Bahaya Wan Ji Bukan Hanya Hasutan Terhadap Raja Berperlembagaan



Laman blog ini pernah menyiarkan tulisan mengenai pembebasan manusia penunggang ugama, Wan Ji, dari penjara setelah cima sempat menjalani hukuman selama 48 jam sahaja (BACA DI SINI)...

Wan Ji di hukum penjara selama 1 tahun selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak rayuan beliau supaya mengkaji balik hukuman penjara selama 9 bulan yang telah di jatuhkan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam di bawah Akta Hasutan sebelum itu...

Bila Wan Ji di penjarakan, ada suara-suara yang membantah dengan mengatakan hukuman yabg di jatuhkan adalah hukuman drakonian...

Lebih menyedihkan, ada di kalangan yang membantah terdiri dari masyarakat dan pemimpin Islam sendiri...

Tanpa meneliti apa yang telah di lakukan oleh Wan Ji, mereka membantah membuta tuli...

Selusuri dan fahamilah kemusnahan akidah yang menanti masyarakat Melayu Islam hasil dari perbuatan dan kenyataan manusia pengkhianat penunggang agama yang bernama Wan Ji!!!

Dikatakan bahawa Wanji pernah berada di Pondok Lubuk Tapah di Pasir Mas, Kelantan...

Kemudian melanjutkan pengajian di Jamiah Faroqiah Karachi, Pakistan...

Walaupun dia pernah mengaku berada di Pondok Lubuk Tapah namun apabila meninggalkan pondok itu dan berada di Karachi Pakistan, dia mula suka dengan 'manhaj wahhabi' dan berpegang dengan banyak fahaman itu berdasarkan pengakuannya sendiri...

Walaubagaimanapun seluruh warga pengajian pondok berlepas diri daripadanya dan penyelewengannya...

Melihat kepada kesesatannya selama ini dan penyelewengannya dalam agama, maka umat Islam bersolidariti menyokong tindakan penangkapannya berdasarkan fakta berikut :


》Memperlekehkan syurga dan nikmat di dalamnya (BACA DI SINI)...

》Mengaku terpengaruh dengan pemikiran wahhabi ketika belajar di Pakistan (BACA DI SINI), (DI SINI) dan (DI SINI)...


》Mempertahankan aliran wahhabi dan mendakwa secara dusta dan bohong bahawa aliran ini sebagai aliran Hanabilah yang betul...

》Dia juga mendakwa Muhammad bin Abdul Wahhab sendiri mengikut Imam Ahmad bin Hanbal...


Padahal apabila disemak dan dirujuk kepada pendapat ulama ahli sunnah wal jamaah, hakikat adalah sebaliknya bahkan Muhammad bin Abdul Wahhab dan pengikutnya dikira sebagai perosak kepada mazhab Hanbali itu sendiri...


Wanji mendakwa isu perbahasan antara al-Wahhabiyyah dan al-Asyairah dalam isu 'istiwa' adalah hanya isu khilafiyah bahkan mengganggap keyakinan al-Wahhabiyyah yang kata Allah SWT duduk di atas Arasy adalah betul bukan mereka mujassimah kerana mereka setelah sebut Allah SWT duduk di atas Arasy, mereka bawakan ayat al-Quran dalam Surah As- Syura, ayat 11 kononnya itu sebagai mensucikan Allah...

Disini disertakan sebahagian kecil sanggahan terhadap dakwaan bohong tersebut :

(BACA DI SINI), (DI SINI), (DI SINI), (DI SINI), (DI SINI) dan (DI SINI)...

》Pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) pernah mengharamkan dan melarang menyebarkan buku buku penulisannya yang terkandung fahaman yang sesat lagi bercanggah dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah di Malaysia (BACA DI SINI) dan (DI SINI)...

》Mempertikaikan tindakan pihak berkuasa dalam pengharaman buku yang membawa kesesatan kepada masyarakat sebagai tindakan yang tidak bertamadun....

Antara buku  yang dimaksudkan adalah buku syiah yang ditulis oleh Faisal Tehrani dan lain-lain (BACA DI SINI)...

》Menyamakan tindakan JAKIM mengharamkan buku adalah seperti tindakan gereja di zaman kegelapan Eropah (BACA DI SINI)...

》Menghina dan memperlekehkan 2 sultan yang agung dalam sejarah Islam...

