Ketua Pembangkang Masih Percayakah Lagi Anwar Pada Mahathir


 Wartawan SuaraMerdeka      YA! que sera sera my way. Maksudnya, “apa yang terjadi, terjadilah”.

Benarlah seperti mana tajuk lagu dendangan Doris Day, penyanyi Amerika Syarikat pada 1956 itu, yang sering diungkapkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa masa hadapan di luar kawalan Presiden PKR itu.

Beliau akhirnya tersungkur walaupun sebelah kaki sahaja untuk ke Putrajaya sebagai Perdana Menteri kelapan (PM-8).

Nasib dan rezeki lebih menyebelahi Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Begitupun, Anwar tidak boleh dipersalahkan. Beliau juga insan biasa yang ada hati dan perasaan – setia, polos dan berpegang kepada janji bab PM-8 itu.



Bukan sekali PM ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad berjanji untuk menyerahkan jawatan PM kepadanya. Dan bukan sekali, bahkan masuk kali ketiga pertemuan empat mata Anwar dengan negarawan terbilang itu. Dan seluruh rakyat Malaysia maklum akan nasibnya.

Ikuti tarikh-tarikh berikut dan baca intipatinya:

1) 27 September 2018

-Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi perdana menteri Malaysia seterusnya.

“Itu adalah janji saya,” kata Dr Mahathir menjawab satu soalan pada Forum Tahunan Kedua Perniagaan Global Bloomerg yang dikendalikan wartawan, Fareed Zakaria.

Dr Mahathir berkata, beliau setuju menjadi perdana menteri kerana Anwar berada dalam penjara apabila kerajaan baharu mengambil alih pentadbiran.

“Saya berjanji bahawa saya tidak akan kekal lama sebagai perdana menteri. Mungkin dua tahun, mungkin lebih, mungkin kurang,” kata beliau.

2) 3 November 2018

– Pengerusi Pakatan Harapan, Dr Mahathir berkata, beliau tidak akan berganjak daripada keputusannya untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada pemimpin PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas tempoh dua tahun mentadbir negara.

Hal ini meskipun terdapat desakan daripada akar umbi Bersatu supaya beliau kekal sebagai perdana menteri.

“Saya berjanji akan meletak jawatan. Saya akan pegang janji saya. Adakah anda ingat sebarang perkara yang saya tidak menepati janji saya. Saya satu-satunya ‘diktator’ yang meletakkan jawatan,” beliau memberitahu sidang akhbar di Putrajaya.

Dengan berseloroh sambil melirik ke arah Anwar, kata Dr Mahathir:

“Tak ada. Saya cuma dua tahun sahaja. Dua tahun atau… tak tahu lah, kalau dia (Anwar) bagi izin dua tahun setengahlah,” katanya.

3) 10 Disember 2019

– Dr Mahathir Mohamad berjanji akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada bakal penggantinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, biarpun bekas timbalannya itu berhadapan dakwaan serangan seksual baharu.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata beliau tidak akan menyerahkan jawatan itu sebelum sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang akan dianjur Malaysia November tahun depan tetapi mungkin akan bersedia selepas itu.

4) 14 Februari 2020

– Di Langkawi, Dr Mahathir menafikan terbabit dalam sebarang kegiatan atau kumpulan yang cuba menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggantikannya sebagai Perdana Menteri.

Kata beliau, perkara itu turut dijelaskannya kepada Anwar dalam pertemuan mereka di Putrajaya pada 13 Februari dan mengakui kenyataan dikeluarkan Presiden PKR itu mengenai peralihan kuasa adalah benar.

Tegasnya, beliau masih memegang janji akan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri selepas Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) November ini.

Malangnya setelah tercetus ketegangan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada malam 21 Februari lalu pun, Anwar masih juga menganggap ketegangan yang berlaku dalam mesyuarat itu sebagai biasa.

Tambah mengejutkan. kata beliau, apa yang penting bagi dirinya ialah tiada pihak yang mempertikai tentang proses peralihan kuasa akan berlaku antara beliau dengan Dr Mahathir.

Dan sehinggalah tiga hari kemudian iaitu tanggal 24 Februari, Anwar terpaksa berpijak di bumi nyata apabila Dr Mahathir meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan kurang seminggu, Muhyiddin mengangkat sumpah Perdana Menteri kelapan (1 Mac).

Justeru, apabila timbul cakap-cakap siapa akan menjadi Ketua Pembangkang yang baharu, dengan menamakan Anwar atau Dr Mahathir, takkanlah lagi para penyokong Anwar, ahli-ahli dan pemimpin PKR, DAP serta Parti Amanah masih mahu `beri muka’ kepada bekas Perdana Menteri itu.

Setelah `cacing naik ke mata’, ditambah saiz parti kecil seperti Bersatu, masakan Anwar mahu terjatuh lagi dan lagi dan lagi dalam lubang yang sama.

Apatah lagi, dalam Dewan Rakyat kelak, barangkali sebilangan kecil orang Bersatu sahaja antaranya Dr Mahathir, Datuk Seri Mukhriz (Jerlun) dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar) akan berada dalam blok pembangkang.

Maka pasti agak janggal untuk Dr Mahathir selaku Ketua Pembangkang untuk berdepan sebahagian besar anak-anak buahnya di sebelah kerajaan.

Sesiapa yang faham, mengenali karektor Dr. Mahathir, tentu akur beliau akan terus berpegang pada prinsip My Way nyanyian Frank Sinatra – lakukan ikut cara saya seperti mana bait-bait lirik lagu itu, ‘I did it my way’.

Dan Anwar pastinya tidak akan `tersadung’ lagi.

Que sera sera – “apa yang terjadi, terjadilah”, barangkali tiada lagi dalam kamus politik beliau.

Pendek kata, ‘masa hadapan akan dicuba habis-habisan di bawah kawalannya” terutama dalam menghadapi pilihan raya umum ke-15. -SM



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/04/ketua-pembangkang-masih-percayakah-lagi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahathir Atau Anwar Ketua Pembangkang Takkan Yang Ni Engkau Orang Nak Berebut Juga

Mahathir Atau Anwar Ketua Pembangkang Takkan Yang Ni Engkau Orang Nak Berebut Juga

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 359 hits
Artikel ini pernah disiar di MR 1 Mac 2020 lalu Ini adalah Ulang Siar sahajaDaripada PH sibuk beli MP nak cukupkan SD adalah lebih baik PH sekarang ini bincang siapa yang bakal jadi Ketua Pembangkang Takkan yang ni pun nak tikam menikam Kal...
Temuramah Bmf Radio Bersama Anwar Ibrahim Ketua Pembangkang Ph

Temuramah Bmf Radio Bersama Anwar Ibrahim Ketua Pembangkang Ph

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 371 hits
Siapa yang gila untuk terus jadi PM di umur 90 atau 95 kata Anwar dalam wawancara dengan stesen radio BFM hari ini Kita pun sakan gila pi sokong Tun Dr Mahathir and the gang sebagai PM sementara dan rakan alliance kononnya Last sekali kena ...
Anwar Ketuai Pembangkang Bukan Mahathir

Anwar Ketuai Pembangkang Bukan Mahathir

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 357 hits
KUALA LUMPUR Buat masa ini saya ketuai pembangkang itu jawapan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila ditanya tentang posisi Ketua Pembangkang ketika ini Pakatan Harapan ada 92 wakil dan telah membuat keputusan berdasarkan parti yang...
Anwar Dijangka Jadi Ketua Pembangkang

Anwar Dijangka Jadi Ketua Pembangkang

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 251 hits
Persepakatan telah dicapai antara Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Anwar mengenai calon Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan pilihan Pakatan Harapan untuk menjadi Ketua Pembangkang apabila D...
Dr Mahathir Baru Acah Anwar Dah Menggelabah

Dr Mahathir Baru Acah Anwar Dah Menggelabah

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 463 hits
Seperti yang ditulis dalam laman blog ini 18 Mei 2020 adalah hari yang dinantikan bukan sahaja oleh rakyat Malaysia tapi mungkin juga dunia Dewan Rakyat akan bersidang buat pertama kalinya selepas Kerajaan Pakatan Harapan jatuh Kerajaan mem...
Siapa Ketua Pembangkang Di Dewan Rakyat

Siapa Ketua Pembangkang Di Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 327 hits
Pakatan Harapan yang merupakan blok pembangkang terbesar pada ketika ini belum memutuskan siapa yang akan dilantik menjadi ketua pembangkang Pada masa ini ada dua calon yang mungkin akan diangkat sebagai ketua pembangkang iaitu Presiden PKR...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab