Wan Ji Dipenjara 1 Tahun Hasutan Terhadap Sultan Selangor



Penceramah bebas, Wan Ji Wan Hussin terpaksa meringkuk di dalam penjara selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak rayuan terhadap sabitan dan hukuman sembilan bulan penjara kerana menerbitkan perkataan menghasut terhadap Sultan Selangor, tujuh tahun lalu.

Malahan, Hakim, Datuk Abdul Halim Aman turut meminda hukuman kepada setahun setelah memberi pertimbangan terhadap rayuan silang pihak pendakwaan.

Setelah menimbang faktor mitigasi dan keseriusan kes, mahkamah dengan ini meminda hukuman sembilan bulan yang dijatuhi oleh hakim mahkamah sesyen kepada penjara bagi tempoh satu tahun dan hukuman itu berkuatkuasa hari ini 
Dalam ringkasan penghakimannya, Abdul Halim berkata, penerbitan kata-kata itu (kata-kata menghasut) adalah satu penghinaan terhadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

"Terhadap apa yang dinyatakan tertuduh (Wan Ji) ini seperti mana tertera dalam pertuduhan, saya mendapati ianya adalah sesuatu yang sudah terang lagi bersuluh," katanya.

Menurutnya, apa yang diterbitkan daripada penerbitan itu bukan sahaja sesuatu yang menghasut malah ia cuba menanam sifat kebencian rakyat terhadap Institusi Raja- Raja.

"Ini adalah satu tindakan yang melampaui batasan, kita kena ingat kepada prinsip Rukun Negara iaitu Kesetiaan Kepada Raja-raja.

"Walaupun sebagai warganegara kita diberi banyak kebebasan, namun ia ada had dan ia masih tertakluk kepada undang-undang dan normal kehidupan," katanya.

Beliau turut mengingatkan bahawa satu lagi prinsip Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan.

"Kehidupan kita dirangkumi adab dan tatasusila yang sering amalkan apatah lagi dalam situasi DYMM Sultan adalah Ketua agama Islam.

Bukan sahaja penghormatan wajar diberikan, malahan wajar diutamakan. Sultan adalah payung negeri, tempat rakyat bernaung di bawahnya," katanya.

Sementara itu, Wan Ji,37, menerusi peguamnya, Mohd Radzlan Jalaludin memohon penangguhan perlaksanaan hukuman atas alasan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Bagaimanapun Hakim memerintah peguam memfailkan permohonan penangguhan tersebut secara rasmi.

Pada prosiding itu, pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Asnawi Abu Hanipah.

Pada 9 April 2018, Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Mohd Sabri Ismail menjatuhkan hukuman sembilan bulan penjara selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan itu.

Pada 10 September 2014, Wan Ji mengaku tidak bersalah menerbitkan perkataan menghina Sultan Sharafuddin Idris Shah termasuk membabitkan isu agama dalam akaun Facebook wanji.attaaduddi.

Kesalahan itu dilakukannya di Pejabat Perumahan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Tingkat 5, Bangunan Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 5, di sini, jam 10 pagi, pada 5 November 2012.

SH



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2019/07/wan-ji-dipenjara-1-tahun-hasutan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terbit Perkataan Menghasut Terhadap Sultan Selangor Wan Ji Dipenjara Setahun

Terbit Perkataan Menghasut Terhadap Sultan Selangor Wan Ji Dipenjara Setahun

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 362 hits
Penceramah bebas Wan Ji Wan Hussin terpaksa meringkuk dalam penjara selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak rayuan terhadap sabitan dan hukuman sembilan bulan penjara kerana menerbitkan perkataan menghasut terhadap Sultan Selangor Sultan ...
Penceramah Wan Ji Ke Penjara Selepas Mahkamah Tolak Rayuan Kes Hina Sultan Selangor

Penceramah Wan Ji Ke Penjara Selepas Mahkamah Tolak Rayuan Kes Hina Sultan Selangor

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 438 hits
July 9 2019 12 36 PMHakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Abdul Halim Aman dalam penghakimannya berkata kata kata menghasut dikeluarkan Wan Ji Wan Hussin ialah satu penghinaan kepada Sultan Selangor PETALING JAYA Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ii...
Bahaya Wan Ji Bukan Hanya Hasutan Terhadap Raja Berperlembagaan

Bahaya Wan Ji Bukan Hanya Hasutan Terhadap Raja Berperlembagaan

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 435 hits
Laman blog ini pernah menyiarkan tulisan mengenai pembebasan manusia penunggang ugama Wan Ji dari penjara setelah cima sempat menjalani hukuman selama 48 jam sahaja Wan Ji di hukum penjara selama 1 tahun selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam me...
Hukuman Terhadap Wan Ji Kes Menghina Sultan Berjaya Ditangguhkan

Hukuman Terhadap Wan Ji Kes Menghina Sultan Berjaya Ditangguhkan

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 446 hits
Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini meluluskan permohonan pendakwah bebas Wan Ji Wan Hussin untuk menangguhkan hukuman penjara setahun kerana kesalahan menghasut Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Halim Aman menetapkan syarat agar Wanji tidak...
Hina Sultan Selangor Hukuman Penjara Wan Ji Ditambah Kepada Setahun

Hina Sultan Selangor Hukuman Penjara Wan Ji Ditambah Kepada Setahun

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 381 hits
Hukuman penjara pendakwah bebas Wan Ji Wan Hussin ditambah hingga setahun atas tuduhan menerbitkan perkataan menghasut terhadap Sultan Selangor tujuh tahun lalu Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menolak rayuan terhadap sabitan hukuman pe...
Polis Buru Lelaki Pedo Lakukan Serangan Seksual Terhadap Budak 9 Tahun

Polis Buru Lelaki Pedo Lakukan Serangan Seksual Terhadap Budak 9 Tahun

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 381 hits
Video seorang kanak kanak perempuan berusia sembilan tahun menjadi mangsa serangan seksual seorang lelaki di sebuah kedai serbaneka viral di media sosial Dalam kejadian yang berlaku pada jam 6 19 petang Rabu lalu di Bandar Country Homes Raw...
Wni Di Hong Kong Dibebaskan Usai Dipenjara Dua Tahun Karena Didakwa Pengedar Narkoba

Wni Di Hong Kong Dibebaskan Usai Dipenjara Dua Tahun Karena Didakwa Pengedar Narkoba

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 249 hits
Kebanyakan dari WNI tersebut menjadi korban karena dimanfaatkan oleh jaringan pengedar narkoba untuk menjadi kurir dengan modus dititipi barang yang di dalamnya terdapat narkoba
Piala Sultan Selangor 2019 Rtm Tampil Sebagai Penyiar Rasmi Kejohanan

Piala Sultan Selangor 2019 Rtm Tampil Sebagai Penyiar Rasmi Kejohanan

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 298 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Mansuh Akta Hasutan Pong Pang Pong Pang Akhirnya Ustaz Wan Ji Ke Dalam

Mansuh Akta Hasutan Pong Pang Pong Pang Akhirnya Ustaz Wan Ji Ke Dalam

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 392 hits
Sebelum PRU14 dalam satu sidang akhbar di bangunan Parlimen yang turut dihadiri Presiden Parti Pribumi Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Parti Keadilan Rakyat ketika itu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Tun Dr Mahathir Mohama...
The Hidden Light Bioluminescence In Deep Sea Ecosystems

Kes Tuntutan Palsu Rm450 Juta Datuk Dicekup Lagi

Continuous Learning In Business

Mma No May 6 Symbolic Walk Of Healthcare Practitioners Just Peaceful Gathering Of Mostly Gps

Xiaomi Dilapor Akan Bekerjasama Dengan Huawei Dan Bbk Lancar Os Bebas Google

Suplemen Pesakit Ckd Dan Ihd

Ketua Polis Pahang Nasihat Orang Ramai Agar Hormati Undang Undang Jangan Ceroboh Tanah Kerajaan

How Many More Journalists Must Die Rsf


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kedah Tiga Penjenayah Mati Ditembak Polis Di Sik

Bersatu Atau Pas Tinggalkan Pn Dulu

Tak Perlu Besarkan Isu Cuti Panjang Rafizi Kata Nik Nazmi

Ada Tak Orang Menyesal Lepas Berdoa

Saya Cuba Jadi Morning Person Tapi Terjaga Pukul 3 Petang Kisah Sedih Seorang Pejuang Snooze

Ical Mosh Bintang Tidak Bersinar Chord