Manifesto Perikatan Nasional Tawaran Pn Best Pru15


Manifesto Perikatan Nasional Tawaran PN BEST PRU15 Berita menampilkan Manifesto Perikatan Nasional Tawaran PN BEST PRU15 yang telah dilancarkan pada malam tadi.

Berita juga memberikan ucapan penuh oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilakukan pada majlis di Kuala Lumpur
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Pertamanya, marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah rahmat dan inayah-Nya, kita dapat bersama-sama hadir dalam Majlis Pelancaran Tawaran PN BEST sempena Pilihan Raya Umum ke15 pada malam ini. Di awal ucapan saya ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan tahniah kepada Jawatankuasa Tawaran Perikatan Nasional yang dipengerusikan oleh Datuk Dr Radzi Jidin atas kejayaan menyiapkan Tawaran Perikatan Nasional yang komprehensif. Tawaran ini yang bertemakan “Prihatin, Bersih dan Stabil: Malaysia Gemilang” atau PN BEST merangkumi 12 tunjang utama, 30 pendekatan dan 234 tawaran. Ia digubal dengan mengambil kira pandangan dan sentimen rakyat dalam perkara-perkara yang dianggap penting oleh mereka.
ISU EKONOMI DAN KOS SARA HIDUP Di peringkat awal penggubalan tawaran ini, saya telah memberi mandat kepada Jawatankuasa Tawaran supaya terlebih dahulu meneliti apakah keperluan-keperluan utama rakyat yang mesti diberikan perhatian oleh kerajaan yang bakal dibentuk selepas Pilihan Raya Umum nanti. Melalui kajian-kajian yang saya sendiri teliti, keperluan utama rakyat adalah tidak lain dan tidak bukan menyentuh tentang isu “bread and butter”, iaitu isu-isu ekonomi rakyat seperti kos sara hidup, pekerjaan, pendapatan, masalah inflasi, kenaikan harga barang dan lain-lain yang berkaitan. Ini perkara pokok yang mesti diberikan perhatian utama oleh Perikatan Nasional apabila mendapat mandat rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-15.
Mengenai isu kos sara hiudp dan kenaikan harga barang, baru-baru ini saya diberitahu bukan sahaja harga ayam mahal, tetapi bekalan ayam dan telur pun tak mencukupi. Ayam dan telur ini merupakan sumber protein utama rakyat Malaysia. Kalau mereka tak mampu beli ayam, maka ini akan menjejaskan keperluan rakyat yang paling asas iaitu makanan. Jadi apa yang Kerajaan Perikatan Nasional akan buat jika diberi mandat oleh rakyat? Jika diizinkan Allah, Mesyuarat Kabinet pertama Kerajaan Perikatan Nasional akan membincangkan cara-cara untuk menangani masalah kos sara hidup rakyat yang kian meningkat disebabkan oleh masalah inflasi dan kenaikan harga barang. Kita tahu kenaikan harga barang ini disebabkan oleh beberapa faktor termasuk gangguan bekalan dan kos bahan import yang tinggi. Jika bekalan tak mencukupi atau kos import meningkat, maka harga akan naik. Jadi, untuk mengatasi isu kenaikan harga barang, kerajaan mesti melihat isu gangguan bekalan dan kos import dengan lebih serius, terutama sekali dalam keadaan nilai ringgit yang jatuh menjunam berbanding matawang utama dunia yang lain, terumanya dollar Amerika Syarikat.
Isu kekurangan tenaga kerja yang menjejaskan produktiviti dan mengganggu rantaian bekalan juga mesti diselesaikan segera. Baru-baru ini ada kumpulan kontraktor kecil Bumiputera yang datang menemui saya mengadu masalah kekurangan tenaga kerja. Mereka kata mereka tak boleh ambil kontrak baharu kerana tiada pekerja. Kalau ada pun kosnya mahal dan mereka tak mampu bayar. Akhirnya mereka kehilangan kerja-kerja kontrak yang sepatutnya mereka boleh buat dan ini menjejaskan pendapatan mereka. Jika kita berjaya membentuk kerajaan pada 19 November nanti, kita akan ambil tindakan segera untuk selesaikan isu-isu yang menjejaskan pendapatan rakyat dan pemulihan ekonomi negara.
