Masak Kicap Ikan Bawal Emas Dan Bab Rezeki



Alhamdulillah selepas selesai entri percutian ke Canterbury di SINI, saya kembali dengan entri resipi dan masakan. Sebelum itu, jangan lupa klik follow blog dan klik iklan yang keluar di bahagian atas blog juga tau. Kerjasama anda didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Luv uoll so much. 
Sebelum itu, saya ingin kongsikan petikan dari video Tokku Pasir Gudang berkenaan dengan rezeki, yang mana rezeki tidak terhalang dengan musibah. Rezeki hanya terhalang dengan kematian. Bila seorang itu mati, barulah habis rezekinya. Selagi dia hidup, Allah pasti menyempurnakan rezekinya. Kadang kadang ada orang tak ada kerja, tapi ada orang hantar makanan kat rumah, dia ada rezeki juga. 
Ada orang tak ada duit, tiba tiba orang hantar duit, orang bagi percuma pulak duit. Rezeki kita tetap ada, walau apa pun musibah. Yang kita bimbang ialah waktu musibah ini, bagaimana level kita mengingati Allah. Apakah makin kuat atau makin lemah. Kalau makin lemah, seperti golongan berputus asa, maka rugi lah kita. Kalau makin kuat kebergantungan kita pada Allah, maka ujian itu telah berjaya kita harungi dengan baik. 
Sebab Nabi bersabda,  Allah bila sayang seorang hamba, Allah akan uji dia. Kalau dia redha, dia bergantung pada Allah, dia pasrah, maka Allah pun redha padanya. Tapi kalau dia nak marah marah, tak puashati dengan ujian Allah, maka Allah juga akan murka padanya. 
Sebab itu kata Nabi SAW, sesungguhnya besarnya pahala dengan besarnya ujian. Sebagaimana besarnya kurniaan yang kita nak dapat, akan datang besarnya ujian sebelum kita dapat manafaat yang besar, manafaat yang jauh lebih baik daripada ujian dan tidak lah Allah uji manusia melainkan Allah datangkan nikmat lebih besar dari ujian. Lihat bagaimana Allah menguji Nabi Yusof, tapi lihat nikmat selepas itu. Allah jadikan Nabi Yusoff menjaga perbendaharaan negara dan penyebab selesai masalah negara lain.
Bila Allah uji Nabi Muhammad SAW, dengan ujian ujian yang berat sepanjang berada di Mekah, lalu Allah berikan pada Rasulullah negara Madinah. Kebaikan Madinah dan penduduknya. Siapa pun yang hari ini diuji, maka Allah akan beri dia suatu benda yang lebih besar. Yang lebih besar lagi sedang menantinya ialah syurga, yang tidak akan terlawan dengan sebesar mana pun ujian. 
Disebut dalam hadis ada seorang yang sepanjang hidupnya diuji dengan ujian yang teruk, dari kecil diuji sehingga meninggal dunia. Lalu Allah memanggilnya dan Allah letakkan dia dalam syurga sekejap, celup sekejap jer dalam syurga dan dikeluarkan. Lalu Allah bertanya dan Allah Maha Mengetahui, apakah kamu pernah susah? Boleh dijawab tak pernah susah. 
Lihat baru masuk syurga sekali celup sahaja, terus hilang segala kesusahan duniawi. Maknanya seberat mana pun kesusahan duniawi, balasan yang menanti lebih besar sehingga kita lupa susah tu. Setakat ini dahulu, semoga bermanafaat. Jom masuk bab masakan yang mudah dan sedap ini.

Saya dapat idea untuk memasak kicap ikan bawal emas ini selepas Ummi Anne menelefon memberitahu yang dia memasak ikan masak kicap. Jadi saya pun plan lah kalau ada ikan nanti, bolehlah masak kicap juga. 
Kadang kadang bila hari hari memasak ni, memang kekeringan idea. Ada jer saya masak ulang ulang tapi saya tak share lah di blog. Masak kicap ni ada pelbagai versi dan cara. Yang kali ini ialah saya menggunakan sos dan cili hidup untuk memberikan kelainan rasa. 
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....

Masak Kicap Ikan Bawal EmasOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 ekor ikan bawal emasGaramSerbuk kunyitDaun bawang - hiris
Bahan kisar kering:1 biji bawang besar4 ulas bawang putih4 batang cili merah
Bahan sos:2 sudu besar sos cili1 sudu besar sos tomato2 sudu besar sos tiram3-4 sudu besar kicap manis
Cara cara:Lumur ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan. 


Menggunakan minyak sama, keluarkan minyak berlebihan. Tumis bahan kisar kering sehingga masak. 
Masukkan bahan sos dan kacau rata.  Masukkan sedikit air dan kacau sehingga mendidih dan sedikit pekat. 
Masukkan daun bawang. Kacau rata dan tutup api. 
Akhir sekali, tuang kuah ke atas ikan yang telah digoreng. Sedia untuk dihidangkan. 
We 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2025/08/masak-kicap-ikan-bawal-emas-dan-bab.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Ikan Bawal Hitam Masak Kicap Lauk Tengah Hari Yang Buat Anak Angkat Ibu Jari

Resipi Ikan Bawal Hitam Masak Kicap Lauk Tengah Hari Yang Buat Anak Angkat Ibu Jari

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 753 hits
Resipi ikan bawal hitam masak kicap ini memang ringkas tapi boleh jadi kegemaran keluarga Dengan kombinasi rasa manis pedas dan masin yang seimbang selain tumisan bawang dan halia yang menggoda selera bila dimakan dengan nasi memang masing ...
Masak Asam Pedas Ikan Pari

Masak Asam Pedas Ikan Pari

papar berkaitan - pada 27/7/2025 - jumlah : 275 hits
Assalamualaikum WBT ISNIN 21 Julai 2025 masak Asam Pedas Ikan Pari yang dibeli dari pasar awam Parit Jawa Muar Balik kerja singgah kedai beli daun kesom dan bendi Tu takpa balik rumah baru blend cili kering dan bawang nak buat pes asam peda...
Telur Ikan Tenggiri Papan Masak Gulai Cili Api

Telur Ikan Tenggiri Papan Masak Gulai Cili Api

papar berkaitan - pada 8/8/2025 - jumlah : 909 hits
Selalunya telur ikan tenggiri dengan warna kecoklatan ni memang mudah didapati kat pasar dan telur tu memang agak keras dan bila dimasak pun kekal keras Tapi baru baru ni umi jumpa telur tenggiri papan yang cukup cantik dan memang rasa meny...
3 Peta Minda Masakan Ayam Daging Dan Ikan Boleh Jadi Rujukan Untuk Masak Di Rumah

3 Peta Minda Masakan Ayam Daging Dan Ikan Boleh Jadi Rujukan Untuk Masak Di Rumah

papar berkaitan - pada 30/7/2025 - jumlah : 370 hits
Assalamualaikum Setiap hari buka pintu peti sejuk tengok ada ayam daging atau ikan tapi tetap rasa buntu Banyak sangat pilihan masa scroll FB SA terjumpa 3 peta minda masakan ayam daging dan ikan ini boleh bantu kita semua dari buntu x tau ...
15 Contoh Jenama Susu Untuk Warga Emas

15 Contoh Jenama Susu Untuk Warga Emas

papar berkaitan - pada 27/7/2025 - jumlah : 313 hits
15 Contoh Jenama Susu Sesuai Untuk Warga Emas 2025 Kelebihan Sekiranya anda sedang mencari susu yang sesuai untuk warga emas seperti ibu ayah atuk nenek atau kenalan dan saudara mara anda boleh rujuk senarai contoh jenama susu yang sesuai d...
Menu Makanan Sihat Untuk Warga Emas Tips Pemakanan

Menu Makanan Sihat Untuk Warga Emas Tips Pemakanan

papar berkaitan - pada 24/7/2025 - jumlah : 378 hits
Menu makanan yang sihat bagi warga emas sangat penting kerana pada waktu inilah kita akan kurang aktif metabolisma badan makin berkurang dan lebih berisiko mendapat pelbagai jenis penyakit Diet yang seimbang dan berkhasiat bukan sahaja memb...
Isyarat Dagangan Emas Untuk 21 25 Julai 2025 Jual Di Bawah 3 359

Isyarat Dagangan Emas Untuk 21 25 Julai 2025 Jual Di Bawah 3 359

papar berkaitan - pada 22/7/2025 - jumlah : 317 hits
Pada awal sesi Eropah emas didagangkan sekitar 3 353 menghampiri zon rintangan kukuh yang terletak berhampiran paras 6 8 Murray pada 3 359 Emas mungkin menghadapi kesukaran untuk menembusi paras 3 360 memandangkan zon ini memberikan rintang...
Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Daki Bukit

Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Daki Bukit

papar berkaitan - pada 22/7/2025 - jumlah : 278 hits
FMT ReportersLelaki berusia 60 tahun itu dilaporkan tidak sedarkan diri ketika melakukan aktiviti pendakian di Moongate Trail di Pulau Pinang Pasukan perubatan memberi rawatan kecemasan kepada lelaki warga emas yang pengsan ketika mendaki b...
Pesta Buah Emas 2025

Pesta Buah Emas 2025

papar berkaitan - pada 28/7/2025 - jumlah : 482 hits
Lokasi Pesta Buah Emas 2025 Alamat Menara Public Gold 2 Menara AA247 Jalan Tun Razak Imbi 55100 Kuala Lumpur Waktu Operasi 9 00 pagi 12 00 tengah hari Tarikh Lawatan 26 Julai 2025 Pesta Buah Emas 2025 yang dianjurkan oleh Public Gold menjad...
A Family Memoir Sending Yaya To Uitm Dungun

Hiburan Emosi Anak Anak Turut Terganggu Aaron Aziz Isteri Ambil Tindakan Undang Undang Terhadap Penyebar Fitnah

T25j06 Tangki Radiator Proton Persona Kering

Keindahan Keunikan Iskandar Polo Club Ipoh

Quick Healthy Vegan Apple Crisp Recipe

Rapat Macam Adik Beradik Zra Ustaz Mad Jadi Perhatian Netizen

Lirik Lagu Saidina Abu Bakar Omar Hana

7 Tip Jimat Beli Barang Dapur Ketika Harga Naik Jangan Jadi Hamba Pasaraya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buy Gmail Accounts Indian Whatsapp 91 8586875020

Assalammualaikum Ya Rasulullah Assalammualaikum Ya Kekasih Allah

Perjalanan Dari Kunming Ke Lincang Dengan Tren Crh D8110

Luckin Coffee Kini Di Grabfood Dengan Perkenalan Siri Perisa Baharu Buah Peach

Nagaway 27 Nagaway Top 14 By Charles

Megaways 14 May Megaways Top 52 By Will