4 Tahun Tunggu Rezeki Anak Akhirnya Doa Iqa Mentor Dimakbulkan Kini Usia Kandungan Sudah 22 Minggu Tahniah
Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengimpikan cahaya mata sendiri. Namun rezeki untuk terus dikurniakan anak itu sudah semestinya ditangan Yang Maha Esa. Paling penting setiap pasangan tidak pernah putus asa untuk berusaha dan berdoa memohon dimakbulkan doa untuk mempunyai anak.
Seperti yang dikongsikan oleh Iqa Nasra atau lebih sinonim dikenali sebagai Iqa Mentor. Selepas empat tahun mendirikan rumah tangga, Iqa mengumumkan berita gembira bahawa dirinya kini sedang hamil anak pertama.
Melalui posting yang dikongsi di Instagram miliknya itu, bintang yang pernah memeriahkan dunia seni sejurus program Mentor musim kelima ini berkongsi foto-foto terkini dirinya yang kini sudah memasuki usia kandungan trimester kedua.
Berkongsi berita gembira tersebut ketika Umat Islam menyambut hari pertama Syawal, Iqa memanjatkan rasa syukur dengan doa yang dimakbulkan Allah SWT selepas empat tahun menunggu dikurniakan cahaya mata.
“Allah is truly the Greatest, AllahuAkbar. Alhamdulillah.. After few months struggling with bad allergies, cravings, morning sickness and so on.. .
“Today, on 1st Syawal, I am so glad to let you guys know, alhamdulillah I’m pregnant with my first child after almost 4 years of marriage.
“Finally You answered our duas Ya Allah
“Now dah 2nd trimester.
“Doakan baby sihat ya.
“Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir Dan batin,” tulisnya di Instagram.
View this post on Instagram
Allah is truly the Greatest, AllahuAkbar. Alhamdulillah.. After few months struggling with bad allergies, cravings, morning sickness and so on.. . . . Today, on 1st Syawal, I am so glad to let you guys know, alhamdulillah I’m pregnant with my first child after almost 4 years of marriage. Finally You answered our duas Ya Allah
Now dah 2nd trimester. Doakan baby sihat ya
. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir Dan batin.
A post shared by P Q O T (@iqanasra) on May 24, 2020 at 5:03am PDT
Iqa berkongsi bahawa dia juga ada mengalami alahan pada awal kehamilan dan juga beberapa masalah lain yang biasa dialami oleh wanita hamil. Namun dalam masa yang sama dia memuji akan kebesaran Allah SWT yang akhirnya menjawab doanya untuk dikurniakan seorang cahaya mata.
Dalam perkongsian tersebut juga, Iqa memohon doa dari orang ramai untuk mendoakan kandungannya sihat.
Dalam posting lain, Iqa turut memaklumkan tentang perkembangan terkini kehamilannya yang sudah masuk usia 22 minggu.
View this post on Instagram
#bismillahimasyaallah Dah tak kuasa nak pakai palazzo pants dah Sbb dah tak muat lansung lolll
selesa pakai Jubah or skirt je skrg . Nasib lah ada linen skirt @uzmarika ni . . Dari awal pregnant belum pernah beli lagi baju mengandung Sbb baju2 yg ada mmg cutting loose so Nasib baik muat lagi
. Lepas ni mesti dah tak muat dah
. . Siapa tahu kat mana jual maternity dress yang cantik2 and selesa tag la i pls . Nak jugak merasa Pakai baju preggy cantik2 . Yang penting ironless please !! Malas nak gosok2 Haha ! #22weekspregnant
A post shared by P Q O T (@iqanasra) on Jun 22, 2020 at 5:34am PDT
Perkongsian yang dibuat mendapat reaksi daripada rakan artis dan juga peminat. Ramai yang mendoakan ibu dan bayi dalam kandungan sihat dan baik.
Dalam rancangan realiti Mentor, Iqa merupakan protégé kepada Endry Abdul Halim. Turut bersaing dalam program yang sama ketika itu adalah Salma Asis dan juga Shiha.
Iqa atau nama sebenarnya, Nursyafiqah Nasratullah Mohd Nor mendirikan rumah tangga bersama pasangan, Raja Azlan Shah pada Ogos 2016.
Sumber: Media Hiburan & Instagram Iqa
The post 4 Tahun Tunggu Rezeki Anak, Akhirnya Doa Iqa Mentor Dimakbulkan. Kini Usia Kandungan Sudah 22 Minggu. Tahniah! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/4-tahun-tunggu-rezeki-anak-akhirnya-doa-iqa-mentor-dimakbulkan-kini-usia-kandungan-sudah-22-minggu-tahniah/