Mangsa Lemas Baru Seminggu Kahwin


Zaid Salim    Mizie menunjukkan gambar adiknya, Ami Azzizol dan isteri, Syarifah Ramli sebelum dia dikhuatiri lemas ketika berenang di Sungai Petuang. - NSTP/Zaid Salim  HULU TERENGGANU: Mizie Abu Bakri, 33, abang kepada mangsa lemas di Tasik Kenyir Ami Azzizol, 21, menyatakan adiknya baru seminggu berkahwin
"Kami tidak menyangka kejadian menyayat hati ini berlaku ketika inai masih merah di jari," katanya.
Mizie berkata, dia sedih apabila kejadian itu berlaku di saat kemeriahan majlis perkahwinan adiknya pada Ahad lalu masih lagi diraikan keluarga.
Katanya, mangsa bersama isteri, Syarifah Ramli, 19, merancang bercuti dan berbulan madu bersama ahli keluarga mentuanya di Tasik Kenyir kerana tidak dapat merentas negeri.
Katanya, dia bersama ahli keluarga yang tinggal di Dungun bergegas ke Tasik Kenyir sebaik saja menerima panggilan daripada ahli keluarga mentua adiknya, malam tadi.
Mizie berkata, selepas majlis petkahwinan, adiknya tinggal di rumah mentuanya di FELDA Rasah 2, Kerteh dan kali terakhir dia bertemu mangsa, pada Khamis lalu.
Mizie berkata, ketika itu adiknya tidak menunjukkan sebarang tanda pelik malah, pada hari perkahwinannya, mangsa yang juga anak bongsu daripada lapan beradik gembira menyambut hari bersejarah dalam hidupnya.
Sementara itu, ipar mangsa, Siti Zainab Ramli, 34, berkata, dia ke lokasi percutian itu bersama 15 ahli keluarga dengan menaiki empat kereta.
Katanya, mereka tiba di rumah rakit berkenaan jam 3 petang semalam dan arwah kelihatan sangat teruja untuk mandi.
"Beberapa hari sebelum itu, arwah kelihatan sangat teruja untuk bercuti, sambil berbulan madu dan tidak menyangka sikapnya itu berakhir dengan kesedihan," katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Md Hilman Abdul Rashid, berkata operasi mencari dan menyelamat diteruskan dengan pembabitan pasukan polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam (APM), selain bantuan penduduk setempat.
"Hari ini kita memperluas radius pencarian iaitu 25 hingga 30 meter dan menjangka mangsa berada di sekitar lokasi kejadian kerana tiada arus di dasar berkenaan.
"Kita hanya melakukan pemantauan di permukaan air sahaja kerana usaha pencarian menggunakan kaedah selaman gagal kerana kedalaman air sedalam 25 meter menyebabkan keadaan di bawah gelap dan sejuk," katanya.
LIHAT VIDEO DI SINI



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/03/mangsa-lemas-baru-seminggu-kahwin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Timbullah Sayang Inai Masih Merah Di Jari Baru Nikah Seminggu Suami Dipercayai Lemas Di Tasik Kenyir

Timbullah Sayang Inai Masih Merah Di Jari Baru Nikah Seminggu Suami Dipercayai Lemas Di Tasik Kenyir

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 545 hits
Baru sahaja melangsungkan perkahwinan seminggu yang lepas seorang lelaki dikenali sebagai Ami Azzizol Abu Bakri 22 dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Petuang Tasik Kenyir dua hari yang lalu Menurut abang sulongnya Amir Amizi 33 adik le...
Dua Mangsa Wanita Di Temui Mati Lemas Kereta Terjunam Ke Dalam Tasik Di Serdang

Dua Mangsa Wanita Di Temui Mati Lemas Kereta Terjunam Ke Dalam Tasik Di Serdang

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 619 hits
BANDAR BAHARU Dua mangsa wanita ditemui mati lemas selepas kereta dinaiki mereka dikatakan terjunam ke dalam tasik di Tasik Lake Resort di Serdang di sini petang tadi Kedua dua mayat mangsa dikeluarkan dari kereta jenis Proton Persona oleh ...
Dah Melantak Separuh Pinggan Baru Perasan Tersilap Majlis Kahwin

Dah Melantak Separuh Pinggan Baru Perasan Tersilap Majlis Kahwin

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 248 hits
MAJLIS sosial seperti majlis perkahwinan kini dibenarkan untuk diadakan dengan pematuhan prosedur operasi standard Antara kita selalunya dijemput untuk menghadiri dan menyaksikan kenalan mahupun saudara mara bergelar Raja Sehari termasuk ya...
Hiburan Bakal Lancar Single Baru Lepas Kahwin Syamel Dan Ernie Ingin Selesaikan Perkara Penting Terlebih Dahulu

Hiburan Bakal Lancar Single Baru Lepas Kahwin Syamel Dan Ernie Ingin Selesaikan Perkara Penting Terlebih Dahulu

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 323 hits
Pasangan duet popular Syamel dan Ernie khabarnya sedang merancang untuk melancarkan single duet mereka tidak lama sahaja lagi Sumber Instagram Ernie Pasangan ini yang sebelum ini telah mengikat tali pertunangan berharap agar segala urusan b...
Hiburan Patutlah Cari Tak Jumpa Siti Nurhaliza Baru Perasan Akaun Ig Disekat Aishah Enggan Panjangkan Isu

Hiburan Patutlah Cari Tak Jumpa Siti Nurhaliza Baru Perasan Akaun Ig Disekat Aishah Enggan Panjangkan Isu

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 378 hits
Kecoh di media sosial apabila penyanyi Aishah didakwa telah menyekat akaun penyanyi tersohor negara di Instagram sehingga ada cakap cakap yang mengatakan hubungan antara dua personaliti ini berada dalam keadaan tidak baik Sumber Instagram C...
Selamat Pengantin Baru Nabila Amp Emran Jaga Jebat Elok2 Sharnaaz Ahmad

Selamat Pengantin Baru Nabila Amp Emran Jaga Jebat Elok2 Sharnaaz Ahmad

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 300 hits
Perkahwinan Noor Nabila dan Engku Emran pada pagi Jumaat 19 Mac 2021 ini sememangnya amat dinanti oleh warganet setelah beberapa minggu khabar angin mengenai hubungan mereka dihidu oleh pihak media Umum sedia tahu bahawa Noor Nabila merupak...
Mommy Suruh Abang Baca Baru Dia Pantas Baru Setahun Lebih Alisa Dah Pandai Baca Al Fatihah Bijaknya

Mommy Suruh Abang Baca Baru Dia Pantas Baru Setahun Lebih Alisa Dah Pandai Baca Al Fatihah Bijaknya

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 319 hits
Biarpun masih belum pandai bercakap dengan cukup lancar namun gelagat anak kedua pasangan pelakon Hanis Zalikha dan Hairul Azreen Alisa Aishah sentiasa membuatkan seluruh pengikut pasangan ini terhibur Selain cukup aktif bermain bersama aba...
Hiburan Jaga Jebat Elok Elok Naa Sharnaaz Ahmad Ucap Selamat Pengantin Baru Buat Noor Nabila Dan Engku Emran

Hiburan Jaga Jebat Elok Elok Naa Sharnaaz Ahmad Ucap Selamat Pengantin Baru Buat Noor Nabila Dan Engku Emran

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 346 hits
Selepas berita perkahwinan Noor Nabila dan Engku Emran yang heboh kelmarin Sharnaaz Ahmad juga dilihat ada memberikan kenyataan mengenai isu tersebut Katanya bekas isterinya Nabila berhak untuk merasa bahagia dan dia sentiasa menyokong pili...
Normal Kalau Bayi Baru Lahir Gayat Atau Dipanggil Refleks Moro Tapi Kalau Lebih 6 Bulan Kena Jumpa Doktor

Normal Kalau Bayi Baru Lahir Gayat Atau Dipanggil Refleks Moro Tapi Kalau Lebih 6 Bulan Kena Jumpa Doktor

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 329 hits
Bagi ibu bapa yang baru menimang anak kecil pasti anda sering risau dan peka akan setiap pergerakan dan tingkah laku si manja anda Kadangkala anda semestinya bingung melihat bayi menggigil tersentak ketika tidur dan sebagainya Usah bingung ...
Jbl Launches Tour One M3 Smart Tx Headphones With Lossless Audio Smart Transmitter And 70 Hour Battery Life

Siti Kasim Dares Madani Gov T To Imitate Pap S Mps Are Slaves Of The People Not Their Masters Benchmark

When The Jackals Rule

Malaysian Batik Takes The Spotlight As Official Attire For Asean Chairmanship 2025 Gala Dinner

Ejai Aziz Masa Lalu Chord

Mano Maniam More Than Just Uncle Chan He Had A Dream For Malaysia

New Life Wedge Turns The Ducati Scrambler 1100 Into A Caf Racer

Nothing Personal About Zafrul S Party Switch


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Selepas Setahun Elfira Loy Kongsi Catatan Persediaan Ibadah Haji

Ziarah Dan Solat Di As Salaam Masjid Okachimachi

Dirgahayu Tuanku

Free Money On The Go Why Kongnara S Mobile Design Feels Like A Dream

Rafizi Saya Tak Berminat Terima Jawatan Tertinggi Mana Mana Parti

Nora Danish Terkilan Tak Dapat Tunai Haji Tahun Ini Mungkin Tahun Depan Bersama Suami Baru