Pkr Kalah Teruk Kerana Pengundi Tolak Empat Katak Kata Penganalisis


 
Penganalisis berpendapat kekalahan teruk Pakatan Harapan itu natijah pengundi melihat gabungan berkenaan memberi tempat kepada ‘politik katak’ yang mencetuskan pilihan raya negeri Melaka.MELAKA TENGAH: Kekalahan teruk Pakatan Harapan, khususnya PKR pimpinan Anwar Ibrahim, adalah natijah pengundi melihat gabungan itu memberi tempat kepada ‘politik katak’ yang mencetuskan pilihan raya negeri Melaka, kata penganalisis.
“Ia adalah kekalahan teruk. PKR pimpinan Anwar yang ‘menerima’ katak politik menerima kekalahan paling teruk. PH hilang sokongan, khususnya dikalangan pengundi muda Melayu,” kata penganalisis Bridget Walsh.
PKR tewas di semua 11 DUN yang ditandinginya.
Calonnya, Idris Haron kalah di Asahan. Beliau diterima masuk PKR dan dinamakan untuk PRN setelah dipecat oleh Umno kerana menyertai tiga ADUN lain menarik balik sokongan terhadap kerajaan negeri, sekali gus mencetuskan pilihan raya negeri berkenaan.
Tiga ADUN berkenaan iaitu Nor Azman Hassan, Noor Effandi Ahmad dan Norhizam Hassan Baktee turut tewas pada PRN ini.
Penganalisis Oh Ei Sun berkata keputusan PRN itu amat memalukan bukan sahaja untuk Anwar, tetapi juga pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin.
PN bertanding di semua 28 kerusi tetapi hanya menang dua DUN. Sekutu utamanya PAS tewas di semua lapan kerusi yang ditandingi.
Oh bagaimanapun percaya Muhyiddin tidak akan berputus asa namun kini jelas beliau terpaksa menghadapi Barisan Nasional yang semakin kuat.
Beliau percaya keputusan PRN Melaka tidak boleh digunakan untuk membuat ramalan mengenai PRU15, yang dipengaruhi oleh perkembangan politik di Sabah dan Sarawak.
Seorang lagi penganalisis, Prof Ahmad Fauzi yakin Muhyiddin mampu “pulih daripada keputusan malam ini”, sekiranya berjaya mengikat sebarang kerjasama dengan BN pada masa depan.
“Ini sesuatu yang tidak boleh ditolak kerana PN dan BN adalah rakan dalam kerajaan persekutuan.
“Presiden Umno Zahid Hamidi sendiri sebelum ini terbuka kepada kerjasama dengan mana-mana pihak sekiranya BN gagal memperolehi majoriti untuk menubuhkan kerajaan negeri,” kata beliau.
Ahmad berkata kesetiaan pengundi Melaka kepada BN amat tebal dan mereka tidak terpengaruh dengan kempen Muhyiddin yang mengaitkan pemimpin Umno tertentu kepada rasuah dan penyelewengan.
“Pengundi tidak terpengaruh dengan kempen kluster mahkamah. Sokongan mereka kepada Umno-BN tidak berbelah bahagi,” kata beliau. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/11/pkr-kalah-teruk-kerana-pengundi-tolak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terima Katak Dan Pengundi Tak Balik Punca Ph Kalah

Terima Katak Dan Pengundi Tak Balik Punca Ph Kalah

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 264 hits
Logo tak ada kaitan Menyalahkan penggunaan logo sebangai punca kekalahan adalah satu benda yang tak masuk akal kalau betul logo PH itu punca pengundi tak kenal macam mana PH masih boleh bertahan dengan 5 kerusi Dan kalau logo BN itu sangat ...
Masa Depan Anwar Makin Malap Selepas Pkr Kalah Teruk Di Melaka

Masa Depan Anwar Makin Malap Selepas Pkr Kalah Teruk Di Melaka

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 362 hits
Kemelut yang dihadapi parti itu dalam PRN Melaka akan membawa kepada persoalan sukar berkenaan tokoh yang menjadi simbol penubuhannya Gesaan senyap supaya Presiden PKR Anwar Ibrahim yang merupakan pengerusi Pakatan Harapan diganti timbul ke...
20 000 Pengundi Ph Pada 2018 Tak Pulang Undi Punca Pkr Kalah Di Melaka Dakwa Maszlee

20 000 Pengundi Ph Pada 2018 Tak Pulang Undi Punca Pkr Kalah Di Melaka Dakwa Maszlee

papar berkaitan - pada 28/11/2021 - jumlah : 272 hits
November 27 2021 Bekas Menteri Pendidikan Maszlee Malik mendakwa kekalahan PKR pada pilihan raya negeri Melaka disebabkan 20 000 pengundi Pakatan Harapan pada 2018 tidak pulang mengundi PETALING JAYA Bekas Menteri Pendidikan Maszlee Malik m...
Prn Melaka Siapa Pilihan Pengundi Pengkota Janji Kaki Kencing Dan Katak Politik

Prn Melaka Siapa Pilihan Pengundi Pengkota Janji Kaki Kencing Dan Katak Politik

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 298 hits
Berbaki kurang 24 jam pintu pusat pengundian Pilihan Raya Negeri Melaka dibuka debaran parti mana yang akan menjadi pilihan hati 495 196 pengundi bumi Hang Tuah semakin hebat dirasakan Dengan 28 kerusi Dewan Undangan Negeri Melaka menjadi t...
Prn Melaka Tolak Wakil Rakyat Katak Lompat Demi Kepentingan Diri

Prn Melaka Tolak Wakil Rakyat Katak Lompat Demi Kepentingan Diri

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 299 hits
PRN Melaka Tolak Wakil Rakyat Katak Lompat Demi Kepentingan Diri Pengundi di Melaka menolak calon yang melompat parti malah menyifatkan individu seperti ini hanya mementingkan diri Mengimbau kembali Pilihan Raya Umum ke 14 lalu Rohaya Abu B...
Anwar Masih Diperlukan Tapi Saya Dah Kata Jangan Ambil Katak Politik Kata Hassan Karim

Anwar Masih Diperlukan Tapi Saya Dah Kata Jangan Ambil Katak Politik Kata Hassan Karim

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 362 hits
November 21 2021 PKR dan Pakatan Harapan berisiko kehilangan sokongan jika dilihat sebagai parti oportunis kata Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim PETALING JAYA Kepimpinan Anwar Ibrahim masih diperlukan walaupun PKR dan Pakatan Harapan...
Permohonan Rumah Rm100 Juta Najib Tak Logik Pengundi Perlu Tolak Bn Pn

Permohonan Rumah Rm100 Juta Najib Tak Logik Pengundi Perlu Tolak Bn Pn

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 377 hits
Sehari sebelum hari mengundi bagi PRN Melaka Presiden Amanah Mohamad Sabu menggesa rakyat negeri itu membuat pilihan sewajarnya dengan membangkitkan isu permohonan bekas perdana menteri Najib Razak untuk tanah dan rumah bernilai RM100 juta ...
Jom Tolak Pn Calon Pun Katak Juga

Jom Tolak Pn Calon Pun Katak Juga

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 305 hits
HAMZAH RIE NAPN sendiri letak calon katak Jom tolak PN SR
Kalah Di Melaka Mesej Rakyat Tak Suka Mou Ph Kerajaan Kata Pemimpin Warisan

Kalah Di Melaka Mesej Rakyat Tak Suka Mou Ph Kerajaan Kata Pemimpin Warisan

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 276 hits
November 22 2021 KOTA KINABALU Kekalahan Pakatan Harapan pada PRN Melaka merupakan mesej daripada pengundi bahawa mereka amat tidak gembira gabungan itu mengikat memorandum persefahaman dengan kerajaan kata Naib Presiden Warisan Junz Wong W...
Rafizi Dedah Punca Anaknya Diserang

Dua Spy China Intip Mindef Ditahan

Masjid Sri Sendayan Taj Mahal Negeri Sembilan Yang Memukau Mata Dan Jiwa

Keluarga Wanita Rentung Rumah Dibakar Tuntut Keadilan Berita Harian

Peranakan A Musical Legacy When Music Wears A Kebaya

Psm Pans Police Probe Into Deputy Chief Over Parliament Scuffle

Masjid Mahabbah Yaasin Tahlil Solat Hajat Justice For Zara

Rafizi Ramli Maklum Ini 3 Kemungkinan Disuntik Pada Anaknya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


My 8 8 Haul Talking About Impulse Buying

Ultimate Corned Beef Recipe In The Crockpot

Montigo Botol Minum Bergaya Yang Jadi Pilihan

Ppim Tubuh Pusat Aduan Anti Buli Kosmo 14 08 2025

Lorry Driver Who Ran Over Cop With 4wd Charged With Attempted Murder

Resipi Roti Poket Big Mac Sedap Rasa Macam Makan Kat Fast Food Terkenal