Anak Kerap Berkahak Boleh Kurangkan Minum Susu Dulu Tak Perlulah Ambil Setiap Hari
Bab minum susu, pilihan susu yang terbaik sentiasa menjadi perbincangan. Bagaimanapun dalam hal ini, ada satu fakta yang mungkin ramai tak tahu iaitu betul ke minum susu hari-hari tak elok? Bunyinya macam tak logik, tapi fakta ini mungkin satu ilmu baru buat kita semua.
Menerusi perkongsian Dr Mazliana Mazlan, mungkin dapat membantu anda sebagai ibu bapa yang masih tertanya-tanya.
Saya suka minum susu, dan saya agak tak percaya pada awalnya susu boleh buat keradangan pada badan.
Saya minum susu setiap hari waktu mengandung anak pertama. Saya sihat seperti biasa, tak salah pun nak minum susu setiap hari. Itu yang saya fikir waktu itu.
Sampailah anak saya yang baru berusia 2 minggu, berkahak. Saya sangat pelik macam mana anak kecil yang hanya minum susu ibu boleh dapat kahak, berbunyi pulak tu di dada.
Saya tanya senior sekolah menengah yang punya anak yang agak ramai dan mengamalkan healthy eating, Kak Husna Omar. Beliau sarankan saya cuba stop minum susu, dan tengok perubahan pada anak. Saya ambil susu hari-hari sewaktu pantang bersalin, kononnya nak banyakkan production susu.
Amazingly, kahak anak saya hilang terus lepas 3 hari saya stop minum susu. Mungkin Allah nak tunjuk pada saya ada baiknya saya hentikan penggunaan susu secara harian. Haa, dah tak percaya sangat susu bawak keradangan, sekali dah jadi kat anak sendiri kesan dia, baru sedar diri kan.
Bermula dari situ, saya mula buang sedikit demi sedikit ilmu apa yang saya tahu berkenaan susu sejak dari kecil. Dan saya juga masukkan info dan fakta yang baru.
Saya kongsikan 10 info tentang susu yang patut difikirkan jika kita atau anak-anak menjadikan susu sebagai minuman harian
1. Susu adalah salah satu real food yang betul-betul sempurna, untuk spesis yang sama sahaja. Susu manusia sempurna untuk anak manusia. Susu lembu sempurna untuk anak lembu. Susu kambing sempurna untuk anak kambing. Susu unta sempurna untuk anak unta. Dan manusia pula, adalah satu-satunya spesis di dunia yang minum susu dari pelbagai spesis. Hebat kita manusia ya.
2. Lebih dari 75 peratus manusia di dunia menghadapi masalah lactose intolerance. Badan kekurangan enzim lactase untuk mencerna lactosa dalam susu, menyebabkan simptom seperti sakit atau kembung perut, muntah, cirit-birit dan sebagainya.
3. Negara yang paling kurang penggunaan susu mempunyai kadar osteoporosis yang paling rendah. Contoh di Africa dan Asia.
4. Kajian menunjukkan, mereka yang mengambil produk tenusu dalam kuantiti berlebihan akan berisiko mendapat kanser prostat lebih 30 – 50 peratus. Produk tenusu akan meningkatkan kadar IGF-1 dikenal sebagai pemangkin kanser. Perkara yang sama juga untuk kanser payudara.
5. Kalsium dalam susu bukan satu-satunya sumber untuk kuatkan tulang. Vitamin D lebih penting dari kalsium untuk kesihatan tulang.
6. Susu mengandungi 2 jenis protein, whey dan casein. Protein casein pula terbahagi kepada dua iaitu protein casein A1 dan protein casein A2, bergantung pada susu dari jenis lembu yang berbeza.
7. Casein A1 datang dari susu lembu jenis Holstein, Freisian yang ada di Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Eropah. Baka lembu jenis ini menghasilkan susu yang lebih banyak menjadikan ia sebagai pengeluar utama susu di dunia.
8. Casein A2 datang dari susu manusia, baka lembu jenis Jersey dan Guernsey, susu kambing dan susu unta. Lembu jenis ini biasanya lembu kampung warna coklat yang tak famous berbanding lembu putih bertompok hitam yang selalu kita nampak di kaca TV.
9. Casein A1 lebih memberi keradangan berbanding casein A2. Ia berbeza dari segi komposisi lactose dan fatty acid yang ada dalam kedua-dua susu.
10. Susu kambing adalah pilihan yang lebih baik berbanding susu lembu. Ia mudah dihadam dan kurang menyebabkan masalah susah dicerna.
Tak minum susu dan beri susu pada anak secara harian lepas mereka diberhentikan dari susu ibu adalah pilihan saya. Saya buat begini selepas saya tahu tentang keburukan lebih banyak dari kebaikan yang ada.
Jika kalian ada pendirian sendiri dan merasakan tiada masalah untuk ambil susu secara harian, boleh teruskan seperti biasa. Kita raikan semua pendapat. Gitu.
Jika nak beri anak susu secara harian lepas umur 2 tahun, atau ibu mengandung dan menyusu nak minum susu hari-hari, cari antara pilihan yang terbaik.
Pilihan di tangan kita. Masih ada banyak pilihan susu yang baik untuk diminum.
Bantu saya #share posting ini ya, supaya ramai ibu ayah lebih ambil berat tentang susu yang kebanyakannya menjadi minuman harian anak-anak. Banyak betul penyakit metabolik akan datang bila anak meningkat usianya nanti.
Kredit: Dr Mazliana Mazlan
Masih juga minum susu dan beri anak minum susu.
Mama jom rileks jap, klik link ni!
KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Anak Kerap Berkahak, Boleh Kurangkan Minum Susu Dulu. Tak Perlulah Ambil Setiap Hari appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/anak-kerap-berkahak-boleh-kurangkan-minum-susu-dulu-tak-perlulah-ambil-setiap-hari/