TUNJANG 1: MEMBINA EKONOMI MASA HADAPAN Saudara dan saudari yang saya kasihi sekalian,
Negara kita mesti maju ke hadapan terutamanya dalam bidang ekonomi. Justeru, Perikatan Nasional akan memberi tumpuan segera kepada usaha memulihkan ekonomi secara menyeluruh dan mampan. Kita berhasrat untuk menjadikan Malaysia paksi ekonomi Asia Tenggara yang berteraskan industri masa hadapan dengan menyediakan Tabung Khas Galakan Pelaburan berjumlah RM5 bilion serta menggalakkan industri berteknologi tinggi bagi meningkatkan nilai tambah dan menyediakan pekerjaan berpendapatan tinggi khususnya tenaga kerja muda.
Bagi merancakkan proses pemulihan ekonomi negara, kita akan membangunkan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang berdaya saing sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi. Antaranya meneruskan program penjadualan atau penstrukturan semula pembiayaan atau moratorium secara bersasar bagi membantu PMKS yang terjejas. Selain itu, insentif khas Skim Prihatin PMKS akan disediakan untuk menggalakkan pendigitalan pengeluaran produk dan perkhidmatan serta latihan kemahiran.
Sektor pertanian dan industri makanan juga akan dibangunkan dengan lebih rancak. Untuk menjamin bekalan makanan yang mencukupi kepada rakyat pada harga munasabah, enam Hub Mega Pengeluaran Makanan Negara akan diwujudkan di kawasan strategik dengan pelan penggunaan tanah yang komprehensif bagi tujuan pengeluaran, ketersediaan dan pengedaran makanan ke arah mencapai tahap sara diri negara. Selain itu, peruntukan berjumlah RM1 bilion untuk dana Fund for Food akan disediakan bagi meningkatkan pengeluaran bekalan makanan negara dan menstabilkan harga makanan. Kita juga akan pastikan rakyat mendapat peluang-peluang pekerjaan terutamanya dalam sektor berpendapatan tinggi. Perikatan Nasional menawarkan pewujudan satu juta pekerjaan dalam bidang berpendapatan tinggi dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Ada orang tanya, boleh kah kita buat? Saya jawab boleh. Kenapa? Kerana kita ada pengalaman. Semasa saya menjadi Perdana Menteri, saya mempengerusikan Majlis Pekerjaan Negara. Kita tetapkan sasaran untuk mewujudkan 500,000 pekerjaan pada tahun 2021. Alhamdulillah, pada akhir tahun 2021, sebanyak 558,000 peluang pekerjaan telah berjaya diwujudkan, iaitu melebihi sasaran asal. Saya percaya jika Perikatan Nasional diberi mandat oleh rakyat, kita boleh buat, dan kita akan buat dengan lebih baik lagi. Itu soal mewujudkan peluang pekerjaan. Bagaimana pula dengan menyelamatkan pekerjaan? Mungkin ramai orang terlepas pandang. Semasa pandemik Covid-19 melanda negara, ramai rakyat hilang pekerjaan. Pada ketika itu, saya katakan kita tak boleh biarkan perkara ini berlaku. Jadi Kerajaan Perikatan Nasional pada waktu itu sediakan dana berjumlah RM20.29 billion dalam bentuk subsidi upah. Dana ini disalurkan kepada majikanmajikan supaya mereka dapat terus membayar gaji pekerja dan mengekalkan pekerja walaupun perniagaan mereka terpaksa ditutup. Dengan inisiatif ini, kita telah berjaya menyelamatkan lebih 163,000 syarikat dan 3 juta pekerjaan. Bayangkan jika 3 juta