Pas Pahang Umno Kini Boleh Jadi King Maker Kembalikan Komposisi Melayu


KUANTAN: Peluang untuk memposisikan semula kuasa Melayu-Islam di negara ini terbuka luas berdasarkan keputusan pilihan raya negeri (PRN) Sabtu lalu. 
Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar berkata, pengundi Melayu dan sebahagian pengundi bukan Melayu memberi isyarat jelas penolakan terhadap kerajaan Persekutuan ketika ini. 
"UMNO kini boleh menjadi 'king maker' menentukan kedudukan kuasa Melayu atau sebaliknya. 
"PAS Pahang menyeru pimpinan UMNO di negeri yang mampu memposisikan kuasa dan kedaulatan Melayu-Islam menyambut gelombang dan isyarat rakyat ini. 
"Suara akar umbi UMNO yang menyeru agar parti itu kembali ke landasan asal perjuangan Melayu jelas kelihatan hasil keputusan PRN. 
"PAS Pahang mengharapkan penyatuan ummah ditegakkan demi kestabilan negeri dan negara," katanya dalam satu kenyataan media di sini malam tadi. 
Rosli turut memberi contoh situasi di Negeri Sembilan selepas PRN Sabtu lalu. 
Katanya, jumlah kerusi dewan undangan negeri (DUN) dimenangi gabungan Pakatan Harapan - Barisan Nasional (PH-BN) dan Perikatan Nasional (PN) hampir sama dengan situasi di Pahang selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15). 
"Kedudukan kerusi di Negeri Sembilan mempunyai persamaan dengan komposisi di Pahang, kedua negeri boleh memposisikan kuasa Melayu-Islam. 
"Kedudukan sama juga boleh dilakukan di Pahang, malah di peringkat nasional jika diterjemahkan kesungguhan itu," katanya lagi. 
Pada PRN Sabtu lalu, PN Negeri Sembilan memenangi lima kerusi DUN iaitu Gemas, Serting, Labu, Bagan Pinang dan Paroi.
Gabungan PH-BN pula memperoleh 31 kerusi melalui BN (14), DAP (11), PKR (lima) dan Amanah satu kerusi (DUN Klawang). 
Manakala keputusan PRU-15 di Pahang menyaksikan UMNO mendapat 18 kerusi, PN memperoleh 17 kerusi DUN dan PH lapan. 
Kerajaan Pahang hanya dapat ditubuhkan selepas PH mengumumkan menyokong UMNO bagi membentuk Kerajaan Perpaduan seperti di peringkat Pusat. 
Sementara itu, Rosli yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Lumpur berharap pimpinan PN peringkat Pusat dan negeri boleh melihat isu itu dengan tuntas demi kebaikan masa depan ummah dan negara. 
"Pemimpin sewajarnya menyambut dengan hati terbuka dan merealisasikan impian rakyat. 
"PAS Pahang sedia menghulurkan tangan perpaduan dan penyatuan demi menyambut impian dan keinginan rakyat," ujarnya. 
Rosli bagaimanapun mengakui usaha itu sukar untuk dilaksanakan, namun pemimpin perlu berkorban demi kesejahteraan rakyat, negeri dan negara. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.pahangdaily.net/2023/08/pas-pahang-umno-kini-boleh-jadi-king.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Should Have Remained With Bersatu Pas Pn Youth Leader

Umno Should Have Remained With Bersatu Pas Pn Youth Leader

papar berkaitan - pada 14/8/2023 - jumlah : 280 hits
The outcome of the six state elections is the people s manifestation for Umno leaders to understand the importance of protecting the interests of the Malays rather than working with Pakatan Harapan and DAP according to a PN Youth leader Utu...
Umno Sudah Hancur Pn Sedia Penuhi Kehendak Dan Sentimen Orang Melayu

Umno Sudah Hancur Pn Sedia Penuhi Kehendak Dan Sentimen Orang Melayu

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 149 hits
utusantv comOleh August 7 2023Mantan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ditemui pemberita di Kuala Lumpur hari ini GAMBAR Abd Razak AidPERIKATAN Nasional mempertaruhkan segala galanya dala...
More Umno Members Leaving To Join Pas Claims Annuar Musa

More Umno Members Leaving To Join Pas Claims Annuar Musa

papar berkaitan - pada 5/8/2023 - jumlah : 264 hits
KOTA BARU More Umno members will be leaving the party to join PAS claims former Ketereh MP Tan Sri Annuar Musa I will not give the exact number There are so many who have and are planning to leave Umno We won t play Umno s game by relying o...
Chandra Explains Umno S Disgraceful Polls Outing And What Pas Dap Gains Show

Chandra Explains Umno S Disgraceful Polls Outing And What Pas Dap Gains Show

papar berkaitan - pada 18/8/2023 - jumlah : 399 hits
The prominent thinker says all sides including the federal coalition are guilty of distortions leading to the disappearance of the middle ground that once held power in the country Prominent academic and social critic Chandra Muzaffar has d...
Gelombang Hijau Berterusan Umno Bukan Lagi Tempat Bergantung Orang Melayu

Gelombang Hijau Berterusan Umno Bukan Lagi Tempat Bergantung Orang Melayu

papar berkaitan - pada 16/8/2023 - jumlah : 214 hits
Gelombang orang Melayu Islam menyokong Pas dan Perikatan Nasional diteruskan dalam Pilihan Raya Negeri selepas mencatatkan kemenangan luar biasa di Kedah Kelantan dan Terengganu Malah sokongan turut bertambah di Selangor Pulau Pinang dan Ne...
Takut Hilang Sokongan Asyraf Kata Umno Tak Pecat Ahli Sertai Mn Pas

Takut Hilang Sokongan Asyraf Kata Umno Tak Pecat Ahli Sertai Mn Pas

papar berkaitan - pada 6/8/2023 - jumlah : 253 hits
agendaily com05 08 2023Datuk Asyraf Wajdi Dusuki UMNO tidak akan memecat mana mana ahlinya yang disenaraikan bersama Muafakat Nasional dan PAS Setiausaha Agungnya Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata ini kerana ada antara mereka menafikan terl...
Pengundi Melayu Marah Umno Bagai Api Bakar Jerami Kata Ismail

Pengundi Melayu Marah Umno Bagai Api Bakar Jerami Kata Ismail

papar berkaitan - pada 19/8/2023 - jumlah : 337 hits
freemalaysiatoday com 19 Aug 2023Bekas naib presiden Umno itu berkata Umno memerlukan kepimpinan dinamik dan berkebolehan bagi mengembalikan idealisme perjuangan parti Ismail Sabri Yaakob berkata Umno memerlukan perubahan drastik dari segi ...
Ok Umno Bebas Kapiaq Dah Boleh Undi Umno

Ok Umno Bebas Kapiaq Dah Boleh Undi Umno

papar berkaitan - pada 9/8/2023 - jumlah : 334 hits
Ok Mursyidul Am PAS dah jelaskan UMNO bukan parti kafir Jadi dah boleh undi calon UMNO Takde apa nak dirisaukan lagi PRN 12 Ogos ni nanti beramai ramai pangkah calon PH dan BN Jangan risau soal masuk neraka sebab undi parti kafir lagi dah P...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Ismail Sabri Under Close Monitoring In Hospital

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Child Molester In Mosque Was Oku Netizens Think It Is No Excuse

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord