Umno Sudah Hancur Pn Sedia Penuhi Kehendak Dan Sentimen Orang Melayu


utusantv.com
Oleh Azrul Hakimie Anuer
-August 7, 2023
Mantan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ditemui pemberita di Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid
PERIKATAN Nasional (PN) mempertaruhkan segala-galanya dalam memenuhi kehendak serta sentimen orang Melayu yang tidak berjaya diterjemahkan dengan baik oleh parti yang diharapkan membela mereka iaitu UMNO.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin melihat, UMNO kini tidak lagi seperti dahulu terutamanya selepas memilih untuk menjalinkan kerjasama dengan DAP – parti yang nyata bertentangan ideologi.

Oleh yang demikian, beliau tidak berasa hairan mengapa begitu ramai pemimpin besar dan ahli parti keramat orang Melayu itu mula melangkah keluar meninggalkan mereka.

“Sentimen orang Melayu contoh di mana nak harap, nak harap UMNO, UMNO dah hancur dibuatnya oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid, saya Timbalan Presiden UMNO dulu jadi satu tahu apa perjuangan UMNO.

“Namun, apa yang berlaku kepada UMNO sekarang…jadi saya beritahu orang UMNO eloklah kalau keluar atau pun kalau tak keluar beri sokongan kepada kita (PN),” katanya ketika ditemui UtusanTV, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin menegaskan, dukungan yang diberikan oleh Khairy Jamaluddin kepada PN penting terutamanya dalam memperkukuhkan sokongan dalam kalangan pengundi menjelang pilihan raya negeri (PRN).

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pagoh menyifatkan, bekas Ketua Pemuda UMNO itu sebagai figura berketerampilan dan atas sebab itu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mempelawa beliau menyertai mereka.

“Sokongan itu nyata, dalam podcast pun berkali-kali beliau berkata PN menang, saya rasa ia penting kerana beliau adalah figura yang menarik.

“Memang kita pelawa, sudah beberapa kali jumpa saya, beliau tidak membuat keputusan apa-apa… itu soal pertimbang politik, dia lebih tahu. 

“Sikap kita dari segi sesiapa yang nak menyertai kita terbuka. Dalam situasi sebegini kita memerlukan sokongan dan dukungan terutama orang Melayu, kerana kalau tak buat begitu masa depan kita gelap,” katanya lagi.

Menyentuh soal kerjasama dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Muhyiddin melihat, ia bukan sekadar hubungan politik tetapi bersifat peribadi di antara sesama manusia.

“Dalam semua perbincangan adalah berkaitan untuk memastikan PN menang, menang dengan besar dan mendapat sokongan besar pengundi-pengundi Melayu.

“Kapasiti sebagai negarawan sejauh mana beliau ada pengaruh boleh berperanan, cakap dengan tokoh-tokoh Melayu lain, di luar politik pun beliau boleh bercakap supaya ada kesedaran untuk bersama-sama kita,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/08/umno-sudah-hancur-pn-sedia-penuhi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masih Yakinkah Orang Melayu Pada Umno

Masih Yakinkah Orang Melayu Pada Umno

papar berkaitan - pada 12/8/2023 - jumlah : 228 hits
UMNO adalah parti utama orang Melayu yang mempunyai sumbangan besar tidak boleh disangkal oleh sesiapa pun Sumbangan dan jasa UMNO sangat besar dan tidak terbilang kepada bangsa Melayu khususnya dan negara amnya Sokongan besar pengundi dan ...
Khalid Samad Umno Parti Melayu Terbaik Antara 3 Parti

Khalid Samad Umno Parti Melayu Terbaik Antara 3 Parti

papar berkaitan - pada 26/7/2023 - jumlah : 179 hits
Joel ShasitiranPETALING JAYA Pemimpin Amanah Khalid Samad sebelum ini antara individu yang lantang mengkritik Umno namun hari ini beliau menamakan Umno antara parti Melayu terbaik di negara Khalid yang juga Pengarah Komunikasi Amanah berkat...
Mahathir Haji Hadi Sedia Gempur Selangor Video Townhall Negarawan Agamawan

Mahathir Haji Hadi Sedia Gempur Selangor Video Townhall Negarawan Agamawan

papar berkaitan - pada 26/7/2023 - jumlah : 244 hits
Menjelang permulaan kempen enam pilihan raya negeri pada hujung minggu ini bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang memilih Selangor kubu Pakatan Harapan sebagai pentas penampilan bersama kali kedua mereka...
Hotel Armada Petaling Jaya Sedia Penginapan Dan Perkhidmatan Terbaik

Hotel Armada Petaling Jaya Sedia Penginapan Dan Perkhidmatan Terbaik

papar berkaitan - pada 26/7/2023 - jumlah : 246 hits
Baru baru ini AlongMurni telah menginap di HOTEL ARMADA PETALING JAYA selama 2 hari 1 malam Lokasi HOTEL ARMADA ini sangat strategik kerana berhampiran dengan LRT Asia Jaya Malahan HOTEL ARMADA merupakan akses mudah untuk ke destinasi seper...
Terengganu Kekalkan Pemain Import Sedia Ada

Terengganu Kekalkan Pemain Import Sedia Ada

papar berkaitan - pada 30/7/2023 - jumlah : 214 hits
Foto TFCKUALA TERENGGANU Terengganu FC memutuskan untuk mengekaIkan pemain import sedia ada waIaupun jentera serangan skuad kendaIian TomisIav Steinbruckner itu mempamerkan prestasi tidak konsisten Steinbruckner diIaporkan tidak akan mencar...
Sibuk Sedia Makanan Netizen Perasan Hal Pelik Ini Tentang Song Jihyo

Sibuk Sedia Makanan Netizen Perasan Hal Pelik Ini Tentang Song Jihyo

papar berkaitan - pada 31/7/2023 - jumlah : 170 hits
Tak dinafikan bahawa Song Ji hyo sentiasa menyembunyikan fizikal badannya yang sebenar apabila menjalani penggambaran Running Man ARTIKEL BERKAITAN Untuk episod terbaru Running Man para ahli beramai ramai menjalani percutian musim panas di ...
Bersiap Sedia Untuk Santai Tepi Pantai Dengan Koleksi Musim Panas Terbaharu Daripada Marks Spencer

Bersiap Sedia Untuk Santai Tepi Pantai Dengan Koleksi Musim Panas Terbaharu Daripada Marks Spencer

papar berkaitan - pada 1/8/2023 - jumlah : 239 hits
Bersiap Sedia Untuk Santai Tepi Pantai dengan Koleksi Musim Panas Terbaharu daripada Marks Spencer Pilihan Kasual dan Ceria untuk Seisi Keluarga Marks The post appeared first on
Prn Makan Kenduri Umno Masuk Neraka

Prn Makan Kenduri Umno Masuk Neraka

papar berkaitan - pada 2/8/2023 - jumlah : 241 hits
Predeep NambiarBUTTERWORTH Seorang pemimpin Umno mendakwa guru agama dari PAS ada memberitahu pengundi supaya mengelak daripada makan kenduri dianjurkan Umno atau masuk neraka Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang Shaik Hussein M...
Lagu Hari Kemerdekaan 2023 Tekad Perpaduan Penuhi Harapan Khai Bahar Aina Abdul

Lagu Hari Kemerdekaan 2023 Tekad Perpaduan Penuhi Harapan Khai Bahar Aina Abdul

papar berkaitan - pada 9/8/2023 - jumlah : 305 hits
Sambutan Hari Kebangsaan Kemerdekaan Ke 66 pada 31 Ogos nanti membawa tema Kemerdekaan 2023 iaitu Malaysia MADANI Tekad Perpaduan Penuhi Harapan Logo Hari Kemerdekaan juga telah dilancarkan yang berkonsepkan Malaysia MADANI Lagu Tema Merdek...
Millennium Hotels And Resorts Marks Three Decades In Hospitality

Tercekik Gula Gula 39 Gummy 39 Mata

Increment Finance On Flow A One Stop Platform For Trading Lending And Staking

Risiko Asteroid Hentam Bumi Meningkat Nasa

Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

68 Warganegara Asing Diusir Ntl Dilarang Masuk Malaysia

Online Presence Is Critical For Business

Sambal Tempe Kangkung Buat Pedas Lagi Sedap


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Perlis Festival Goes On Despite Muddy Conditions Some Events Relocated

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Cara Monetize Facebook Page Dan Buat Duit Di Malaysia

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur