Masih Yakinkah Orang Melayu Pada Umno



UMNO adalah parti utama orang Melayu yang mempunyai sumbangan besar tidak boleh disangkal oleh sesiapa pun. Sumbangan dan jasa UMNO sangat besar dan tidak terbilang kepada bangsa Melayu khususnya dan negara amnya. Sokongan besar pengundi dan kemenangan besar sejak awal merdeka diraih dalam setiap pilihan raya.
Walaupun begitu sejarahnya, sejak akhir-akhir ini UMNO mengalami nasib berbeza dari sebelumnya. Dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), UMNO dan Barisan Nasional (BN) gagal mempertahankan kedudukannya sebagai parti pemerintah. Kuasa beralih kepada Pakatan Harapan (PH) dan BN/UMNO pertama kali menjadi pembangkang dalam sejarah politik negara sejak merdeka pada 1957.
Aliran sokongan yang menurun kepada UMNO dan parti komponen BN mula dilihat pada PRU12 (2008) dan PRU13 (2013). Penurunan ini tidak dilihat oleh UMNO dan BN sebagai satu tindakan untuk memperbetulkan dan bangkit semula dengan lebih kuat dan gagah. Pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak selepas PRU13 kelihatan semakin lemah dengan pelbagai isu dikaitkan dengan pimpinannya dan UMNO.
Usaha untuk memperbaiki dan mengukuhkan UMNO tidak berlaku sepatutnya. Akhirnya, penolakan pengundi secara besar-besaran dalam PRU14 (2018), UMNO/BN jatuh tersungkur.
Kelemahan pencapaian UMNO/BN ketara lagi dalam PRU15 (2022) di mana BN hanya mendapat 30 kerusi Parlimen. UMNO hanya mendapat 26 kerusi. Kelemahan UMNO ternyata dengan penolakan besar-besaran di negeri pengundi majoriti Melayu-Islam. UMNO kalah teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Pengundi Melayu seolah-olah menolak secara mutlak UMNO/BN dan beralih kepada Perikatan Nasional (PN) – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas.
Apakah akan berlaku kepada UMNO/BN dalam PRN di enam negeri, esok? Adakah UMNO akan diterima kembali oleh pengundi Melayu dan bukan Melayu daripada parti-parti gabungannya (khususnya DAP)? Ini dilihat sebagai ujian besar bagi UMNO sama ada keputusan UMNO/BN bertindak bekerjasama dengan PH selepas PRU15 adalah bijak dan tepat bagi memulihkan kedudukannya atau kesan sebaliknya akan menimpa?
Dari satu segi, UMNO di bawah pimpinan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berjaya menyesuaikan diri dalam situasi politik baharu negara. Kerajaan perpaduan berjaya dibentuk dengan sokongan UMNO/BN. PH juga perlukan UMNO/BN kerana tanpa sokongan UMNO/BN sebanyak 30 kerusi Parlimen itu tidak mungkin kerajaan perpaduan yang kuat akan berjaya dibentuk (tidak dinafikan sokongan parti-parti politik dari Sabah dan Sarawak juga penting dalam pembentukan kerajaan perpaduan). Apa yang ditekan di sini adalah asasnya 30+82=112 berjaya membentuk angka minimum majoriti mudah daripada 222 keseluruhan anggota Parlimen.
HATI GELENG, KEPALA ANGGUK
Adakah tindakan UMNO/BN ini diterima oleh ahli akar umbi yang pada asasnya adalah perjuangan semangat dan kedudukan istimewa orang Melayu seperti dinyatakan dengan jelas dalam Perkara 153? Adakah tindakan UMNO bekerjasama dengan DAP selaras dengan perjuangannya dan majoriti orang Melayu? Ini persoalan besar yang bertembung di peringkat akar umbi dan penyokong bawahan UMNO. Penyokong tegar UMNO pada umumnya masih berpegang kepada prinsip lama bahawa DAP yang pejuangannya adalah bertentangan dengan apa diperjuangkan UMNO. DAP umumnya memperjuangkan hak dan kepentingan sama rata semua penduduk. Perubahan amalan demi strategi politik boleh berlaku, tetapi teras utama perjuangan UMNO dan DAP adalah sangat-sangat berbeza. Mungkinkah teras perjuangan ini boleh dikikis? Apa yang dilaungkan oleh pemimpin atasan sama ada UMNO atau DAP itu benar-benar ikhlas atau hanya memenuhi kepentingan dan demi mencapai objektif politik semasa? Adakah kerjasama UMNO/BN-PH ini akan terus kekal andainya kekalahan teruk dialami calon-calon mereka?
Saranan supaya penyokong UMNO/BN memberi undi kepada calon PH/DAP, begitu juga ahli DAP memberi undi dan sokongan kepada calon UMNO/BN yang bertanding, adakah benar-benar berasas dan berpijak di bumi nyata? Atau saranan ini hanya slogan semasa yang jauh dari dunia kenyataan? Politik liberal iaitu falsafah baharu politik negara yang mula berkembang ini mampukah menggantikan politik konservatif yang telah lama bertapak? Falsafah politik konservatif yang diamalkan selama ini tidak sekali-kali menolak kerjasama masyarakat berbilang kaum dan menentang kepentingan dan hak kaum minoriti. Sekian lama terbukti kestabilan politik berjaya dibentuk berasaskan politik konservatif.
UMNO selepas PRU15 telah melompat dari tapak asalnya kepada satu asas baharu di bawah pimpinan Ahmad Zahid. Kritikan dan sebarang bentuk menentang pimpinan atas akan disangkal. Beberapa pemimpin UMNO yang berani bersuara dan memberi cadangan untuk parti digantung dan dibuang keahlian. Yang masih bertahan adalah yang akur kepada pimpinan atas dan juga berwatak di hati geleng, kepala angguk, demi kepentingan tertentu.
Keputusan PRN di enam negeri esok akan menentukan corak, arah tuju, kedudukan dan masa depan UMNO/BN. Jika UMNO/BN mendapat sokongan besar pengundi Melayu serta menang besar, maka pada dasarnya UMNO/BN akan bangkit dengan falsafah dan tapak baharu. Ini bermakna kerjasama UMNO dengan PH/DAP boleh diterima oleh orang Melayu dan penyokong parti itu secara umumnya. Andainya UMNO/BN gagal mendapat kemenangan dan sokongan besar orang Melayu, maka secara kasarnya UMNO ditolak sekali lagi oleh pengundi. Kegagalan dan kejayaan UMNO dalam PRN di enam negeri ini adalah simbol besar yang sangat bermakna bagi masa depan survival UMNO dalam politik.
Walaupun ini hanya pilihan raya negeri, tetapi impak kepada PRU akan datang dan kedudukan secara tidak langsung kepada politik nasional dan Kerajaan Persekutuan adalah sangat penting. Adakah orang Melayu masih yakin dan memberi undi kepada UMNO atau beralih kepada parti politik lain sebagai pengganti? 12 Ogos hari penentu! 

PROFESOR Madya Dr. Mohd. Noor Yazid Felow Penyelidik Kanan, Kluster Pembangunan & Etnografi, Institut Kajian Orang Asal Borneo, Universiti Malaysia Sabah


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/08/masih-yakinkah-orang-melayu-pada-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gelombang Hijau Berterusan Umno Bukan Lagi Tempat Bergantung Orang Melayu

Gelombang Hijau Berterusan Umno Bukan Lagi Tempat Bergantung Orang Melayu

papar berkaitan - pada 16/8/2023 - jumlah : 203 hits
Gelombang orang Melayu Islam menyokong Pas dan Perikatan Nasional diteruskan dalam Pilihan Raya Negeri selepas mencatatkan kemenangan luar biasa di Kedah Kelantan dan Terengganu Malah sokongan turut bertambah di Selangor Pulau Pinang dan Ne...
Pas Pahang Umno Kini Boleh Jadi King Maker Kembalikan Komposisi Melayu

Pas Pahang Umno Kini Boleh Jadi King Maker Kembalikan Komposisi Melayu

papar berkaitan - pada 15/8/2023 - jumlah : 141 hits
KUANTAN Peluang untuk memposisikan semula kuasa Melayu Islam di negara ini terbuka luas berdasarkan keputusan pilihan raya negeri Sabtu lalu Pesuruhjaya PAS Pahang Rosli Abdul Jabar berkata pengundi Melayu dan sebahagian pengundi bukan Mela...
Prn 2023 Pengundi Melayu Menolak Umno Pkr Dan Amanah

Prn 2023 Pengundi Melayu Menolak Umno Pkr Dan Amanah

papar berkaitan - pada 16/8/2023 - jumlah : 164 hits
Saya berani mengatakan ia menang itu pun atas undi penyokong DAP BN dan PKR Mengharapkan undi penyokongnya sendiri ia tidak boleh menang walau satu kerusi pun Tun Abdul Hamid Mohamad Utusan Malaysia DUA tajuk terakhir rencana saya mengenai ...
Orang Melayu Tolak Umno Atau Zahid

Orang Melayu Tolak Umno Atau Zahid

papar berkaitan - pada 16/8/2023 - jumlah : 215 hits
KEPUTUSAN pilihan raya enam negeri melambangkan manifestasi perasaan dan sokongan pengundi Segala kemelut dan sentimen serta isu yang berlegar dalam kalangan rakyat terjawab melalui tangan pengundi Walaupun pelbagai strategi dan propaganda ...
Umno Sudah Hancur Pn Sedia Penuhi Kehendak Dan Sentimen Orang Melayu

Umno Sudah Hancur Pn Sedia Penuhi Kehendak Dan Sentimen Orang Melayu

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 133 hits
utusantv comOleh August 7 2023Mantan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ditemui pemberita di Kuala Lumpur hari ini GAMBAR Abd Razak AidPERIKATAN Nasional mempertaruhkan segala galanya dala...
Isu Zahid Dan Pemenjaraan Najib Juga Punca Umno Kalah

Isu Zahid Dan Pemenjaraan Najib Juga Punca Umno Kalah

papar berkaitan - pada 14/8/2023 - jumlah : 384 hits
malaysiakini comDiterbitkan Aug 13 2023 Selain kerjasama Umno dengan DAP melalui Pakatan Harapan isu Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi serta kedudukan Najib Razak yang kini meringkuk di penjara memberi kesan kepada BN pada enam pilihan raya ...
Battered At State Polls Umno Is Becoming A Liability

Battered At State Polls Umno Is Becoming A Liability

papar berkaitan - pada 14/8/2023 - jumlah : 249 hits
Prime Minister Anwar Ibrahim s Pakatan Harapan coalition government fought off a major assault by the opposition in the six state assembly elections on Saturday to comfortably ward off any potential threat to the national leadership But the...
Naib Presiden Umno Lihat Semula Cara Umno Ditadbir

Naib Presiden Umno Lihat Semula Cara Umno Ditadbir

papar berkaitan - pada 14/8/2023 - jumlah : 291 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Naib Presiden Umno Johari Abdul Ghani mahu parti itu meneliti sama ada ia mampu untuk terus menarik sokongan orang Melayu dengan cara ia diuruskan ketika ini Mengulas kekalahan besar Umno pada PRN enam negeri sema...
Analysts Umno S Post Polls Struggle May Benefit Anwar

Analysts Umno S Post Polls Struggle May Benefit Anwar

papar berkaitan - pada 14/8/2023 - jumlah : 309 hits
Rebellion is brewing within Umno after the party suffered major setbacks during the six state elections However a potential change in leadership within Umno may benefit Prime Minister Anwar Ibrahim Political scientist Wong Chin Huat believe...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation