Menanti 24 Tahun Tak Putus Ikhtiar Doa Akhirnya Berpeluang Jadi Ibu Usia 43 Tahun
Macam satu mimpi yang langsung tak disangka-sangka. Tapi itulah janji Allah! Siapa sangka selepas 24 tahun menanti seorang zuriat, akhirnya Allah memakbulkan doa pasangan suami isteri ini dengan kehadiran seorang bayi perempuan comel dalam hidup.
Kehadiran bayi ini adalah yang ditunggu-tunggu oleh Fazilah dan suami sejak mula berkahwin sehinggalah usianya mencecah 43 tahun. Orang kata berkat kesabaran dan tak putus doa, ganjaran kini dah ada depan mata.
Difahamkan Fazilah telah selamat bersalin bayi perempuan pada 5 Jun lalu dengan bayi yang sihat dan tiada sebarang komplikasi.
Menerusi perkongsian di Facebook, Fazilah memuat naik beberapa keping gambar dengan meluahkan rasa syukur atas kurniaan cahaya mata itu selepas melakukan pelbagai usaha, ikhtiar dan doa yang tak pernah putus.
Menurut Fazilah, setiap pasangan suami isteri pastinya ingin memperoleh zuriat sendiri tetapi semua itu rahsia Allah dan percaya dengan rezeki masing-masing . Hanya cepat atau lambat saja.
Anugerah Terindah Penantian 24 Tahun …Syukur Pada Mu Yaa…Allah
Melahirkan adalah pengalaman yang sangat luar biasa. Saat melahirkan menunjukkan kekuatan tekad untuk membawa kehidupan baru ke dunia. Yaa…Allah berikan syurgamu untuknya kerana dia adalah syurga dalam hidupku.
Selama 24 tahun tempoh yang lama pelbagai ujian di tempuhi..Usaha, ikhtiar dan doa dengan penuh pengharapan ..tiada satupun pasangan suami isteri yg telah Allah satukan dlm pernikahan yg sah tidak mahukan zuriat tetapi rezeki manusia itu berbeza-beza.
Sebagaimana kisah Nabi Ibrahim A.S telah berkahwin lama dan tidak dianugerahkan anak ujian yg dihadapi oleh Nabi Ibrahim A.S amat besar disebabkan Nabi Ibrahim merupakan insan yg Allah sayang…tetapi Nabi Ibrahim A.S tidak pernah berputus asa…sebagaimana doa Nabi Ibrahim A.S kpd Allah “Kurniakanlah kepadaku seorang anak dikalangan anak-anak yang soleh …sebagaimana isteri Nabi Ibrahim Siti Sarah memberi keizinan kpd Nabi Ibrahim A.S mengahwini Siti Hajar….dengan harapan agar Nabi Ibrahim A.S mempunyi zuriat…akhirnya Allah memberi zuriat kpd Nabi Ibrahim A.S..
Anak adalah anugerah dan amanah dari Allah. Bagi pasangan yg menanti cahaya mata insyaallah satu hari nanti Allah akan rezekikan utk kita jua …kerana semua atas kehendaknya …
Syukur Alhamdulillah pada hari Jumaat 05.06.2020 saya selamat melahirkan anak perempuan Nur Fasihah Qhadeejah Binti Mohamad…jam 9.58 pagi …. anugerah terindah buat saya dan suami walaupun diusia yg sudah lewat.
Kegembiraan dalam tangisan penantian yg ditunggu-tunggu akhirnya Allah makbulkan …saya juga mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kpd Doktor K.Anussia Klinik Kesihatan Lawin …semua jururawat ..terutamanya kak zaharaton yg memberi perkhidmatan yg terbaik hanya Allah yg dpt membalas segala kebaikan ….kepada yg bertanyakan khabar…mendoakan yg baik2 utk sy…semoga Allah membalas sagala kebaikan.
Sumber: Fazilah
The post Menanti 24 Tahun! Tak Putus Ikhtiar & Doa, Akhirnya Berpeluang Jadi Ibu Usia 43 Tahun appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/menanti-24-tahun-tak-putus-ikhtiar-doa-akhirnya-berpeluang-jadi-ibu-usia-43-tahun/