Pertama adalah Sultan Muhammad al Fatih dan kedua adalah Sultan al Alim Solahudin al Ayyubi...

Kedua-dua sultan dan imam yang besar ini adalah termasuk Ahlus Sunnah Wal Jamaah sebagaimana kenyataan ulama (BACA DI SINI) atau boleh jadi dia tidak bersetuju dengan pendirian al-Hafiz al-Suyuti tentang akidah imam Sultan Solahuddin al-Ayyubi yang dikaitkan dengan al-Asya'irah...

Al-Hafiz Jalalud-Din al-Suyuti (W 911 H) berkata dalam kitabnya al-Wasa’il ila Ma'rifatil-Awa'il (hlm. 15) menyebut tentang Sultan Solahud-Din al-Ayyubi:

فلما ولي صلاح الدين بن أيوب أمر المؤذنين في وقت التسبيح أن يعلنوا العقيدة الأشعرية، فوظف المؤذنين على ذكرها كل ليلة الى وقتنا هذا
"Ketika Sultan Solahud-Din memegang tampuk pemerintahan, baginda memerintahkan para muazzin mengumandangkan akidah al-Asy'ariyyah (rumusan akidah yang dilakukan oleh al-Imam Abul-Hasan al-Asy'ari) pada waktu tasbih (waktu sebelum masuk waktu subuh)"...

"Lalu para muazzin berterusan menyebut akidah tersebut pada setiap malam hingga ke waktu kita ini"...

Iaitu hingga ke waktu al-Imam al-Suyuti yang wafat pada tahun 911 H...

》Menghina Sultan Selangor dan Raja Raja Melayu yang lain serta mempertikaikan kelayakan Sultan sebagai ketua agama...


Bukti rakaman bahawa dia berhasrat menghapuskan pengamalan sistem kesultanan di Malaysia berjaya didedahkan walaupun dia sebelumnya pernah cuba menafikan hal ini...

Terkini Wanji telah ditangkap kembali dan dipenjara selama setahun kerana telah sabit di sisi mahkamah kesalahannya melakukan penghinaan terhadap Raja Raja Melayu di Malaysia berdasarkan fakta yang sah...

Di dalam kertas pertuduhan, beliau didakwa telah mengeluarkan kata-kata begini terhadap Sultan Selangor khasnya dan terhadap Raja Raja Melayu lain umumnya melalui laman Facebooknya pada jam lebih kurang 10.00 pagi 8 November 2012 :

(1) Jenis syaitan tak baca hadis Nabi...
(2) Bahana bodoh agama tapi nak jadi ketua agama...
(3) Perasan bagus, tapi bodoh agama...
(4) Buang je Sultan-Sultan ni...
(5) Perabis duit rakyat...
(6) Si syaitan ni buat projek pembodohan...
(7) Bila orang bodoh, dia akan berkuasa...
(8) Firaun moden...
(9) Nak kaya dalam keadaan bodoh adalah jadi Sultan...
(10) Kalau di Malaysia, yang buat kerja (pembodohan) ni adalah UMNO dan Sultan...

Penghinaannya terhadap Sultan Johor dengan mengatakan ciri ciri adik beradik syaitan ada pada Sultan Johor (BACA DI SINI)...

》Mengenengahkan isu neraka tidak binasa kepada masyarakat dan mendakwa secara dusta ia hanya suatu isu khilafiyyah bukan ijmak...


Seterusnya dia kelihatan lebih cenderung kepada pendapat yang menyatakan kebinasaannya dan mengkritik pendapat yang sebaliknya serta mendakwa azab kepada golongan kuffar akan berakhir seterusnya azab itu bertukar menjadi nikmat kepada kuffar sebagai rahmat daripada Allah (BACA DI SINI)...

》Mengkritik tindakan Kementerian Dalam Negeri dan dan pihak berkuasa yang lainnya kerana melarang penggunaan kalimah 'Allah' dalam Bible yang dialih bahasa kepada versi Bahasa Melayu kepada Non Muslim (BACA DI SINI) dan (DI SINI)...

Kenyataannya juga dilihat membantah dan  menentang fatwa-fatwa yang telah dikeluarkan di Malaysia (BACA DI SINI)...


Wanji mendakwa bahawa adalah bidaah yang haram lagi mesti ditinggalkan amalan mengiringi jenazah dengan kenderaan...

Padahal asal pada sesuatu itu adalah harus serta tidak sabit pun dakwaan mengatakan amalan itu hanya berasal dari adat golongan kuffar...

Walaupun sunnah dengan cara mengusung jenazah dan berjalan kaki, namun para ulama tetap mengatakan tidak ada nas mengharamkan perkara tersebut.

Wanji mengakui bahawa tidak menjadi suatu kesalahan mempertikaikan ijtihad ulama mujtahidin dan fatwa fatwa mereka...


Idea ini menurutnya adalah hasil atau kesan pengaruh dari bacaannya terhadap Buku Ahmad Wahib seorang liberal yang terkenal di Indonesia melalui bukunya yang berjudul Pergolakan Pemikiran Islam...

Lebih dahsyat lagi dalam mempromosikan pemikiran liberal Ahmad Wahib ini, Wanji mendakwa bahawa ijtihad perlu dilakukan oleh semua orang termasuk orang awam sendiri kerana ulama ada kemungkinan melakukan kesalahan oleh itu tidak salah menurutnya ijtihad dan pentafsiran al-Quran itu pula jika ia dilakukan oleh orang awam kerana tidak ada siapa pun yang berhak menentukan yang ini salah dan yang itu benar...


Wanji berbohong dengan mengatakan bahawa hukum wanita wajib menutup muka mereka adalah perkara ijmak padahal perkara yang sebetulnya adalah sebaliknya sebagaimana kenyataan ibn Hajar al-Haitami dalam al-Fatawa al-Kubra  (j.h,199), Syaikul Islam Zakaria al-Ansori dalam Asna al-Matolib (j.3,h.110 dan j.1, h. 176), Syaikh Muhammad al-Ilays al-Maliki dalam Syarah Mukhtasor Khalil (j.,h. 222),al-Nawawi dalam Raudhah al-Tolibin (j.1, h. 283) dan selain mereka...

Dihalang dari berceramah di kebanyakan negeri di Malaysia Selangor, Terengganu dan lain lain (BACA DI SINI)...

Pernah berkali kali ditangkap kerana menyebarkan fahaman sesat, liberal dan fahaman wahhabi yang merosakkan umat Islam (BACA DI SINI)...

Mempertikai pihak berautoriti agama di Terengganu, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan lain-lain dalam pemberian tauliah dan mempertikaikan pihak terbabit yang tidak memberi kebenaran berceramah kepada Dr. Asri Zainal Abidin dan Dr. Rozaimie Ramli yang terkenal menyebarkan fahaman Wahhabi dan memecah belah masyarakat dengan pendapat pendapat yang menyeleweng (BACA DI SINI)...

Turut dihinanya adalah Mufti di Malaysia selain Sultan dengan mendakwa mereka menghabiskan duit rakyat (BACA DI SINI)...


Wan Ji dalam sebuah rakaman menegaskan boleh hukumnya mengutuk fatwa-fatwa yang dikeluarkan dan juga isi kandungan khutbah dari jabatan agama secara mutlak semata-mata kerana ada rasa tidak setuju...


Wan Ji dilantik secara rasmi sebagai pegawai penerangan Lim Guang Eng Di Pulau Pinang...

Jelas apa yang di lakukan oleh manusia pengkhianat bernama Wan Ji bukan setakat menghasut rakyat supaya membenci Institusi Raja Raja Melayu yang menjadi tunggak kepada sistem Raja Berpelembagaan tapi lebih dahsyat lagi, Wan Ji mempersendakan nikmat syurga Allah SWT, menghina ulamak-ulamak dan pemimpin Islam yang muktabar, malah Wan Ji dengan angkuh dan sombongnya menipu dan mengeluarkan fatwa-fatwa dan ajaran sesat di kalangan masyarakat Islam di Malaysia...

Apakah kita masih lagi mahu mempertahankan manusia penderhaka dan pengkhianat penunggang agama seperti Wan Ji?

Apakah kita mahu terus bersekutu dengan musuh Allah SWT dan RasulNya?

Semoga Allah menjaga Islam dan  umat Islam di negara ini dari khutoba' as-Suu'


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://theunspinners.blogspot.com/2019/07/bahaya-wan-ji-bukan-hanya-hasutan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wan Ji Dipenjara 1 Tahun Hasutan Terhadap Sultan Selangor

Wan Ji Dipenjara 1 Tahun Hasutan Terhadap Sultan Selangor

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 347 hits
Penceramah bebas Wan Ji Wan Hussin terpaksa meringkuk di dalam penjara selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak rayuan terhadap sabitan dan hukuman sembilan bulan penjara kerana menerbitkan perkataan menghasut terhadap Sultan Selangor tuju...
Terbit Perkataan Menghasut Terhadap Sultan Selangor Wan Ji Dipenjara Setahun

Terbit Perkataan Menghasut Terhadap Sultan Selangor Wan Ji Dipenjara Setahun

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 344 hits
Penceramah bebas Wan Ji Wan Hussin terpaksa meringkuk dalam penjara selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak rayuan terhadap sabitan dan hukuman sembilan bulan penjara kerana menerbitkan perkataan menghasut terhadap Sultan Selangor Sultan ...
Wan Ji Mangsa Segera Mansuh Akta Hasutan Syahredzan Johan

Wan Ji Mangsa Segera Mansuh Akta Hasutan Syahredzan Johan

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 257 hits
9 JULAI Saya merujuk kepada laporan media bahawa Mahkamah Tinggi di Shah Alam telah monolak rayuan pendakwah bebas Wan Ji Wan Hussin terhadap sabitan dan hukumannya di bawah Akta Hasutan Lebih memeranjatkan lagi dilaporkan juga bahawa Mahka...
Tindakan Hanya Diambil Terhadap Mereka Yang Guan Eng Tidak Suka Inikah Rule Of Law Ka Siong

Tindakan Hanya Diambil Terhadap Mereka Yang Guan Eng Tidak Suka Inikah Rule Of Law Ka Siong

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 425 hits
Agak terkejut juga bila Menteri Kewangan Lim Guan Eng kata kerajaan tak mampu untuk mengesahkan jumlah aset 1MDB Umum mengetahui bahawa nilai aset 1MDB adalah RM43 bilion jauh lebih tinggi daripada hutangnya Kenapa susah nak audit dan sahka...
Bagai Bulan Jatuh Ke Riba Hanya Kerana Videonya Tular Raja Arab Saudi Undang Datuk 94 Tahun Tunaikan Haji

Bagai Bulan Jatuh Ke Riba Hanya Kerana Videonya Tular Raja Arab Saudi Undang Datuk 94 Tahun Tunaikan Haji

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 728 hits
Bagai bulan jatuh ke riba seorang datuk bersama beberapa ahli keluarganya mendapat tuah apabila diundang sendiri oleh pemerintah Arab Saudi untuk menunaikan ibadah haji di tanah suci pada tahun ini Sebelum ini Uhi 94 bersama keluarganya tel...
Mansuh Akta Hasutan Pong Pang Pong Pang Akhirnya Ustaz Wan Ji Ke Dalam

Mansuh Akta Hasutan Pong Pang Pong Pang Akhirnya Ustaz Wan Ji Ke Dalam

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 370 hits
Sebelum PRU14 dalam satu sidang akhbar di bangunan Parlimen yang turut dihadiri Presiden Parti Pribumi Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Parti Keadilan Rakyat ketika itu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Tun Dr Mahathir Mohama...
Hukuman Terhadap Wan Ji Kes Menghina Sultan Berjaya Ditangguhkan

Hukuman Terhadap Wan Ji Kes Menghina Sultan Berjaya Ditangguhkan

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 404 hits
Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini meluluskan permohonan pendakwah bebas Wan Ji Wan Hussin untuk menangguhkan hukuman penjara setahun kerana kesalahan menghasut Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Halim Aman menetapkan syarat agar Wanji tidak...
Kes Wan Ji Kaji Semula Kes Hasutan Jika Ada Representasi

Kes Wan Ji Kaji Semula Kes Hasutan Jika Ada Representasi

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 302 hits
KUALA LUMPUR 9 Zulkaedah 1440H Jumaat Jabatan Peguam Negara akan mengkaji semula setiap kes di bawah Akta Hasutan yang masih berjalan di mahkamah pada bulan Mei 2018 berdasarkan fakta kes itu kata Peguam Negara Tommy Thomas Beliau berkata j...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya