Masanya Telah Tiba Untuk Kita Bangkit Semula Anwar Mahathir



Dua bulan selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang dan rakyat seolah-olah melihat permusuhan kembali dua tokoh utama politik negara, Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim, hari ini kedua-duanya mengeluarkan kenyataan bersama.
Kenyataan ulang tahun kedua pilihan raya umum ke 14 yang menumbangkan BN itu meminta rakyat mengingati detik keramat 9 Mei 2018. Iaitu pengorbanan hampir 15 juta pengundi dari pelbagai kaum dari dalam negeri hingga ke seberang lautan, tanpa mengira kekangan hari bekerja, telah menzahirkan suara menolak rejim kleptokrasi BN dan memberi mandat kepada Pakatan Harapan (PH) untuk mentadbir negara.
Bagi dua tokoh utama yang mencorak politik negara dalam dua dekad terakhir, Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir , Mei 2018 adalah detik bersejarah ketika dunia menyaksikan Malaysia membentuk kerajaan baharu yang menjunjung undang-undang, nilai moral serta tanggungjawab.
Menurut mereka, kerajaan PH sejak itu telah berusaha keras bagi meneguhkan demokrasi yang telah menjadi korban kerajaan BN selama enam dekad sebelumnya.
“Dewan Rakyat diberi nafas baru. Reformasi institusi dan pentadbiran awam menjadi nadi utama. Agenda rakyat akhirnya jelas kelihatan. Anak muda menjadi tunjang. Negeri-negeri mula diberi perhatian saksama merentas fahaman politik.
“9 Mei 2018 bukanlah satu peristiwa untuk memperingati penyatuan Mahathir – Anwar. Ia adalah peristiwa yang jelas mengangkat nasib dan masa hadapan rakyat serta melawan ketidakadilan dalam negara. Suara dan harapan rakyat tidak boleh ditutup dengan cerita-cerita dongeng dibuat oleh Kerajaan BN terdahulu.
“Apabila PH memerintah, kami pastikan demokrasi itu subur. Jika rakyat bersuara, wakil rakyat harus sahut dan tiada seorang pun dihalang bersuara dengan alasan ‘tindakan undang-undang’. Kebebasan bersuara antara hadiah paling besar buat negara dua tahun lalu.
“Rakyat sedar, bahawa tanggungjawab mentadbir negara adalah tanggungjawab bersama dan Ahli Parlimen hanyalah sekadar wadah yang membawa suara rakyat. Begitulah kuasa rakyat. Kami taat dan hormat,” kata mereka dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini.
Walaupun arus perubahan mengambil tempat, menurut Mahathir dan Anwar, rakyat terkilan apabila sebilangan usaha reformasi institusi, undang-undang dan ekonomi terbantut akibat usaha pihak tertentu yang mensabotaj kerajaan dari dalam. Akhirnya, mandat rakyat telah dikhianati dan Kerajaan PH jatuh pada hujung Februari, tatkala wabak Covid-19 mula melanda negara.
“Kerajaan hari ini sanggup berbuat apa sahaja untuk mengumpul kuasa. Jawatan besar diagih, kuasa dan pangkat terus ditagih. Memahami situasi ini, kami tidak mengiktiraf kerajaan ini. Prinsip kami jelas dari hari pertama kerajaan ini tertubuh, iaitu ia berdiri tanpa mandat rakyat.
“Ia tidak diperolehi secara sah menurut kertas undi. Ia didasari sikap tamak kepada pangkat dan jawatan semata-mata. Malah, tidak ada satu pun pemimpin kerajaan hari ini yang berjanji untuk berkhidmat kepada rakyat.
“Kami tidak sanggup untuk menggadaikan moral dan etika untuk menyokong kerajaan hari ini. Kami tidak ingin mengkhianati rakyat yang menghabiskan berjam-jam beratur di pusat mengundi, beratus ringgit untuk terbang pulang mengundi, mengambil cuti tanpa gaji untuk membawa suara mengubah nasib negara,” tambah mereka.
Justeru itu, Anwar dan Mahathir bertekad akan mengembalikan maruah, mandat rakyat dan tidak mungkin mensia-siakan undi mereka.
“Dua tahun lepas, rakyat dari perbagai agama dan bangsa telah membantu usaha kami dengan memberi derma, sumbangan, suara dan cadangan, harapan dan semangat hanya demi melihat perubahan yang lebih baik buat negara tercinta.
“Dua tahun lepas, kami tidak berputus asa membawa suara rakyat. Hari ini juga sama. Kami telah lama menolak perbezaan, sengketa dan kemelut demi rakyat. Kami sudah berusia, masa kami sudah tidak lama. Namun semangat perjuangan kami masih marak dalam jiwa setiap anak muda yang mengimpikan reformasi.
“Masanya telah tiba untuk kita bangkit semula dan berusaha mengembalikan mandat rakyat ke pihak yang sepatutnya
“Jangan sesekali kita lupa tarikh keramat 9 Mei 2018. Tarikh jatuhnya institusi kleptokrat. Tarikh kemenangan rakyat. Tarikh lahirnya Malaysia Baharu,” kata kenyataan itu lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/27546

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bangkit Semula Rebut Mandat Yang Dirampas Seru Dr Mahathir Dan Anwar

Bangkit Semula Rebut Mandat Yang Dirampas Seru Dr Mahathir Dan Anwar

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 386 hits
Bangkit semula rebut mandat yang dirampas seru Dr Mahathir dan Anwar Dikemas kini 48 minit yang lalu Diterbitkan pada 9 May
Tiba Masanya Tun M Sokong Anwar

Tiba Masanya Tun M Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 339 hits
Sebelum ini melalui Kerajaan PAKATAN HARAPAN Anwar mencadangkan Tun Dr Mahathir terus menjadi Perdana Menteri sehingga beliau sendiri menetapkan tarikh beliau mahu bersara Ini adalah bukti sokongan dan tolak ansur Anwar terhadap Tun Dr Maha...
Tun M Jatuh Di Pusat Mukhriz Tumbang Di Kedah Tiba Masanya Tun M Sokong Anwar

Tun M Jatuh Di Pusat Mukhriz Tumbang Di Kedah Tiba Masanya Tun M Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 320 hits
Kejatuhan kerajaan PH di Pusat angkara pembelotan dan khianat dari kalangan pimpinan Bersatu dan Keadilan memberi satu pengajaran besar terhadap PH terutamanya kepada Tun M sendiri selaku PM ketika itu Kesannya maka berlaku pula pengkhianat...
Surat Terbuka Buat Saudara Anwar Hentikan Ikut Telunjuk Mahathir

Surat Terbuka Buat Saudara Anwar Hentikan Ikut Telunjuk Mahathir

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 236 hits
Oleh P GunasegaramSurat terbuka kepada Datuk Seri Anwar IbrahimDEAR Saudara Anwar Ini adalah surat pertama saya kepada anda Saya memanggil anda saudara kerana ketika anda mengadakan demonstrasi pelajar untuk pekebun getah Baling pada tahun ...
Dr Mahathir Dan Anwar Tidak Iktiraf Kerajaan Perikatan Nasional

Dr Mahathir Dan Anwar Tidak Iktiraf Kerajaan Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 311 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan mereka tidak mengiktiraf kerajaan yang ada hari ini kerana ia ditubuhkan tanpa mendapat mandat rakyat Dalam satu kenyataan bersama mereka mendakwa kerajaan Perikatan N...
Mahathir Anwar Too Little Too Late

Mahathir Anwar Too Little Too Late

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 308 hits
Dennis IgnatiusTo mark the second anniversary of that seminal event in Malaysian history the May 9th elections that brought Pakatan Harapan to power Dr Mahathir Mohamad and Anwar Ibrahim issued a rare joint statement recalling that momentou...
Kali Ini Mahathir Beri Laluan Anwar Pm Ke 9

Kali Ini Mahathir Beri Laluan Anwar Pm Ke 9

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 333 hits
Kredit Edy Noor Reduan Menjelang pembukaan Parlimen pada tanggal 18 Mei nanti ramai yang tertanya tanya siapakah sosok yang paling layak menjadi ketua pembangkang Malaysia Menjawab persoalan ini sudah tentulah Datuk Seri Anwar Ibrahim palin...
Ketua Pembangkang Masih Percayakah Lagi Anwar Pada Mahathir

Ketua Pembangkang Masih Percayakah Lagi Anwar Pada Mahathir

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 290 hits
YA que sera sera my way Maksudnya apa yang terjadi terjadilah Benarlah seperti mana tajuk lagu dendangan Doris Day penyanyi Amerika Syarikat pada 1956 itu yang sering diungkapkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa masa hadapan di luar kaw...
Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Tebatan Banjir Rm 7 Bilion Batal

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen

Persediaan Persekolahan

Hari Ke 29 Rezeki Datang

Skill Issue Memes The Power Of Skill Based Memes

See The Chances Of Winning In Every Gacor123 Online Slot Bet

Ayu Raudhah Reda Pemergian Anak Bongsu Dia Adalah Pinjaman Allah


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Perlu Tahu Bezakan Antara Mahir Terhadap Produk Berbanding Mahir Dalam Perniagaan

Kelalaian Dan Runtuhnya Martabat Guru

Tutorial Menggunakan Google Docs Untuk Tingkatan Dasar

Kerajaan Razak Baginda Diperintah Bayar Rm9 Juta Kepada Keluarga Altantuya

Guru Tikam Murid 8 Tahun Hingga Maut Di Korea Selatan

Certot Pelaris