pekerja hilang pekerjaan? Apa jadi kepada mereka dan keluarga mereka? Bolehkah mereka menyara hidup keluarga jika kehilangan sumber pendapatan? Jawapannya tentu sekali sukar. Jadi, dengan inisiatif subsidi upah yang dilaksanakan oleh Kerajaan Perikatan Nasional, ratusan ribu syarikat mendapat manfaat, jutaan pekerjaan dapat diselamatkan, dan jutaan ahli keluarga ada makanan di atas meja. TUNJANG 2: MENINGKATKAN NILAI DAN TARAF HIDUP RAKYAT Perikatan Nasional juga akan memberikan tumpuan kepada usaha-usaha untuk membantu rakyat yang susah. Ini kerana saya tahu ramai rakyat yang jatuh miskin akibat pandemik Covid-19 dan sedang bergelut untuk bangkit semula. Ini keutamaan nombor wahid, atau nombor satu, Kerajaan Perikatan Nasional. Dalam tawaran Perikatan Nasional ini, ada disebutkan mengenai pewujuda sebuah agensi tunggal yang akan berfungsi sebagai sebuah pusat sehenti yang akan menyelaras pemberian pelbagai bentuk bantuan dan subsidi kepada rakyat. Setiap tahun kerajaan memperuntukkan antara 50 hingga 70 bilion ringgit dalam bentuk subsidi dan bantuan sosial. Tetapi penyaluran bantuan diurus oleh kementerian dan agensi yang berbeza-beza. Dengan adanya sebuah agensi tunggal ini, data-data mengenai rakyat yang memerlukan bantuan akan dikumpulkan secara real time dan dimasukkan ke dalam satu pangkalan data tunggal supaya bantuan dapat disalurkan dengan kadar segera dan tidak ada seorang pun yang layak tertinggal daripada menerima bantuan. Kita juga akan terus memperkasa Agenda Pembasmian Kemiskinan dan merapatkan jurang ekonomi antara kaum, kelas sosial dan wilayah. Bagi membantu meringankan beban kos sara hidup kakitangan awam yang berpendapatan rendah, Perikatan Nasional menawarkan kenaikan kadar elaun sara hidup (COLA) penjawat awam sebanyak RM100 yang akan diselaras secara berkala. Kita juga tahu bahawa perkhidmatan kesihatan yang cekap dan berkualiti dengan kos yang berpatutan juga menjadi keutamaan rakyat. Justeru, Perikatan Nasional akan memperkasa kualiti perkhidmatan kesihatan yang cekap dan mesra rakyat melalui kerangka dan sistem pengurusan kesihatan negara yang holistik, terutamanya dengan mengambil kira keperluan kesihatan warga emas sebagai persediaan ke arah negara menua atau aging nation. Selain itu, Kad Prihatin Nasional akan diperkenalkan untuk memberi akses perkhidmatan kesihatan terpilih secara percuma di klinik swasta dan hospital kerajaan. Perikatan Nasional juga akan memantapkan sistem pendidikan yang inklusif, berdaya saing dan bertaraf global. Ini termasuk menyediakan peruntukan khas penyelenggaraan sekolah sekurang-kurangnya sebanyak RM2.5 bilion setahun bagi tempoh 2023-2025 TUNJANG 3: MEMBERSIHKAN POLITIK DAN TADBIR URUS Saudara dan saudari yang saya kasihi sekalian,
Rakyat juga melihat pembentukan sebuah kerajaan yang bersih, berintegriti dan bebas rasuah sebagai suatu perkara utama. Ini kerana negara kita pernah melalui beberapa episod hitam penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa yang melibatkan pimpinan utama kerajaan yang memberi kesan besar kepada rakyat dan negara. Penyelewengan dana 1MDB misalnya dikatakan sebagai skandal kewangan terbesar di dunia yang mencalar imej negara di persada antarabangsa. Ketika saya menjadi Perdana Menteri, saya telah tubuhkan sebuah pasukan petugas khas untuk mendapatkan semula wang dan aset 1MDB yang dicuri dan disorok di luar negara. Alhamdulillah, kita telah berjaya membawa pulang wang dan aset 1MDB bernilai RM20 billion. Tetapi ini tidak bermakna kes 1MDB telah selesai. Sehingga kini, kerajaan masih menanggung bayaran hutang 1MDB berjumlah RM2 bilion setahun. Saudara dan saudari boleh bayangkan berapa banyak bantuan yang boleh kita salurkan kepada rakyat jika skandal ini tidak berlaku. Perikatan Nasional memandang berat isu integriti. Kerana itu semua calon Perikatan Nasional bukan sahaja membuat akujanji anti rasuah, tetapi mereka juga menjalani tapisan yang ketat. Jika mereka didapati ada kes jenayah, sedang disiasat oleh SPRM atau sedang menghadapi pendakwaan di mahkamah atas kesalahan rasuah, mereka tidak dibenarkan bertanding. Ini standard atau benchmark yang ditetapkan oleh Perikatan Nasional. Barisan Nasional dan Pakatan Harapan mungkin mempunyai standard atau benchmark yang lebih rendah daripada Perikatan Nasional dalam isu integriti. Sebab itu orang yang sedang menghadapi pertuduhan di mahkamah atas kesalahan jenayah rasuah pun dibenarkan bertanding dalam pilihan raya. Tetapi tidak mengapalah. Itu masalah mereka, bukan masalah kita. Saya yakin rakyat tahu menilai siapa yang lebih komited dan rela berkorban semata-mata untuk memastikan negara kita bebas rasuah dan terselamat daripada cengkaman kleptokrat. Sebagai komitmen kita untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang berintegriti dan bebas rasuah, Perikatan Nasional akan terus mempertahankan prinsip dan amalan pemisahan kuasa yang jelas bagi tiga cabang kuasa negara iaitu perundangan, kehakiman dan eksekutif. Kita juga akan melindungi kebebasan badan kehakiman dan menjunjung kedaulatan undang-undang tanpa campur tangan politik selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip Rukun Negara. Sebagai menghormati kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, sistem perundangan dan kehakiman syariah akan turut diperkasakan.
Jika diberi mandat oleh rakyat, Kerajaan Perikatan Nasional juga akan terus melaksanakan Pelan Antirasuah Nasional selain mewujudkan Mahkamah Anti Rasuah dan menggubal akta atau peraturan berkaitan pendanaan politik bagi memperkasakan usaha memerangi rasuah di negara ini. TUNJANG 4: MENSEJAHTERAKAN BUMIPUTERA, ORANG ASLI DAN SEMUA KAUM Saudara dan saudari yang saya kasihi sekalian,
Perikatan Nasional juga akan terus memperkasa agenda pembangunan Bumiputera dan mensejahtera orang asli dan semua kaum dengan melaksanakan inisiatif-inisiatif berikut: i. Memantapkan dan menambahbaik fungsi agensi berkaitan seperti Perbadanan Nasional Berhad (PNB), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS), Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi (PKEN);
ii. Menyelaras semua program pembangunan Bumiputera di setiap kementerian dan agensi bagi memastikan pegangan ekuiti Bumiputera dapat ditingkatkan ke tahap 30%;
iii. Menggalakkan penglibatan usahawan Bumiputera dalam sektor pengeluaran hasil pertanian melalui insentif khas Dana Agropreneur Bumiputera sebanyak RM1 bilion bagi tempoh 5 tahun; dan
iv. Memperkenalkan kerangka menyeluruh pembangunan sosioekonomi Orang Asli dan golongan minoriti merangkumi aspek infrastruktur asas, pendidikan, kesihatan dan peluang ekonomi.
TUNJANG 5: MERAPATKAN JURANG PEMBANGUNAN ANTARA WILAYAH Perikatan Nasional juga akan menumpukan kepada usaha untuk merapatkan jurang pembangunan antara negeri dan wilayah dengan melaksanakan inisiatifinisiatif berikut: i. Mengoptimumkan potensi ekonomi setiap negeri dan wilayah termasuk di kawasan luar bandar;
ii. Memacu pembangunan inklusif Sabah dan Sarawak melalui pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963;
iii. Mengutamakan pengagihan peruntukan pembangunan kepada Sabah dan Sarawak bagi mempercepatkan pembangunan sosioekonomi setempat;
iv. Menubuhkan universiti awam baharu di Sabah dan Sarawak yang menawarkan kursus dalam bidang strategik bagi memenuhi keperluan industri semasa dan masa hadapan; dan
v. Meningkatkan kecekapan capaian pengangkutan awam yang menghubungkan bandar dan luar bandar.
Manifesto Perikatan Nasional Tawaran PN BEST PRU15 TUNJANG 6: MELESTARIKAN ALAM SEKITAR DAN MERANCAKKAN PELANCONGAN Saudara dan saudari yang saya kasihi sekalian,
Pemanasan global dan perubahan iklim memberi kesan besar kepada kelestarian alam sekitar dan kehidupan rakyat di negara kita. Mutakhir ini, kejadian banjir besar telah menyebabkan kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda bernilai berbilion ringgit. Bagi menangani kesan perubahan iklim di negara kita, Kerajaan Perikatan Nasional akan mewujudkan Badan Bertindak Bencana Alam dan Perubahan Iklim Kebangsaan bagi melindungi khazanah alam dan menangani masalah banjir dan bencana alam secara lebih cekap dan berkesan.
Selain itu, sektor pelancongan bernilai tinggi dan bertaraf dunia akan dirancakkan dengan menyediakan RM1 bilion dana khas pelancongan bagi mewujudkan produk baharu pelancongan domestik, khususnya yang berkaitan dengan keindahan alam di negara kita, dengan penglibatan pengusaha PMKS. TUNJANG 7: MEMPERKASA BELIA DAN MENSEJAHTERAKAN KELUARGA MUDA Golongan belia adalah aset masa depan negara. Justeru, Perikatan Nasional akan memberi tumpuan kepada usaha untuk memperkasa golongan belia dan mensejahtera keluarga muda dengan menawarkan inisiatif-inisiatif berikut: i. Menyediakan Skim Perumahan Mikro Belia Mampu Sewa di bandar-bandar utama serta menambah baik skim pembiayaan perumahan bagi golongan B40 dan M40 seperti skim rent-to-own dan pembelian tanah;
ii. Menetapkan kuota sekurang-kurangnya dua orang Senator dalam Dewan Negara untuk belia dan beliawanis bagi memastikan suara anak muda didengar di Parlimen;
iii. Mengurangkan bayaran balik pinjaman PTPTN sebanyak 25 peratus kepada graduan kelas dua atas;
iv. Memberi insentif khas bernilai RM1,000 kepada pekerja sektor ekonomi gig yang layak untuk mengikuti kursus terpilih di institusi pengajian tinggi;
v. Menaikkan kadar elaun pelajar yang menjalani latihan amali atau praktikal di sektor awam kepada RM1200 sebulan;
vi. Memperkasa program usahawan golongan anak muda dalam industri ekonomi digital dan masa hadapan seperti FinTech, Robotik dan kenderaan elektrik (EV);
vii. Memperkasa pembangunan bakat e-sports dengan memperkenalkan stadium khas e-sports serta program mencungkil bakat masa depan e-sports;
iix. Meningkatkan kemahiran digital belia termasuk coding, artificial intelligence (AI), machine learning (ML) dan internet of things (IoT); dan
ix. Memperkenalkan program pembiayaan perumahan tanpa faedah khususnya bagi keluarga muda.
TUNJANG 8: MENGOPTIMUMKAN POTENSI WANITA Golongan wanita adalah tiang seri negara. Kerajaan Perikatan Nasional akan terus memartabatkan golongan wanita untuk membolehkan mereka menyumbang kepada pembangunan negara dengan menawarkan inisiatif-inisiatif berikut: i. Mengembangkan DanaNita – Wanita Bangkit Berniaga bagi membantu usahanita baharu dengan menyediakan pinjaman tanpa faedah sehingga RM20,000 seorang;
ii. Memperkenalkan Agenda Care-Economy bagi menyelaras sistem penjagaan warga emas, kanak-kanak dan OKU melalui MyPrihatin merangkumi skim pendaftaran dan latihan penjagaan kanak-kanak tidak formal;
iii. Melaksanakan intervensi agresif bagi memastikan sasaran sekurangkurangnya 30% penyertaan wanita dalam jawatan utama di sektor awam dan swasta dicapai menjelang 2025;
iv. Memuktamadkan segera kajian pindaan perkara 14(1)(b) Perlembagaan Persekutuan untuk kewarganegaraan anak yang dilahirkan oleh ibu berwarganegara Malaysia dengan suami warganegara asing di luar negara; dan
v. Menguat kuasa serta mempercepat pelaksanaan Akta Antigangguan Seksual dan penggubalan Rang Undang-Undang Anti- Stalking.
TUNJANG 9: MEMBINA WARGA EMAS YANG SEJAHTERA Negara kita sepertimana negara-negara lain di dunia sedang menuju negara menua atau “the aging nation”. Dengan jangka hayat penduduk yang lebih panjang, kerajaan mesti lebih prihatin untuk memelihara kebajikan warga emas. Justeru, Perikatan Nasional menawarkan beberapa inisiatif untuk warga emas seperti berikut: i. Menubuhkan Jabatan Warga Emas untuk meningkatkan akses warga emas kepada perkhidmatan, program kebajikan dan keselamatan sosial bagi membantu warga emas menjalani kehidupan yang sejahtera dengan persekitaran yang kondusif; dan
ii. Memperkenalkan skim lawatan doktor ke rumah bagi memudahkan penjagaan kesihatan warga emas.
TUNJANG 10: MEMPERKASA ORANG KURANG UPAYA (OKU) Keperluan Orang Kurang Upaya juga akan menjadi keutamaan Perikatan Nasional. Untuk tujuan ini, kita akan menawarkan beberapa insiatif iaitu: i. Mewajibkan fasiliti mesra OKU di semua bangunan awam dan premis swasta serta mewujudkan sistem sokongan bersepadu dengan menambah baik Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) serta memperkasa program pemulihan seperti rawatan perubatan dan latihan vokasional; dan
ii. Menggilap potensi OKU dengan mempergiat Program Latihan OKU Berdaya bagi lepasan sekolah sebagai persediaan memasuki pasaran pekerjaan serta memperkenalkan Dana Niaga Khas berjumlah RM20 juta bagi membantu usahawan OKU.
TUNJANG 11: MEMPERKASA GENERASI FELDA Perikatan Nasional akan terus prihatin dengan kebajikan warga FELDA. Kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini telah melupuskan hutang peenroka FELDA berumlah RM8.3 bilion selain menerbitkan sukuk bernilai RM9.9 bilion bagi menambahbaik model perniagaan FELDA. Untuk memperkasa generasi FELDA pula, Perikatan Nasional menawarkan inisiatif-inisiatif berikut: i. Menggagaskan Wawasan FELDA Baharu bagi menjamin masa depan generasi muda FELDA melalui pewujudan peluang ekonomi baharu, keusahawanan serta menambah baik infrastruktur asas termasuk capaian internet dan rumah mampu milik;
ii. Menyelamatkan projek perumahan generasi baharu FELDA terbengkalai yang berpotensi untuk dibaik pulih;
iii. Memperkenalkan skim keusahawanan FELDA bagi menggalakkan penglibatan usahawan muda dalam aktiviti pertanian bernilai tinggi melalui penggunaan teknologi terkini dan automasi; dan
iv. Memulihkan FELDA supaya prestasinya setanding dengan syarikat perladangan kelapa sawit berprestasi tinggi bagi menjamin kesejahteraan peneroka.
TUNJANG 12: MENTRANSFORMASI PETANI, PENTERNAK, NELAYAN DAN PEKEBUN KECIL Perikatan Nasional juga akan menjaga kebajikan golongan petani, penternak, nelayan dan pekebun kecil dengan melaksanakan inisiatif-inisiatif berikut: i. Mengoptimumkan hasil pertanian dan perikanan serta industri hiliran bernilai tinggi melalui insentif khas bagi menggalakkan penggunaan teknologi dan pertanian pintar serta pemasaran cekap;
ii. Memodenkan sektor perikanan bagi meningkatkan taraf hidup nelayan dengan mewujudkan skim pembangunan yang terancang;
iii. Mengoptimumkan penggunaan tanah terbiar milik Kerajaan bagi kegunaan sektor pertanian, penternakan dan akuakultur yang bersesuaian termasuk kebun komuniti;
v. Menyediakan bantuan tunai RM1,200 setahun kepada pesawah (Bantuan Tanaman Padi) dan RM800 setahun kepada pekebun kecil (Bantuan Musim Tengkujuh); dan
vi. Meningkatkan pendapatan petani, penternak dan nelayan melalui penyediaan latihan serta bantuan khidmat nasihat.
Saudara dan saudari yang saya kasihi sekalian,
PENUTUP
Ini adalah tawaran-tawaran utama Perikatan Nasional. Tawaran lengkap yang mengandungi semua inisiatif yang akan dilaksanakan terkandung di dalam dokumen Tawaran Perikatan Nasional PN BEST yang akan saya lancarkan sebentar lagi. Saya ingin tegaskan bahawa Tawaran Perikatan Nasional ini adalah tawaran yang boleh dilaksanakan. Dengan pengalaman yang ada sebagai kerajaan, kami yakin bahawa kesemua tawaran ini dapat dilaksanakan secara cekap dan berkesan dengan sokongan semua penjawat awam, agensi-agensi kerajaan, GLC dan pihak swasta. Sebagai bukti komitmen Perikatan Nasional terhadap pelakanaaan tawaran-tawaran ini, sebuah Jawatankuasa Khas yang dianggotai ahli pakar akan dibentuk bagi memantau segala pelaksanaan inisiatif dan program yang terkandung di dalam Tawaran PN BEST. Kami juga memberi jaminan bahawa semua inisiatif Bajet 2022, termasuk bantuan kepada rakyat dan penjawat awam akan dilaksanakan oleh Perikatan Nasional. Akhir sekali, ada satu tawaran tambahan yang saya nak buat. Yang ini tiada dalam Tawaran PN BEST. Saya tahu keinginan rakyat untuk mengundi amat tinggi. Ini termasuk pengundi luar yang terpaksa mengundi di kampung halaman atau di tempat lain daripada tempat tinggal mereka. Jadi saya nak umumkan, jika Perikatan Nasional menang dalam pilihan raya pada hari Sabtu 19 November nanti, kita akan isytihar cuti umum pada hari Ahad bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor, dan hari Isnin bagi negeri-negeri lain. Ini akan membolehkan pengundi luar keluar mengundi tanpa perlu memohon cuti pada hari Ahad atau Isnin.
Inilah perkara-perkara utama yang hendak saya nyatakan dalam ucapan saya ini. Selepas ini ada sesi dialog, jadi boleh lah saya perincikan perkara-perkara di dalam Tawaran PN BEST yang memerlukan perincian. Wabillahi al-taufiq wal hidayah wassalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Pengerusi Perikatan Nasional
Related Posts:Manifesto Perikatan Nasional Tawaran PN BEST PRU15Senarai Calon Kerusi Parlimen Kuala Lumpur Pilihan Raya Umum…Senarai Calon Kerusi Parlimen Melaka Pilihan Raya Umum Ke 15Senarai Calon Kerusi Parlimen Negeri Sembilan Pilihan Raya…Senarai Calon Kerusi Parlimen Perlis Pilihan Raya Umum Ke 15The post Manifesto Perikatan Nasional Tawaran PN BEST PRU15 appeared first on Berita Semasa Online.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beritasemasaonline.com/manifesto-perikatan-nasional-tawaran-pn-best-pru15

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Langsung Majlis Pengumuman Calon Pru15 Perikatan Nasional 1 November 2022

Langsung Majlis Pengumuman Calon Pru15 Perikatan Nasional 1 November 2022

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 375 hits
Majlis pengumuman calon PRU15 Perikatan Nasional di Dewan 9 Level 3 MITEC Jalan Dutamas 2 Kuala Lumpur MalaysiaMemilih Undi100peratus SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani s
Manifesto Ph 2022 Tawaran Pakatan Harapan Untuk Pru15

Manifesto Ph 2022 Tawaran Pakatan Harapan Untuk Pru15

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 529 hits
Tawaran Pakatan Harapan PRU15 dalam Manifesto PH 2022 Pakatan Harapan memberi 10 tawaran utama Pilihan Raya Umum ke 15 bagi memulihkan Malaysia dan membina ekonomi masa depan Tawaran itu juga bermatlamat menjamin kesejahteraan rakyat secara...
Manifesto Perikatan Nasional

Manifesto Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 7/11/2022 - jumlah : 207 hits
Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membentangkan manifesto gabungan itu melalui sebuah majlis khas bertempat di Hotel Glenmarie Shah Alam pada jam 8 00 malam 6 November 2022 Antara perkara yang akan diumumkan dalam m...
Rasmi Senarai Calon Perikatan Nasional Pru15

Rasmi Senarai Calon Perikatan Nasional Pru15

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 540 hits
MAJLIS PENGUMUMAN BAKAL CALON PERIKATAN NASIONAL PRU 15 Selepas memuktamadkan pemilihan kerusi Perikatan Nasional bakal mengumumkan senarai calon bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke 15 malam ini 1 November 2022 Senarai Calon Perikatan Nas...
Anwar Launches Pakatan S Ge15 Election Manifesto Tawaran Harapan

Anwar Launches Pakatan S Ge15 Election Manifesto Tawaran Harapan

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 375 hits
Pakatan Harapan launched today its election manifesto Tawaran Harapan that focuses on improving the ailing economy The coalition will use the hashtags KitaBoleh and MalaysiaBangkit during campaigning to identify 10 areas that needed urgent ...
Perikatan Nasional Bakal Terajui Pahang Hubungan Pas Bersatu Gerakan Baik

Perikatan Nasional Bakal Terajui Pahang Hubungan Pas Bersatu Gerakan Baik

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 323 hits
KUANTAN PAS menghormati kekuatan antara parti dalam gabungan Perikatan Nasional di sesebuah negeri Ini berdasarkan jumlah kerusi yang lebih banyak dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke 14 Di Pahang PAS telah memenangi lapam kerusi pada PRU14 ...
Tun Mahathir Sanggup Rendah Diri Demi Kerjasama Dengan Perikatan Nasional

Tun Mahathir Sanggup Rendah Diri Demi Kerjasama Dengan Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 30/10/2022 - jumlah : 359 hits
ALOR SETAR Perikatan Nasional menolak pelawaan Gerakan Tanah Air untuk menjalin kerjasama politik bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 walaupun kedua dua gabungan itu mempunyai matlamat sama untuk mengalahkan Barisan Nasional Pengerusi P...
Manifesto Tawaran Harapan Bukan Populis Boleh Dilaksanakan Anwar

Manifesto Tawaran Harapan Bukan Populis Boleh Dilaksanakan Anwar

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 205 hits
Berbeza dengan manifesto Pilihan Raya Umum ke 14 Tawaran HARAPAN yang dilancarkan hari ini tidak bersifat populis dan mempunyai asas untuk dilaksanakan Hal itu ditegaskan oleh Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang ...
Janji Manifesto Pru15 Ph Di Umum Oleh Anwar Ada Tapi Nya

Janji Manifesto Pru15 Ph Di Umum Oleh Anwar Ada Tapi Nya

papar berkaitan - pada 5/11/2022 - jumlah : 232 hits
Oleh Adam MalikAnwar Ibrahim dalam satu kenyataan menyatakan kali ni pada PRU15 Pakatan Harapan akan memastikan janji ditunai kan Kenyataan Anwar Ibrahim ini berdasarkan presepsi rakyat bahawa PH sememang nya pembohong dan penipu Rakyat mem...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut