Masih Menanti Zuriat Pesan Mufti Datuk Zulkifli Banyakkan Sedekah Solat Moga Doa Dimakbulkan


Episod akhir program Currhat Isnin baru ini benar-benar menyentuh hati ramai pasangan suami dan isteri apabila membincangkan topik Zuriat Syurga. Yang mana mencungkil rahsia hati insan-insan yang berdepan masalah untuk memiliki anak sendiri, sebutir permata yang masih berada di syurga yang belum diberi keizinan Tuhannya untuk turun ke bumi berada di rahim mereka yang masih terus berimpian.
Eksklusif untuk episod terakhir ini, penerbit Currhat menjemput Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri sebagai salah seorang pakar jemputan untuk bercakap dari sudut agama. Kita mungkin sudah kerap mendengar perbincangan perihal belum dapat zuriat dari sudut sains dan perubatan, maka menjenguk kepada sisi berbeza, Currhat mahu pasangan merenung seketika dari sudut rohani, agama dan inspirasi diri yang mungkin boleh memberi dorongan jiwa dan kekuatan.
Rentetan daripada episod itu juga, ada pula netizen yang memviralkan persoalan adab tetamu wanita lain kala bersama mufti terhormat itu. Ada netizen yang mengecam kenapa diletakkan wanita tidak menutup aurat di sisi mufti itu? Secara peribadi, penulis tidak nampak di mana isu besarnya di situ, yang sampai menutup mesej-mesej lain yang ingin disampaikan. Apakah para netizen mahu mengatakan sesorang yang tidak menutup aurat dengan sempura tidak layak duduk berhampiran seorang ulamak? Walau pada ketika dia sedang diberi ilmu?
Malah mufti sendiri sepanjang program kelihatan amat tenang dan sentiada memberikan kata-kata semangat buat tetamu di sisinya. Malah, mufti sempat menitipkan doa buat mereka. Bukankah mereka lebih beruntung berbanding kita yang mana dapat duduk dekat dengan mufti sambil diberi keberkatan doa secara terus? Bukan penulis mahu berpihak kepada mana-mana, namun sebagai netizen yang berasakan diri ini sempurna, ayuh tumpulkan sedikit mata penulisan kita di media sosial. Sebaliknya, tajamkan doa kita untuk orang-orang yang kita rasakan perlukan perubahan kepada dirinya.
Nah, sama-sama kita baca perkongsian indah daripada Datuk Dr. Zulkifli. berkenaan doa pasangan yang masih ditangguhkan untuk memiliki zuriat. Ambil yang baik dan jadikan setiap pesanan satu pegangan positif untuk melalui kehidupan ini. Penulis aminkan doa setiap pasangan yang sedang berkeinginan untuk memiliki zuriat sendiri. Insya-Allah, pada satu hari yang Tuhan akan kata ‘kun faya kun’. Amin…

Kredit Foto: Google Boleh Datuk komen sedikit tentang masyarakat yang suka benar bertanyakan kepada pasangan yang belum dikurniakan anak tentang bila, bila dan bila?
Sebaik-baiknya, jangan ditanya; bila nak dapat anak, berapa orang anak dan sebagainya. Dalam Islam sendiri menegaskan supaya kita tinggalkan sesuatu yang tidak ada kena-mengena dengan kita. Ada dan tidak apa masalahnya?
Bagaimana dengan suami yang memilih untuk berkahwin lain atas alasan isteri tidak mampu melahirkan zuriatnya?
Dalam Islam, sememangnya tidak melarang poligami. Namun, ia tertakhluk pada syarat-syarat yang tidaklah mudah. Bukan sekadar kemampuan batin, tetapi juga dari segi kewangan dan keadilan, mampukah kita menyempurnakannya? Hukum kahwin sendiri ada lima yakni harus, wajib,  sunat, makruh dan haram. Dan poligami ini termasuk dalam kategori sunah sahaja. Jadi, sebelum buat keputusan untuk berpoligami, tanyakan dulu kepada diri sendiri kemampuan dari semua segi itu.
Apa pendapat Datuk mengenai rawatan alternatif yang dilakukan pasangan untuk memiliki zuriat?
Islam sendiri menggalakkan umatnya untuk merawat sebarang penyakit. Nabi ada menyebut,  “Sesungguhnya Allah Taala telah menurunkan penyakit dan ubat dan menjadikan bagi setiap penyakit itu ubatnya, maka berubatlah kamu dan jangan kamu berubat dengan benda yang haram.” Tidak salah untuk mencuba rawatan alternatif atau moden asalkan sahaja ia mengikut adab dan etika yang betul yang tidak melanggar hukum agama. Hukumnya haram jika cara perubatan itu mempunyai unsur syirik. Selain menerusi perubatan pakar, sebenarnya kita juga ada kaedah lain dalam Islam yakni dengan doa. Malah, cara lain yang juga sangat bagus ialah dengan bersedekah. Rasulullah sendiri ada menyebut, “Ubatilah di kalangan kalian yang sakit dengan sedekah.” Kisah Al-Hakim juga boleh dijadikan iktibar di mana pada satu masa dia mengalami sakit muka yang teruk. Kemudian membelil sebiji bekas air lalu disedekahkan air itu untuk kegunaan orang-orang miskin. Dengan izin Allah, wajahnya pulih. Inilah mukjizat daripada amalan sedekah kerana Allah.

Kredit Foto: Astro Prima Orang selalu kata, selagi tak kena kepada diri kita sendiri, kita tidak akan tahu bagaimana rasaya? Kalau Datuk sendiri melalui ujian ini, apa agaknya yang Datuk lakukan?
Saya melihat dalam isu ini ia berkait dengan kefahaman ilmu, isu Tuhan. Allah sebut dalam al Quran, “Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan)…” Ia adalah daripada kuasa Allah. Lihat, bagaimana Nabi Ibrahim minta kepada Allah sehingga hanya pada usia baginda sekitar 120 tahun, barulah doanya untuk memiliki zuriat dimakbulkan Allah swt. Bermakna untuk doa kita diperkenankan atau tak itu hak Allah. Seumpama kita minta duit orang, itu hak dia untuk memberi atau tak? Paling penting, kita harus reda dan sabar. Besar hikmahnya sabar itu.
Ada yang cetek ilmunya, mengaitkan isu tiada anak ini dengan perbuatan lampau seseorang itu. Bolehkah kita menghukum sampai begitu Datuk?
Tidak! Kita diberi pilihan dalam kehidupan ini untuk melakukan sesuatu perbuatan. Imam Nawawi sendiri tidak mempunyai anak dan meninggal pada usia masih muda yakni 45 tahun. Namun, menurut ramai orang mengatakan bahawa kitab-kitab yang beliau hasilkan yang menjadi panduan anak-anak muridnya itu jauh lebih baik dan bermanfaat daripada memiliki anak. Itulah aset terbesar beliau. Jadi, bagaimana untuk kita hukum seseorang itu hanya kerana dia tidak berjaya mendapat anak? Sheikh Hanafi seorang yang sangat kaya juga tidak punya anak dan pergi menemui pakar paling handal untuk merawat masalahnya itu. Namun, apabila masih tidak berjaya,  beliau berasa amat sedih. Dan kesedihannya itu dilihat oleh seorang kawannya ketika beliau berada di masjid. Selepas Sheikh Hanafi mencerita perihal kesedihannya itu, maka kawannya pun berkata; “Eh, jadi di mana Allah?” Ia membuatkan Sheikh Hanafi tersentak. Bukankah kita punya Allah, lakukan solat dan dengan kuasa Allah mampu merealisasikan semuanya.

Kredit Foto: Astro Prima Dan, ternyata ia bukanlah balasan Tuhan terhadap dosa-dosa kita, bukan?
Lihatlah sesuatu itu dengan positif. Andainya, kita ada melakukan dosa, maka bertaubatlah, lakukan ibadah dan terus berdoa. Kisah lalu tidak boleh menghukum. Ia bukan ajaran Islam. Allah suka umat-Nya yang bertaubat. Allah akan sentiasa menguji hamba-Nya dari pelbagai sudut. Maka, teruskan bersabar dan Allah akan berikan khabar gembira kepada mereka yang sabar. Pesan saya, istigfar banyak-banyak, taubat, solat, tingkatkan takwa dan banyakkan sedekah.
Apa kesimpulan yang boleh Datuk buat mengenai isu ini?
Perjalanan hidup ini pastinya disulami dengan pelbagai ujian dan ujian itu pelbagai. Ada yang diuji menerusi anak, pasangan, pekerjaan, harta, sakit, jiran-jiran dan sebagainya. Setiap hari saya didatangi orang-orang yang mengadu tentang masalah hidup mereka dan bagi saya satu sahaja, lihatlah masalah itu dari sudut positif. Orang cerdik pandai ada berkata, jika seseorang itu memberi kamu minuman limau yang masam, janganlah marah atau dibuang air itu. Sebaliknya, campurkan sedikit gula dan ia pasti menjadi minuman yang sangat sedap. Kita selalu melihat bahagia dalam kehidupan orang lain dan tidak berusaha untuk membahagiakan diri sendiri. Paling penting, jaga hubungan dengan Allah dan bersama pasangan dan keluarga. Rasulullah pernah kata, “Sebaik-baik kalian, adalah orang yang paling baik terhadap keluarganya, dan aku adalah orang yang paling baik terhadap keluargaku.”

Kredit Foto: Astro Prima

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://malaysiastream.com/masih-menanti-zuriat-pesan-mufti-datuk-zulkifli-banyakkan-sedekah-solat-moga-doa-dimakbulkan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kehadiran Jemaah Ke Masjid Saat Solat Fardhu Masih Kurang Walau Telah Dibuka

Kehadiran Jemaah Ke Masjid Saat Solat Fardhu Masih Kurang Walau Telah Dibuka

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 237 hits
Selepas hampir 3 bulan masjid dan surau terpaksa ditutup bagi tujuan memutuskan rantaian Covid 19 akhirnya seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam dapat menarik nafas lega apabila ia kembali dibuka untuk orang awam Bagaimanapun Menteri ...
Saya Masih Fikirkan Bisnes Bubble Bee Semakin Maju Shuib Ditawarkan Gelaran Datuk

Saya Masih Fikirkan Bisnes Bubble Bee Semakin Maju Shuib Ditawarkan Gelaran Datuk

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 236 hits
Bukan sahaja berjaya dalam bidang seni pelawak dan penyampai radio Shuib Sepahtu nampaknya kini semakin menempa nama dalam dunia perniagaan pula Difahamkan kini premis makanan pencuci mulut yang diasaskan daripada madu Bubble bee milik Shui...
Bertaranum Ketika Dalam Solat Ikuti Penjelasan Pejabat Mufti Wp Mengenai Hukumnya

Bertaranum Ketika Dalam Solat Ikuti Penjelasan Pejabat Mufti Wp Mengenai Hukumnya

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 346 hits
Taranum adalah melenggokkan suara mengikut nada rentak dan irama tertentu Taranum membawa kaedah untuk mempercantikkan bacaan ayat al Quran secara berlagu Tujuan taranum adalah untuk memberi keindahan pada kalimat Allah serta mampu menghaya...
Doa Bahagia Suami Isteri Sama Sama Sedekahkan Al Fatihah Bacalah Doa Ini Lepas Solat

Doa Bahagia Suami Isteri Sama Sama Sedekahkan Al Fatihah Bacalah Doa Ini Lepas Solat

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 710 hits
Rumah tangga yang harmoni semestinya mampu dicapai melalui kerjasama dan tanggungjawab yang baik antara pasangan suami isteri Berkasih sayang tolak ansur dan persefahaman antara kunci utama mencapai bahagia Rasulullah SAW menyuruh para suam...
Impian Bertahun Dimakbulkan Berkat Doa Dan Kata Kata Yang Baik

Impian Bertahun Dimakbulkan Berkat Doa Dan Kata Kata Yang Baik

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 653 hits
Hi semua Minggu ni saya bertemu semula di alam maya dengan seorang kawan lama yang nak kata rapat sangat pun tidak la Cuma di masa saya bujang dulu kami sama sama bekerja di satu kilang di Jb Saya seronok dengar dia bercerita tentang diri d...
4 Tahun Tunggu Rezeki Anak Akhirnya Doa Iqa Mentor Dimakbulkan Kini Usia Kandungan Sudah 22 Minggu Tahniah

4 Tahun Tunggu Rezeki Anak Akhirnya Doa Iqa Mentor Dimakbulkan Kini Usia Kandungan Sudah 22 Minggu Tahniah

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 422 hits
Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengimpikan cahaya mata sendiri Namun rezeki untuk terus dikurniakan anak itu sudah semestinya ditangan Yang Maha Esa Paling penting setiap pasangan tidak pernah putus asa untuk berusaha dan berdoa me...
Hiburan Dapat Offer Pangkat Datuk Shuib Sepahtu Masih Berkira Kira Ada Yang Kata Macam Tak Sesuai

Hiburan Dapat Offer Pangkat Datuk Shuib Sepahtu Masih Berkira Kira Ada Yang Kata Macam Tak Sesuai

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 500 hits
Setelah bergelar ahli perniagaan pelawak Shuib berkata dia kini sedang mempertimbangkan tawaran untuk dikurniakan gelaran Datuk dari sebuah negeri Anggota kumpulan Sepahtu ini walau bagaimanapun tidak terburu buru untuk menerima tawaran ter...
Menanti 24 Tahun Tak Putus Ikhtiar Doa Akhirnya Berpeluang Jadi Ibu Usia 43 Tahun

Menanti 24 Tahun Tak Putus Ikhtiar Doa Akhirnya Berpeluang Jadi Ibu Usia 43 Tahun

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 391 hits
Macam satu mimpi yang langsung tak disangka sangka Tapi itulah janji Allah Siapa sangka selepas 24 tahun menanti seorang zuriat akhirnya Allah memakbulkan doa pasangan suami isteri ini dengan kehadiran seorang bayi perempuan comel dalam hid...
Mengapa Zulkifli Ismail Dihukum Gantung Ikuti Penerangan Terperinci Kes Beliau

Mengapa Zulkifli Ismail Dihukum Gantung Ikuti Penerangan Terperinci Kes Beliau

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 443 hits
Sebenarnya ramai yang masih keliru tentang fakta kes Zulkifli Ismail ini Berikut adalah perkongsian Laman FB JUMPAKAT MAHKAMAH COM Jangan sesekali kita ambil kuasa undang undang seolah olah melaksana undang undang rimba hingga meragut nyawa...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization