Memang banyak petua dan pantang larang yang diamalkan dalam ibu yang sedang berpantang. Bukan sahaja dari segi pemakanan malah dari segi penjagaan suhu badan dan kawasan sekitar juga dikatakan ada pantang larangnya. Ada petua yang melarang ibu berpantang untuk berada di dalam bilik yang dipasangkan pendingin hawa atau aircond kerana risau badan akan mengalami masalah ‘angin’. Ini jawapan dari pakar untuk selesaikan kerunsingan anda.
Tambah pula, kita berada di negara yang iklim suhunya panas dan tahap emosi ibu dalam berpantang harus dijaga. Mana tidaknya, kalau berpantang dalam keadaan panas dan tidak selesa mesti emosi para ibu akan tidak stabil dan stress.
Apa yang penting adalah, pastikan pemakanan dan kesihatan mental dan fizikal ibu sedang berpantang terjaga bagi mengelakkan sebarang kesan negatif kepada ibu tersebut.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |