Mengapa Zulkifli Ismail Dihukum Gantung Ikuti Penerangan Terperinci Kes Beliau





Sebenarnya ramai yang masih  keliru tentang fakta kes Zulkifli Ismail ini. 
Berikut adalah perkongsian Laman FB JUMPAKAT MAHKAMAH.COM:
 "Jangan sesekali kita ambil kuasa undang-undang, seolah-olah melaksana 'undang-undang rimba' hingga meragut nyawa orang lain meskipun dalam keadaan marah," kata Hakim Mahkamah Tinggi di sini Datuk Zainal Azman Ab Aziz

Beliau berkata demikian dalam penghakimannya terhadap seorang peniaga warung Zulkifli Ismail, 52 yang didakwa membunuh Zulkefle Abdullah, 40 dan mencederakan seorang orang kurang upaya (OKU) Faizul Awang, 33, yang kudung kaki kanan, pada 2015

Zainal Azman hari ini telah menjatuhi hukuman gantung sampai mati ke atas Zulkifli bagi kesalahan membunuh manakala hukuman penjara 14 tahun dari tarikh tangkap iaitu 7 Dis 2015 bagi kesalahan menyebabkan kecederaan setelah pihak pendakwaan gagal menimbulkan keraguan munasabah

Dalam penghakiman kes tersebut, Zainal Azman berkata tertuduh tidak sepatutnya mengambil tindakan sendiri sebaliknya perlu menghubungi polis dan kemudiannya mahkamah akan bertanggungjawab menetapkan sebarang hukuman

"Banyak berlaku di negara ini (kes sedemikian). Sesiapa juga jangan ambil alih kuasa polis dan mahkamah. Janganlah bila marah kita cepat ambil parang. Jangan sesekali kita ambil kuasa undang-undang," katanya

Tertuduh didakwa melakukan kedua-dua kesalahan tersebut di kawasan rumah tidak bernombor Jalan Kemaman-Dungun, Kampung Labohan Kerteh, Kemaman, kira-kira 10.30 pagi 7 Dis 2015

Sebelum menjatuhi hukuman, Zainal Azman berkata berdasarkan keterangan 24 saksi pendakwaan dan tertuduh sendiri yang dipanggil membela diri serta hujah kedua-dua pihak, beliau mendapati tertuduh bukanlah mangsa dalam kes tersebut meskipun timbul dakwaan kedua-dua mangsa cuba merompak beliau

Katanya Zulkifli telah menyerang kedua-dua mangsa yang sedang mencari besi buruk di kawasan sekitar tempat kejadian dan sekiranya tertuduh benar-benar terancam, sepatutnya telah bertindak menghubungi polis kerana mempunyai telefon bimbit ataupun meminta bantuan daripada orang ramai kerana rumahnya hampir dengan jalan raya

"Tertuduh yang tiba di tempat kejadian telah datang dari arah belakang dan menikam dada kanan Faizul dan kemudiannya meluru dan menikam dada si mati (Zulkefle). Si mati cuba melarikan diri tetapi tertuduh bukan setakat mengejar mangsa sehingga 70 meter dengan parang tetapi tidak membenarkan rakannya (Faizul) membantu si mati

"Saksi juga menyatakan si mati sempat merayu sambil mengangkat kedua-dua tangannya supaya tertuduh berhenti mencederakannya tetapi tidak dihiraukan," katanya

Zainal Azman juga berkata mahkamah mendapati tikaman yang dibuat ke atas si mati dan juga mangsa kedua bukanlah sesuatu perbuatan yang tidak disengajakan ekoran mempertahan diri tetapi sebaliknya kerana tiada sebarang pergelutan dan provokasi berlaku sebelum tikaman dibuat dan kecederaan yang dialami juga adalah serius

Pendakwaan telah dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fadhli Mahmud dan Syazwani Zawawi manakala tertuduh diwakili peguam Azizul Shariman Mat Yusoff dan Ariff Azami Hussein

Kes pembunuhan ini telah mendapat perhatian ramai sebelum ini ekoran tular di media sosial yang mendakwa Zulkifli melakukan perbuatan tersebut kerana mempertahankan diri daripada kedua-dua mangsa terbabit yang cuba merompak

Kejadian tersebut membawa kepada penubuhan kumpulan 'Selamatkan Zulkifli' di laman sosial Facebook yang mencecah 71,000 followers dengan menyiarkan pelbagai kenyataan negatif yang mempertikai kuasa polis yang menangkap Zulkifli selepas kejadian dan proses perundangan.- BERNAMA

Pengajaran yang kita boleh ambil daripada kes tersebut ialah supaya kita tidak mengambil tindakan sendiri mengatasi undang-undang yang termaktub

Serahkan kepada pihak berkuasa. Bukan kita tidak boleh mempertahankan diri tetapi hanya keadaan tertentu yang membenarkan kita memgambil tindakan sendiri






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://naimnikmat.blogspot.com/2020/06/mengapa-zulkifli-ismail-dihukum-gantung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 54 Kes Pulih 41 Kes Positif Baharu Metrotv

Covid 19 54 Kes Pulih 41 Kes Positif Baharu Metrotv

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 239 hits
TERDAPAT 54 kes pulih dan dibenarkan discaj daripada hospital dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan setakat 12 tengah hari hari ini Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia menjadi...
Anwar Sambut Baik Hasrat Najib Siasat Kes Forex

Anwar Sambut Baik Hasrat Najib Siasat Kes Forex

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 278 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim menyambut baik gesaan mantan perdana menter i Najib Abdul Razak agar Jabatan Peguam Negara membuka semula fail mengenai skandal pertukaran wang asing bernilai RM33 bilion pada tahun 1990 an Dalam satu catatannya d...
Hulu Selangor Bebas Kes Aktif Covid 19 Kini Zon Hijau Mb

Hulu Selangor Bebas Kes Aktif Covid 19 Kini Zon Hijau Mb

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 402 hits
SHAH ALAM 15 JUN Hulu Selangor mencatatkan sifar kes aktif Covid 19 hari ini sekali gus bersatus zon hijau pertama di negeri ini kata Dato Menteri Besar Alhamdulillah daerah Hulu Selangor menjadi zon hijau dan tiada zon merah di Selangor ka...
Mahathir Perlu Henti Campur Tangan Dalam Kes Najib

Mahathir Perlu Henti Campur Tangan Dalam Kes Najib

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 305 hits
oleh Ab Jalil Backer Tun Dr Mahathir perlu berhenti mengulas hal perbicaraan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak jika mahu rakyat percaya kepada kebebasan kehakiman negara Semakin banyak Dr Mahathir mengulas semakin jelas menunjukkan beliau ter...
Kes Bicara Ahmad Zahid Saksi Sahkan Transaksi Normal Mengikut Yang Direkodkan

Kes Bicara Ahmad Zahid Saksi Sahkan Transaksi Normal Mengikut Yang Direkodkan

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 416 hits
Dua saksi yang tampil pada hari ini setelah mahkamah berhenti rehat mengesahkan bahawa transaksi perbankan yang dibuat adalah sah tanpa menyalahi undang undang dan mengikut peraturan yang tertakluk dalam mana mana bank Keterangan tersebut d...
Terkini Tertinggi Sejak Pkp Sebanyak 333 Kes Pulih Dicatatkan Hari Ini

Terkini Tertinggi Sejak Pkp Sebanyak 333 Kes Pulih Dicatatkan Hari Ini

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 223 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa jumlah kes pulih dan dibenarkan discaj dari hospital hari ini adalah sebanyak 333 kes Menerusi kirimannya di Facebook jumlah kumulatif bagi kes yang telah pulih dari ...
Isa Diarah Bela Diri 9 Pertuduhan Rasuah Bebas Kes Pecah Amanah

Isa Diarah Bela Diri 9 Pertuduhan Rasuah Bebas Kes Pecah Amanah

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 251 hits
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan bekas pengerusi Felda Mohd Isa Abdul Samad untuk membela diri atas sembilan pertuduhan menerima rasuah berjumlah lebih RM3 juta bagi meluluskan pembelian Hotel Merdeka Palace Hotel Suites di...
Kes Covid 19 Di Iran Meningkat Lebih 9 000 Kematian Direkod

Kes Covid 19 Di Iran Meningkat Lebih 9 000 Kematian Direkod

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 256 hits
TEHRAN 24 Syawal 1441H Selasa Kes kematian akibat COVID 19 di Iran mencecah 9 000 orang selepas lebih 100 korban dicatatkan selama tiga hari berturut turut Jurucakap Kementerian Kesihatan Sima Sadat Lari berkata angka berkenaan boleh mening...
Backstabbing Drama In The Opposition Pas Sabotaging Bersatu By Attacking Chinese Vernacular Schools

Pas Anggap Terlalu Awal Bincang Pertukaran Mb Perlis

Opening Young People S Eyes To Workers Rights

Calon Bersatu Prk Kkb Tidak Dapat Sokongan Parti Pas

Penyokong Diseru Jalankan Tanggungjawab Sebagai Pemilik Sabah Fc

Dumbing Down Our Education System Via Politicians And Theocrats

Bila Duit Nak Masuk

Sayur Kucai Dan Taugeh Untuk Makan Tengah Hari



Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia


Kembali Menulis

Lagu Popular Thailand Tahun 2024

Starting Somewhere

Ktm Kenalkan 4 Model Motosikal Duke Sempena Ulangtahun Ke 30

Sambutan Ulang Tahun Ke 30 Dan Pelancaran 4 Model Motosikal Ktm Duke

First Impressions Make A Powerful Impact With A Creative Digital Business Card