Normal Kalau Bayi Baru Lahir Gayat Atau Dipanggil Refleks Moro Tapi Kalau Lebih 6 Bulan Kena Jumpa Doktor


Bagi ibu bapa yang baru menimang anak kecil, pasti anda sering risau dan peka akan setiap pergerakan dan tingkah laku si manja anda. Kadangkala, anda semestinya bingung melihat bayi menggigil, tersentak ketika tidur dan sebagainya.
Usah bingung lagi, artikel ini akan merungkai perbezaan di antara pergerakan normal dan abnormal bayi anda, serta punca di sebalik setiap pergerakan mereka.

Normalkah bayi menggigil? Ia bergantung kepada situasi yang dialami oleh bayi pada masa tersebut dan juga tempoh menggigil.
Sesetengah bayi menggigil atau menggeletar ketika tidur, dan kembali normal sesudah bangun tidur. Ada juga yang menggigil ketika menukar lampin, bermain, menyusu dan sebagainya.
Bayi tidak menggigil kerana berasa sejuk ya! Bayi hanya berupaya untuk bertindak balas ketika sejuk selepas berumur enam bulan.
Sebelum itu, bayi mempunyai sejenis tisu lemak perang di dalam badan mereka yang membantu untuk mengawal suhu badan.
Punca normal bayi menggigil Terdapat beberapa penjelasan normal mengenai pergerakan bayi menggigil atau menggeletar.
1. Sistem saraf pramatang Dr Evan Lewis, Pakar Neurologi Pediatrik dan Pengarah Institut Neurologi Toronto mendedahkan semasa dua tahun pertama kehidupan bayi, sistem saraf dan otak bayi masih pramatang dan sedang berkembang.
Beliau juga menyatakan dua bulan pertama bayi sangat dipengaruhi oleh perubahan ini kerana refleks normalnya belum matang sehingga menyebabkan refleks tubuh bayi terlalu aktif.
Refleks yang terlalu aktif boleh menyebabkan dagu dan bibir bayi bergetar, sekali gus seluruh badan menggigil berkali-kali dalam sehari.
Semasa sistem saraf berkembang dan lebih matang, pergerakan menggigil dan menggeletar ini akan hilang sepenuhnya.
Bayi sepatutnya tidak menggigil selepas tempoh masa ini. Jika masih menggigil lagi, anda perlu mendapatkan rundingan selanjutnya.

2. Refleks Moro Refleks Moro ialah sejenis refleks yang normal dilihat dalam kalangan bayi sehingga tempoh 3-6 bulan. Ia bermula semasa kehamilan, di antara 28-32 minggu dan hilang sepenuhnya selepas enam bulan kelahiran.
Ia merupakan tindak balas perlindungan motor bayi terhadap ketidakseimbangan badan atau rangsangan secara mendadak.
Di Malaysia, refleks Moro selalunya diperiksa oleh doktor selepas kelahiran bayi. Bayi yang normal akan mempunyai refleks Moro yang lengkap.
Namun, bayi pramatang atau yang mempunyai kecederaan semasa kelahiran tidak akan mempunyai refleks Moro yang lengkap.
Jika refleks Moro masih dilihat pada bayi anda selepas tempoh enam bulan, sila berjumpa dengan doktor.
3. Tahap hormon norepinephrine yang tinggi Semasa lahir, bayi mempunyai jumlah norepinephrine yang lebih tinggi. Fungsi hormon ini adalah lebih kurang sama dengan adrenalin. Ia membantu bayi dalam pengawalan haba untuk tubuh mereka.
Ia dihasilkan oleh badan sebagai tindak balas terhadap persekitaran baru semasa lahir. Norepinephrine mempunyai daya rangsangan terhadap anggota badan dan itulah yang menyebabkan bayi menggigil.
Seiring waktu, tahap hormon ini akan berkurangan dalam badan, dan pergerakan tersebut akan berhenti.
Selain itu, hormon ini juga membantu metabolisme tisu lemak perang dalam bayi jika perubahan suhu mendadak dikesan oleh tubuh.
Punca abnormal bayi menggigil 1. Hipoglisemia Eh, takkan bayi pun boleh mendapat hipoglisemia? Sudah tentu boleh ya!
Hipoglisemia ialah keadaan di mana paras gula dalam darah bayi lebih rendah daripada normal.
Ia selalunya berlaku jika ibu mempunyai kencing manis ketika hamil, bayi ada jangkitan kuman atau enggan menyusu.
Salah satu tanda hipoglisemia ialah bayi akan menggigil atau menggeletar. Terdapat juga simptom lain seperti tangisan bernada tinggi, masalah menyusu, lemah, dan sebagainya.
Bayi yang mengalami hipoglisemia seharusnya diberikan rawatan secepatnya.
2. Sawan Hati-hatilah jika bayi anda kerap menggigil dan sukar untuk dileraikan kerana kemungkinan dia mengalami sawan.
Lagi-lagi jika terdapat simptom lain seperti kekejangan otot yang keterlaluan, demam, mata terbeliak ke atas, mulut berbuih dan sebagainya.
Selalunya sawan akan terhenti sendiri kurang daripada tiga minit, tetapi jika lebih sila dapatkan rawatan selanjutnya.
Konklusi Menggigil ialah reaksi normal bagi si manja anda. Namun, jika anda was-was akan pergerakannya, sila rakamkan pergerakan mereka sebelum membawa bayi anda ke hospital.
Ini akan membantu para doktor untuk membuat diagnosis dan memberikan rawatan yang lebih lanjut.
Kredit: Hello Doktor

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Normal Kalau Bayi Baru Lahir ‘Gayat’ Atau Dipanggil ‘Refleks Moro’. Tapi Kalau Lebih 6 Bulan Kena Jumpa Doktor! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/normal-kalau-bayi-baru-lahir-gayat-atau-dipanggil-refleks-moro-tapi-kalau-lebih-6-bulan-kena-jumpa-doktor/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Jenama Terbaik Susu Formula Untuk Bayi Baru Lahir Usia 0 6 Bulan

10 Jenama Terbaik Susu Formula Untuk Bayi Baru Lahir Usia 0 6 Bulan

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 789 hits
10 Susu Formula Untuk Bayi Baru Lahir Usia 0 6 Bulan Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia susu ibu perlu diberi kepada bayi baru lahir sehingga usia anak enam bulan Tak dinafikan susu ibu adalah susu yang paling bagus untuk bayi baru lahir...
Kekuningan Atau Jaundice Pada Bayi Baru Lahir

Kekuningan Atau Jaundice Pada Bayi Baru Lahir

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 480 hits
Assalamualaikum semua Apa itu jaundice Jaundice adalah warna kekuningan yang kelihatan pada kulit yang disebabkan oleh meningkatnya kadar bilirubin dalam darah Jaundice pada bayi adalah jaundice yang berlaku dalam masa sebulan selepas bayi ...
Dua Hari Dah Sembuh Petua Turunkan Kuning Bayi Yang Baru Lahir Dengan Bakawali

Dua Hari Dah Sembuh Petua Turunkan Kuning Bayi Yang Baru Lahir Dengan Bakawali

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 918 hits
Penyakit kuning tidak dapat di pisahkan dengan bayi yang baru lahir begitu juga dengan nasib si comel ini Nurul Iftinan Mardhiyyah Tiga hari selepas di lahirkan masih belum di sahkan adanya penyakit kuning namun hari keempat puan misi datan...
Sebaknya Suami Dalam Penjara Ibu Minta Ustaz Ebit Azan Iqamahkan Bayi Baru Lahir

Sebaknya Suami Dalam Penjara Ibu Minta Ustaz Ebit Azan Iqamahkan Bayi Baru Lahir

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 530 hits
Ujian setiap orang tak sama Walaupun kita rasa susah masih ramai lagi yang tak bernasib baik dan hidup dalam serba kekurangan Begitu juga kisah ibu kepada tiga anak yang masih kecil dan sedang berpantang anak ketiga Lagi perit hidup keluarg...
Isu Rentas Negeri Untuk Bulan Madu Pasangan Instafamous Ini Dipanggil Polis

Isu Rentas Negeri Untuk Bulan Madu Pasangan Instafamous Ini Dipanggil Polis

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 747 hits
Baru baru ini seorang Instafamous menjadi bualan ramai selepas beliau berkongsi cara cara untuk merentas negeri buat mereka yang mahu pergi berbulan madu Perkongsian tersebut telah menerima reaksi negatif daripada orang ramai kerana aktivit...
15 Resepi Makanan Bayi Untuk Menaikkan Selera Makan Bagi 8 9 Bulan Ke Atas

15 Resepi Makanan Bayi Untuk Menaikkan Selera Makan Bagi 8 9 Bulan Ke Atas

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 882 hits
Assalamualaikum Hi Semua Sejak jadi ibu ni Nadhie akui Nadhie suka sangat kongsikan tentang resepi makanan bayi Bukan apa senang untuk rujukan sendiri juga jadi Nadhie tempel sahaja satu tempat dekat blog Nadhie ni Senang je nak cari menggu...
Risteena Nafi Bulan Madu Di Sabah Tapi Ada Urusan Kerja

Risteena Nafi Bulan Madu Di Sabah Tapi Ada Urusan Kerja

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 508 hits
Hari ini hangat diperkatakan pasangan selebriti Risteena dan Isa Khan yang baru sahaja mendirikan rumah tangga didakwa merentas negeri untuk menikmati percutian bulan madu di Sabah Menafikan dakwaan tersebut Risteena menjelaskan dia ke Saba...
Alasan Maknya Durjana Sungguh Ibu Ditahan Disyaki Dera Pukul Bayi 7 Bulan Sampai Berlaku Pendarahan Dalam Mata

Alasan Maknya Durjana Sungguh Ibu Ditahan Disyaki Dera Pukul Bayi 7 Bulan Sampai Berlaku Pendarahan Dalam Mata

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 284 hits
Alasan maknya durjana sungguh Ibu ditahan disyaki dera pukul bayi 7 bulan sampai berlaku pendarahan dalam mataPolis menahan seorang wanita berusia 25 tahun di Butterworth kerana disyaki mendera dan memukul anak lelakinya berusia tujuh bulan...
Urutan Buat Anak Hyperaktif Makin Tenang Terapi Bagi Bayi Tak Cukup Bulan

Urutan Buat Anak Hyperaktif Makin Tenang Terapi Bagi Bayi Tak Cukup Bulan

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 296 hits
Urutan sememangnya meredakan anak malah membuatkan anak kekal selesa dan relaks Pun begitu melakukan urutan pada bayi memerlukan teknik yang tepat Menurut pakar perbidanan Puan Mazidah Ghazali urutan pada bayi sememangnya harus dilakukan ke...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resipi Gulai Cili Api Telur Ikan Parang Dengan Mangga Muda

Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready

Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui