Mansuh Akta Hasutan Pong Pang Pong Pang Akhirnya Ustaz Wan Ji Ke Dalam



Sebelum PRU14… dalam satu sidang akhbar di bangunan Parlimen yang turut dihadiri Presiden Parti Pribumi Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Parti Keadilan Rakyat ketika itu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Pakatan Harapan akan memansuhkan beberapa undang-undang termasuk Anti-berita Tidak Benar 2018, sekiranya mereka menawan Putrajaya.

Pengerusi PH itu turut menyatakan ingin memansuhkan Akta Hasutan 1948, Akta Pencegahan Jenayah 1959, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Akta Majlis Keselamatan Negara 2016.

Dakwanya undang-undang tersebut bersifat zalim dan menindas rakyat.

“Kita juga akan memansuhkan peruntukan zalim yang terdapat dalam Kanun Keseksaan, Akta Komunikasi dan Multimedia, Akta Kesalahan Keselamatan, Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Akta Pencegahan Keganasan 2015, katanya.

Setelah menang PRU14..

Pada 3hb Jun 2018, Kerajaan mengumumkan penubuhan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji undang-undang sedia ada yang dilihat menindas rakyat di negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata “Jawatankuasa ini adalah seiring dengan Manifesto Pakatan Harapan yang akan menghapuskan undang-undang yang dilihat menindas rakyat.

Oktober 2018, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, Pakatan Harapan (PH) memerlukan majoriti dua pertiga sebelum dapat memansuhkan Akta Hasutan 1948 atau sebarang undang-undang lain yang melibatkan perlembagaan persekutuan. Perdana Menteri berkata, buat masa ini, Akta Hasutan 1948 masih lagi diguna pakai sebelum sebarang keputusan pemansuhan dapat dibuat di dewan rakyat kelak.

Mac 2019, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata pada dasarnya kerajaan dalam proses mempertimbangkan Akta Hasutan dengan tujuan memansuhkannya.

"Kerajaan telah memutuskan bahawa sekiranya terdapat sesiapa sahaja (disiasat) di bawah Akta Hasutan, kerajaan telah mengeluarkan arahan kepada pihak polis untuk tidak menggunakan akta itu terhadap mereka yang terlibat," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat.

Mei 2019, Akta Hasutan 1948 dijangka dimansuhkan tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong.

Beliau berkata kerajaan membuat keputusan pada mesyuarat Kabinet untuk memansuhkan akta itu dan kini sedang melibat pelbagai faktor bagi melaksanakannya.

9hb Julai 2019..

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak rayuan penceramah bebas, Wan Ji Wan Hussin terhadap sabitan bersalah menghina Sultan Selangor 7 tahun lalu, lapor Sinar Harian. Hakim, Abdul Halim Aman turut menambah hukuman penjara 9 bulan kepada setahun kerana kata-kata menghasut dikeluarkan Wan Ji ialah penghinaan kepada Sultan Selangor. “…apa yang dinyatakan tertuduh ini seperti mana tertera dalam pertuduhan, saya mendapati ianya sesuatu yang sudah terang lagi bersuluh. “Setelah menimbang faktor mitigasi dan keseriusan kes, mahkamah dengan ini meminda hukuman 9 bulan yang dijatuhkan hakim Mahkamah Sesyen kepada penjara 1 tahun dan hukuman itu berkuatkuasa hari ini,” katanya dalam ringkasan penghakiman. Laporan penuh sila baca di SINI
Sekejap nak mansuh.. sekejap tak mansuh.. akhirnya penyokong sendiri menjadi mangsa.. apa ni?

Mana menghilang Mat Sabu yang berjanji akan melakukan gerakan besar besaran untuk memastikan Najib mansuhkan Akta tu dulu?



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2019/07/mansuh-akta-hasutan-pong-pang-pong-pang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wan Ji Mangsa Segera Mansuh Akta Hasutan Syahredzan Johan

Wan Ji Mangsa Segera Mansuh Akta Hasutan Syahredzan Johan

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 271 hits
9 JULAI Saya merujuk kepada laporan media bahawa Mahkamah Tinggi di Shah Alam telah monolak rayuan pendakwah bebas Wan Ji Wan Hussin terhadap sabitan dan hukumannya di bawah Akta Hasutan Lebih memeranjatkan lagi dilaporkan juga bahawa Mahka...
Bahaya Wan Ji Bukan Hanya Hasutan Terhadap Raja Berperlembagaan

Bahaya Wan Ji Bukan Hanya Hasutan Terhadap Raja Berperlembagaan

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 424 hits
Laman blog ini pernah menyiarkan tulisan mengenai pembebasan manusia penunggang ugama Wan Ji dari penjara setelah cima sempat menjalani hukuman selama 48 jam sahaja Wan Ji di hukum penjara selama 1 tahun selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam me...
Akta Hasutan Akan Dimansuh Diganti Secepat Mungkin

Akta Hasutan Akan Dimansuh Diganti Secepat Mungkin

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 232 hits
Diterbitkan Hari ini 12 06 tengahariDr Mahathir Mohamad hari ini mengesahkan kerajaan akan memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan menggantikannya dengan undang undang baru Bercakap kepada media di lobi parlimen hari ini perdana menteri berkata s...
Kes Wan Ji Kaji Semula Kes Hasutan Jika Ada Representasi

Kes Wan Ji Kaji Semula Kes Hasutan Jika Ada Representasi

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 331 hits
KUALA LUMPUR 9 Zulkaedah 1440H Jumaat Jabatan Peguam Negara akan mengkaji semula setiap kes di bawah Akta Hasutan yang masih berjalan di mahkamah pada bulan Mei 2018 berdasarkan fakta kes itu kata Peguam Negara Tommy Thomas Beliau berkata j...
Warden Penjara Yang Pukul Ustaz Wan Ji Diminta Tampil Sebelum Terlambat

Warden Penjara Yang Pukul Ustaz Wan Ji Diminta Tampil Sebelum Terlambat

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 336 hits
Pendakwah kontroversi Wan Ji Wan Hussin mendakwa beliau dipukul oleh seorang warden penjara ketika ditahan di Penjara Kajang Menceritakan pengalamannya sehari selepas dibebaskan pada 12 Julai lalu Wanji berkata warden berkenaan memintanya m...
Akta Baharu Ganti Akta Hasutan Sedang Dimuktamadkan Pm

Akta Baharu Ganti Akta Hasutan Sedang Dimuktamadkan Pm

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 302 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan dalam usaha memuktamadkan undang undang baharu yang bakal menggantikan Akta Hasutan 1948 kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel U...
Wan Ji Dipenjara 1 Tahun Hasutan Terhadap Sultan Selangor

Wan Ji Dipenjara 1 Tahun Hasutan Terhadap Sultan Selangor

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 362 hits
Penceramah bebas Wan Ji Wan Hussin terpaksa meringkuk di dalam penjara selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak rayuan terhadap sabitan dan hukuman sembilan bulan penjara kerana menerbitkan perkataan menghasut terhadap Sultan Selangor tuju...
Ibrahim Ali Cabar Buat Pungutan Suara Rakyat Akta Hasutan

Ibrahim Ali Cabar Buat Pungutan Suara Rakyat Akta Hasutan

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 236 hits
Presiden penaja Parti Bumiputera Perkasa Malaysia Datuk Ibrahim Ali bercakap kepada media selepas selesai membuat laporan polis terhadap perhimpunan pembebasan Wan Ji di Ibu Pejabat Daerah Polis Dang Wangi Kuala Lumpur foto AFFAN FAUZI KUAL...
Big Wins At Home The New Era Of Online Gaming With Pakgames

Internet Impact On Fiction Writers Share Their Insights

Patricia Lockwood Embracing The Internet As Real Life

Silap Faham Lagi Bahaya Dari Tidak Faham

7 Tempat Simpan Duit Raya Anak Yang Terbaik

Ketua Komunikasi Deel Berhenti Ketika Tergugat Dalam Kes Skandal Perisikan Dengan Rippling

6 Perbahasan Sekitar Puasa 6 Hari Di Bulan Syawal

Ni Bukan Carbonara Asli Tapi Resipi Ni Confirm Sedap Sangat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ilham Decor Raya Selepas Balik Dari Kampung

Pelajar Sekolah Wajib Pakai Pin Lencana Jalur Gemilang

Iwan Fals Aku Bukan Pilihan Chord

Senarai Ipad Terbaru 2025 Dan Spesifikasi Lengkap Semua Model Ipad Latest

Tarif Trump Penerangan Kesan Ke Atas Malaysia

Speed Read A Hartford Vr150 Flat Tracker From Taiwan And More