Pemimpin Umno Dedah Kerajaan Ismail Sabri Boleh Tumbang Bila Bila Masa


 



September 21, 2021 Kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan pemimpin UMNO berisiko menjadi ‘kerajaan 30 hari’ jika tidak menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Pakatan Harapan (PH).
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendakwa, tindakan segera itu dilihat sebagai jaminan kerana bilangan yang menyokong kerajaan sangat tipis dengan jumlah 114 sokongan, sekali gus boleh tumbang bila-bila masa.
“Masing-masing nak gunakan kesempatan ambil peluang ini untuk mengukuhkan parti masing- masing. Untuk apa? Persediaan nak menghadapi pilihan raya umum tidak lama lagi, apa dia kaedah yang diperoleh parti kerajaan? Apa yang dibuat oleh parti pembangkang? MoU lah. Kalau parti pembangkang dapat peruntukan sama dengan kerajaan, bermakna RM3 juta setiap kawasan, mereka nak berkempen habis-habis, habislah kerajaan.
“Tapi nak buat macam mana? Kalau nak, kita kena bersetuju tawaran itu. Kalau tidak, kita akan ada Perdana Menteri dua minggu sahaja lah. Keuntungan bagi pihak kita, tidak diganggu. Maknanya kita stabil sampai Julai tahun depan.
“(Tanpa MoU) hari ini kita nak lalui hari mendatang pun tercungap-cungap,” katanya ketika ditemu bual, Khamis lalu.
Tajuddin berkata, beliau memahami keadaan Perdana Menteri yang ‘tersepit’ dalam membuat keputusan kerana dalam masa yang sama, Ismail Sabri perlu menjaga kepentingan parti dalam politik.
“Kita sebagai pemimpin memang kena jaga kepentingan parti dan dalam masa yang sama perlu diingat yang kita adalah pemimpin kerajaan. Dia ada dua ‘topi’, satu kerajaan, satu parti. Parti ini ada tatakelola dia sendiri.
“UMNO? Setakat ini okeylah,” ujarnya ringkas.
Terdahulu, beliau ditanya sama ada UMNO mempunyai masalah dengan dasar kerajaan yang diputuskan Ismail Sabri tanpa perbincangan dengan parti.
Mengulas lanjut, katanya, meskipun dilihat keputusan Perdana Menteri membelakangi parti, ia mengambil kira semangat menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong supaya mengadakan persefahaman dengan semua pihak termasuk bersama pembangkang.
“Memang nampak mendahului parti, tetapi niat dia baik. Yang di-Pertuan Agong pun dah menasihatkan supaya ada kerjasama dengan pembangkang, jadi dia nak respons pada perkara itu dan dia buat cepat kerana Parlimen dah nak mula bersidang ketika itu.
“Jadi di situ akan wujud satu kestabilan politik yang mengambil konsep ‘menang-menang’ antara kedua-dua pihak,” katanya lagi.
Kerajaan Persekutuan dan PH pada minggu lalu melakar sejarah negara dengan memeterai MoU Transformasi dan Kestabilan Politik yang berlangsung di Parlimen.
Perdana Menteri berkata, MoU tersebut merangkumi enam perkara termasuk Pemerkasaan Pelan Covid-19, Transformasi Pentadbiran serta Pembaharuan Parlimen.
Tiga lagi adalah kebebasan Institusi Kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Pembentukan Jawatankuasa Pemandu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/09/pemimpin-umno-dedah-kerajaan-ismail.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panas Khalid Akhirnya Dedah Kenapa Ph Terima Tawaran Mou Kerajaan Ismail Sabri

Panas Khalid Akhirnya Dedah Kenapa Ph Terima Tawaran Mou Kerajaan Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 313 hits
September 14 2021 Saya tertarik dengan usaha terbaharu Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakub yang membuat tujuh tawaran Transformasi Parlimen dan Pentadbiran Kerajaan bagi memujuk Pakatan Harapan agar bertemu di meja perundingan dengan beliau...
Panas Pemimpin Umno Bedal Muhyiddin Tiada Pendirian Politik Hanya Nak Duduk Dalam Kerajaan Saja

Panas Pemimpin Umno Bedal Muhyiddin Tiada Pendirian Politik Hanya Nak Duduk Dalam Kerajaan Saja

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 284 hits
September 12 2021 NAIB Presiden Umno Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mempunyai pendirian jelas dan tetap dalam pegangan politik Sebaliknya beliau berkata Muhyiddin selesa menukar nukar pegangan se...
Ph Kerajaan Pimpinan Ismail Sabri Tandatangan Mou Esok

Ph Kerajaan Pimpinan Ismail Sabri Tandatangan Mou Esok

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 372 hits
malaysiakini comDiterbitkan Sep 12 2021 9 48 PMDikemaskini 10 02 PMPakatan Harapan dan kerajaan persekutuan pimpinan Ismail Sabri Yaakob telah bersetuju untuk menandatangani memorandum persefahaman esok Dalam satu kenyataan bersama wakil wa...
Parlimen Bubar Selepas 21 Julai 2021 Beri Peluang Ismail Sabri Ambil Alih Kepimpinan Umno Lebih Dulu

Parlimen Bubar Selepas 21 Julai 2021 Beri Peluang Ismail Sabri Ambil Alih Kepimpinan Umno Lebih Dulu

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 322 hits
Antara perkara yang dipersetujui dalam MOU yang dimetrai oleh kerajaan dengan PH ialah Parlimen tidak akan dibubar sebelum 31 Julai tahun depan Ia bertujuan agar beberapa rang undang undang yang dipersetujui bersama dalam MOU itu dapat dibe...
Mou Kerajaan Dan Ph Jaminan Buat Ismail Sabri Kata Penganalisis

Mou Kerajaan Dan Ph Jaminan Buat Ismail Sabri Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 429 hits
MEMORANDUM persefahaman antara kerajaan Ismail Sabri Yaakob dan Pakatan Harapan bukan sahaja kepemimpinan dua pihak tetapi juga jaminan untuk perdana menteri baru kata penganalisis Ianya bersejarah kerana ini adalah pertama kali parti pemer...
Ph Kekal Jadi Pembangkang Walaupun Sain Mou Dengan Kerajaan Kata Fahmi

Ph Kekal Jadi Pembangkang Walaupun Sain Mou Dengan Kerajaan Kata Fahmi

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 597 hits
September 14 2021 Antara perkara disepakati kerajaan dan Pakatan Harapan dalam memorandum persefahaman termasuk tidak membubarkan Parlimen hingga 31 Julai tahun depan menurut Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil Dalam catatan di Twitter Ahl...
Pembukaan Parlimen 13 Sept Sidang Pertama Kerajaan Pimpinan Pm Ismail Sabri

Pembukaan Parlimen 13 Sept Sidang Pertama Kerajaan Pimpinan Pm Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 213 hits
BernamaSeptember 12 2021 09 20 MYTAntara yang bakal menjadi tumpuan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke 14 yang bermula esok ialah kemungkinan usul berkaitan keabsahan Perdana Menteri Gambar failKUALA LUMPUR Yang di Pertuan Agong ...
Ismail Sabri Adalah Pm Kepada Rakyat Bukan Hanya Presiden Umno

Ismail Sabri Adalah Pm Kepada Rakyat Bukan Hanya Presiden Umno

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 364 hits
agendaily com17 9 2021Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri dan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Seperkara yang perlu difahami selepas perjanjian Memorandum Persefahaman kerajaan dengan pembangkang adalah Datuk Seri Ismail Sabr...
Cabutan Khas Judi Pemimpin Umno Dakwa Pas Gagal Tunai Janji Untuk Hapus Judi Jika Jadi Kerajaan

Cabutan Khas Judi Pemimpin Umno Dakwa Pas Gagal Tunai Janji Untuk Hapus Judi Jika Jadi Kerajaan

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 357 hits
September 25 2021Keputusan kerajaan menambah kekerapan cabutan khas judi nombor ramalan bukan saja tidak wajar malah memberi implikasi negatif kepada PAS yang kini menjadi sebahagian anggota kabinet Setiausaha Agung Veteran Umno Mustapha Ya...
Tale Of Two Presidents Parallels From Lbj S Vietnam War Visit

Plot Twist As Legal Eagle Casts Doubt If Rhb Bank Has Pursued Right Procedures In Axing Hardcore Pas Staff

Anwar Cancels Pahang Trip Due To Back Pain Doctors Recommend Rest

Hawkers Small Traders Key To Economic Growth Says Anwar

Johor Bahru Residents Bathe In Rain And Mosques As River Pollution Cuts Water To Nearly 2 Million

Pendekar Awang Bukak Langkah Resepsi Fattah Amin Amira Othman Meriah Bersama Peminat

Easy Beef Keema Shami Kabab Recipe In Urdu

Klang Valley Johor And Pahang Under Thunderstorm Warning Metmalaysia Urges Caution Amid Flash Flood Risks


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Minda Kita Macam Bank Apa Kita Simpan Itulah Yang Kita Akan Dapat Balik

Bersatu Sedang Bergelora

Menyahikuti Blog Yang Tidak Aktif

Servis Design Printing Lengkap Dari Sticker Hingga Kotak Packaging Semua Ada

Pau Sambal

Inside Boise S Real Estate Magic Staging Strategy And Stunning Results