Mommy Suruh Abang Baca Baru Dia Pantas Baru Setahun Lebih Alisa Dah Pandai Baca Al Fatihah Bijaknya
Biarpun masih belum pandai bercakap dengan cukup lancar, namun gelagat anak kedua pasangan pelakon, Hanis Zalikha dan Hairul Azreen, Alisa Aishah sentiasa membuatkan seluruh pengikut pasangan ini terhibur.
Selain cukup aktif bermain bersama abangnya Yusof Iskandar, keletah Alisa yang lincah benar-benar menghiburkan sesiapa yang melihatnya.
Semalam menerusi Instagram, Hanis turut berkongsi sebuah video yang pastinya membuatkan seluruh pengikutnya cair melihat kebijakkan Alisa yang sudah pandai membaca bait-bait kalimah suci Allah, Al Fatihah.
Biarpun baru berusia setahun lebih namun Alisa sudah pandai membaca beberapa doa yang diminta ibunya. Malah cara didikan Hanis dan Hairul juga turut dipuji kerana mendedahkan anak-anak kecil mereka dengan pelbagai ilmu termasuklah membaca doa dan ayat suci Al Quran.
“Alisa cuba belajar Al-Fatihah.
“Tengok @thealisaaisyah , bila dengar Mommy suruh abang baca, baru dia pantas
Our cheeky little 1 year and 9 months old baby”,” tulis Hanis menerusi kapsyen di Instagramnya.
Menariknya, walaupun masih pelat dan bacaannya tidak lancar namun Alisa tetap membacakan surah tersebut sehingga berjaya menghabiskannya dengan baik.
Malah video pendek yang menampakkan Alisa membaca Al Fatihah sambil berada di bawah meja itu benar-benar mencuit hati semua.
Dalam pada itu, perkongsian video Hanis menerusi Instagramnya itu sudah semestinya dipuji oleh para pengikutnya. Ramai yang melahirkan rasa kagum dan memuji cara didikan Hanis dan Hairul dalam mendidik anak-anak mereka.
“Dah la comel, bijak pulak tu. Semoga jadi anak solehah ye sayang”
“Alhamdulillah..good girl la baby Alisa. Muah ciket”
“Pelat-pelat tu bunyi dia cute. Membesar jadi anak solehah pada ibu ayah.
View this post on Instagram
A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha)
Artikel berkaitan: Im Sorry Mommy, Comelnya Mengaku Salah Masukkan Benda Dalam Hidung, Kesiannya Alisa
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @haniszalikha
The post “Mommy Suruh Abang Baca, Baru Dia Pantas” Baru Setahun Lebih, Alisa Dah Pandai Baca Al-Fatihah, Bijaknya! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://majalahpama.my/mommy-suruh-abang-baca-baru-dia-pantas-baru-setahun-lebih-alisa-dah-pandai-baca-al-fatihah-bijaknya/