kadang, masalah melibatkan perubatan seperti kelainan pada saluran pencernaan, bukaan rektum yang kecil boleh menyukarkan bayi membuang najis.
Walaupun ia jarang untuk berlaku, namun sudah tentu ia boleh menyebabkan sembelit.
Secara amnya, cara untuk mengatasi bayi sembelit melibatkan kesihatan ini memerlukan campur tangan perubatan. Anda perlu membawa bayi berjumpa pakar pediatrik.

Langkah mengatasi bayi sembelit Kalau sudah tahu punca bayi sembelit, mestilah anda mahukan cara untuk mengatasi keadaan tersebut, bukan?
Untuk bayi:
Dehidrasi boleh jadi punca sembelit yang serius pada bayi. Oleh itu, pastikan si manja mendapat cecair yang mencukupi menerusi susu ibu atau air Jika bayi anda sudah mula mengambil makanan pejal, pastikan anda memberikannya makanan berserat, seperti buah-buahan atau sayuran Untuk mengatasi bayi sembelit, anda boleh membantu dengan melakukan senaman bagi merangsang pergerakan usus bayi. Cuba baringkan bayi dalam keadaan terlentang dan gerakkan kakinya seperti mengayuh basikal Melakukan urutan lembut pada perut bayi boleh mengurangkan dan meredakan masalah sembelit Jika doktor membenarkan, selitkan jus prun ke dalam diet pemakanan bayi anda untuk melembutkan najisnya
Untuk ibu:
Jika bayi anda mempunyai intoleransi protein susu lembu, elakkan pengambilan makanan seperti krim, yogurt, mentega atau keju dalam diet anda. Pastikan anda menyemak senarai ramuan sebelum membeli sebarang makanan Anda gemarkan minuman berkafein seperti kopi, teh atau minuman berkarbonat? Mungkin tiba masanya anda hadkan pengambilannya Elakkan sebarang makanan yang boleh menyebabkan kembung atau gas Masukkan lebih banyak makanan kaya serat seperti buah dan sayuran, kekacang serta bijirin dalam diet anda. Pastikan anda mengambil air dengan mencukupi, okay? 4 P – Prun, pic, plum dan pir, perlu dijadikan rutin dalam diet pemakanan harian anda Jangan pandang remeh
Sembelit boleh menjadi keadaan serius dan menyakitkan. Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan masalah kesihatan serius.
Namun, anda perlu faham, pergerakan usus tidak teratur pada bayi bukan punca bayi sembelit.
Jika si manja benar-benar mengalami kesukaran untuk membuang najis, dapatkan rawatan dan pemeriksaan doktor segera.
Sumber: Hello Doktor
The post Anak Menyusu Ibu, Tapi Masih Sembelit. Rupanya Ini Punca, Mama Kena Cepat Rawat Ya! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-menyusu-ibu-tapi-masih-sembelit-rupanya-ini-punca-mama-kena-cepat-rawat-ya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bercuti Boleh Tapi Aktiviti Kolam Renang Masih Di Larang Tak Selamat Untuk Anak

Bercuti Boleh Tapi Aktiviti Kolam Renang Masih Di Larang Tak Selamat Untuk Anak

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 689 hits
Kebenaran untuk merentas negeri dan pembukaan semula sektor perlancongan bukan tiket untuk kita terus membawa anak anak tanpa memikirkan risikonya Biarpun telah dibenarkan oleh kerajaan namun PKPP yang dilanjutkan hingga Ogos nanti perlu me...
Kurang Nutrisi Persekitaran Kurang Bersih Antara Punca Anak Sering Demam Selesema Ibu Ayah Kena Lebih Peka

Kurang Nutrisi Persekitaran Kurang Bersih Antara Punca Anak Sering Demam Selesema Ibu Ayah Kena Lebih Peka

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 295 hits
Ada sesetengah kanak kanak memang mudah dijangkiti virus demam dan selesema Sudah tentu perkara ini amat merisaukan ibu ayah Pasti pelbagai persoalan bermain di fikiran bimbang ada penyakit yang lebih serius datang menjangkiti Menurut Dr Ha...
Nak Buat Kek Birthday Anak Tapi Takut Tak Jadi Idea Ibu Ni Superb Mudahnya

Nak Buat Kek Birthday Anak Tapi Takut Tak Jadi Idea Ibu Ni Superb Mudahnya

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 586 hits
Selain membeli sahaja kek hari jadi anak ada waktunya sesekali terfikir di fikiran untuk menghasilkan kek buatan sendiri supaya lebih dihargai malah mencari kepuasan ibu ibu Namun adakalanya bukan semua yang dihasilkan menjadi dengan baik A...
Kantin Dibuka Tapi Kerajaan Galakkan Ibu Bapa Sediakan Bekal Makanan Untuk Anak Anak Ke Sekolah

Kantin Dibuka Tapi Kerajaan Galakkan Ibu Bapa Sediakan Bekal Makanan Untuk Anak Anak Ke Sekolah

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 1044 hits
Menerusi satu sidang media dari Kementerian Pendidikan Malaysia yang disampaikan oleh Menteri Kanan Pendidikan YB Dr Radzi Jidin menggalakkan bahawa ibu bapa bertanggungjawab menyediakan bekalan makanan kepada anak anak untuk hadir ke sekol...
Terima Pangkat Arwah Anak Air Mata Ibu Ayah Koperal Safwan Iringi Penghargaan

Terima Pangkat Arwah Anak Air Mata Ibu Ayah Koperal Safwan Iringi Penghargaan

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 318 hits
Bukan sahaja rakan sekerja rakyat Malaysia juga dilihat turut berdua dengan berita dan kejadian yang menimpa barisan hadapan negara Allahyarham Koperal Safwan yang terkorban akibat kemalangan yang disebabkan oleh pemandu mabuk Insiden pilu ...
Bahaya Kalau Ibu Bapa Tak Pantau Lifestyle Waktu Tidur Anak Walaupun Cuti Pkpb Jadual Tidur Jangan Ubah

Bahaya Kalau Ibu Bapa Tak Pantau Lifestyle Waktu Tidur Anak Walaupun Cuti Pkpb Jadual Tidur Jangan Ubah

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 444 hits
Sebagai ibu bapa kita wajib memantau aktiviti harian anak anak termasuklah tidur Memang lumrah anak anak suka bermain dan suka mengambil masa untuk bersendirian namun enam perkara ini akan jadi paling bahaya untuk anak anak jika tidak dipan...
Nak Ke Tandas Pun Tak Sempat Anak Asyik Nak Melekat Rupa Rupanya Ini Yang Mereka Rasa

Nak Ke Tandas Pun Tak Sempat Anak Asyik Nak Melekat Rupa Rupanya Ini Yang Mereka Rasa

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 313 hits
Ada sesetengah ibu bapa yang gusar kerana anak mereka akan kerap meragam terutamanya jika ditinggalkan Baru saja nak bangun mulalah dia menangis macam dipukul Kadang kadang nak ke tandas pun jadi masalah Biasanya keadaan ini berlaku pada us...
Rawat Anak Segera

Rawat Anak Segera

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 372 hits
Amalan membaca tambah ilmu kosa kata Akhbar pula dia baca dikala usia menjengah 8 tahun Habis satu muka dia baca termasuk waktu solat tu hihi Dua sekolah menengah kawasan rumah juju ni kes tahap 3 dari berpuluh sekolah seluruh Malaysia Kena...
Monas Buka Pekan Ketiga Juni Anak Anak Dan Ibu Hamil Dilarang Masuk

Monas Buka Pekan Ketiga Juni Anak Anak Dan Ibu Hamil Dilarang Masuk

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 270 hits
Monumen Nasional akan kembali dibuka saat pelaksanaan Pembatasan Sosial Berskala Besar masa transisi
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik