Masa Depan Ph Gelap Jika Abai Suara Akar Umbi Kata Penganalisis





Wong Pek Mei -November 21, 2021     Penyokong PH membantah gabungan itu menerima dan mencalonkan ‘katak’ politik pada PRN Melaka.PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) akan kalah pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) jika gabungan itu tidak mendengar suara akar umbinya, menurut seorang penganalisis politik.
Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata, akar umbi membantah PH menerima calon yang melompat parti, tetapi pemimpin gabungan itu tidak mengendahkannya.
“Ini menjejaskan sentimen akar umbi terhadap PH,” katanya kepada FMT.
Awang merujuk kepada bekas ahli Umno, Idris Haron, yang bertanding dengan tiket PH di Sungai Udang, dan Nor Azman Hassan di Pantai Kundor.
Mereka adalah antara empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka yang menarik sokongan kepada Ketua Menteri Sulaiman Md Ali pada 4 Okt, membuka laluan bagi pilihan raya negeri (PRN).
Awang Azman Pawi.“Juga, penyokong PH berpendapat tiada jaminan bahawa calon akan kekal bersama gabungan itu. Ada kemungkinan mereka akan melompat ke parti lain seperti yang pernah mereka buat,” katanya.
Tambahnya, ini antara sebab Barisan Nasional (BN) menang besar pada PRN semalam, menawan 21 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan.
Satu lagi sebab yang pada pendapat Awang menyumbang kepada kemenangan BN adalah tekanan berterusan Umno ke atas kerajaan Perikatan Nasional (PN) melalui pelbagai tuntutan bagi membantu rakyat semasa wabak Covid-19.
Ini termasuk pakej rangsangan, moratorium bayaran balik pinjaman, skim pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, diskaun bil utiliti dan pemberian wang tunai.
Awang berkata, kemenangan BN juga boleh dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Najib Razak, dan Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi memainkan naratif sebagai “mangsa politik”.
“Satu contoh adalah Zahid, yang mendakwa beliau menjadi mangsa Dr Mahathir Mohamad kerana tidak membubarkan Umno dan tidak mahu menyertai Bersatu.
“Ini meraih banyak undi simpati daripada akar umbi Umno kerana mereka menganggap beliau mempertahankan parti itu habis-habisan,” katanya.
Bagaimanapun, Awang mengingatkan bahawa PRN Melaka tidak akan mempengaruhi kerajaan persekutuan.
“Malah, sekalipun PH menang di Melaka, ia tidak akan mengubah senario politik negara.
“Kemenangan BN malah boleh menjadi perangkap bagi penyokongnya jika mereka leka dan melupakan misi lebih besar untuk menawan kerusi Parlimen,” katanya.
Beliau berkata, walaupun PRN itu boleh menjadi petunjuk apa yang akan berlaku pada PRU15, ia tidak menjamin corak itu akan berulang.
“Politik bersifat dinamik dan apa sahaja boleh berlaku pada masa depan,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/11/masa-depan-ph-gelap-jika-abai-suara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
2 Individu Ini Kata Kerja Sebagai Rider Food Delivery Tak Ada Masa Depan Dikecam Netizen

2 Individu Ini Kata Kerja Sebagai Rider Food Delivery Tak Ada Masa Depan Dikecam Netizen

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 360 hits
2 individu ini kata kerja sebagai rider food delivery tak ada masa depan dikecam netizenSejak bermulanya pandemik Covid 19 ramai yang kehilangan pekerjaan memandangkan majikan juga tiada pilihan selain memberhentikan pekerja bagi menanggung...
Perlindungan Perhubungan Juga Perancangan Masa Depan

Perlindungan Perhubungan Juga Perancangan Masa Depan

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 437 hits
Salam sejahtera Mahu berkongsi mengenai perancangan yang telah lama dibuat selepas sahaja beberapa tahun bekerja baru kali ini benar benar terasa akan perlunya melaburkan sedikit untuk perlindungan dikala tak terduga Memang benar sudah ada ...
Gerakan Balik Kanan Menjaga Kelestarian Air Sungai Untuk Masa Depan

Gerakan Balik Kanan Menjaga Kelestarian Air Sungai Untuk Masa Depan

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 267 hits
Di Kota Surabaya jumlah sampah yang ada di sepanjang sungai terus bertambah Saat ini ada sekitar 400 ton sampah basah per minggu diangkat dari Kali Surabaya
Demi Akar Umbi Umno Pas Kembalikan Muafakat Nasional

Demi Akar Umbi Umno Pas Kembalikan Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 247 hits
EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin menggesa agar kepimpinan tertinggi UMNO dan PAS kembali ke meja rundingan demi Islam Melayu dan akar umbi kedua dua parti yang bertungkus lumus dalam memenangkan Pi...
Ubah Pemikiran Ubah Masa Depan Dengan Memulih Dalaman Jmd

Ubah Pemikiran Ubah Masa Depan Dengan Memulih Dalaman Jmd

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 372 hits
Ubah Pemikiran Ubah Masa Depan dengan Memulih Dalaman JMD Berbulan bulan dia kemurungan Banyak masalah terutama peribadi dan kewangan yang menghimpit Masalah makin bertambah apabila kesihatannya turut terganggu Mental gagal menghadami apa y...
Pkr Kalah Teruk Kerana Pengundi Tolak Empat Katak Kata Penganalisis

Pkr Kalah Teruk Kerana Pengundi Tolak Empat Katak Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 391 hits
Penganalisis berpendapat kekalahan teruk Pakatan Harapan itu natijah pengundi melihat gabungan berkenaan memberi tempat kepada politik katak yang mencetuskan pilihan raya negeri Melaka MELAKA TENGAH Kekalahan teruk Pakatan Harapan khususnya...
Isu Judi Arak Anwar Tidak Bantu Masa Dia Menteri Kewangan Kata Hadi Awang

Isu Judi Arak Anwar Tidak Bantu Masa Dia Menteri Kewangan Kata Hadi Awang

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 351 hits
Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini mengenang perjuangan parti itu mengehadkan judi dan jualan arak termasuk di Kelantan yang dipimpin mereka sekian lama Katanya ketika memulakan di Kelantan pada tahun 1990 ketika pentadbiran allahyarham...
Adly Zahari Bayangan Pemimpin Masa Depan Ph

Adly Zahari Bayangan Pemimpin Masa Depan Ph

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 278 hits
IPOH MALIDalam ramai ramai pemimpin PH hanya Adly Zahari berjaya mempertahankan kerusinya Hatta Idris Haron mantan pemimpin Umno dan KM Melaka tewas di Asahan sedangkan data aku lihat PN dengan bantuan Pas berjaya membawa lari undi kepada c...
Masa Depan Anwar Makin Malap Selepas Pkr Kalah Teruk Di Melaka

Masa Depan Anwar Makin Malap Selepas Pkr Kalah Teruk Di Melaka

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 358 hits
Kemelut yang dihadapi parti itu dalam PRN Melaka akan membawa kepada persoalan sukar berkenaan tokoh yang menjadi simbol penubuhannya Gesaan senyap supaya Presiden PKR Anwar Ibrahim yang merupakan pengerusi Pakatan Harapan diganti timbul ke...
Sooka Celebrates Four Years Of Growth With New Features And Exclusive Offers

This Wrap Isn T Just Low Carb It S A Whole New Meal Experience

Komunikasi Dalam Keluarga Terencat Kerana Telefon Bimbit

Is The Expanded Sst Much Ado About Nothing

Belimbing Besi Bintang Tropika Dengan Potensi Besar

The Bogong Moth S Night Sky Navigation Celestial Compass In An Insect

Asam Pedas Ikan Merah

Samsung S Aye Train Turns Kl Mrt Into A Giant Game


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ke Genting Bersama Geng Zumba

Frozen Kunafa Asikunefeleri Dari Turki

Cafe Coach

Perpustakaan Awam Pahang

Padang Majlis Perbandaran Kuantan 4

Pengalaman Laparoskopi Buang Cyst Ovari Dari Tanda Sampai Sembuh