Doa Bahagia Suami Isteri Sama Sama Sedekahkan Al Fatihah Bacalah Doa Ini Lepas Solat
Rumah tangga yang harmoni semestinya mampu dicapai melalui kerjasama dan tanggungjawab yang baik antara pasangan suami isteri. Berkasih sayang, tolak ansur dan persefahaman antara kunci utama mencapai bahagia.
Rasulullah SAW menyuruh para suami supaya berbuat baik kepada isteri dan bersederhana dalam mendidik para isteri.Rasulullah SAW pernah bersabda “Aku berwasiat kepada kamu agar menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk ”.
Peranan seorang suami dalam mencetuskan semangat terhadap isteri tidak terhenti setakat itu sahaja. Suami juga perlu mewujudkan suasana yang positif, cukup mendamaikan dalam sesebuah institusi keluarga.
Para suami juga dituntut untuk mengajar anak-anak dalam soal-soal yang melibatkan pemantapan akhlak dan sahsiah diri. Misalnya ajar anak-anak tentang kepentingan menjaga kebersihan dan menghormati orang lain.
Sebagai ketua keluarga, suami juga sewajarnya memastikan anak-anak mampu menikmati gaya hidup yang lebih baik. Perlu bertindak sebagai ‘role model’ untuk anak-anak dan isteri dengan menerapkan adab dan akhlak yang baik bersandarkan kefahaman serta prinsip-prinsip Islam.
ARTIKEL MENARIK [Hati-Hati ‘Tag Suami Atau Isteri’ Di Media Sosial. Jangan Sampai Pasangan Terasa Hati]
Korbanlah sedikit masa dan harta untuk mereka, berikan kasih sayang dan tunjukkanlah contoh yang terbaik kepada mereka serta mengambil tahu hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan anak-anak seperti dengan siapa mereka berkawan, ke mana mereka pergi, jam berapa mereka keluar rumah dan sebagainya. Selain itu, dengan melakukan ibadah kepada Allah dapat menyedarkan anak-anak tentang sifat-sifat manusia sebagai hamba di sisi Allah SWT. Ini bersesuaian dengan firman-Nya yang bermaksud: Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah tuhan yang memelihara dan mentadbir sekelian alam ”. (Surah Al-An’am , ayat 162).
Saling mendoakan, rumah tangga bahagia
Dalam hal ini, untuk mencapai kebahagiaan antara suami isteri, Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki ada berkongsikan doa yang perlu dibaca antara suami isteri dan setiap anak pun boleh amalkan juga untuk ibu bapa.
Semoga setiap suami isteri saling mendoakan dan setiap anak dan ibu ayah tetap mendoakan. Doa ini boleh dibaca untuk satu keluarga agar cenderung mencintai Allah dan menekuni ajaran Nabi Muhammad SAW.
Sumber: IKIM & Ustazah Isfadiah
The post Doa Bahagia Suami Isteri, Sama-Sama Sedekahkan Al-Fatihah & Bacalah Doa Ini Lepas Solat appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/doa-bahagia-suami-isteri-masing-masing-sedekahkan-al-fatihah-bacalah-doa-ini-lepas-solat/