Bertaranum Ketika Dalam Solat Ikuti Penjelasan Pejabat Mufti Wp Mengenai Hukumnya


Taranum adalah melenggokkan suara mengikut nada, rentak dan irama tertentu. Taranum membawa kaedah untuk mempercantikkan bacaan ayat al-Quran secara berlagu. Tujuan taranum adalah untuk memberi keindahan pada kalimat Allah serta mampu menghayati al-quran serta memahami dan sapat beramal dengannya.
Namun, boleh atau tidak jika seseorang yang gemar bertaranum membawa alunan taranum dalam bacaan surah ketika solat? Ikuti penulisan di bawah untuk pencerahan.
Soalan
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya berkenaan tarannum ketika solat. Ada orang kata tidak digalakkan membaca surah dengan bertarannum ketika solat kerana takut ada kesalahan panjang pendek dalam bacaannya atau kesalahan tajwid. Jadi bolehkah mufti jelaskan tentang perkara ini.
Jawapan
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Tarannum merupakan seni bacaan atau kaedah suara yang dipelbagaikan iramanya mengikut proses nada dan lontaran rentak suara yang tertentu bertujuan untuk mencantikkan seni bunyi khususnya dalam bacaan al-Quran. Ianya merangkumi dua bahagian iaitu Hijaz dan Misri. Kesemua ini merupakan seni suara yang bertujuan untuk memperelokkan seni suara. (Rujuk artikel AL-KAFI #721: HUKUM BERTARANNUM SELAIN DARIPADA AL-QURAN)
Imam Ibnu Hajar menaqalkan pandangan al-Tobari menyebut bahawa Tarannum tidak akan terjadi melainkan pada suara, apabila sedap bacaan seseorang qari maka asyik apabila mendengarnya. (Lihat Fath al-Bari li Ibnu Hajar,9/71)
Membaca al-Quran merupakan perkara yang sangat dituntut di dalam agama dan digalakkan membacanya dengan baik dan sempurna. Jelas bahawa adab membaca al-Quran adalah dengan baik bacaannya dan ia dibaca secara jelas dan tartil iaitu memperelokkan sebutan huruf, wakaf ibtida’ dan sebagainya. Ini sepertimana Firman Allah SWT:
وَرَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِيلًا
Maksudnya: dan bacalah Al-Quran dengan “Tartil”
(Surah al-Muzammil, 4)
Imam Qurtubi mentafsirkan ayat di atas menyatakan, yang dimaksudkan janganlah membaca al-Quran bahkan dengan bacaan secara teratur, jelas serta mendalami maknanya. Imam Qurtubi menaqalkan pandangan al-Dhahhak dengan menyatakan, baca secara huruf ke huruf. Mujahid menyebut (الترتيل) mengatur dan memperbaikkan susunan. (Lihat Tafsir al-Qurtubi, 19/38)
Syeikh al-Maraghi menyebut (الترتيل) iaitu membaca dengan bacaan yang tertatur dan secara perlahan. Ini kerana akan membantunya untuk memahami dan mentadabburkan al-Quran. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 29/111)
Hal ini disebabkan Allah SWT memerintahkan kepada sesiapa yang membaca al-Quran seharusnya membaca dengan sebaik-baik bacaan tanpa mengubah maksud ayat al-Quran. Selain itu saranan Baginda Nabi SAW supaya memperindahkan bacaannya dengan suara dan lagu yang sedap untuk didengari. Ini sepertimana hadis yang dirirwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Sabda Nabi SAW:
لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ يَتَغَنَّ بِالْقُرْآنِ ‏”‏‏.‏ وَزَادَ غَيْرُهُ ‏”‏ يَجْهَرُ بِهِ
Maksudnya: Bukan dari kalangan kami mereka yang tidak memperindahkan bacaan al-Quran. “Sebahagian yang lain menyebut” menyaringkannya
Riwayat al-Bukhari (7527)
Begitu juga, di dalam hadis yang lain, hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Sabda Nabi SAW:
مَا أَذِنَ اللَّهُ لِشَيْءٍ مَا أَذِنَ لِلنَّبِيِّ أَنْ يَتَغَنَّى بِالْقُرْآنِ
Maksudnya: Tidaklah Allah mengizinkan bagi sesuatu apa yang Allah izinkan bagi Nabi iaitu supaya memperlagukan (memperelokkan bacaan) al-Quran.
Riwayat al-Bukhari (5024)
Imam al-Nawawi menyebut para ulama dari kalangan Salaf dan khalaf bersepakat bahawa disunatkan untuk memperelokkan suara apabila membaca al-Quran dengan suara dan perilaku mereka. Imam al-Nawawi menyebut lagi, Maksud (لَمْ يَتَغَنَّ) iaitu tidak memperelokkan suaranya. Para ulama menyebut disunatkan membaca dengan suara yang elok dengan bacaan mengikut susunannya tanpa keluar daripada had yang ditetapkan dalam bacaan al-Quran seperti panjangnya sehingga berlaku penambahan huruf atau pengurangan huruf maka perbuatan itu adalah haram.  (Lihat al-Tibyan fi Adab Hamilah al-Quran, 1/109-110)
Dalam menggariskan syarat sah bacaan ketika solat Dr. Muhammad Zuhaili menyatakan di antaranya adalah bacaan yang sahih. Dan mesti memastikan I’rabnya tidak menghilang dan menukar makna ayat. Selain itu mestilah menghindari daripada kesalahan tatabahasa yang menukarkan maksudnya seperti menukar baris daripada fathah kepada dhommahatau kasrah. Sekiranya ia melakukan dan mengetahui akan kesalahan itu, maka batal solatnya. Dan sekiranya ia terlupa maka wajib mengulanginya. Dan sekiranya kesalahan tatabahasa atau lagu itu tidak memberi kesan kepada makna ayat maka tidak batal solatnya. (Lihat al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 1/255)
Kesimpulan
Berbalik kepada persoalan yang diajukan dan perbahasan yang diberikan dapat disimpulkan bahawa membaca al-Quran dengan bertarannum dan melagukan bacaan al-Quran adalah digalakkan mengikut saranan hadis Nabi SAW supaya memperindahkan bacaan seperti yang disebutkan di atas.
Namun Imam harus berhati-hati dari sudut sebutan huruf, panjang pendek serta tajwid dalam bacaannya supaya tidak mengubah maksud serta makna ayat al-Quran itu sendiri. Begitu juga, sebaiknya imam bertarannum dan melagukan bacaan secara tartil dan mengikut kesesuaian keadaan dan para makmumnya sehingga tidak memberi kekeliruan pada orang awam dalam bacaannya. Begitu juga, bacaannya tidak terlalu panjang di dalam solatnya sehingga menyusahkan para makmum.
Ini seperti yang disebut oleh Imam Nawawi di dalam kitabnya: Perkara bid’ah yang mungkar dalam membaca al-Quran di antaranya adalah mengelirukan para makmum dengan bacaannya dan menjadikan sembahyang itu terlalu panjang dan menyusahkan para makmum serta terlalu laju dalam bacaan al-Quran. (Lihat al-Tibyan fi Adab Hamilah al-Quran, 1/118)
Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang sahih terhadap agamaNya serta taufiq dan hidayah untuk mengamalkan syari’atNya dengan sebaiknya.
Sumber: ww.muftiwp.gov.my
The post Bertaranum Ketika Dalam Solat, Ikuti Penjelasan Pejabat Mufti WP Mengenai Hukumnya appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/06/28/bertaranum-ketika-dalam-solat-ikuti-penjelasan-pejabat-mufti-wp-mengenai-hukumnya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adakah Wajib Hadir Beratur Untuk Dapatkan Tempat Solat Jumaat Sewaktu Pkpp Ikuti Penjelasan Ini

Adakah Wajib Hadir Beratur Untuk Dapatkan Tempat Solat Jumaat Sewaktu Pkpp Ikuti Penjelasan Ini

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 298 hits
Seperti sedia maklum solat jumaat secara berjemaah di masjid telah dibenarkan namun terdapat SOP yang perlu dipatuhi jemaah yang hadir Walaupun kelonggaran ini telah diberikan jumlah jemaah yang hadir juga telah ditetapkan mengikut negeri m...
Kuatnya Iman Mereka Foto Jemaah Teguh Menunaikan Solat Jumaat Ketika Hujan Buat Netizen Sebak

Kuatnya Iman Mereka Foto Jemaah Teguh Menunaikan Solat Jumaat Ketika Hujan Buat Netizen Sebak

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 392 hits
Kebanyakkan negara telah mula melonggarkan peraturan dan membuka semula premis premis dan tempat beribadat selepas sekian lama menutup untuk mengawal wabak C0vid 19 Menurut di Turki mereka bersolat Jumaat di masjid masjid yang ada dataran l...
Solat Jamak Ketika Pulang Ke Kampung

Solat Jamak Ketika Pulang Ke Kampung

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 340 hits
SOALAN Boleh dikatakan ramai antara kita berkerja di Kuala Lumpur dan ingin balik setiap minggu untuk berjumpa dengan keluarga di Melaka Jadi adakah kita boleh jamak dan qosor solat kita JAWAPAN Dalam perjalanan datang ke Melaka dan perjala...
Masih Menanti Zuriat Pesan Mufti Datuk Zulkifli Banyakkan Sedekah Solat Moga Doa Dimakbulkan

Masih Menanti Zuriat Pesan Mufti Datuk Zulkifli Banyakkan Sedekah Solat Moga Doa Dimakbulkan

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 286 hits
Episod akhir program Currhat Isnin baru ini benar benar menyentuh hati ramai pasangan suami dan isteri apabila membincangkan topik Zuriat Syurga Yang mana mencungkil rahsia hati insan insan yang berdepan masalah untuk memiliki anak sendiri ...
Hukum Menutup Mata Ketika Solat

Hukum Menutup Mata Ketika Solat

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 247 hits
SOALAN Ohmedia pasti ada antara kita yang suka menutup mata ketika solat Jadi apakah hukumnya JAWAPAN Hukum menutup mata tanpa sebarang keuzuran ketika mengerjakan solat adalah makruh Inilah pendapat ulamak mazhab Hanafi dan Maliki dan Hanb...
Pejabat Perdana Menteri Nafi Laporan Muhyiddin Ke Luar Negara Ketika Kuarantin

Pejabat Perdana Menteri Nafi Laporan Muhyiddin Ke Luar Negara Ketika Kuarantin

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 272 hits
Pejabat Perdana Menteri hari ini menafikan laporan Sarawak Report yang mendakwa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin melanggar perintah kuarantin di rumah dengan ke luar negara untuk mendapatkan rawatan kanser Dalam satu kenyataan yang dikeluar...
Mengapa Zulkifli Ismail Dihukum Gantung Ikuti Penerangan Terperinci Kes Beliau

Mengapa Zulkifli Ismail Dihukum Gantung Ikuti Penerangan Terperinci Kes Beliau

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 436 hits
Sebenarnya ramai yang masih keliru tentang fakta kes Zulkifli Ismail ini Berikut adalah perkongsian Laman FB JUMPAKAT MAHKAMAH COM Jangan sesekali kita ambil kuasa undang undang seolah olah melaksana undang undang rimba hingga meragut nyawa...
Ikuti Tips Memudahkan Proses Speration Anxiety Yang Mungkin Ada Pada Anak Anda

Ikuti Tips Memudahkan Proses Speration Anxiety Yang Mungkin Ada Pada Anak Anda

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 325 hits
Ia merupakan perkara yang semula jadi jika anak anda mula menagis jika ibu bapa tiada di mata mereka Pada usia anak yang masih awal tangisan dan mengamuk merupakan perkembangan yang normal jika berpisah atau ibu bapa tiada dihadapan mereka ...
Travel Sambil Jumpa Peminat Ikuti Pengembaraan Lee Seunggi Jasper Liu Serata Asia Dalam Netflix Twogether

Travel Sambil Jumpa Peminat Ikuti Pengembaraan Lee Seunggi Jasper Liu Serata Asia Dalam Netflix Twogether

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 284 hits
Siri menemukan dua bintang Asia yang kacak Lee Seung gi dan Jasper Liu dan membawa mereka menelusuri beberapa negara dalam kontinen ini bagi mencari peminat mereka meskipun keduanya berbeza latar belakang Ikuti mereka berjalan ke Yogyakarta...
Flexibility In Business Operations

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


7 Keistimewaan Hari Arafah Hari Yang Dinantikan Jutaan Umat Islam

Generasi Milenial Dan Gen Z Dukung Nkri Nomor Urut 2 Simbol Harapan Baru Kalimantan Barat

Kempen Hartanah Bumiputera Matrix Miliki Rumah Selesa Cipta Kenangan Indah Bersama Keluarga

Bukan Semua Cendawan Boleh Makan Ada Yang Beracun

Wanita Bersalin Semasa Buang Air Besar

Jangan Risau Jika Tak Terkenal