
SUMBER: Kita boleh
Menawarkan sistem pengajian anjal atau fleksibel kepada pelajar universiti swasta dan kerajaan bagi mengurangkan kos yuran pengajian.
Mewujudkan Perancangan Amal dan Usaha Barisan Nasional yang dikenali sebagai PADU, di mana terdapat 99 amal dan usaha BN kearah negara yang lebih maju.
Mewujudkan skim bantuan pendapatan yang dikenali sebagai “Assistive Basic Income” bagi isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM2208.
Potongan 2 peratus dari hasil cukai pendapatan kepada golongan M40.
Memperkenalkan Sistem Persekolahan Tanpa Buku Teks bagi mengetengahkan agenda pembelajaran digital dengan menyumbang komputer riba dan liputan internet 5G secara percuma kepada pelajar.
Manifesto PN Perikatan Nasional
Parti Perikatan Nasional juga tidak terlepas daripada mengemukakan manifesto melibatkan parti PN yang tersendiri.
Menangani isu inflasi dan kenaikan harga barangan keperluan harian yang memberi kesan kepada peningkatan kos sara hidup rakyat.
Menyediakan Tabung Khas Galakan Pelaburan bagi menggalakkan pelaburan yang akan membuka lebih banyak lagi peluang pekerjaan dan menggalakkan pembukaan industri berteknologi tinggi sebanyak RM5 billion.
Memperuntukkan RM50 hingga RM70 billion bagi menyalurkan bantuan dan subsidi kepada rakyat Malaysia.
Menawarkan kenaikan kadar bantuan elaun sara diri sebanyak RM100 bagi meringankan beban kewangan penjawat awam secara berkala.
Memperkasakan kemahiran digital belia agar selaras dengan perkembangan teknologi pada masa kini setaraf dengan negara-negara maju.
Manifesto GPS Gabungan Parti Sarawak
Gerakan Parti Sarawak (GPS) juga tidak terkecuali daripada menzahirkan manifesto parti mereka.
Memperkenalkan dan melaksanakan 120 inisiatif yang akan memberi manfaat kepada rakyat Sarawak secara keseluruhannya.
Menjamin kestabilan politik dan hala tuju negeri Sarawak menjelang tahun 2030.
Melahirkan kepimpinan yang lebih integrity, premier dan cemerlang.
Mengutamakan semua peringkat lapisan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan kaum.
Mempertingkatkan hasil dan pendapatan negeri Sarawak.
Sumber Asal Yang Rasmi : Manifesto PRU 15: Senarai Tawaran BN PH PN GPS|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |